Komuniti SHUKUR

Info Rasmi SHUKUR => Aktiviti Rasmi + Pengumuman => Topic started by: Farhan MD on February 12, 2007, 06:32:00 pm



Title: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on February 12, 2007, 06:32:00 pm
 ico_salam

Bersempena dengan sambutan Awal Muharram, SHUKUR meluaskan lagi skop operasinya menerusi Projek Wakaf SHUKUR. Melalui Wakaf SHUKUR, anda boleh dermakan Al-Quran dan niat wakaf kepada dua ahli keluarga anda.

SHUKUR memudahkan urusan anda supaya anda boleh beramal jariah secara mudah. Hanya dengan beberapa langkah, pembelian dan pengagihan Al-Quran dibuat melalui SHUKUR.

Al-Quran ini akan diagihkan ke surau, masjid, sekolah Tahfiz dan sebagainya. Jadi, apa tunggu lagi? Mari beramal ...

Proses Wakaf

1. Membuat bayaran melaui akaun bank yang diberi.
   - Bayaran sebanyak RM15 hendaklah dibuat samada online atau bank-in.
   - Simpan nombor transaksi yang diberi untuk dihantar kepada kami.

2. Mengisi borang yang disediakan di laman web ini.
   - Isi borang pengesahan yang terdapat dalam laman ini.
   - Pastikan anda memenuhi semua ruang yang disediakan.
   - Anda boleh memilih samada hendak mewakafkan Al-Quran untuk seorang ataupun 2 orang.
   - Pastikan juga semua butiran yang diberi lengkap.

3. Email pengesahan bayaran akan dihantar setelah pihak SHUKUR menerima bayaran.
   - Sekiranya terdapat kekeliruan dalam pengisian borang, kami akan hubungi anda terlebih dahulu.
   - Setelah pembayaran sudah disahkan, kami akan menghantar email pengesahan kepada anda.

4. Al-Quran akan diserahkan kepada institusi² yang terlibat.
   - Proses pengagihan akan dilakukan setelah jumlah jualan mencukupi.
   - Kami akan menyiarkan berita / perkembangan terkini mengenai penyerahan ini di sini.

Maklumat lanjut / Cara pembayaran: http://www.shukur.org/v4/content/view/115/131/
Pertanyaan: Di sini..


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: eastgirl132 on February 15, 2007, 05:33:21 pm
projek ni terbuka utk semua Muslim tak kira dimana jua mereka berada kan?? bkn utk shukurian jer kan??


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on February 16, 2007, 09:54:09 am
yup, anybody


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: nuril on February 17, 2007, 01:17:48 am
xde tarikh tutup kan?
bile2 pon blh kan?
no transaksi tu nk kene bg bile?


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: kryptq on February 18, 2007, 09:58:32 am
Assalamualaikummm ..

nak nanyer .. kita err hubby kita dah masukkan duit fm rhb .. nak wakafkan  X naskhah utk 8 org (hubby,saya,anak2,mertua n parents).. so nak kena buat satu2 kerr or camner .. (utk isi borang wakaf tuu)

// dah try isi borang atas nama hubby .. tapi bila nak buat lagi utk nama anak plak .. tersangkut .. is there any easier way ? kalu nak buat satu2 nihh .. shooshaa sket laa .. memandangkan .. speed tak laju daa .. buley dak saya emailkan saja all the particulars? sbb no. reference nye sama ajer kann .. buley laaa  yerrr //


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on February 18, 2007, 02:51:07 pm
ok, maaf kalau form tu mcm susah sikit,
kalau nk banyak2 tu, boleh tulis email ke farhan@meta-dome.com

terima kasih.

nuril:
Tiada tarikh tutup setakat ni..
Nombor transaksi tu boleh sertakan dalam form.
Sila rujuk Page yang saya letak.

Terima kasih


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on February 21, 2007, 10:06:17 am
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai program wakaf SHUKUR ini. Kami masih lagi menerima permohonan daripada anda semua. Tak kesah lah nak wakaf 5 naskah untuk 2 nama sekali pun, kami terima semuanya.

Harap dapat disampaikan dan ajak kawan2 anda untuk sama2 menyertai program ini. Terima kasih.


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: kopiahPUTIH on February 25, 2007, 02:42:10 pm
 ico_salam

aku ada guna pakai bank in pakai mesin cash deposit... so camna nk isi kat ruang no transaksi kt borang sbb kat resit tu takde no transaksi kecuali no akaun penerima... resit tu mesti di scan dan di emel ke shukur ke??

 ico_was


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on February 25, 2007, 03:49:41 pm
kat resit bank in tu ada nombor transaksi kan?
boleh isi nombor tu dalam form..

kalau nk scan pun boleh juga.
email kepada wakaf@shukur.org


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: GoOdBoYz on February 25, 2007, 11:05:10 pm
paan.. gud job! =)


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: kopiahPUTIH on February 26, 2007, 07:05:36 pm
 ico_salam

masalahnya aku tak jumpa pun perkataan yg tertulis no transaksi... xpelah aku scan n emel je la... tp kat form aku tak isi la ruang no transaksi... boleh kan???

 ico_was


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on February 26, 2007, 07:08:31 pm
takde ye..
sama kes macam ATM transfer lah ni...

letak '-' dalam form tu.. so, sistem x detect blank.
scan slip tu email asing2 ye.. nak tengok.


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: kopiahPUTIH on February 26, 2007, 07:20:42 pm
 ico_salam

"scan slip tu emel asing2"??? tak paham... tp aku br hantar pakai form kat shukur n resit emel...

errr tp apsal gagal hantar??? emel wakaf@shukur.org kan

 ico_was

 


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on February 27, 2007, 10:03:41 am
resit hanta manual email ke wakaf@shukur.org
form tu saya dah dapat dah.


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: akhie on March 11, 2007, 08:50:04 am
a`kum...

salam ukhuwwah buat semua

teruskan perjuangan dan semarakkan dakwah

ws


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: fliffy on June 04, 2007, 12:51:22 pm
assalamualaikum,

fliffy baru perasan program wakaf ni...ade lagi ke utk bulan jun? setiap wakaf rm15 ye? thanks...bagus betul program ni...kalau fliffy nak buatkan utk geng2 opis pastu bayar keseluruhan nilai tuh boleh tak?   


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: fliffy on June 04, 2007, 12:53:12 pm
...kalau boleh designkan poster ke utk fliffy edar kat pejabat.,..ramai y menanye tapi jenis x surf internet hehehe...(camner yerk)


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: Farhan MD on June 21, 2007, 05:46:47 pm
...kalau boleh designkan poster ke utk fliffy edar kat pejabat.,..ramai y menanye tapi jenis x surf internet hehehe...(camner yerk)

maaf sgt2 kak sebab lupa nk buat..
psst.. mintak je abg shaiful buatkan.. :)


Title: Re: [Projek Wakaf SHUKUR] Wakafkan senaskah Al-Quran anda..
Post by: mohd hisam on July 12, 2008, 01:53:37 am
campo dgn iklan meniago ni....so bolehx wat tranfer gune e-banking je