|
Title: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: Flyzone on May 07, 2007, 11:22:17 am SATU KISAH UNTUK RENUNGAN
Kisah ini tak ada kena mengena dgn yg hidup atau mati Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak Lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu. Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan? Ayah: "Ya...nak tanya apa?" Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?" Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking. Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu. Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?" Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?". Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni..." Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan. "Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah.Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah.jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. THE MORAL OF THIS STORY : - Share this story with someone you like.... But even better, share $20 worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent sometime with those who really matter to us, those close to our hearts. If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family. An unwise investment indeed!! So what is the moral of the story???? Don't work too hard...and you know what's the full word of FAMILY ? F = FATHER A = AND M = MOTHER I = I L = LOVE Y = YOU Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: AlfaZumma on May 07, 2007, 12:37:38 pm kisah menyayat hati..
camne la klau anak kita buat chenggitu.. mau nangis sendu selama sebulan.. Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: dyra_redhuan on March 09, 2008, 03:55:15 pm wahai ayah dan ibu yg sibuk bekerja...
hargailah masa bersama anak2 mu Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: D nazri on May 30, 2008, 02:35:30 pm MAAFKAN AKU TUAH Tuah!!! maafkan aku saat ini untuk tidak bersama mu lagi bukan kerna bujukan berahi janji bulan madu diperaduan mimpi Tuah!!! sumpah setia yang kita ukir di lereng bukit seguntang saat menanti turunnya Demang Daun Lebar memeterai ikar seribu janji bersama Sang Sapurba tiada upaya ku pertahankan lagi maafkan aku.... maafkan aku Tuah!!!!! Warisan bahtera merdeka kita layarnya kian robek badai angin selatan semakin ganas dan saat sebegini yakin ku cuma Jebat benar Tuah cuma Jebat punya upaya menyongsong taufan halilintar berpuaka Aku tidak punya pilihan lain Tuah Si Kitol bersama mamak mandaliar onarnya tiada sempadan lagi kelmarin..... kepok padi kita hangus terbakar harum kasturi budi calar dan layu pudar serinya Lihat Tuah buka mata mu...buka telinga dengar dan perhatikan onar si kitol bersama mandaliar mengadu domba setiap pedagang memasang lukah di air yang keruh pintar berseloka gurindam beracun gelojoh membaham ulam raja Kata mu tak kan Melayu hilang di dunia patang anak bumi menderhaka kerja raja dijunjung kerja rakyat digelek hati kuman sama dicecah hati gajah sama di lapah masih ku ingat pesan mu Tuah Senja tadi bersama lembayung kuning Jebat meminta ku segera mengusap jampi serapah besi kursani diasah limau lima loknya ku asap kemiyan bersama mentera adi satria berpatah sayap bertongkatkan paruh namun ku daki ku daki jua Maafkan aku sekali lagi Tuah menjejak Jebat terbilang demi pertiwi ini sekali melangkah berpaling tidak akan ku pulas telinga si nadim nakalnya keterlaluan amat mengundang si kitol bertamu di ladang ubun-ubun masih lembut mahu berpencak di tengah gelangang Usah kau kesali untung nasib ini akan ku pertahan setia kita Melayu tak kan hilang di dunia izinkan Jebat membuka langkah raja adil raja di sembah raja zalim raja disanggah maafkan aku Tuah!!!!!! Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: rahmanw on May 30, 2008, 02:43:46 pm wah....
ni mana dapat ni? Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: D nazri on July 04, 2008, 10:28:28 am :biggrin: Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: kak cik on July 04, 2008, 01:41:55 pm iklan gigi lagi....kat skolah lu camtu ke kalau cik gu tanya...
Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: D nazri on July 04, 2008, 02:44:03 pm iklan gigi lagi....kat skolah lu camtu ke kalau cik gu tanya... apa kena dengan myhoney ni? belum makan lagi ye? Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: dyra_redhuan on July 04, 2008, 03:28:56 pm banyak post Dnazri sekadar ikon sahaja...kalu boleh kurang kan la post yg begitu
Title: Re: SATU KISAH UNTUK RENUNGAN Post by: D nazri on July 05, 2008, 05:04:29 pm banyak post Dnazri sekadar ikon sahaja...kalu boleh kurang kan la post yg begitu iak! salah ke? (ni dah berapa hari sakit gigi la, kepala pun pening-pening.) so apa yang boleh saya cuma letak ikon sebagai pengganti teks. maaf..
Powered by SMF 1.1.7 |
SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com |