|
Title: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 23, 2008, 06:49:40 pm MAZIDAH Hakim, 50, (bukan nama sebenar) kini mengalami masalah pendengaran selepas gegendang telinga kanannya rosak dan kepalanya bengkak akibat kerap dibelasah anak lelakinya berusia 25 tahun. Ada ketikanya kepalanya dihentak ke dinding.
Tidak cukup dengan itu, anak yang menagih pelbagai jenis dadah itu turut bertindak kejam terhadap bapanya, Amran Ibrahim, 54, termasuk pernah ditumbuk sehingga lebam sebelah mata, jika permintaannya tidak dipenuhi. Ikuti luahan hati Mazidah seperti diceritakan kepada wartawan Metro Ahad, FUAD HADINATA YAACOB ketika ditemui baru-baru ini. Ludah lauk satu periuk “KEJADIAN ini bermula kira-kira lima tahun lalu apabila anak sulung saya yang ketika itu berusia 20 tahun mula menagih pelbagai jenis dadah, termasuk ganja, syabu dan gam. Sejak itu, boleh dikatakan hampir setiap minggu, dua atau tiga kali saya jadi mangsa kaki dan tangannya kerana hanya saya yang tinggal di rumah. Memang sakit telinga, badan dan kepala sehingga gegendang telinga sebelah kanan saya rosak dan kurang pendengaran. Dia minta wang tak banyak, tetapi kerap. Ada ketika RM5, setengah jam selepas itu RM2 dan beberapa minit kemudian RM1. Mahu atau tidak, saya yang tidak bekerja ini perlu sediakan sekurang-kurangnya RM12 sehari untuk dia. Malah, bila suami balik, dia minta dengan suami pula dan setiap kali sebelum pulang, suami perlu sediakan wang kecil kerana dia tahu anak kami akan minta. Jika tiada wang kecil, dia sanggup tukar. Pernah saya tiada wang untuk diberi, tanpa perasaan kasihan, dia tampar saya. Ada ketikanya dia menghentakkan sikunya ke atas kepala saya sehingga bengkak. Dia juga sanggup tendang belakang saya sehingga terjatuh dan menghantukkan kepala saya ke dinding. Setiap kali dia balik rumah, saya takut kerana apabila khayal, dia bertindak di luar batasan. Barang dalam rumah habis dipecahkan, malah periuk tembaga yang sukar ditemui hari ini, turut dijual. Apabila kami tiada di rumah ketika balik kampung, saya kunci pintu bilik. Apabila tak dapat masuk, dia pecahkan pintu dengan tukul besi. Tingkap rumah kami diganti banyak kali, begitu juga barangan dalam rumah. Kami perlu ikut kemahuan dia, jika tidak dia bertindak kasar. Selain perbelanjaan setiap hari, pada hujung bulan dia minta kami belikan pakaian berjenama seperti seluar atau baju bernilai ratusan ringgit. Saya dan suami tidak mampu menolak kerana bimbang dia bertindak lebih agresif tetapi selepas seminggu beli, kami tidak tahu ke mana perginya pakaian itu. Bukan itu saja, sejak anak lelaki saya ada lesen, suami beli lapan motosikal tetapi satupun tiada hari ini. Ada yang dia jual, rosak dan ditarik kerana tak bayar ansuran. Malah, kami yang tanggung segala perbelanjaan seperti cukai jalan, insurans dan kerosakan. Selain saya, suami juga jadi mangsa. Jika suami tak beri atau tiada duit masa dia minta, dia marah, malah sampai satu tahap dia sanggup pukul ayah dia sehingga lebam sebelah mata. Dua adiknya juga jadi mangsa. Jika mahu makan makanan segera, dia minta adiknya beli. Malah, setiap kali dapat gaji, adiknya pasti beli pelbagai makanan dan minuman sehingga penuh peti sejuk. Ini kerana, jika apa yang dia minta tak dapat atau tak ada, dia marah dan mengamuk sehingga adik perempuannya dipukul dan ditendang. Di rumah ini, televisyen bersaiz besar yang ada, dia yang minta, begitu juga dengan pengubahsuaian rumah. Mengenai makanan yang saya masak, dia sangat memilih. Ikan kecil dia tak suka, malah dia tergamak kata saya seperti nak beri makan kucing jika masak lauk ikan kecil. Dia hanya makan ikan bersaiz besar dan mahal. Malah, jika ada lauk yang saya masak dia tak suka, dia sanggup meludah makanan itu sesuka hati, termasuk nasi. Pernah saya masak kari ikan dalam satu periuk besar kerana kami anak-beranak berkumpul di rumah pada hari itu, tiba-tiba dia meludah ke dalamnya. Saya sedih dan kami terpaksa makan di luar. Kerana itu, kami selalu keluar makan disebabkan tekanan yang dihadapi. Dia balik saja rumah, kami tertekan dengan keadaannya yang tak terurus, berbau busuk dan khayal. Sebab itu suami selalu bawa saya dan anak keluar berjalan. Bayangkan, jika saya dan suami tertekan, kami sanggup pergi ke Tanjung Harapan atau Pulau Indah, Klang jam 12 tengah malam atau 1 pagi untuk tenangkan fikiran. Selain itu, bila suami tertekan sangat, dia selalu bawa kami pergi ke tempat yang tidak dirancang. Pernah pada satu hari, bila suami isi minyak kereta, dia tak mahu balik rumah dan ajak saya dan anak ke Langkawi tanpa membawa pakaian. Kami beli pakaian di sana dan tenangkan fikiran. Ada juga suami tanpa dirancang membeli tiket kapal terbang ke Sarawak untuk saya dan dia ke sana selama tiga hari semata-mata untuk meredakan ketegangan. Memang setiap kali saya atau suami ada di rumah, kami tertekan dengan sikap anak lelaki. Bukan kami tidak buat laporan polis, semua sudah dilakukan, begitu juga melaporkannya kepada agensi bertanggungjawab. Saya dan suami juga berusaha memulihkannya dengan pelbagai cara, malah dari Johor hingga Perlis sudah kami jelajahi semata-mata mahu anak kami pulih dan menjadi normal. Pelbagai usaha kami buat seperti ambil air kolah tujuh masjid, cari air terjun dan puasa pada hari lahirnya yang mungkin sukar dilakukan ibu bapa lain, tetapi kami lakukan. Setiap malam, kami buat sembahyang hajat, tahajud dan berdoa untuk melembutkan hati anak kami supaya kembali ke pangkal jalan. Saya dan suami buntu sehingga ke satu tahap, kami pergi ke tanah perkuburan, menggenggam tanah kubur dan berdoa kepada Allah SWT. Kami memohon, jika Allah SWT hendak memanjangkan usianya, jadikanlah dia manusia yang baik, jika tidak kami sanggup ‘menyerahkannya’ semula kepada Tuhan. Ambillah supaya dia tak lakukan dosa lagi. Malah, suami saya reda dan rela jika ditakdirkan anak kami meninggal dunia dalam keadaan apa sekalipun, dia sanggup uruskan mayatnya.” Jangan salahkan kami “JANGAN salahkan ibu bapa semata-mata jika anak jadi liar atau bertindak di luar batasan,” kata Amran mengenai pengalaman yang dilalui bersama isteri akibat perbuatan anaknya. Katanya, ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka menjadi manusia baik dan berjaya, namun apa yang berlaku seperti dihadapi mereka di luar keupayaan. Katanya, sebagai bapa, dia sudah memberi didikan terbaik, termasuk pendidikan agama supaya anak lelaki yang disayangi menjadi manusia berguna. “Percaya atau tidak, sebenarnya sejak anak lelaki kami di sekolah tadika (taman didikan kanak-kanak) lagi, saya mula mengubatinya dengan meminta air penawar daripada tokoh agama untuk melembutkan hatinya apabila melihat kenakalannya. “Malah, selama tiga tahun iaitu dari tingkatan satu hingga tiga, saya masukkan dia ke sekolah agama pondok dengan harapan apabila keluar nanti, sekurang-kurangnya dia boleh jadi bilal di masjid,” katanya. Namun, katanya, semuanya berubah apabila selepas tamat pendidikan di sekolah agama itu, anak lelakinya enggan menyambung persekolahan lagi, sekali gus hanya menerima pendidikan akademik setakat tingkatan tiga. Amran berkata, dia tidak mampu menghalang tindakan anaknya kerana jika berkeras, dia bertindak agresif. “Selepas tidak mahu bersekolah, dia ada bekerja tetapi hanya sementara. Apabila dapat gaji, dia tidak pergi kerja. Saya tidak mampu buat apa-apa, sudah nasihat dan melakukan pelbagai cara dengan harapan dia dengar dan kembali ke pangkal jalan,” katanya. Menurut Amran, sikap anak lelakinya semakin agresif ketika berusia 20 tahun selepas dia mengambil dadah. “Pelbagai cara kami lakukan untuk mengubatinya, namun belum ada kejayaan. Sepanjang berdepan dengannya, saya gunakan psikologi kerana kami tak boleh bertindak kasar, bimbang dia bertindak di luar jangkaan,” katanya yang mengakui sangat tertekan dengan masalah itu. Amran berkata, setiap kali bertemu rakan atau mereka yang pakar, dia tidak segan atau malu memberitahu masalah anaknya, malah pergi ke tempat di mana saja dikatakan yang boleh memulihkan anak lelakinya. Sepanjang berusaha memulihkan anaknya, Amran dan isterinya tidak pernah berputus asa hinggalah pada satu hari dia terbaca akhbar Metro Ahad mengenai Rumah Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim). “Isteri beritahu saya mengenai artikel itu, pada mulanya saya kurang berminat, tetapi apabila ada nombor telefon bimbit Ustaz Hanafi Malek (Pengerusi Sidim), saya yakin dan terus menghubunginya. “Selepas berjaya bercakap dengan ustaz, saya diminta hadir untuk satu program di Masjid KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Ketika itu, saya hanya ada RM70, sedangkan pendaftaran seorang RM30. Namun, atas belas ihsan ustaz, saya dan isteri dibenarkan turut serta,” katanya. Selepas pertemuan itu, Amran melalui doa yang diberikan Hanafi menghantar anaknya ke Sidim. Katanya, meskipun anaknya marah dan memberontak, ia dapat diselesaikan dengan baik. “Saya berharap dia betul-betul pulih sebelum pulang ke rumah dan kalau boleh saya mahu dia menetap di sana melakukan apa-apa kerja supaya tidak kembali kepada perangai lama. “Saya tahu, dia lebih banyak terpengaruh dengan rakan selama ini dan selepas ini, saya berdoa masyarakat dapat terimanya kembali, bukan menghina,” katanya. -Hati ibu..sekali terguris..payah.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 23, 2008, 06:52:32 pm (http://tbn0.google.com/images?q=tbn:R_fdRQVXAU2fqM:http://bp1.blogger.com/_uTtLoFG-oUM/Rq_w7t4SkkI/AAAAAAAAANI/FI1k5CpkeBc/s400/ya%2Banakku.jpg)
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: kak cik on June 23, 2008, 07:08:41 pm Saya dan suami buntu sehingga ke satu tahap, kami pergi ke tanah perkuburan, menggenggam tanah kubur dan berdoa kepada Allah SWT. Kami memohon, jika Allah SWT hendak memanjangkan usianya, jadikanlah dia manusia yang baik, jika tidak kami sanggup ‘menyerahkannya’ semula kepada Tuhan. Ambillah supaya dia tak lakukan dosa lagi. Malah, suami saya reda dan rela jika ditakdirkan anak kami meninggal dunia dalam keadaan apa sekalipun, dia sanggup uruskan mayatnya.” MasyaAllah...tak dapat dibayangkan kalaulah sampai ibubapa 'berharap' sedemikian terhadap anaknya...malang kalau si anak tidak sempat membersihkan dosa-dosanya... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 23, 2008, 07:13:02 pm Saya dan suami buntu sehingga ke satu tahap, kami pergi ke tanah perkuburan, menggenggam tanah kubur dan berdoa kepada Allah SWT. Kami memohon, jika Allah SWT hendak memanjangkan usianya, jadikanlah dia manusia yang baik, jika tidak kami sanggup menyerahkannya semula kepada Tuhan. Ambillah supaya dia tak lakukan dosa lagi. Malah, suami saya reda dan rela jika ditakdirkan anak kami meninggal dunia dalam keadaan apa sekalipun, dia sanggup uruskan mayatnya. MasyaAllah...tak dapat dibayangkan kalaulah sampai ibubapa 'berharap' sedemikian terhadap anaknya...malang kalau si anak tidak sempat membersihkan dosa-dosanya... ermm.. kesian ank tu kan?? Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 23, 2008, 08:06:18 pm apsal nak kesiankan anak lak nana?
kesiankan kat mak pak dia le..... patutnya,anak dia tu wat macam aku suruh wat kat pompuan yang koyak quran tu.... PIJAK PERUT DIA SAMPAI MUNTAH DARAH.... haaa....... kalau ko nak tau myhoney....anak dia ni pun leh dikategorikan JANTAN DAYUS.... makpak dia dah tua,boleh le dia bantai....gi le bantai yang sama kudrat macam dia.... ya ALLAH,kalau kalaulah dia mati sebelum sempat memohon ampun kat makpak dia.... apa balasan yang ALLAH dah sediakan kat dia gamaknya.........NA'UZUBILLAH..... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: kak cik on June 23, 2008, 08:23:21 pm betol nana....si anak memang layak dikasihani....sebab dia tidak tahu yg dia sedang menzalimi diri sendiri...
saya tak fikir si anak sesuai dgn gelaran dayus....tapi lebih sesuai 'anak derhaka tahap gaban'....harap sangat dia mendapat hidayah dari Allah Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 23, 2008, 08:40:41 pm apsal nak kesiankan anak lak nana? kesiankan kat mak pak dia le..... patutnya,anak dia tu wat macam aku suruh wat kat pompuan yang koyak quran tu.... PIJAK PERUT DIA SAMPAI MUNTAH DARAH.... haaa....... kalau ko nak tau myhoney....anak dia ni pun leh dikategorikan JANTAN DAYUS.... makpak dia dah tua,boleh le dia bantai....gi le bantai yang sama kudrat macam dia.... ya ALLAH,kalau kalaulah dia mati sebelum sempat memohon ampun kat makpak dia.... apa balasan yang ALLAH dah sediakan kat dia gamaknya.........NA'UZUBILLAH..... kesian anak tu.. adab takde.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 24, 2008, 08:24:14 pm nana pernah jumpa lebih teruk dari kes ni..
dahsyat.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 25, 2008, 05:42:16 pm dalam masalah ni pada nana..
kita balik pada mak ayah pemuda yang membentuknya.. kalau terlalu dimanjakan.. ni lah akibatnya.. sebab kurang ketegasan dalam mendidik sewaktu kecil.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 25, 2008, 09:29:11 pm kesiankan anak.....heh...
ibarat kesiankan pencuri yang akan dipotong tangannya...... yang kena curi tak nak lak kesiankan.... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: .:L:. on June 26, 2008, 09:07:52 am teringat satu lagu metallica yang aku selalu dengar zaman aku budak2 dulu:
Metallica - Mama Said Mama, she has taught me well Told me when I's young Son, your life's an open book Don't close it 'fore it's done The brightest flame burns quickest That's what I heard her say A son's heart's owed to mother But I must find my way Let my heart go Let your son grow Mama, let my heart go Or let this heart be still "Rebel", my new last name Wild blood in my veins Apron strings around my neck The mark that still remains left home at an early age Of what I heard was wrong I never asked forgiveness But when is said is done Let my heart go Let your son grow Mama, let my heart go Or let this heart be still Never I ask of you What never I gave But you gave me your emptiness I now take to my grave Never I ask of you But never I gave But you gave me your emptiness I now take to my grave So let this heart be still Mama, now I'm coming home I'm not all you wished of me But a mother's love for her son Unspoken, help me be Oh Yeah I took your love for granted And all the things you said to me I need your arms to welcome me But a cold stone's all I see Let my heart go Let your son grow Mama, let my heart go Or let this heart be still Let my heart go Mama, let my heart go You never let my heart go So let this heart be still Never I ask of you What never I gave But you gave me your emptiness I now take to my grave Never I ask of you But never I gave But you gave me your emptiness I now take to my grave So let this heart be still kisah seorang anak yang memberontak masa remaja dan kemudian bila dia dah insaf dia nak balik minta ampun daripada mak dia. malangnya time tu mak dia dah meninggal. walaupun dah bertahun2 aku stop dengar lagu metallica, tapi bagi aku lirik lagu ni antara the best. mengingatkan kita kalau-kalau tak sempat minta ampun sebelum parent kita pergi selama-lamanya.... kalau nak dengar , klik SINI untuk DOWNLOAD (http://www.sideload.com/cb/track/?id=420583) Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: Mr PHLeXo on June 26, 2008, 10:56:03 am bahagian lirik yang dimerahkan tu memang puitis habis... macam skrip cerekarama sedih jer.... 'a cold stone's all I see'...
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: .:L:. on June 26, 2008, 11:04:06 am lagu2 metallica memang banyak yang puitis, sebab tu dulu2 aku minat diorang. lirik lagu ni kalau baca betul2 memang mendalam maksud dia.
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: silent_hunter on June 26, 2008, 11:18:50 am rock slumber ko yek L...
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: .:L:. on June 26, 2008, 11:43:24 am dulu2 laa....
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 26, 2008, 12:08:28 pm Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: .:L:. on June 26, 2008, 12:13:49 pm sekarang macam2...dengar semua :) Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 26, 2008, 05:53:38 pm bro....bisa dengau rock slamber radio muzik ke...?
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 26, 2008, 09:21:04 pm laa..
dah masuk muzik pulak.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: kak cik on June 26, 2008, 09:36:35 pm fuyoo..Metallica lagi Nana hi..hik.......jangan tak cayer..he..hee.. rock steadyyy...
tu akak tak wat keluaq akak punya Bon Jovi lagi....perrgghh... boleh pecah laman shukur ni...hey NANA...are U roooocckk ??? :biggrin: :biggrin: :biggrin: Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 26, 2008, 09:39:14 pm ROCKKKKKKKKKKKK BEBEHHHHHHHH..................
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 26, 2008, 09:48:00 pm fuyoo..Metallica lagi Nana hi..hik.......jangan tak cayer..he..hee.. rock steadyyy... tu akak tak wat keluaq akak punya Bon Jovi lagi....perrgghh... boleh pecah laman shukur ni...hey NANA...are U roooocckk ??? :biggrin: :biggrin: :biggrin: ROCK??? O'oooo.. tak minat muzik bingit.. nasyid la yang wahid.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 26, 2008, 10:01:46 pm dulu rock le....
heavy metal thrash metal, black metal, sakit mental.... semua layan...tu pun ada orang ajau...kalau tak...haram aku nak amik tau pasal lagu rock luau negara ni.... paling aku minat dulu metallica,cromok,king diamond,iron maiden....banyak lagi le.... tapi semua dah tinggal.bukan zaman lagi nak dengau muzik celaru tu.... sekarang ni..............NASYIDDDDDDDDD BEBEEEEEEEEEHHHHHHH Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: .:L:. on June 27, 2008, 08:55:26 am trash metal ngan black metal aku tak pernah minat.... mengarut je bagi aku...
dulu2 aku layan heavy metal ngan glam rock jer... tapi dah la tu, dah off topic ni.... ini citer pasal anak derhaka, bukan pasal muzik. aku letak lirik metallica tu sebab dia ada kaitan ngan kisah kisah ngan ibu jer... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 27, 2008, 11:39:53 am OO..
Balik pada balik topik la.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: kak cik on June 27, 2008, 01:47:47 pm OO.. Balik pada balik topik la.. alaa Nana....kita baru nak start enjin .....kena patah balik plak Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 27, 2008, 09:05:52 pm nana takut topik dia kena lock lagi...
hehehehehe Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on June 27, 2008, 10:48:24 pm :biggrin: apa nak heran,dia tu kalau satu topik dia kena lock, 10 dia akan bukak topik baru. :biggrin: (ni ke dikatakan mengumpat?) Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 28, 2008, 11:19:15 pm ingat lagi tak iklan raya petronas tahun 2006
http://www.youtube.com/watch?v=78LjuiDnLNg memang pandai tuan empunya idea.....aku pernah menangis bila tengok iklan ni..... huhuhuhuhu........ (http://www.emofaces.com/en/buddy-icons/c/crying-buddy-icon-animated.gif) (http://www.emofaces.com/en/buddy-icons/c/crying-buddy-icon-animated.gif) (http://www.emofaces.com/en/buddy-icons/c/crying-buddy-icon-animated.gif) (http://www.emofaces.com/en/buddy-icons/c/crying-buddy-icon-animated.gif) (http://www.emofaces.com/en/buddy-icons/c/crying-buddy-icon-animated.gif) Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: srikandi` on June 29, 2008, 04:16:36 pm waa sedey tgk iklan tu. mmg betul kata pensyarah sri, "seorang ibu, walau berapa anak dia sekalipun, dia tak pernah gagal menjaga semua anak2nya. tapi, anak yang hanya menjaga ibu/ayah seorg je, memang tak mampu utk menjaga biarpun yg menjaga itu adalah kesemua anak2nya..."
janganlah kita tergolong sebagai anak yg derhaka.. masya Allah... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: maxnum on June 29, 2008, 04:36:03 pm trash metal ngan black metal aku tak pernah minat.... mengarut je bagi aku... dulu2 aku layan heavy metal ngan glam rock jer... tapi dah la tu, dah off topic ni.... ini citer pasal anak derhaka, bukan pasal muzik. aku letak lirik metallica tu sebab dia ada kaitan ngan kisah kisah ngan ibu jer... aik ...layan rock jugak aku igt layan nasyid Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 29, 2008, 04:49:19 pm tu dulu myregexs......bukan sekarang....
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: maxnum on June 29, 2008, 05:03:23 pm ms dia muda muda la
aku mcm tu jgk men ten jer walaupun gila babik ..tapi aku tak watla perkara terok pun sentuh pompuan dak lagi sebenarnya aku nie bekas bdk SMKA yg terkemuka di sebuah negeri kekeke cuma skrang jer songkok tak lekat pengaruh alam sekitar Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on June 29, 2008, 05:47:34 pm cuba kau tengok macan rahman tu,kopiah dia tak pernah nak tanggal,mungkin ada rahsia disebalik kopiah dia tu. :wink: Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 29, 2008, 05:49:47 pm huih...mana ada rahsia....
rambut cantik,tersusun rapi.... hehehehe....... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on June 29, 2008, 05:53:13 pm ya betul,rambut sehelai dua memang tersusun rapi,lain la kalau rambut lebat ia akan jadi kusut masai. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 30, 2008, 11:13:45 am NI PASAL PULAK MASUK TOPIK MISAI LAH..RAMBUT LAH..
geram.. balik kat topik ye..harap maklum.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 30, 2008, 01:45:05 pm nana dah marah....
(http://forum.nancyajramclub.com/style_emoticons/default/offtopic.gif) (http://forum.nancyajramclub.com/style_emoticons/default/offtopic.gif) (http://forum.nancyajramclub.com/style_emoticons/default/offtopic.gif) Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: srikandi` on June 30, 2008, 03:01:14 pm :D ehehe. kan kak nana dah marah dah. hehe. semua misai janggut kuar. adeh...
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on June 30, 2008, 04:09:34 pm TAU TAKPE..
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on June 30, 2008, 07:23:17 pm tak de pun citer pasal misai janggut.........
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on July 01, 2008, 11:24:02 am ermm..
rahman.. pernah tak awak jumpa anak yang macam ni? Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 01, 2008, 01:49:35 pm tak de pun citer pasal misai janggut......... aku sokong pada rahman, kita sedang bicarakan tentang rambut rahman je. :biggrin: Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on July 01, 2008, 01:50:21 pm tak pernah...tapi pernah dengar cerita....anak tengking mak bapak...maki makbapak...kalau le aku abng budak tu....aku ingt icu dia duduk....
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: silent_hunter on July 01, 2008, 02:39:07 pm jangan ingat malaysia tiada undang-undang...
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on July 01, 2008, 06:59:22 pm jangan ingat malaysia tiada undang-undang... ok.. kalau kes macam ni kan alfa.. biasa mhakamah buat tindakkan apa? Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on July 01, 2008, 08:07:33 pm jangan ingat malaysia tiada undang-undang... ni aku citer kalau aku abang dia le ek....... aku tak kisah kalau aku kena tangkap....tapi aku takkan biaukan adik2 aku(aku tak ada adik) ber kuang hajau ngan makbapak sampai tahap macam tu sekali.... biau dia rasa balasan kat dunia ni dulu....kalau dia tak sempat mintak maaf kat makpak....balasan akhirat sedang menanti............ GHASE LE KOME.......... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 04, 2008, 10:58:39 am :biggrin: Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: kak cik on July 04, 2008, 11:17:58 am nazri tak abis-abis ngan iklan gigi.....
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: ziddy on July 04, 2008, 12:25:32 pm sedey :rolleyes:
(http://i296.photobucket.com/albums/mm181/carl_zeiss/btn_anwar_blog.gif) Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on July 04, 2008, 12:26:56 pm laaa....kak cik tak tau ke?
dia tu model iklan berus gigi.... sedey :rolleyes: (http://i296.photobucket.com/albums/mm181/carl_zeiss/btn_anwar_blog.gif) ni nape sedey2 ni ziddy? mak ko gotan ko lagi ke? Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: dyra_redhuan on July 04, 2008, 02:38:30 pm dy pernah jumpe kisah lebih kurang cam neh...mase blajar dulu...
mak die wat kuih bantu keluarga...ayah die tuknag umah..skali skale ke laut kalu tak de umah nak wat...ayah die neh pun tok imam kat surau kat kg die die ade 8 beradik..tapi yg sulung dgn yg last dah meninggal..so tinggal 3 lelali 3 ponpuan...yg pompuan neh tak de masalah sangat...kakak die yg atas 2 org cikgu...die skrg pun dah kije ok la...abang die sorang dgn adik lelaki 2 org...yg masalahnye yg lelaki...2 org tu mmg useless.. si abang mase kecik2 agak manje sedikt..sebab lepas abang yg sulung meninggal die jd anak lelaki tunggal..10 taun br dapat adik lelaki lain...skolah stakat darjah 6 pastu tak nak skolah...bermula dgn rokok...up sikit ke ganja..then anak start mencuri...pecah masuk umah org..kete org...macam2 hal la...sampai si ayah di lucutkan jawatan imam...tak abis kat situ...adik lelaki die yg 1st pun ikut jejak langkah abang die...satu yg dy susah sket nak kesian dgn mak die neh...kuat sangat cover line kesalahan anak die...kalu tau anak pecah masuk rumah org...die dulu pintas pergi halang org tu report polis...sanggup ganti barang2 yg di curi...akibatnye...duit tak pernah cukup...hutang keliling pinggang...kawan dy dgn kakak2 die persah sampai malas dah nak kasik duit kat mak die sebab nanti abis kat 2 eko tu aje...yg 2 eko neh...kalu nak makan..mesti yg sedap2..taknak gulai simple2...ikan goreng jauh skali..kalu ikan mesti yg mahal...ayam kene ade hari2...mane la org tua tu nak carik duit...kalu tak de makanan yg ikut selera die..mak die sepak terajang...maki hamun...abis pecah barang2 dalam rumah.. kesian dy tgk keluarga tu... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 04, 2008, 02:50:50 pm nazri tak abis-abis ngan iklan gigi..... apa salahnya. ia tak menyinggung perasaan orang lain pun. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 04, 2008, 02:53:24 pm dy pernah jumpe kisah lebih kurang cam neh...mase blajar dulu... mak die wat kuih bantu keluarga...ayah die tuknag umah..skali skale ke laut kalu tak de umah nak wat...ayah die neh pun tok imam kat surau kat kg die die ade 8 beradik..tapi yg sulung dgn yg last dah meninggal..so tinggal 3 lelali 3 ponpuan...yg pompuan neh tak de masalah sangat...kakak die yg atas 2 org cikgu...die skrg pun dah kije ok la...abang die sorang dgn adik lelaki 2 org...yg masalahnye yg lelaki...2 org tu mmg useless.. si abang mase kecik2 agak manje sedikt..sebab lepas abang yg sulung meninggal die jd anak lelaki tunggal..10 taun br dapat adik lelaki lain...skolah stakat darjah 6 pastu tak nak skolah...bermula dgn rokok...up sikit ke ganja..then anak start mencuri...pecah masuk umah org..kete org...macam2 hal la...sampai si ayah di lucutkan jawatan imam...tak abis kat situ...adik lelaki die yg 1st pun ikut jejak langkah abang die...satu yg dy susah sket nak kesian dgn mak die neh...kuat sangat cover line kesalahan anak die...kalu tau anak pecah masuk rumah org...die dulu pintas pergi halang org tu report polis...sanggup ganti barang2 yg di curi...akibatnye...duit tak pernah cukup...hutang keliling pinggang...kawan dy dgn kakak2 die persah sampai malas dah nak kasik duit kat mak die sebab nanti abis kat 2 eko tu aje...yg 2 eko neh...kalu nak makan..mesti yg sedap2..taknak gulai simple2...ikan goreng jauh skali..kalu ikan mesti yg mahal...ayam kene ade hari2...mane la org tua tu nak carik duit...kalu tak de makanan yg ikut selera die..mak die sepak terajang...maki hamun...abis pecah barang2 dalam rumah.. kesian dy tgk keluarga tu... kat mana lokasi dia? Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: dyra_redhuan on July 04, 2008, 03:16:16 pm kat kuala terengganu...nape?nak bantu keluarga ni ke?amat di alu alukan
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: kak cik on July 05, 2008, 03:49:05 pm nazri tak abis-abis ngan iklan gigi..... apa salahnya. ia tak menyinggung perasaan orang lain pun. betul tu nazri.....saya lebih suka awak sengeh dari jelir lidah... Lepas ni boleh sengeh banyak-banyak...dyrana pun nampak dah suka ngan sengeh nazri ni.... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 05, 2008, 03:56:19 pm kat kuala terengganu...nape?nak bantu keluarga ni ke?amat di alu alukan saje je nak tau. kemana la perginya kesedaran anak-anak dia tu yek! sanggup dia buat macam tu. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 05, 2008, 04:16:38 pm betul tu nazri.....saya lebih suka awak sengeh dari jelir lidah... Lepas ni boleh sengeh banyak-banyak...dyrana pun nampak dah suka ngan sengeh nazri ni.... ya mak cik! makcik ni tak berapa sihat ke? Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:37:33 pm kat kuala terengganu...nape?nak bantu keluarga ni ke?amat di alu alukan saje je nak tau. kemana la perginya kesedaran anak-anak dia tu yek! sanggup dia buat macam tu. tu maknanya.. anak2 dh banyak sangat disuapkan susu lembu.. tu yang macam anak lembu.. tpi nana rasa.. anak lembu pun tak gamak nak buat mak dia macam tu.. lembu pun mungkin kekadang naik pelik dengan sikap segelintir manusia.. tahi lembu pun sanggup dicuri.. bukan nak buat baja.. nak jual.. bagi mat gian hidu.. yealh.. dadah dah mahal.. tu je yang murah.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: dyra_redhuan on July 05, 2008, 07:44:34 pm kat kuala terengganu...nape?nak bantu keluarga ni ke?amat di alu alukan saje je nak tau. kemana la perginya kesedaran anak-anak dia tu yek! sanggup dia buat macam tu. tu maknanya.. anak2 dh banyak sangat disuapkan susu lembu.. tu yang macam anak lembu.. tpi nana rasa.. anak lembu pun tak gamak nak buat mak dia macam tu.. lembu pun mungkin kekadang naik pelik dengan sikap segelintir manusia.. tahi lembu pun sanggup dicuri.. bukan nak buat baja.. nak jual.. bagi mat gian hidu.. yealh.. dadah dah mahal.. tu je yang murah.. marah sungguh cikgu nana ni ek...rase dy la..anak2 makcik neh tak membesar dgn susu lembu..sebab dy agak rapat dgn keluarga ni...lgpun..zaman dulu2 (sebab anak lelaki die tuh dah 32 taun dgn 24 taun) kurang org gune susu lembu...makcik dan pakcik neh cakap...ini semua dugaan dari ALLAH untuk menguji kesabaran dan keimanan diorang..dan pesanan dari makcik tuh pade dy.. KALU JUMPE SESIAPA SAJA YG RAJIN SOLAT...MINTAK LA MEREKA DOAKAN ANAK-ANAK DIE BERUBAH MENJADI INSAN YANG BERGUNA... so...harap..tolong doakan untuk keluarga ini Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:45:57 pm amin..
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 05, 2008, 08:43:04 pm insya'Allah.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: syakinah on July 18, 2008, 08:03:15 pm ingat lagi tak iklan raya petronas tahun 2006
http://www.youtube.com/watch?v=78LjuiDnLNg wawawa aku tengah nangih nie Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on July 18, 2008, 08:07:39 pm nape tak pakai quote je...........................
hamba allah?aku pun hamba gak..... (tapi layak ke aku jadi hamba?) Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 18, 2008, 08:16:04 pm ingat lagi tak iklan raya petronas tahun 2006 http://www.youtube.com/watch?v=78LjuiDnLNg wawawa aku tengah nangih nie sori lah,aku kat sini tak boleh bukak youtube Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on July 18, 2008, 08:30:38 pm alah nazri......iklan petronas yang bapak dia dapat sakit....tumpahkan air...jatuhkan ayam...kentut...kena makan kat luau...makan dalam pinggan plastik...minum dalam kole besi...
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 18, 2008, 08:33:39 pm oOoOo.. yang tu rupanya. tanks rahman. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: dyra_redhuan on July 18, 2008, 08:50:54 pm kalu la aku leh sekeh kepale org sesuke ati...dah lame aku sekeh anak2 yg buat camtu kat mak bapak diorang...kalu bules nak sepak terajang siap...tapi ape kan daye...aku tak berdaya
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 18, 2008, 08:56:56 pm kalu la aku leh sekeh kepale org sesuke ati...dah lame aku sekeh anak2 yg buat camtu kat mak bapak diorang...kalu bules nak sepak terajang siap...tapi ape kan daye...aku tak berdaya ganas.. ganas.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: dyra_redhuan on July 18, 2008, 08:57:40 pm kalu aku berdaya la..tapi apakan daya...aku tak berdaya...
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: D nazri on July 18, 2008, 09:02:32 pm :smilie: Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: rahmanw on July 18, 2008, 09:15:23 pm kalau aku....aku luku je kepala dia.....
tak pun jentik idung dia 1000x....biau merah idung dia....padan muka.... Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: mohd hisam on July 20, 2008, 10:15:11 am tulah..aper2pun kite kene jage ibu ayah kite dengan baik
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on July 26, 2008, 07:13:54 am kalau aku....aku luku je kepala dia..... tak pun jentik idung dia 1000x....biau merah idung dia....padan muka.... tu lum ganas lagi.. bagilah yang ganas.. Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: mohd hisam on July 26, 2008, 10:22:31 pm takpe doakan agar diberi petunjuk Dan hidayah Oleh Allah kepada nya
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: syakinah on August 01, 2008, 09:22:32 am tapikan..bnda nie kalo kita xrasa mmg kita akan ckp mcm2..
saya penah renti keja jaga makcik yang terlantar.smua kena saya y buat..penah samp satu tahap dia xnak mkan saya naik angin syukur saya cepat tersedar kalo tak mgkin saya juga akan 'kurang adab'.. bnda mcm nie kena sabar byak2 Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: mohd hisam on August 01, 2008, 11:18:08 pm tulahkan..kite same2le membenci perangai buruk tu
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on August 09, 2008, 09:10:46 pm kasih ibu..
membawa ke syurga.. bersyukurlah pada yang ada ibu.. cuba kita lihat..rakan yang tak ber"ibu".. anak2 murid kita..sedihkan.. nana teringat satu sketsa masa di maktab dulu.. kami buat sampai yang menonton menangis tersedu2.. para pensyarah.. "Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu" Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai RM4.00 2) Tolong jaga adik RM4.00 3) Tolong buang sampah RM1.00 4) Tolong kemas bilik RM2.00 5) Tolong siram bunga RM3.00 6) Tolong sapu sampah RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum,pakaian & keperluanmu - PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang ditulisnya. Ingat lagu di RTM? - Who’s next? My mother! Who’s next? My Mother! Jika kamu menyayangi ibumu,”forward”kanlah Email ini kepada sahabat-sahabat anda. 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10 lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan juga semua orang! Semoga kamu berjaya dalam apa pun kerja (yang baik)kamu lakukan dan murah rezeki. amat beruntung para ibu yang anaknya menghargai kasih sayangnya.. baru2 satu lagi kisah duka.. kerana "RM2" ibu dipukul..rumah dibakar.. adakah salah anak? atau salah ibu? Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: mohd hisam on August 09, 2008, 11:47:02 pm mak punye bil kat anak FOC
Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: NaNNa on August 10, 2008, 06:42:43 pm Title: Re: "YA ALLAH..AMBILLAH NYAWA ANAKKU.." Post by: mohd hisam on August 10, 2008, 08:52:48 pm nana pun same tau
Powered by SMF 1.1.7 |
SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com |