|
Title: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 03, 2008, 07:36:26 pm ico_salam..
kengkawan..nana suka masak tau.. nana suka kongsi2 resepi.. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- TELUR DADAR SEDAP.. (... .malu lah... ) :redface: Bahan-bahan:- 5 biji telur ayam..(x kisah aper gred pun) 1 ulas bawang putih..(buang kulitnyer) 2 biji bawang merah kecil..(buang kulitnyer) 10biji cilipadi... Garam secukup rase.. Sedikit minyak.. Cara Membuatnyer:-.. Pecahkan kelima-lima biji telur ayam tadi ke dalam mangkuk.. Letak tepi... Lepas tue amik lesung batu... tumbuk semua bawang putih + bawang merah + cili padi & sedikit garam... secukup rase.. pastue..biler dah lumat halus..keluarkan bahan yg ditumbuk tadi masuk ke dalam mangkuk telur tadi... Lepas tue pukul telur ngan garfu... Sehingga kembang.. Panaskan kuali... bila dah panas... gorengkan dia sehingga cantik kekuningan dan masak... Sila nikmati telur dadar goreng sedap... Hehehehe.. :biggrin: ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ROTI GULUNG.. MAHUKAN KELAINAN DALAM MENIKMATI HIDANGAN ROTI... .CUBALAH RESEPI INI... BAHAN-BAHAN: .. # sosej ayam (ikut suka nak banyak mana) # roti kosong ( di potong tepinya) # 2 biji telur (ikut banyak roti) # 15 keping biskut kraker (dihancurkan) # minyak untuk menggoreng CARANYA... .. *pukul telur hingga rata *lenyek roti dengan kayu penggelek *gulung sosej dengan roti tadi *sapukan sedikit telur pda roti supaya melekat *potong hujung sosej * celup roti pada telur kemudian pada biskut.. *goreng hingga keemasan UDANG MASAK HALIA cara nk buatnye adlh: 1.sediakn: 2.udang & buangkn kepalanye.. 3.halia yg lebih... 4.sebiji bawang besar... 5.5biji bawang puteh... 6.minyak... ~First,gerengkn udang hingga garing... ~second,hiring halia,bawang besar,bawang puteh & kisar hingga halus.. ~then,tumis bahan yag dksar td hingga garing. ~masukkan udang yg dgoreng td kedlm tumisan itu.. ~tutup api... ~dan hidangkn d aatas meja.. cubelh.. psti anda mau lg.. emmm yummy ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SOTONG GORENG TOMYAM.. 500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit] 3 biji kentang [potong baji dan gorengkan] 3 helai daun limau purut [koyakkan] 3 tangkai cili besar 3 tangkai serai [ketukkan] 1 labu bawang besar [mayang] 1/2 cawan air asalm jawa 5 tangkai daun ketumbar 2 biji buah tomato [belah 4] minyak garam BAHAN TUMBUK: 5 biji cili api 5 biji cili merah 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih METHODS: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan 3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas. 4. Masukkan air asam . 5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata. 6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- UDANG SWEET SOUR 500 gm udang besar [bersihkan] 1 s/b kunyit 1 s/k garam minyak BAHAN UNTUK SOS: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1/2 cawan sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1/2 cawan air. 1 biji tomato (belah 6) 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek) Garam dan gula secukup rasa METHODS: 1.Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2.Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. 3.Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. 4.Masukkan juga cili potong dan gula. 5.Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata. 6.Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AYAM GULAI TEMPOYAK Ayam ½ ekor 15 biji cili padi(ikut rasa) kunyit hidup ½ inci garam secukup rasa bawang kecil 1 biji serai 2-3 batang Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak) Cara: Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau. Tumbuk kunyit,cili padi,garam,bawang kecil sehingga lumat dan titikkan serai kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak. tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2-3 gelas air.masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba... Kalau ada resepi menarik..kongsilah kat sini.. :wink: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 08:29:16 pm nana...resepi ikan pari masak asam pedas ada?
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 03, 2008, 09:02:59 pm baru aku terlintas kat kepala nak bukak tajuk ni, tak sangka pulak si nana ni lagi laju pemikiran dia dari aku. tak dapek den nak nolong...... tapi tak pe,biar kita sama-sama meriahkan tajuk ni. kawan-kawan,aku tak kisah kalau kocek kosong,tapi jangan biar perut kosong.nak buat apa pun tak jadi beb. :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 03, 2008, 09:08:42 pm nana...resepi ikan pari masak asam pedas ada? ada.. nak? ASAM PEDAS IKAN PARI 600 gm ikan pari 300 gm bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan 4 - 6 helai daun kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam secukupnya Bahan-bahan digiling halus: 15 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia Cara: Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata. :wink: Sedapnyaaaa.... (http://tbn0.google.com/images?q=tbn:OSwbhAj2raCG_M:http://bp1.blogger.com/_9x8ceIQlgc4/Rhi7D1KAnjI/AAAAAAAABNA/pcCDNRSjAng/s400/ASAM%2BPEDAS.JPG) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 03, 2008, 09:10:52 pm ini khas untuk kawanku rahman yang sedang mengidam. :biggrin: (http://i12.photobucket.com/albums/a236/hanieliza8/masakan/AsamPdsPariBiru.jpg) Asam Pedas Ikan Pari Bahan-Bahan: 600 gm ikan pari 300 gm bendir 2 batang serai, dititik 2 kuntum bunga kantan 4 - 6 helai daun kesum Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air asam jawa Garam secukupnya Bahan-bahan digiling halus: 15 tangkai cili kering 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2.5 sm halia Cara: Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 03, 2008, 09:13:06 pm hah..
dua sekali.. ambik rahman.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 03, 2008, 09:16:41 pm kak cik nak kuaq pi beli sate sat no...tengah malam skit kak cik kongsi resepi ngan NaNa kat sini....
resepi kak cik honey simple present tense jer...tapi sodaaaap... chowwww.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 09:18:45 pm korang jangan le macam tu...aku lom makan dari pagi ni...meleleh air liur aku kang...
MENYESAL AKU TAK NIAT PUASA TADI.... sape boleh tolong masakkan untuk aku....bahan2 aku beli... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 03, 2008, 09:18:57 pm nana suka ni..
simple.. SUP AYAM CENDAWAN Bahan-Bahan: 750 ml air 250 g isi ayam 60 g sayur campur 50 g kobis 3 ulas bawang merah ] dihiris 2 ulas bawang putih ] 1 paket sup cendawan 1 tangkai daun sup 1 sudu kecil serbuk cili Sedikit minyak masak Garam secukup rasa Cara: Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Tuangkan air dan serbuk sup cendawan. Apabila mendidih masukkan isi ayam, cendawan, sayur campur dan bunga kobis. Taburkan serbuk cili, daun sup dan daun bawang ketika menghidang Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 03, 2008, 09:21:42 pm ketam masak bercili
1kg ketam bunga sebuk kunyit garam myk untuk goreng Bahan A; cili kering(rendam & kisar) bawang besar bwg putih 1cm halia 1tagkai serai Bahan B: 2tbsp sos tiram 3 tbsp sos cili 4tbsp sos tomato garam n gula secukup rasa Cara: gaulkan ketam dgn kunyit & garam.Goreng kan ketam.Dgn mengunakan myk yg sama(myk mengoreng ketam). tumis bahan A hinga naik wangi. Masukan bhn B.Tumis hingga pecah minyak.Masukan ketam yg digoreng.kacau rata.SEDIA DI HIDANGKAN Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 03, 2008, 10:16:56 pm Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 10:23:26 pm dio dah ghib la....
ekau gi carik e mail dio.... hehehehehe Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 03, 2008, 10:43:40 pm Ayam masak Ros Kak Cik Honey
1 ekor ayam - potong dan bersihkan kisar : 2 labu bwg besar 5 tangkai cili merah 5 ulas bawang putih perisa tambahan : 3 sudu sos tomato 1/2 cwn santan Ayam disapu garam + kunyit dan goreng pondan-pondan jer (jgn garing sangat) Tumiskan bahan kisar sehingga wangi ( api sederhana - penting ) Kemudian tambahkan sos tomato Masukkan santan + garam + gula + air skit Bila mendidih baru masukkan ayam - kecikkan api - lauk tak best masak mengejut ( api beso) Renehkan dan +kan sikit hirisan bawang beso + cili merah (nampak cantik skit ) biarkan agak kering - idangkan ianya simple...tapi sedap...tambah dengan lidah org klantan yang suka pedas sikit2 + manis skit2 Utk bebudak emang sesuai.... Nana kita kongsi sehari satu resepi nek....kak cik letak mana yg jadi kegemaran my family.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 03, 2008, 10:47:54 pm dio dah ghib la.... ekau gi carik e mail dio.... hehehehehe dia dah tido la tu, esok nak bangun awal, gi skolah! :mad: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 10:52:39 pm kak cik...kalau boleh masukkan gambar dia sekali....
baru le selera... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 03, 2008, 10:56:21 pm weh ni resepi original dari kak cik.....nantilah esok kalu kak cik masak ayam ni...kak cik snap gambau pas tu buh kat sini...ekau sabau yek....teruk nau ngidamnya....ni ngandung cacing krawit ke cacing gelam ??
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 11:02:28 pm den lapa la kak cik...bukan sebab den mengidam...
alah...kak cik selongkar je google tu....cari gambar...asal nampak macam ayam masak ros kira ok le tuh.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 03, 2008, 11:18:20 pm ado ko macam tu Rahman weh..lembu punya susu, dutch lady yang dapek namo..hiss kirim salam le..
nanti kak cik buh gambau ori punya...ekau tau sabau dok ?? mano asam jawo nih...nak kena sumbat dak ni.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 11:22:33 pm den pun nak lotak resopi gak la....
tapi den nak tumpu pado kuih atau kek.... sempena kedatangan syawal yang mulia(walaupun lambat lagi) chef rahman akan menyediakan resepi kuih dan kek ya.... chef rahman akan bersiaran pada bila2 masa je.... puan2 boleh sediakan pen dan kertas untuk menyalin resepi yang akan chef rahman bagi ye.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 11:27:59 pm ALMOND BISCUITS
(http://i85.photobucket.com/albums/k80/drecipetiquette/Almond_Biscuits.jpg) Bahan-bahannya 1 biji putih telur 1/2 sudu teh madu 1 - 2 titik esen badam (almond essence) 250 gram badam, dikisar 3/4 cawan gula kaster 1 biji putih telur (extra) 1 cawan gula aising 60 gram hirisan badam Cara-caranya 1. Pukul 1 biji putih telur sehingga gebu dan memekat, masukkan madu dan esen badam. 2. Masukkan pula badam kisar dan gula yang telah disatukan dan masukkan kedalam adunan putih telur tadi. Gaul hingga sebati. 3. Tutup dengan plastik cling wrap dan biarkan ia selama 12 jam atau semalaman. 4. Pukul 1 biji putih telur (extra) sehingga gebu dan memekat. Masukkan setengah adunan putih telur ini kedalam adunan putih telur yang telah diperap selama 12 jam. 5. Gaul rata adunan itu lagi dan kemudian ambil doh bentukkan bulat dan golekkan pada gula aising dan atur di loyang pembakar. Ambil gelas dan tekan doh bulat dengan dasar gelas. 6. Sapukan atas doh biskut dengan lebihan putih telur yang diketepikan tadi dan hiaskan dengan beberapa hirisan badam. 7. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: srikandi` on July 03, 2008, 11:43:48 pm hehe lawak betul la kak cik ngan rahman nie. adehhh.. dr tadi gelak je baca posting korang..
wahhhh sedapnyeeeeeeeeee.... nak almond biskut.... sri sukeeeeeee.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 03, 2008, 11:44:21 pm (http://tbn0.google.com/images?q=tbn:fWr1BDp-4mFRcM:http://bp1.blogger.com/_qJTYWuX9ACg/R-sp2EkwcYI/AAAAAAAAARk/K4WxYG2RYmc/s400/DSC00121.JPG) MEE KARI BAHAN-BAHAN: 350 g (5 cawan) mi kuning - dicelur dan ditoskan 200 g isi kerang 150 g isi udang 250 g dada ayam - dipotong kecil 600 g (6 pokok) sawi dipotong kecil dan dicelur 200 g taugeh - dicelur 200 g (2 keping) tauhu - dibakar dan dipotong dadu 500 ml (2 1/2 cawan) santan cair -diperah drp 1/4 biji kelapa parut diambil santan 650 ml (3 1/4 cawan) air 30 g (3 ulas) bawang merah } 10 g (2 ulas) bawang putih } ditumbuk lumat 20 g (2 cm) halia } 40 g (4 sudu makan) rempah kari dijadikan pes 3 sm kayu manis 3 biji bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 300 g (2 biji) tomato 5 g (2 kpg) asam keping 10 g (3 tangkai) daun kari 15 g (3 tangkai) daun ketumbar - dihiris 20 g (2 sudu makan) minyak sayuran 3 g (1/2 sudu teh) garam CARA CARA 1.Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,pelaga,bawang merah,bawang putih dan halia sehingga kuning atas api rendah 2.Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Tumis hingga harum 3.Masukkan ayam dan gaul dengan rata. Masukkan sedikit air. Tutup dan masak di atas api sederhana selama 5 minit 4. Masukkan udang dan kerang, asam keping, santan , air dan garam. Biarkan ia masak beberapa minit. Masukkan tomato kemudian tutupkan api . Untuk menghidangkannya, masukkan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah yang panas keatasnya p/s; yang ni aku cukup suka. sapa la yang baik hati sudi masakan untuk aku? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: srikandi` on July 03, 2008, 11:45:23 pm Ayam masak Ros Kak Cik Honey 1 ekor ayam - potong dan bersihkan kisar : 2 labu bwg besar 5 tangkai cili merah 5 ulas bawang putih perisa tambahan : 3 sudu sos tomato 1/2 cwn santan Ayam disapu garam + kunyit dan goreng pondan-pondan jer (jgn garing sangat) Tumiskan bahan kisar sehingga wangi ( api sederhana - penting ) Kemudian tambahkan sos tomato Masukkan santan + garam + gula + air skit Bila mendidih baru masukkan ayam - kecikkan api - lauk tak best masak mengejut ( api beso) Renehkan dan +kan sikit hirisan bawang beso + cili merah (nampak cantik skit ) biarkan agak kering - idangkan ianya simple...tapi sedap...tambah dengan lidah org klantan yang suka pedas sikit2 + manis skit2 Utk bebudak emang sesuai.... Nana kita kongsi sehari satu resepi nek....kak cik letak mana yg jadi kegemaran my family.... wah resepi kak cik ke nie.. cam sedap je. hehe. waaa tetibe lapa..:( Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 03, 2008, 11:51:57 pm aku selagi tak nampak gambar...aku tak de selera....tu pasal le aku suruh letak gambar...
ko tengok tu sri....guna pun ayam dah mati.... :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 03, 2008, 11:59:27 pm [/quote] wah resepi kak cik ke nie.. cam sedap je. hehe. waaa tetibe lapa..:( [/quote] kalau lapar, sudi-sudi la mencuba resepi yang sedia ada ni ya. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: srikandi` on July 04, 2008, 12:05:41 am (http://www.myresipi.com/picture/image/1/large/kekcokelat_.jpg?1143637802)
Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== ** Topping ** 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak Cara-cara -Pukul telur hingga kembang -Masukkan gula dan pukul lagi -Kemudian masukkan minyak masak -Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. -Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak U-ntuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk wah sedapnye.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 12:14:56 am huih nazri........mee kari...feberet ko ke....
aku nak resepi nasik goreng ayam....feberet aku...sekali dengan gambo... sri....kuih hitam logam tu kuih apo? tak ado namo pun....lotak la namo dio.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 04, 2008, 12:18:56 am (http://www.myresipi.com/picture/image/1/large/kekcokelat_.jpg?1143637802) Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== ** Topping ** 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak Cara-cara -Pukul telur hingga kembang -Masukkan gula dan pukul lagi -Kemudian masukkan minyak masak -Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. -Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak U-ntuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk wah sedapnye.. aku rasa ni kuih yang tak jadi ni,nama pun tak de,dia saje nak kena kan kita ni. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 04, 2008, 12:21:51 am huih nazri........mee kari...feberet ko ke.... aku nak resepi nasik goreng ayam....feberet aku...sekali dengan gambo... kau main oder-oder ni apo ko ingat aku ni restoran ke rahman? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: srikandi` on July 04, 2008, 12:25:54 am lorh tu kek coklat lah. huhu..
haa amik nie.. Nasi Goreng Ikan Masin (http://www.myresipi.com/picture/image/945/large/IMG_0244.jpg?1171191838) Nasi Goreng Ayam (berempah dengan campuran cendawan) (http://x-abbas.blogs.friendster.com/fadzli_bin_alias/images/1_398016016l_1.jpg) Nasi Goreng Kerabu (http://www.myresipi.com/picture/image/1173/large/CIMG1743a.jpg?1174273620) Nasi Goreng Kunyit (http://www.myresipi.com/picture/image/645/large/nasi_goreng_kunyit.jpg?1167344601) haa pilih la nak yang mana.. jemput makan. jangan malu jangan segan..:D Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 12:27:15 am ko kan chef senior....
saya budak baru belajar... kalau salah....bagi le hadiah.... sri...gambar je...resepinya mana? nana punya topik ni pecah rekod....tak sampai sehari dah satu page. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: srikandi` on July 04, 2008, 12:28:53 am lorh tadi kata kalau nampak gamba baru berselera. maleh nak letak resepi dia. tengok gamba je la. huehue
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 04, 2008, 12:31:00 am tu gambar je! resepinya mana? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: srikandi` on July 04, 2008, 12:35:48 am yela2.. ni dia..
Nasi Goreng Ikan Masin (http://www.myresipi.com/picture/image/945/large/IMG_0244.jpg?1171191838) Bahan-bahan 1 mangkuk nasi Sayur campuran Ikan kurau masin dicuci bersih, dipotong kecil dan digoreng garing Ayam, udang 5 batang cili padi - dihiris halus (ikut kepedasan masing2) 4 ulas bawang putih - dicincang 3 biji telur 1 sudu besar light soya sauce Garam dan sedikit serbuk lada putih Cara-cara -Tumiskan bawang putih. -Masukkan ayam dan udang dan tumis sehingga masak. -Masukkan cili padi, light soya sauce, serbuk lada putih dan garam. -Masukkan telur, sayur campur dan gaul sebentar. -Akhir sekali masukkan nasi dan ikan kurau yang telah digoreng terlebih dahulu. -Kacau biar semuanya jadi sebati dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun ketumbar kalau ada. maleh aa nak letak lagi yg lain.. huhu Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 12:50:06 am chef rahman bersiaran lagi....kali ni dengan resepi...
KEK BATIK BRUNEI (http://www.myresipi.com/picture/image/3897/large/kek_batik_brunei.jpg?1214991015) Bahan-bahan ( 10 orang ) * 16oz mentega * 1 1/2 cwn gula halus * 12 biji telur * 1 tin tepung gandum (guna bekas tin mentega 16oz) * 1 tin kecil susu pekat manis * 1 paket kecil milo * 1 paket kecil horlick * 1 paket kecil nestum (blh tambah jika suka) * 3 sudu mkn gravy browning * 2 bungkus roti tunjuk (juga blh guna roti marie) Cara-cara 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Pukul sebati 2. Kemudian masukkan susu, tepung, milo, horlick, nestum dan gravy browning. Gaul adunan hingga rata 3. Apabila sudah sebati masukkan adunan kedalam kuali dan masak diatas api yg kecil hingga agak pekat (kita guna kuali non-stick) 4. Masukkan roti tunjuk / roti marie dan gaul lagi sehingga adunan mengeras 5. Padatkan didalam acuan dan sejukkan didalam peti sejuk SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!! Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: thinker on July 04, 2008, 08:31:01 am Ni resepi bg yg bujang, dan biasanya sesuai bg yg dok asrama :wink:
Resepi : Sup Telur Bahan-bahan 1) Telur 2) daun sup 3) garam secukup rasa 4) sayur (bg yg suka sayur) 5) of course air & kuali le kan :biggrin: Cara menyediakannya 1) masukkan 2 gelas air ke kuali, dan panaskannya sehingga menggelegak 2) masukkan daun sup, dan kecikkan api 3) masukkan garam secukupnya & sayur 4) setelah itu barulah masukkan telur. tunggu sebentar dlm 3 minit, insyaAllah siap, hehe :biggrin: simple & fast... p/s: sape yg kreatif, blh tambah bahan2 lain ke dlm hidangan... selamat mencuba... :smilie: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 04, 2008, 11:29:35 am issskk...sedap ke sup thinker ni...nampak cam masak telur celup air je ni...bawang tak masuk ke ??
emang tol la kot untuk budak asrama...tak yah pakai dapur pun tak pa...pakai heater je.. nih kak cik bagi resepi untuk orang bujang...adik kak cik kat kampung pandai buat nih..betuah sesapa yg dapat memperisterikannya.. :biggrin: :wink: Kerabu Tuna Thinker Hensem 1 tin tuna chunk in water ( ingat - cari yang plain - jgn yg campur mayonis ) seikat daun selom - potong le halus-halus 1 btg mentimun - ricik macam nak makan ngan laksa 2 labu bawang beso - mayam halus 10 tangkai cili padi - potong halus 2 biji perahan asam limau Garam dan gula sesedap rasa. cara-cara : Isi tuna tu tenyeh2 je ngan sudu sampai hancur. Gaulkan semua sekali bahan-bahan di atas. Jangan lupa +kan air asam limau gak. Perisakan ngan garam dan dula Siap...beres....boleh di ratah atau dimakan ngan nasik putih Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 12:59:05 pm chef rahman on da house...
kali ini dengan resepi..... KEK LAPIS UGANDA (http://pesonabatik.com/gambar/kuihraya2007.jpg) Bahan bahan: 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung, ½ cawan gula, 4 cawan santan(sederhana pekat), 1 sudu teh garam, sedikit pewarna merah. Cara membuat Kek Lapis: Panaskan loyang dalam pengukus terlebih dahulu dgn api sederhana.Campurkan bahan1 dlm pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian tapiskan.Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna merah pada satu bahagian. Masukkan sedikit bancuhan berwarna putih, biarkan dlm 3 minit. Masukkan bancuhan berwarna merah pula. Lakukan langkah ini hingga habis. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk baru potong. ALMOND LONDON (http://pesonabatik.com/gambar/kekraya2007.jpg) Bahan bahan untuk biskut Almond London adalah mentega (250g), gula icing (125g), tepung jagung (100g), tepung gandum (250g), tepung gandum (250g), telur (dipukul). Cara membuat: Putar mentega, gula icing dan telur, masukkan campuran tepung dan uli dengan lembut. Masukkan badam yang siap dibakar di dalamnya. Bakar sehingga masak. Celupkan ke dalam coklat masakan dan tabur dengan badam yang telah dibakar. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 02:02:11 pm air feberet chef rahman
COCONUT SHAKE (http://www.naturesflavors.com/images/CoconutShake-M.jpg) Bahan-bahan ( seorang ) * 1 gelas air kelapa muda * 3 sudu isi kelapa muda * 1 scoop ais krim * sedikit air batu Cara-cara 1. masukkan air kelapa, isi kelapa, aiskrim dan air batu kedalam pengisar. kisar hingga hancur. tuang kedalam gelas. Jika suka boleh letakkan aiskrim di atasnya Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 04, 2008, 02:41:15 pm sedap ke rahman? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 03:07:21 pm ko try le buat....tak susah pun...
kalau ko ada blender dah cukup baik.....tapi kalau boleh ko beli lagi satu blender.... sebab kalau ko pakai blender cili mak ko punya tu,nanti dia dah tak rasa kelapa dah....dia rasa cili,halia,bawang putih........ lagi satu nak bagitau....guna aiskrim vanilla.....yang lain boleh gak tapi vanila paling sedap aku rasa.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 05:43:48 pm kali ni,chef rahman akan sediakan resepi untuk orang bujang macam chef rahman....
MEE SEGERA BUJANG STYLE (http://images.aryzss.multiply.com/image/2/photos/66/600x600/4/Pic%204.jpg?et=8fidhNsO0337LWfFXFM93w&nmid=77782123) Bahan Bahan :- 1.Satu Paket Mee Segera untuk Sorang Makan. 2.Air Panas Cara Cara Membuatnya :- 1.Jerang Air Panas Sampai Mendidih 2.Masukkan Mee Segera Ke Dalam Pinggan Bersama sama Dengan Perencah yang disediakan. 3.Kacau Sehingga rata dan Tunggu Sehingga Kembang ( Iklan Maggi Cakap 2 Minit ) 4.Siap Untuk Dimakan. resepi ini,chef rahman tujukan khas buat adik nazri dan adik thinker SELAMAT MENCUBA :biggrin: :biggrin: :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 04, 2008, 06:11:32 pm Apa lah rahman...ekau letak magie kat atas alas kaki...tak lalu den....saprah tak dak ke ?
ni tadi kak cik dah snap gambau ayam ros tu..dok lam hanpon lagi...tak reti nak masukkan. malam sat gi kalau hero kak cik ada, kak cik mintak tolong dia deh...sedap rahman ayam ros tadi....baik ekau cuba resepi den tu. Ado rezeki, malam ni kak cik kasi resepi spesel kat ekau plak ye.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 04, 2008, 07:30:18 pm ala kak cik...tu kan ateh dapo tu...aleh kaki baru boli tu,buek lapik marmar...
lagipun,ni bukan den yang snap gamba ni...ntah budak cino mano den tak kona.den curik gamba dio yo.tapi den memang suko makan maggi,mee,bihun guno chopstick.tak cayo tanyo mak den..... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: thinker on July 04, 2008, 10:23:19 pm issskk...sedap ke sup thinker ni...nampak cam masak telur celup air je ni...bawang tak masuk ke ?? bawang terlpe la kak, biasalah kak... lelaki ni kejenya nak cepat je... yg penting siap dan boleh makan. x caye, tanya budak yg pernah dok asrama... hehe Kerabu Tuna Thinker Hensem 1 tin tuna chunk in water ( ingat - cari yang plain - jgn yg campur mayonis ) seikat daun selom - potong le halus-halus 1 btg mentimun - ricik macam nak makan ngan laksa 2 labu bawang beso - mayam halus 10 tangkai cili padi - potong halus 2 biji perahan asam limau Garam dan gula sesedap rasa. cara-cara : Isi tuna tu tenyeh2 je ngan sudu sampai hancur. Gaulkan semua sekali bahan-bahan di atas. Jangan lupa +kan air asam limau gak. Perisakan ngan garam dan dula Siap...beres....boleh di ratah atau dimakan ngan nasik putih Apo kono namo den keluar ni... Mungkin hidangan ni sesuai bg org yg suka berfikir... :confused: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 05, 2008, 08:20:10 am dimaklumkan resepi kerabu tuna itu memang mengambil sempena nama Thinker ahli shukur ni...sekian terima kasih.
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: thinker on July 05, 2008, 09:25:55 am dimaklumkan resepi kerabu tuna itu memang mengambil sempena nama Thinker ahli shukur ni...sekian terima kasih. apa2 ajelah Ana nak kongsi resepi lain, khas bg yg dok asrama. Quick n easy Resepi : Ubi Bakar Bahan-bahan 1) Ubi Kayu Cara menyediakannya 1) Bakar kayu secukupnya di tanah yg agak lapang (agar tidak kebakaran) :biggrin: 2) Letakkan Ubi kayu di atas kayu-kayan, dan tunggu hingga ubi tersebut masak dan matang. Sambil menunggu ia masak, cuba pusing ubi kayu tersebut agar keseluruhan isinya masak. 3) Siap utk dihidang Selamat mencuba, resepi yg ana dapat semasa dok asarama dulu...kenang-kenangan... hehe. Sungguh menyelerakan :smilie: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 05, 2008, 03:44:49 pm apo kono thinker asyik resepi orang bujang....
tapi ubi bakar ni memang sedap...selain ubi...jagung...terung.....dan kentang juga boleh dibakar. Orang bujang sesuai makan yang bakar-bakar je lah... Pernah makan nenas digoreng celup tepung ?? patut cuba....sedap Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 05, 2008, 06:34:22 pm IKAN BAKAR BERSAMBAL yang ni aku baru buat tadi (http://tbn0.google.com/images?q=tbn:KiDqcwu72OQSDM:http://bp0.blogger.com/_xHMSZVNLU44/RwHQXvi_Y2I/AAAAAAAAAaI/7BlaaB6xUjs/s400/ikan%2Bbakar.jpg) bahan-bahan - 2 ekor ikan jaket (ikan cencaru lah!) yang telah siap disiang & dan dibersihkan. - 1 ulas bawang putih siap dicincang. - 1/2 inci halia yang telah dicincang. - 1 biji bawang besar yang telah dihiris halus. - 4 sudu teh cili kering yang telah siap dikisar (kalau nak cepat,guna je cili boh. tapi rasa tak berapa sedap la). - 1 biji limau untuk diperah diwaku hidangan - dan garam. cara-cara tumiskan cili yang telah dikisar kedalam minyak yang panas sehingga separuh masak(korang agak-agak la sendiri). selepas itu masukkan bawang putih,bawang besar dah halia tadi. tumis sehingga naik bau nya. terakhir sekali masukan garam secukup rasa. (kalau dah siap ditumis hang tutup la apinya) acara seterusnya sumbat semua cili yang dah siap ditumis tadi kedalam(bahagian perut) ikan tersebut.(kalau rajin buat belahan ditepi(kiri/kanan) tulang belakang ikan tu dan sumbat dengan cili sekali). setelah selesai, ikan anda siap sedia untuk dibakar diatas api atau kuali panas. ingat! jangan sesekali gunakan minyak. (biasanya aku bungkus dengan kertas timah dulu baru aku bakar ikan tu) selamat mencuba.. :biggrin: (maaf gambar sebenar tak dapat disertakan sekali kerana terdapat masalah teknikal. :biggrin:) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 05, 2008, 06:43:54 pm maaf gambar sebenar tak dapat disertakan sekali kerana terdapat masalah teknikal.
dah tu...mano ekau dapek gamba tu nazri? ekau pun samo macam den,curik gamba orang lain yo? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 05, 2008, 06:56:09 pm syyyyyuuuuut! aku bukan curi,tapi aku pinjam je! (malu kat orang la kau ni rahman) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:06:30 pm syyyyyuuuuut! aku bukan curi,tapi aku pinjam je! (malu kat orang la kau ni rahman) ish.. macam tu bukan chef.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:09:56 pm ko try le buat....tak susah pun... kalau ko ada blender dah cukup baik.....tapi kalau boleh ko beli lagi satu blender.... sebab kalau ko pakai blender cili mak ko punya tu,nanti dia dah tak rasa kelapa dah....dia rasa cili,halia,bawang putih........ lagi satu nak bagitau....guna aiskrim vanilla.....yang lain boleh gak tapi vanila paling sedap aku rasa.... hahahaha :-d Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:11:36 pm dio dah ghib la.... ekau gi carik e mail dio.... hehehehehe dia dah tido la tu, esok nak bangun awal, gi skolah! :mad: tau takpe.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:13:22 pm (http://www.myresipi.com/picture/image/1/large/kekcokelat_.jpg?1143637802) Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== ** Topping ** 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak Cara-cara -Pukul telur hingga kembang -Masukkan gula dan pukul lagi -Kemudian masukkan minyak masak -Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. -Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak U-ntuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk wah sedapnye.. aku rasa ni kuih yang tak jadi ni,nama pun tak de,dia saje nak kena kan kita ni. suka kuih ni.. tq bagi resepi.. rupanya senang je.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:14:03 pm nana dah check.. takde msg pun masuk Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:15:51 pm chef rahman bersiaran lagi....kali ni dengan resepi... KEK BATIK BRUNEI (http://www.myresipi.com/picture/image/3897/large/kek_batik_brunei.jpg?1214991015) Bahan-bahan ( 10 orang ) * 16oz mentega * 1 1/2 cwn gula halus * 12 biji telur * 1 tin tepung gandum (guna bekas tin mentega 16oz) * 1 tin kecil susu pekat manis * 1 paket kecil milo * 1 paket kecil horlick * 1 paket kecil nestum (blh tambah jika suka) * 3 sudu mkn gravy browning * 2 bungkus roti tunjuk (juga blh guna roti marie) Cara-cara 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Pukul sebati 2. Kemudian masukkan susu, tepung, milo, horlick, nestum dan gravy browning. Gaul adunan hingga rata 3. Apabila sudah sebati masukkan adunan kedalam kuali dan masak diatas api yg kecil hingga agak pekat (kita guna kuali non-stick) 4. Masukkan roti tunjuk / roti marie dan gaul lagi sehingga adunan mengeras 5. Padatkan didalam acuan dan sejukkan didalam peti sejuk SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!! hah.. nana teror buat.. nak sedap campur kacang hazel.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:18:46 pm apo kono thinker asyik resepi orang bujang.... tapi ubi bakar ni memang sedap...selain ubi...jagung...terung.....dan kentang juga boleh dibakar. Orang bujang sesuai makan yang bakar-bakar je lah... Pernah makan nenas digoreng celup tepung ?? patut cuba....sedap betui tu..:-p Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 05, 2008, 07:19:37 pm nana dah check.. takde msg pun masuk cuba cari perkataan ni? Home Help Search Profile My Messages Members Logout dan klik pada my messages. selamat mencuba. dah.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 05, 2008, 09:16:24 pm syyyyyuuuuut! aku bukan curi,tapi aku pinjam je! (malu kat orang la kau ni rahman) ish.. macam tu bukan chef.. chef gak nana....tapi chef miskin,tak mampu nak beli kamera digital... chef rahman pun macam tu gak....dia tau curik gambau orang je... hehehehe...... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 05, 2008, 09:21:32 pm Simple chicken chop Rahman pimple
1 ekor ayam ( minta tokey tu slice utk cikencop ) 1 sudu serbuk lada sulah 1 cawan tepung gandum 3 cawan serbuk roti sedikit air 2 cawan sos lada itam 3 sudu mayonis sedikit gula caranyer... bancuh tepung ngan air macam nak goreng pisang tu la.. ayam digaul ngan lada sulah dan dicelup dalam tepung pastu buh ayam lam serbuk roti, tekan-tekan sket bagi serbuk tu lekat kat ayam then goreng sampai kuning bahan sos : campurkan sos lada itam ngan sedikit air dan gula skit...panaskan samapai dia 'gebek-gebek' (mendidih le tu) Hidangkan cikencop tu ngan fries, timun & tomato slice, sos lada itam ni, sos cili dan thousand island sos (beli supermeket) Peeerrrggghh......memang best. ni kak cik belajar ngan kawan kak cik yg jual cikencop... simple tapi sedap....sedap sehingga naik pimple kat muka... cubalah...cikencop pun mahal le ni tau...baik buat sendiri...boleh makan puas-puas Rahman...kawan akak bagi cencaluk...ta'taw nak makan camana ada tak resepi melaka yang masuk benda ni....cucuq udang boleh buh cencaluk tak ?? terima kasih coconut shake tu...kak cik nak cuba....terliur laaa Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 05, 2008, 09:48:36 pm cucur udang tak sedap makan ngan cencaluk kak cik...
cencaluk ni adik beradik ngan budu gak... yang bezanya,budu guna ikan bilis tapi cencaluk guna udang yang kecik2 tu...apa orang melaka panggil udang kecik2 tu dah lupa...udang yang kecik2 tu digunakan jugak untuk buat belacan... yang den tau.... campurkan cencaluk ngan cili padi ngan air limau kasturi. pas tu makan ngan nasik....senang citer lebih kurang je cara dia ngan budu... tapi kalau kakcik nak resepi,ni baru je jumpa... tapi sebelum tu,den nak intro dulu.... :biggrin: chef rahman kembali bersiaran.kali ini dengan resepi... AYAM CENCALUK YANG KAWAN KAK CIK BAGI :biggrin: Bahan-Bahan: Bahan A 180ml minyak masak 15 ulas bawang merah, dikupas dan dipotong halus 7 ulas bawang putih, dikupas dan dipotong halus 1kg dada ayam, dipotong kecil 140g cencaluk, dibuang airnya 3 helai daun limau purut 400ml air asam jawa, diambil dari 100g asam jawa, dan 400ml air 3 ¾ sudu makan gula 3 biji cili merah, dipotong menegak, biji dibuang, dan dipotong 3 3 biji cili hijau, dipotong menegak, biji dibuang, dan dipotong 3 Bahan B (dikisar halus) 17 ulas bawang merah, dikupas 5cm kunyit, dikupas 5 batang serai, dipotong halus Cara: Panaskan minyak masak, dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga rangup. Kering dan ketepikan. Dalam minyak yang sama, tumis Bahan B sehingga wangi. Tambah ayam, cencaluk dan daun limau. Tambah air asam jawa. Tambah gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan cili dan separuh daripada bawang merah dan bawang putih goreng tadi. Hiaskan bersama baki bawang merah dan bawang putih goreng sebelum dihidangkan. minta maaf,gambar tak ada.filem kamera chef rahman habis la plak. :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: thinker on July 06, 2008, 06:16:49 am apo kono thinker asyik resepi orang bujang.... tapi ubi bakar ni memang sedap...selain ubi...jagung...terung.....dan kentang juga boleh dibakar. Orang bujang sesuai makan yang bakar-bakar je lah... dah den ni org bujang... bakar2 memang favourite den lah sejak dulu... hehe Pernah makan nenas digoreng celup tepung ?? patut cuba....sedap mcm pelik je :confused: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 06, 2008, 09:50:13 am apa yang macam? dah memang pelik pun. biasanya resepi pelik-pelik macam ni dari orang yang pelik! :p :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 10:49:03 am apo kono thinker asyik resepi orang bujang.... tapi ubi bakar ni memang sedap...selain ubi...jagung...terung.....dan kentang juga boleh dibakar. Orang bujang sesuai makan yang bakar-bakar je lah... dah den ni org bujang... bakar2 memang favourite den lah sejak dulu... hehe Pernah makan nenas digoreng celup tepung ?? patut cuba....sedap mcm pelik je :confused: sedap tau.. cubalah.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: thinker on July 06, 2008, 11:26:09 am apo kono thinker asyik resepi orang bujang.... tapi ubi bakar ni memang sedap...selain ubi...jagung...terung.....dan kentang juga boleh dibakar. Orang bujang sesuai makan yang bakar-bakar je lah... dah den ni org bujang... bakar2 memang favourite den lah sejak dulu... hehe Pernah makan nenas digoreng celup tepung ?? patut cuba....sedap mcm pelik je :confused: sedap tau.. cubalah.. sedapnya diragukan, krn melihat acuannya yg sebegitu :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 06, 2008, 11:49:04 am Jangan takut mencuba....orang Islam memiliki sifat berani menerima perubahan dan mencuba sesuatu yang baru selagi tak bercanggah ngan syarak...jangan takut...kak cik dah cuba di dapur kak cik....okey...sedap la jugak...selain nenas boleh cuba ngan epal hijau.
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: thinker on July 06, 2008, 12:12:01 pm Jangan takut mencuba....orang Islam memiliki sifat berani menerima perubahan dan mencuba sesuatu yang baru selagi tak bercanggah ngan syarak...jangan takut...kak cik dah cuba di dapur kak cik....okey...sedap la jugak...selain nenas boleh cuba ngan epal hijau. insyaAllah, ana akan suruh wife ana masak kelak ye kak, sbb ana x berani pd hakikatnya :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 06, 2008, 12:15:35 pm :confused: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 06, 2008, 01:52:45 pm try jelah....tak mendatangkan apa2 effect pada tubuh badan pun...
paling teruk pun sakit perut je..... kak cik.... tepung guna tepung apa? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 06, 2008, 01:59:01 pm tepung gomak pun boleh...tepung pelita pun boleh...hentam je ler...
Apa hal thinker nak cuba resepi kak cik pun nak kena tunggu wife dia.....hmmm...dia maksudkan adik kak cik ke.... :biggrin: minta omak buat dulu thinker...cuba dulu...kot tak sesuai ngan lidah awak plak.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 06, 2008, 02:02:02 pm tepung kanji boleh ke?
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 06, 2008, 04:27:15 pm Tepung kanji orang buat gam...tempek layang-layang ke...wau ke..appa raa..
Tepung beras + tepung jagung skit...baru best cantik signature ekau rahman..kreatif sungguh little Rahman ni...tu lah laku nau ekau sekarang no...hambooiii...humang aih... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 04:30:13 pm tepung kanji boleh ke? mabuk ekh? tepung beras campur tepung gandum.. tepung beras jangan banyak sangat.. nanti tak leh nak kunyah.. keras sangat.. campurkan telur sebiji.. baru rasanya rangup.. jangan lupa letakkan sedikit garam.. ok? trylah.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 06, 2008, 04:38:52 pm dah kak cik kato.....
tepung gomak pun boleh...tepung pelita pun boleh...hentam je ler... den hontam yo la.....mano den tau.....cantik signature ekau rahman.. den pinjam orghang ponyo la kak cik.....diam diam....jangan kasitau orghang laen.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 06, 2008, 04:52:30 pm tepung kanji boleh ke? mabuk ekh? tepung beras campur tepung gandum.. tepung beras jangan banyak sangat.. nanti tak leh nak kunyah.. keras sangat.. campurkan telur sebiji.. baru rasanya rangup.. jangan lupa letakkan sedikit garam.. ok? trylah.. waahh nana...tererr beb...tercabar kak cik... :biggrin: Laksa johor tau buat tak ?? kongsi bleh ?? yang kaw-kaw punya... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 05:12:06 pm tepung kanji boleh ke? mabuk ekh? tepung beras campur tepung gandum.. tepung beras jangan banyak sangat.. nanti tak leh nak kunyah.. keras sangat.. campurkan telur sebiji.. baru rasanya rangup.. jangan lupa letakkan sedikit garam.. ok? trylah.. waahh nana...tererr beb...tercabar kak cik... :biggrin: Laksa johor tau buat tak ?? kongsi bleh ?? yang kaw-kaw punya... boleh.. mee bandung muar nak? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 05:18:08 pm LAKSA JOHOR
bahan2: ikan tenggiri (sedap, x berbau hamis bila direbus tp mahal sikit)/ada org suke ikan kembung(sedap, murah tp berbau hamis skt)..ikutlah suke apa. udang kering direndam dan dikisar/tumbuk (sebaiknya udang kering yg masih baru), sekeping isi ikan kurau kering (jgn byk2 sbb dah ada udang kering) bawang merah kisar bawang putih kisar cili kering kisar halia kisar (satu inci cukup) serbuk kari ikan(dicairkan) asam keping, kerisik kelapa, santan kelapa, serai dikisar dan 1/2 inci lengkuas dikisar bahan2 b: mee spahageti (rebus 10 minit0/ mee laksa celup dlm air panas(3minit) telur rebus,taugeh, daun kesom, timun, limau kasturi sambal belacan Cara masakan 1. Panas kan minyak , bila betul2 panas tumiskan bawang2, halia, lengkuas, serai, udang kering smp garing sikit. 2. Bila udang kering agak2 dah masak, n bau naik masukkan cili kering tumis lagi sampai kuar minyak, 3. Pastu serbuk kari ikan yg dah dicairkan dgn air td masukkn dlm tumisan tadi, diikuti isi ikan tenggiri yg dah direbus, isi ikan kurau, asam keping, kerisik, santan jgn lupa garam gula secukupnya, air sbg kuah. masak smp seme sebati mendidih masukkan dauh kesom.tutup api 4, Mee sphageti yg dh rebus tu masukan dlm pinggan, masukkan timun , taugeh, telur rebus,limau kasturi, sambal belacan dan tuang kuah laksa td. 5. dah siap bolh makan, (http://roserose1.files.wordpress.com/2007/09/laksajohor.jpg) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 06, 2008, 05:18:39 pm Naakk....nana orang muar ke ? dulu kak cik slalu gak pi muar...cuti semester ikut kawan balik Serom....mmm..serom apa ntah...lupa.
tapi dia bawak pi makan medan selera kat tepi sungai...apa nama tempat tu ntah...lupa Mak dia suka buat asam pedas..hari-hari makan ikan masak asam pedas. Kak cik pandai makan laksa johor kat umah dia la...masa abang dia bertunang....best laksa johor....tapi ngapa orang johor banyak tak suka.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 05:22:28 pm MEE BANDUNG MUAR BY TEACHER NANA.. :wink:
1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) ¾ - 1 cawan gula pasir 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) Cara: Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Pijarkan minyak dalam kuali Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing Masukkan sos tiram Masukkan udang, daging rebus Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat Cadangan Hidangan: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. Hidangkan. Tambahan: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. (http://www.sinar.fm/cgi-bin/oap/06/selera_sinar/2006829-194542IMG_3340%20(Small).JPG) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 06, 2008, 05:23:59 pm waaahhh...lazatnya laksa johor ni.....kecur den nana oii...
nanti bagi mee bandung muau plak....kak cik nak print semua resepi kat sini nak tempek dalam buku....nanti nak hadiahkan sama untuk kakak kak cik kat kampung... Jom...kak cik nak pi panjat bukit...dah janji ngan kawan....nak kasi kempis mana yang tek kempis..ahak..hak..hak.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 05:33:52 pm PUDING KASTARD BERKUAH BY TEACHER NANA :wink:
time open house raya buat ni sampai tak cukup-cukup..sampai orang minta resepi.. kat sini nana bagi korang salin.. nanti buat sendiri.. cuba k? A. Badan puding… Bahan-bahannyer… 1 pek tepung kastard 1kotak santan (size kecil) 1kg gula pasir cara-cara memasak: -masukkan tepung kastard ke dalam periuk (besar)...(tinggalkan dalam 5 atau 6 sudu tepung kastard untuk buat kuah puding) -bancuh dengan air, kacau sehingga tepung tidak berketul-ketul. Kemudian masukkan santan satu kotak. -Letak periuk di atas dapur dengan api sederhana, kacau ikut sunnah... dari kanan ke kiri.... masukkan gula secukup rasa... agak2 manis buah jer ye...**kacau sehingga adunan tersebut likat... -Setelah masak adunan tadi tuang adunan ke dalam bekas untuk di sejukkan...dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. ** pastikan adunan tidak terlalu likat, jika tiba2 adunan menjadi terlalu likat perlu dituang dengan air panas supaya adunan menjadi elok kembali... **jadi sediakan air panas semasa memasak badan puding ni yer… B. Kuah puding bahan-bahan; 5@6sudu tepung kastard 1 tin susu cair 1 tin koktail (buah campur) gula secukup rasa 1 tin laici cara-cara memasak: -masukkan tepung kastard ke dalam periuk, campur air kacau sehingga tepung sebati dengan air dan tidak berketul2.. -masukkan susu cair, letakkan periuk di atas dapur. Nyalakan api yang sederhana kacau dalam 15-25 minit…masukkan gula secukup rasa...manis sedikit dari badan puding (supaya naik rasa)... -masukkan buah campur ke dalam kuah tadi...kacau sekejap dan kemudian tuang ke dalam bekas lain untuk disejukkan.... -dah sejuk masukkan kedalam peti sejuk... -lagi sejuk lagi sedap.. -kalau tak sabar sangat..semasa menghidang boleh letakkan ais beberapa ketul..macam makan cendol tu.. SELAMAT MENCUBA.. :wink: (http://farm1.static.flickr.com/2/1487064_74f74641d9.jpg) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 05:41:46 pm JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS KEMBANG
BY TEACHER NANA :wink: Sedap ni.. rugi tak cuba Bahan-bahan 300g tpg gandum 1 biji telur 1 sudu kecil yis mauripan 1/2 cawan ikan bilis 1 labu bwg besar 2 pokok daun bawang 1 1/2 cawan air taugeh jika suka garam secukup rasa sedikit serbuk kunyit Cara-cara blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili (http://i8.photobucket.com/albums/a39/Gluttonisland/stadbaz-sav-cucur.jpg) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 05:52:57 pm ROTI GULUNG SARDIN ISTIMEWA DARI TEACHER NANA YANG TERISTIMEWA... :wink:
Pagi tadi nana masak ni.. nak sarapan.. makan sorang tak habis.. bawa sampai sarapan petang.. panaskan balik..huhu kesiankan makan sorang je.. jom kongsi..resepilah.. Bahan-bahan ( 10 ketul ) 10 keping roti sandwich gardenia 1 tin sardin kecil 1-2 biji bawang besar india 1 biji cili merah dicincang sedikit garam sedikit perasa sedikit perahan limau atau lemon cornflake yg dikisar halus 3 keping keju dihiris halus sedikit majerin untuk goreng Cara-cara Bahan inti : - sardin,bawang dipotong dadu,cheese,garam dan perasa digaul bersama. ambil roti dibuang tepi ambil inti,isi memanjang didalm roti -gulung dan celup didalam telur disiram pula dengan cornflake hancur untuk sos masak cili dgn sos cili dan tambahkan gula (http://tbn0.google.com/images?q=tbn:EKNGmIQ1YU6yQM:http://bp3.blogger.com/_1Xqxp7FYSc0/SB6ISRtO-VI/AAAAAAAAANE/OwALnU1V9UI/s320/Roti-Sardin-Goreng.jpg) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: srikandi` on July 06, 2008, 08:16:57 pm (http://farm1.static.flickr.com/2/1487064_74f74641d9.jpg) arr.. sedapnye. sri suke sgt.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 06, 2008, 11:13:15 pm (http://farm1.static.flickr.com/2/1487064_74f74641d9.jpg) arr.. sedapnye. sri suke sgt.. suka ekh? ambik resepi.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: maratussolehah on July 07, 2008, 08:11:26 pm menarik resepi2 di sini..insyaAllah nti Nora akan kongsi resepi jugak :)
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 07, 2008, 08:30:55 pm encik rahman tumpang bertanya....
siapakah cik/puan nora itu wahai cik/puan maratussolehah? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 07, 2008, 08:41:27 pm encik rahman tumpang bertanya.... siapakah cik/puan nora itu wahai cik/puan maratussolehah? apa makanan kegemaran rahman? kongsilah.. kot sama cita rasa.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: maratussolehah on July 07, 2008, 08:48:15 pm encik rahman tumpang bertanya.... siapakah cik/puan nora itu wahai cik/puan maratussolehah? Nora adalah nama sebenar...ibu kpd 3 org anak & isteri yg sentiasa mencari keredhaan suami :) insyaAllah Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 07, 2008, 09:07:41 pm encik rahman tumpang bertanya.... siapakah cik/puan nora itu wahai cik/puan maratussolehah? Nora adalah nama sebenar...ibu kpd 3 org anak & isteri yg sentiasa mencari keredhaan suami :) insyaAllah oooooo.....barulah encik rahman faham puan maratussolehah@nora.... encik rahman tumpang bertanya.... siapakah cik/puan nora itu wahai cik/puan maratussolehah? apa makanan kegemaran rahman? kongsilah.. kot sama cita rasa.. makanan kegemaran encik rahman adalah nasi goreng ayam cik nana.... airnya pula adalah coconut shake.tapi encik rahman jarang minum coconut shake kerana warung yang menjual coconut shake adalah jauh dari rumah encik rahman. di sini,harganya cuma rm1.50 sahaja.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 07, 2008, 10:04:57 pm encik rahman tumpang bertanya.... siapakah cik/puan nora itu wahai cik/puan maratussolehah? Nora adalah nama sebenar...ibu kpd 3 org anak & isteri yg sentiasa mencari keredhaan suami :) insyaAllah oooooo.....barulah encik rahman faham puan maratussolehah@nora.... encik rahman tumpang bertanya.... siapakah cik/puan nora itu wahai cik/puan maratussolehah? apa makanan kegemaran rahman? kongsilah.. kot sama cita rasa.. makanan kegemaran encik rahman adalah nasi goreng ayam cik nana.... airnya pula adalah coconut shake.tapi encik rahman jarang minum coconut shake kerana warung yang menjual coconut shake adalah jauh dari rumah encik rahman. di sini,harganya cuma rm1.50 sahaja.... iye?? oo.. kegemaran tak sama.. huhuhu.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 07, 2008, 10:11:12 pm encik rahman nak keluar sebentar....nak sepak pc ini macam bola kerana terlalu lembab.sebentar nanti encik rahman akan kembali.INSYALLAH.
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 07, 2008, 11:05:19 pm encik rahman nak keluar sebentar....nak sepak pc ini macam bola kerana terlalu lembab.sebentar nanti encik rahman akan kembali.INSYALLAH. GARANGNYA.. KALAU BINI.. SEPAK MACAMANA LAH YE.. HUHUHU.. TAKUT Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 07, 2008, 11:07:56 pm untuk pengetahuan cik nana,encik rahman takkan memukul perempuan.insyallah....
kerana dayus rasanya seorang lelaki memukul perempuan.... bengkak kaki encik rahman kerana menyepak pc ini....adeeeehhhh....... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 07, 2008, 11:10:47 pm untuk pengetahuan cik nana,encik rahman takkan memukul perempuan.insyallah.... kerana dayus rasanya seorang lelaki memukul perempuan.... bengkak kaki encik rahman kerana menyepak pc ini....adeeeehhhh....... ALA CIAN.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: maratussolehah on July 08, 2008, 04:16:07 am (http://i175.photobucket.com/albums/w127/maratussolehah/jusbuah2.jpg)
Resepinya: -Blender buah2 (straberi, pisang, mangga etc) bersama dgn susu segar & ice cube..asing2 blender buah tu.. - masukkan hasil blender satu persatu dlm gelas tinggi - jus tersebut akan membentuk layer -potong lebihan buah2 tersebut secara dadu & hias di atas cawan... sedia untuk dihidangkan :) Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: maratussolehah on July 08, 2008, 04:29:42 am Cupcakes nie ummi saje2 buat sbb nak paktis buat deco. Ummi buat dalam 30 biji. Ummi cadangkan walid bawak gi ofis bg kt officemates walid. icing tu ummi pakai cream cheese icing. deco nya tak berapa cantik sbb icing tu cair skit. Bahan2 utk buat cupcakes tu ummi borong suma kat mesia masa balik mesia aritu, cuma tak jumpa souffle cup yg cam dorang citer kat forum tu. ingat nak cari kt spore tp tak sempat plak nak gi.
ummi cuma ada resepi utk honey corn je, utk sponge with coconut flavor tu ummi beli yg dah siap punya, dalam kotak. (http://i175.photobucket.com/albums/w127/maratussolehah/cc.jpg) (http://i175.photobucket.com/albums/w127/maratussolehah/cc5.jpg) (http://i175.photobucket.com/albums/w127/maratussolehah/cc6.jpg) Honey Corn cupcakes Ingredients: 1/2 cup butter 2/3 cup sugar 1/4 cup honey 2 eggs 1/2 teaspoon salt 1 1/2 cups all-purpose flour 3/4 cup yellow cornmeal 1/2 teaspoon baking powder 1/2 cup milk 3/4 cup frozen yellow corn Methods: 1. Preheat oven to 400 degrees. 2. Cream together butter, sugar, honey, eggs, and salt in a large bowl. 3. Add flour, cornmeal, and baking powder and blend thoroughly. Add milk while mixing. 4. Add corn to mixture and combine by hand until corn is worked in. 5. Grease a 12-cup muffin pan and fill each cup with batter. Bake for 20 to 25 minutes or until muffins begin to turn brown on top. Makes 12 muffins. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: silent_hunter on July 08, 2008, 09:56:54 am nak cam sedap...
tapi "healthy ingredient" kurang kot.. lebih kepada sedap dari sihat... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 08, 2008, 01:47:24 pm silent....
kalau ekau nak sihat...ekau makan la madu....tak pun habbatus sauda' ni sumo buek sodap anak tokak yo.....tapi den raso,ado gak yang boleh menyihatkan badan....membori tenago.....kolestrol pun sebona eh ponting dalam tubuh....tapi sobab buek sakik tu kerano berlobihan dalam badan..... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 08, 2008, 02:25:33 pm macam den...amalkan madu khaula...best...makan gitu je...tak manis sangat dan rasa agak lembut compared to madu tualang..
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 08, 2008, 07:53:27 pm macam den...amalkan madu khaula...best...makan gitu je...tak manis sangat dan rasa agak lembut compared to madu tualang.. ok.. nanti honey share resepi mudah dan berkhasiat.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 09, 2008, 12:47:40 am macam den...amalkan madu khaula...best...makan gitu je...tak manis sangat dan rasa agak lembut compared to madu tualang.. kak cik...madu khaula tu apo?madu campo coca cola ke? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 09, 2008, 06:27:23 am hiisssh...madu khaula tak tau ka ???
madu asli jenama khaula...dari Iran. madu ni dihasilkan oleh lebah yang menghisap madu dari kws pergunungan di Iran....bunga dari kws sejuk dan bebas pencemaran alam ni rupanya menghasilkan madu yg berkualiti. sedap dan lembut rasanya....ekau google la cari 'madu khaula' dari khaula trading... karang kak cik nak sediakan resepi yang ada madu untk nana....amboi nana....anak dara pun suka 'madu' ke ??? Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 09, 2008, 05:42:14 pm ni resepi ayam goreng madu yang mudah....tapi tak tau lah berkhasiat ke idaknya...janji sodaap..
Kak cik tak de sukatan khusus sebenarnya...main campak-campak je dalam blender....camtu le...tapi untuk nana ... den agak-agak le sukatan bahan perap ni... Ayam Goreng Madu NANANANANANANA...johor kiterr... bahan kisar 1 ekor ayam..potong 16 pieces...bersihkan 1 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 8 tangkai cili kering 1 inci kunyit 1 inci halia 1 inci lengkuas 6 batang serai 1 camca ketumbar 1 camca jintan manis 1 camca jintan putih garam dan gula sesedap rasa Perapkan ayam dengan bahan kisar ini dan dicampurkan dengan 4 sudu madu . Selepas satu jam bolehlah digoreng atau dibakar. Nak cepat goreng je la...api mau sederhana je takut nanti hangus. Rupa memang agak hitam skit...tapi sedap.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 09, 2008, 05:44:32 pm untuk pengetahuan cik nana,encik rahman takkan memukul perempuan.insyallah.... kerana dayus rasanya seorang lelaki memukul perempuan.... bengkak kaki encik rahman kerana menyepak pc ini....adeeeehhhh....... :biggrin: :biggrin: :biggrin: :biggrin: :biggrin: sapa suruh weh... :biggrin: Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: NaNNa on July 09, 2008, 06:34:52 pm ni resepi ayam goreng madu yang mudah....tapi tak tau lah berkhasiat ke idaknya...janji sodaap.. Kak cik tak de sukatan khusus sebenarnya...main campak-campak je dalam blender....camtu le...tapi untuk nana ... den agak-agak le sukatan bahan perap ni... Ayam Goreng Madu NANANANANANANA...johor kiterr... bahan kisar 1 ekor ayam..potong 16 pieces...bersihkan 1 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 8 tangkai cili kering 1 inci kunyit 1 inci halia 1 inci lengkuas 6 batang serai 1 camca ketumbar 1 camca jintan manis 1 camca jintan putih garam dan gula sesedap rasa Perapkan ayam dengan bahan kisar ini dan dicampurkan dengan 4 sudu madu . Selepas satu jam bolehlah digoreng atau dibakar. Nak cepat goreng je la...api mau sederhana je takut nanti hangus. Rupa memang agak hitam skit...tapi sedap.... waa.. sedap gak ni.. kalau guna ayam HPA lagi best ni.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: D nazri on July 09, 2008, 08:52:36 pm PUDING KASTARD BERKUAH BY TEACHER NANA :wink: time open house raya buat ni sampai tak cukup-cukup..sampai orang minta resepi.. kat sini nana bagi korang salin.. nanti buat sendiri.. cuba k? A. Badan puding Bahan-bahannyer 1 pek tepung kastard 1kotak santan (size kecil) 1kg gula pasir cara-cara memasak: -masukkan tepung kastard ke dalam periuk (besar)...(tinggalkan dalam 5 atau 6 sudu tepung kastard untuk buat kuah puding) -bancuh dengan air, kacau sehingga tepung tidak berketul-ketul. Kemudian masukkan santan satu kotak. -Letak periuk di atas dapur dengan api sederhana, kacau ikut sunnah... dari kanan ke kiri.... masukkan gula secukup rasa... agak2 manis buah jer ye...**kacau sehingga adunan tersebut likat... -Setelah masak adunan tadi tuang adunan ke dalam bekas untuk di sejukkan...dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. ** pastikan adunan tidak terlalu likat, jika tiba2 adunan menjadi terlalu likat perlu dituang dengan air panas supaya adunan menjadi elok kembali... **jadi sediakan air panas semasa memasak badan puding ni yer B. Kuah puding bahan-bahan; 5@6sudu tepung kastard 1 tin susu cair 1 tin koktail (buah campur) gula secukup rasa 1 tin laici cara-cara memasak: -masukkan tepung kastard ke dalam periuk, campur air kacau sehingga tepung sebati dengan air dan tidak berketul2.. -masukkan susu cair, letakkan periuk di atas dapur. Nyalakan api yang sederhana kacau dalam 15-25 minit masukkan gula secukup rasa...manis sedikit dari badan puding (supaya naik rasa)... -masukkan buah campur ke dalam kuah tadi...kacau sekejap dan kemudian tuang ke dalam bekas lain untuk disejukkan.... -dah sejuk masukkan kedalam peti sejuk... -lagi sejuk lagi sedap.. -kalau tak sabar sangat..semasa menghidang boleh letakkan ais beberapa ketul..macam makan cendol tu.. SELAMAT MENCUBA.. :wink: (http://farm1.static.flickr.com/2/1487064_74f74641d9.jpg) ni mesti sedap,terliur pulak! Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 09, 2008, 08:58:47 pm (http://i175.photobucket.com/albums/w127/maratussolehah/jusbuah2.jpg) Resepinya: -Blender buah2 (straberi, pisang, mangga etc) bersama dgn susu segar & ice cube..asing2 blender buah tu.. - masukkan hasil blender satu persatu dlm gelas tinggi - jus tersebut akan membentuk layer -potong lebihan buah2 tersebut secara dadu & hias di atas cawan... sedia untuk dihidangkan :) aku terliur yang ni lak nazri... hehehehe...... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: maxnum on July 09, 2008, 09:28:55 pm myregexs tahu buat pasembor(org luar panggil rojak me) dgn me rebus mamak je la ..sini area utara
Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 09, 2008, 09:31:39 pm myregexs tahu buat pasembor(org luar panggil rojak me) dgn me rebus mamak je la ..sini area utara bagi le resepi.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: maxnum on July 09, 2008, 09:35:33 pm heheh
org melaka kempunan ka kekekekeke Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 09, 2008, 09:39:14 pm tak de le kempunan.....
tapi aku nak gak tau camne cara buat.... mana le tau terdetik ati nak try.... hehehehehe Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: kak cik on July 09, 2008, 10:05:01 pm ni resepi ayam goreng madu yang mudah....tapi tak tau lah berkhasiat ke idaknya...janji sodaap.. Kak cik tak de sukatan khusus sebenarnya...main campak-campak je dalam blender....camtu le...tapi untuk nana ... den agak-agak le sukatan bahan perap ni... Ayam Goreng Madu NANANANANANANA...johor kiterr... bahan kisar 1 ekor ayam..potong 16 pieces...bersihkan 1 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 8 tangkai cili kering 1 inci kunyit 1 inci halia 1 inci lengkuas 6 batang serai 1 camca ketumbar 1 camca jintan manis 1 camca jintan putih garam dan gula sesedap rasa Perapkan ayam dengan bahan kisar ini dan dicampurkan dengan 4 sudu madu . Selepas satu jam bolehlah digoreng atau dibakar. Nak cepat goreng je la...api mau sederhana je takut nanti hangus. Rupa memang agak hitam skit...tapi sedap.... waa.. sedap gak ni.. kalau guna ayam HPA lagi best ni.. penah makan ayam HPA ke ?? den rasa biasa je nana weh ayam organic tu...cuma berkhasiat skit la kot. Kat sini depa jual RM18 sekoq...tak de la besar sangat.....lebih kurang saiz ayam kampung yg dara tu je. Saya penah bawak rombongan pelajar melawat kilang kopi radix HPA....cadang tu nak tengok sama tempat ternak ayam organik. tapi tak bleh...faktor kesihatan dan wabak penyakit. Cuma assistant tu cerita, ayam ni manja skit...tak leh terkejut. Dengar org bersin pun boleh maut...hisshh...pernah sorang staff start motor dia....abis mati 3 ekor ayam...sensitif nau. Dia punya boss ada bercadang nak pasangkan bacaan cd ayat2 suci Al-Quran kat ayam2 bagi kuat semangat skit ayam sensitif ni...mungkin stress kot...sebab terkurung lam bilik aircornd dan tunggu masa nak semelih je....wallahualam....den ta'taw Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: rahmanw on July 09, 2008, 10:54:17 pm ayam manja....jenis ayam makan bersuap....tengok le tuh...nak duduk pun dalam air cond....bagi ko duduk dalam peti ais baru ko tau....
dasar binatang punya ayam.....ayam tak sekolah.... Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:03:19 pm Nasi Kurma Ayam
Bahan-Bahan: 4 ketul paha ayam sederhana besar (potong 2) 2 tin susu beras 1 setengah tin susu air Setengah gelas susu cair 3 sudu makan rempah kurma 4 sudu makan minyak sapi Sedikit bawang goreng. Bahan A 3 ulas bawang putih (tumbuk) 2 inci halia (tumbuk) 1 labu bawang besar (hiris) sedikit kulit kayu manis, cengkih, bawang besar Daun pandan sedikit minyak masak Cara: 1.Perap ayam dengan rempah kurma bersama garam,gula selama 1 jam. jangan terlalu garing. 2. Panaskan minyak sapi dengan minyak masak. Goreng ayam. 3. cara masak nasi. Panaskan minyak lebihan goreng ayam dalam periuk. 4. Tumis bahan A bersama dengan kulit kayu manis,cengkih hingga kekuningan 5. Masukkan air,susu cair, daun pandan. Biar menggelegak. Masukkan garam,gula. 6.Masukkan beras. Bila beras agak kering, masukkan ayam dan bawang goreng.Kecilkan api dan masak nasi macam biasa. Cadangan Hidangan: Enak dimakan bersama sos lada set sos kicap nasi ayam dan acar timun. Tambahan: Peha ayam boleh diganti dengan kepak ayam dan susu cair boleh diganti dengan susu segar. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:03:54 pm Beriani Kurma Daging
Bahan-Bahan: 4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan) 4 cawan air ¾ tin susu cair 600 gm daging 1 sudu besar rempah kurma 1 sudu kecil serbuk jintan manis 2 sudu kecil serbuk kas-kas 100 gm kacang gajus (dikisar halus) ¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu) 2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu) 3 sudu besar minyak masak 3 sudu besar minyak sapi / marjerin 2 helai daun pandan Garam & gula secukup rasa Bahan Kisar: 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia Bahan Tumis: 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 2 cm halia (dimayang) 1 tangkai daun kari 3 cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 5 kuntum bunga lawang ½ sudu kecil jintan manis 3 biji buah pelaga Cara: Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:05:02 pm Ayam Berempah
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil) garam secukup rasa 4 sudu besar minyak makan 1 cawan teh pati santan Air limau 1 biji limau nipis Bahan Giling: 15 ulas bawang merah 5-6 batang lada merah 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup Cara: Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti. Cadangan Hidangan: Untuk 4 orang saja Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:05:34 pm Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan: Bahan untuk dikisar: 30 gm cili kering 30 gm halia 20 gm bawang putih 90 gm serai 200 gm bawang besar 300 gm tomato 200 gm minyak masak Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak Cara: Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:06:48 pm Aneka Selera
Bahan-Bahan: 300 gm kentang 2 ulas bawang putih ½ sudu teh garam 1 sudu besar dadih 3 sudu besar mayonis 2 sudu besar mentega 1 biji cili merah (dibuang biji dan dicincang halus) Tomato secukupnya (dihiris nipis membulat) Batang saderi secukupnya (dihiris 4 cm panjang) Cara: Rebus kentang hingga empuk. Kemudian lecek lumat. Tumbuk bawang putih bersama garam hingga ia lumat. Gaul kentang bersama bawang putih, dadih, mayonis, mentega dan cili merah di dalam mangkuk hingga ia sebati. Paipkan sedikit adunan di atas kepingan tomato dan batang saderi. Buat hingga habis adunan. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:08:00 pm Pizza Spaggetti
Bahan-Bahan: 2 peket spaggetti 3 biji telur Sedikit minyak zaitun Sedikit mentega untuk menumis Sedikit daun parsley. 400g daging cincang ½ tin tomato puree 2 biji tomato dicincang halus 3 biji cili merah di kisar 3 ulas bawang putih dicincang halus Garam dan perasa secukupnya. Cara: Didihkan air hingga mendidih.Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam.Celur spaggetti hingga lembut. Pastikan tidak putus.Apabila lembut angkat dan toskan. Pukul telur sederhana dan gaulkan dengan dengan spaggetti. Lengserkan bekas pembakar yang sesuai dengan mentega. Masukkan spaggetti tadi dan bakar dalam ketuhar selama 25 minit atau hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan. Untuk Sos: Cairkan mentega dan tumis bawang putih. Masukkan cili merah yang dikisar. Masukkan daging cincang dan masak hingga kering air. Masukkan tomato cincang dan tomato puree serta sedikit air. Jangan terlalu cair.Apabila daging masak, masukkan garam dan serbuk perasa serta sedikit oregano. Masukkan juga sedikit daun parsley yang dicincang. Cadangan Hidangan: Potong Spaggetti dalam bentuk kepingan dan tuangkan sos di atasnya. esuai untuk sarapan atau makan malam. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:08:38 pm Kentang Beraneka Rasa
Bahan-Bahan: 6 biji kentang (potong dadu) 2 biji telur ½ botol sos tomato 5 sudu besar sos cili sedikit minyak untuk menumis. Cara: 1) goreng kentang hingga garing. angkat dan toskan minyak. 2) tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. 3) masukkan sos tomato dan sos cili di dalam kuali. kecilkan api. 4) setelah sos mendidih, pecahkan telur dan gaulkan sehingga sebati. 5) akhir sekali, masukkan kentang yang sudah di goreng ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati. 6) hidangan sudah siap untuk di makan. Cadangan Hidangan: boleh juga di campurkan dengan hot dog( di potong bulat) yang telah digoreng. Tambahan: kalau tidak suka masam, boleh kurangkan sos tomato dan lebihkan sos cili. tidak memerlukan garam untuk resepi ini. SELAMAT MENCUBA.. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:09:10 pm Agar Agar Telur
Bahan-Bahan: 1 bungkus agar agar 1250ml air 1 ½ cawan susu pekat gula secukup rasa 1 biji keledek merah atau kentang direbus dengan sikit garam daun pandan kulit telur ayam secukupnya Cara: rebus agar agar dgn 1250ml dan daun pandan hingga hancur. buatkan bebola kecil drp ubi yg telah dilecek. masukan susu manis dan gula sambil dikacau hingga mendidih. tuangkan agar agar kedalan kulit telur tadi dan masukkan sebiji bebola ubi. biarkan beku. kopekan kulit telur tadi sebelum dihidangkan Cadangan Hidangan: boleh dimakan dengan buah buahan koktel atau apa saja buah kegemaran anda Tambahan: sesuai untuk dijadikan hantaran untuk majlis pertunangan @ perkahwinan Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:10:51 pm Mee Kari
Bahan-Bahan: 300 kg mee kuning atau makarona (masukkan sedikit serbuk kunyit ketika merebusnya) 30 gm udang kering & 1 batang serai 2 camca besar cili boh atau cili kering & 1 camca besar serbuk kunyit 1 cawan santan pekat & garam secukup rasa ½ cawan air & ½ ekor ayam 50 gm udang hidup & 30 gm sawi 20 gm tauhu & ½ cawan minyak 5 ulas bawang putih (dimayang halus) 5 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (dimayang halus) Cara: Panaskan minyak, tumiskan udang kering yang sudah ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili boh, serbuk kunyit, ayam, udang, sawi dan tauhu, kacau hingga rata. Setelah itu masukkan air, santan dan garam dan masaklah hingga sebati dan pekat. Hidangkan bersama daun pudina dan cili potong. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:12:03 pm Mee Hailam
Bahan-Bahan: 300 gm mee kuning 300 daging ayam 200 gm daging (direbus) 200 gm sawi (dipotong) 5 biji bebola ikan (dipotong) 2 cawan stok daging 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato ½ sudu besar kicap pekat 1 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih (ditumbuk) Sedikit minyak bijan, Garam, serbuk lada hitam & minyak masak Cara: Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, sos tomato & stok daging. Apabila mendidih, masukkan garam,daging, ayam, sawi & serbuk lada hitam. Akhir sekali, masukkan mee, minyak bijan & kacau rata. Masak selama 2 minit. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:12:53 pm Char Kue teau
Bahan-Bahan: 1 bungkus kueteau 3 pohon daun kuchai dipotong ½ inc 2 sudu cili boh sedikit kerang sedikit tauge 1 tauhu basah ( kalau mahu ) 4 ulas bawang putih di ketuk 2 biji telur Sedikit garam 4 sudu besar kicap manis ½ sudu teh cuka ½ cawan air sedikit minyak Cara: Panas minyak masukkan bawang putih hingga berbau wangi masukkan cili boh dan tumis.masukkan 1 sudu kicap dahulu. kemudian masukkan air tadi. masukkan cuka masukkan telur sebiji dan tahu. apabila mendidih masukkan kueteu masukkan 3 sudu kicap lagi gaul hingga rata masukkan sebiji telur lagi. kemudian masukkan tauge dan daun kucai . biarkan 20 saat pastu hidang Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:14:29 pm Laksa Antarabangsa
Bahan-Bahan: Bahan: Sepeket spagheti atau laksa 1 tin Sardin/Mackerel 10-15 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 6 ulas bawang putih 1 inci lengkuas 2 serai minyak 2 sudu kerisik 2 sudu rempah kari ikan ½ tin susu cair @ 1 kotak santan M&M Garam dan gula 2 asam keping Timun(hiris memanjang) Salad(hiris) Cili merah dan cili padi(hiris) bawang goreng Cara: - Rebus spagheti atau laksa hingga masak, tos dan ketepikan - Kisar cili, bawang, bawang putih, lengkuas dan serai kemudian tumis bersama rempah kari hingga garing dan pecah minyak - Semasa menumis untuk menghasilkan warna yang cantik masukkan sesudu gula - Bila rempah dah masak, masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan sardin yang telah dikisar bersama air(sos sardin ditoskan dulu supaya kurang hanyir). - Masukkan kerisik dan asam keping, dan didihkan 5 minit. Sesuaikan rasanya, jika suka tambah serbuk perasa. Masukkan susu cair(evaporated milk) atau santan. Sesuaikan rasanya. Cadangan Hidangan: Letak sedikit spagethi/laksa didalam mangkuk, tabur timun, salad,cili merah/padi, bawang goreng. Tuang kuah secukupnya. Tambahan: Idea resepi ni saya dapat masa dok merantau ke London. Teringin nak makan laksa, tapi ikan kembung takde dijual di sana. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:15:21 pm Bubur Ayam
Bahan-Bahan: 300 gm beras, dicuci bersih 2 sm halia, dititik 3 batang serai, dititik ½ ekor ayam Air secukupnya Garam secukupnya Sedikit daun bawang dan daun sup Cara: Beras, halia, ayam, serai dan air direbus hingga beras hancur. Masukkan garam. Kacau hingga rata. Apabila beras hancur, angkat dan keluarkan ayam. Ambil isi ayam dan masukkan semula ke dalam bubur. Kacau hingga rata. Masak sebentar lagi baru diangkat. Ketika menghidang taburkan daun bawang dan daun sup. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:16:36 pm Mee Kari Special
Bahan-Bahan: 8 biji bawang merah}dikisar halus 3 biji bawang putih} dikisar halus 1 peket serbuk kari daging 2 sudu besar cili giling@cili boh 1 bungkus mi kuning-dicelur Tauge (50 sen)-dicelur Sawi-dicelur Daun kobis- dipotong Daun kesum 1 batang bunga kantan-dihiris kasar Cili api Bawang goreng Sedikit air asam jawa Garam Minyak untuk menumis 2 keping tauhu-dipotong kecil 300g udang(mula-mula dibuang kulit, kulit udang di cuci sekali, dikisar halus, dan ditapis airnya) 200g isi kerang 300g daging 1 keping kek ikan(fishcake)-dipotong 4 biji bebola ikan(fishball)-dibelah empat 4 biji telur direbus Santan dari 1 biji kelapa Sedikit air Cara: Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari. Setelah, kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa dan air rebusan kulit udang tadi bersama daging dan 1/4 daripada santan kelapa. Biar sehingga daging empuk. Kemudian, masukkan udang, kerang, tauhu, bunga kantan, daun kesum, daun kobis, kek ikan, bebola ikan dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan. Cadangan Hidangan: Masukkan mi kuning, sawi,tauge,telur rebus ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah mi ke atasnya. Hiaskan dengan cili api, daun bawang dan bawang goreng. Tambahan: *Jika sukakan lebih masam, boleh ditambah limau kasturi sebagai penyedap rasa. Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:17:09 pm Mee Hailam Sedap
Bahan-Bahan: mee kuning sawi bunga kobis lobak merah 5-6 tangkai cili padi kicap pekat air sedikit tepung jagung limau kasturi 5-6 ulas bawang merah dikisar 4 ulas bawang putih dikisar isi ayam garam sedikit perasa sos tiram cili sos cili kisar lada hitam ditumbuk Cara: 1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam dan biar masak 2.Masukkan lada hitam,cili kisar,sos tiram dan cili sos. Biar masak seketika. 3.Masukkan air, tambah kicap pekat,garam dan serbuk perasa. Biar mendidih sebentar dan masukkan lobak merah,sawi dan bunga kobis dan cili padi. 4.Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan air.Kacau sebentar hingga mendidih dan tutup api 5.Hidang bersama mee kuning dan nak sedap lagi perah limau kasturi. Cadangan Hidangan: Tabur bawang goreng dan daun sup Title: Re: jom kongsi resepi??? Post by: nick@jah on July 09, 2008, 11:17:59 pm Dadih Istimewa Bahan-Bahan: 380 ml krim putar 120 g gula pasir 4 camca teh gelatin sayuran (direndam 90 ml air 10 minit) 540 ml dadih 1 camca teh esen vanilla |