Show Posts
|
|
Pages: [1] 2 3 ... 47
|
|
1
|
Kategori Sosial / Diskusi Muslimat / Re: jom kongsi resepi???
|
on: January 04, 2009, 02:21:41 pm
|
Resepi : Tempe Goreng Bahan : Tempe (digalakkan guna tempe daun, sbb lebih sedap, huhu), Kunyit, Garam Cara menyediakan : Gaul tempe dengan kunyit, sedikit garam, dan ditambah air, pastu goreng......... SIAP Selamat mencuba, huhu 
|
|
|
|
|
2
|
Kategori Umum / Diskusi Semasa / Re: Berita Terkini - Kongsi tidak cemarkan agama?
|
on: December 28, 2008, 02:11:15 pm
|
1lg, kalo deepavali, kwn2 india nuril bwk muruku n ajak wat jamuan kecik2 yg dorg anjurkn utk kteorg (mcm kalo kite jamuan raye pose) cmn ek? kire x blh la kn nuril pegi.... hmm...bile d pk bab nk jaga hati, aduhhh... blh mntk pendapat x? thinker? blh mntk pndapat?
salam, Harus diyakini, bahawa hukum memberi hadiah, mengucapkan wish...., menghadiri dan seumpamanya yang terkategori merayakan dan menyambut perayaan hari agama lain dan perayaan lain ada haram krn termasuk meredhai hal tersebut dan boleh jatuh ke dlm hal-hal yg tasyabbuh bil kuffar. utk perbahsan yg lebih lanjut & mendalam, sila rujuk: http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1131:hukum-melibatkan-diri-dalam-perayaan-krismas-dan-perayaan-agama-lainnyaJadi, jika sekiranya kita diajak utk menghadiri sesuatu perayaan sesuatu kaum & agama, adalah seharusnya kita jelas & tegas dlm hal ini. Pada akal kita, mgkn saja ia suatu yg tidak wajar krn utk menjaga hati & perasaan mereka. Namun, pd hakikatnya, itu adalah baik bg kita sbg hamba kpd Al-Khaliq. Ada beberapa cara yg boleh dilakukan oleh kita. Pertama, kita boleh bertauriyah (mengucapkan sebuah lafaz yang mengandung dua arti), dengan mengatakan bahawa kita tidak dpt menghadirinya krn 'ada hal'. Ada hal tersebut blh mencakup byk aspek krn keumuman bahasanya yg mengandung byk erti. Kedua, kita boleh menjelaskan sikap & pendirian kita ttg hal tersebut dlm perspektif agama yg kita anut, bahawa sesungguhnya ia tidak dibolehkan berdasarkan akidah yg dianut (kalau blh jelaskan & terangkan bermula dr keyakinan & kekuatan akidah islam itu sendiri). Ketiga, kita blh melakukan perkara pertama & kedua serentak. So, dlm kita meyakini dan mengamalkan agama islam ini haruslah mantap dan tidak kompromi dalam segala aspek. Jangan sampai menggadaikan agama demi utk menyenangkan hati-hati 'mereka'. ingatlah firman Allah SWT: "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah[2]: 216) Wallahu'alam
|
|
|
|
|
4
|
Info Rasmi SHUKUR / Aktiviti - Riadhah / Re: badminton!
|
on: December 24, 2008, 04:29:09 pm
|
ala thinker... sejam tu lama wooo
aku main 15 minit dah pancit... main suka2 ja thinker..
xda aibnyaa:)
ok lah kalau mcm tu. ana join, tp confirmkan dulu tarikh, masa dan tempatnya...
|
|
|
|
|
5
|
Info Rasmi SHUKUR / Aktiviti - Riadhah / Re: badminton!
|
on: December 23, 2008, 03:20:35 pm
|
ana ingat nk join, tp bila semalam g main dgn kawan2, tak jadi lah. Nanti aib plak, huhu. Dah 6 tahun tak main, sejam je dah 'pancit'.... ok, teruskan kpd yg bersemangat waja 
|
|
|
|
|
8
|
Kategori Ilmu / Diskusi Karya / Natasha - Vicktor Malarek
|
on: December 19, 2008, 03:02:25 pm
|
 Oh, Natasha! Natasha! Awalnya kufikir aneh juga rasanya dipanggil dengan nama lain. tapi aku segera menerimanya sebagai pelarian. Ketika aku larut dalam fikiran dan impian, aku adalah Marika (yang bebas dari penjara ini). tapi, ketika aku sedang bersama laki-laki, aku menjadi seorang perempuan lain (pelacur bernama Natasha, yang mati dan dingin dalam diriku). Natasha adalah mimpi burukku. Marika adalah penyelamatku. Aku tak pernah memberitahu nama asliku kepada semua laki-laki itu. Dan mereka tak pernah bertanya. (petikan dalam buku – Natasha, Menyibak Perdagangan Seks Dunia, Victor Malarek) Victor Malarek, wartawan yang berasal dari Ukrain ini telah mengupas tentang fenomena trafiking (perdagangan wanita) di Eropah Timur. Cara perekrutan, jalur penyeludupan, tempat penangkapan (baca: pencurian), sehingga akhir daripada tujuan adalah wanita yang menjadi korbannya. Malarek tidak segan-segan mengungkap tuntas (tanpa penyelesaian) berbagai-bagai pihak yang terlibat. Mulai dari mafia Rusia, pasukan PBB sehinggalah negara-negara Barat yang tidak serius menanganinya yang akhirnya menjadikan trafiking sebagai komoditi politik. Natasha membongkarkan segala kebobrokan (baca: kerosakan) yang menyebabkan maraknya trafiking wanita. Satu fenomena mengkhawatirkan yang tidak hanya sebuah masalah di luar sana, tapi mungkin berlaku di negara kita.  Buku ini, saya sudah melihatnya 2 bulan lalu. Tapi, belum tertarik untuk membelinya. Minggu yang lalu, entah kenapa, saya ‘terdownload’ (torrent) satu cerita yang bertajuk ‘TAKEN’. Setelah selesai download. Saya menontonnya pada waktu malam dengan tujuan merehatkan otak yang sedang kepenatan ketika menulis untuk seketika (sebab, saya jarang menonton cerita hollywood sampai habis, kalau ceritanya tidak best). Namun, setelah menontonnya dalam beberapa minit, saya terasa kelainan di dalam ceritanya. Kronologi cerita yang bermula dari awal penculikan 2 orang gadis (Kim anak kepada pelakon utama, Bryan) yang terbang ke France bersama Amanda untuk ke rumah sepupunya. Namun, kegembiraan yang diharapkan, bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri persis seperti apa yang diungkapkan oleh sekian banyaknya Natasha (Natasha, karya Viktor Malarek) di seluruh dunia. Seperti adat kebiasaan filem Hollywodd yang lain. filem ini juga tidak ketinggalan memaparkan aksi Sang Hero dalam pencarian anaknya yang diculik untuk diperdagangkan kepada pembeli-pembeli yang kaya dari seantero dunia. Jika Viktor Malarek mengungkapkan bahawa sangat sedikit jumlah Natasha yang berjaya ‘terselamat’ dan diselamatkan. Apakah Sang gadis di dalam cerita Taken ini, mampu dijejaki lalu diselamatkan oleh Sang Ayah? Jeng, jeng.... jeng! Anda nonton sendiri ok. Barulah suspen. Guys, 2 karya di atas, iaitu sebuah buku karya Viktor malarek bertajuk Natasya dan sebuah filem Hollywood arahan Pierre Morel adalah sebuah fenomena yang terjadi di seluruh dunia khususnya di Barat. Perempuan dijadikan satu komoditi perdagangan seks yang melampau. Mereka ditipu, diculik, dipaksa, didera dan dizalimi dengan penuh emosi dan menekan jiwa yang sungguh mendalam. Para korban sering dipersalahkan, namun tidak ada siapa yang mengambil tahu untuk mengatasi masalah tersebut. “Mobil-mobil sering melambat dan orang di dalamnya berteriak, “Dasar pelacur! Pekerjaan seperti itu tidak pantas buatmu!” Tapi mereka tak pernah berhenti untuk menanyakan apakah mereka bisa membantuku” – Steafa, remaja Moldova korban trafiking di Itali. Motif saya ketengahkan 2 karya di atas, bukanlah hanya berniat sebuah pengungkapan fakta dan realiti semata, melainkan saya ingin mengajak kita semua melihat permasalahan tersebut dari perspektif Ideologi Islam. Ternyata, Kapitalisme tidak mampu menyelesaikan berbagai-bagai problematika yang berlaku di dunia. Masalah ekonomi, pendidikan, sosial dan seluruhnya yang lahir dari akal manusia ini bagaikan telur yang berada di hujung tanduk. Produk-produk yang sudah tidak laris lagi di pasaran seperti sekulerisma, kapitalisme, demokrasi, globalisasi, Hak Asasi Manusia, Perjuangan Gender, Feminisma dan lain sebagainya sudah tidak mendapat tempat lagi bagi manusia sejagat. Bukan setakat kaum muslimin saja yang menyedarinya, malah para ilmuwan barat sudah menghidu akan keruntuhan sistem yang rapuh ini di kemudian hari, yang akhirnya akan diganti dengan satu kekuasaan Khilafah. Ia bukan setakat memberi rahmat dan pelindungan kepada Muslim, bahkan kepada Non-Muslim juga. Wahai Kaum Muslimin, ayuh sedar dan bangkitlah dari kelalaian dan kelekaan kita selama ini. baik anda seorang guru, ustaz, penarik beca, konduktor bus, programmer komputer dan seluruhnya agar bersama-sama berjuang untuk mengembalikan kehidupan islam di dunia ini secara kaffah (total). Dimulai dari peningkatan taraf berfikir, dan seterusnya berjuang di tengah-tengah masyarakat dengan menyeru agar bergabung dalam sebuah kesatuan ummah untuk memperjuangkannya. Tanpa basa-basi, tanpa kompromi dan tanpa berselindung di sebalik kebathilan, insyaAllah, kebenaran pasti akan mendominasi. Allah SWT berfirman: Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (QS. Al-Israa’[17]: 81) Wallahu’alam http://at-tafqir.blogspot.com/2008/12/oh-natasha-natasha.html
|
|
|
|
|
9
|
Kategori Umum / Diskusi Apa-Apa Sahaja / Antara 2 Hon
|
on: December 19, 2008, 10:14:05 am
|
Pagi itu, matahari telah naik dan menyingsing waktu subuh. Seorang pemuda telah bersiap siaga untuk berangkat kerja. Waktu menunjukkan jam 8 pagi. “ah, terlalu awal”. Bisik hati sang pemuda, kerana ‘punch card’ kerjanya adalah jam 10 pagi. Manakala perjalanan menuju ke tempat kerja pula hanya mengambil waktu 1 jam untuk sampai dari rumahnya. Namun, kenderaan itu terus dipacu. Liku perjalanannya setiap kali untuk pergi kerja adalah dengan melalui Jalan Ampang. Siapa yang tidak kenal jalan ini, maka dia boleh dikategorikan bukan orang KL atau penetap di KL. Jalan Ampang antara jalan yang sesak di waktu pagi dan petang. Waktu pergi dan pulang dari kerja. Bayangkan saja, jalan ini dimulai dari susur keluar dari Lembah Jaya sehinggalah ke persimpangan Jalan Tun Razak. Kenderaan terus dipacu sehinggalah melalui jalan selekoh berhampiran tempat kerjanya. Kereta dipandu, jalan dilewati, manakala tempat yang dituju belum kelihatan. Kesegaran pagi dan kedinginan aircond di pagi itu tiba-tiba bertukar hangat. Ton! ton........! ‘sang kancil’ membunyikan hon di persimpangan kiri jalan. Tanpa banyak fikir, kereta diberhentikan, dan pemuda tadi keluar dan memaki-maki pemandu kereta kancil tersebut. Egonya tercabar. Akal sang pemuda tidak berfungsi secara sihat. Walau matahari pagi menerikkan kesegaran hembusan cahayanya. “Wei, apa hon-hon, tak puas hati ke?”. “Eh, apa ni bang, abang masuk simpang tak bagi signal, saya hon la, abang yang salah”. “Abih, ko tak puas hati?”. Nasib baik ada orang ramai yang mendamaikan perang tersebut. Kalau tidak, kota yang aman dan nyaman, pasti akan berubah situasinya tatkala ada bom meledak. BOM! Dengarkan satu kisah lagi. Jam menunjukkan 11 pagi. 2 jam lamanya berada di dalam kapal terbang, kini sang pemuda telah sampai di Jakarta, ibu kota Indonesia. Sang pemuda pelancong dari Malaysia. Beberapa minit kemudian ia mula meninggalkan ‘bandara’ (bahasa indon : airport) dengan menaiki bus, dan deruan pesawat juga kian hilang dari pendengaran. Pemuda tadi ingin ke Bogor untuk berjumpa dengan teman baiknya ketika berada di Malaysia. Setelah sampai di Bogor, ia terpaksa menaiki ‘angkut’ (singkatan untuk ‘angkutan kota’) yang berfungsi sebagai ‘public transport’ di sini. Ada pengalaman aneh yang membuat pemuda itu berfikir sejenak, dan akhirnya dapat membuat kesimpulan. Ton! Ton, hon dari kiri. Ton! Ton!, hon dari kanan. Ton! Ton!, hon dari belakang. Ton! Ton!, hon dari depan. Ton! Ton!, hon entah dari mana arahnya. Guys, itu memang sudah kebiasaan orang sini. kebiasaaan yang telah menyatu menjadi kultur budaya. Jika orang di sini dihon, mereka akan merasa diberi isyarat sesuatu dari kenderaan tersebut, dan bukan berasa marah kerana hon tersebut. Sama ada kenderaan yang meng-hon tersebut ingin memotong kita atau kenderaan tersebut ingin melalui selekoh yang sama di jalan kita, atau apa saja sih yang kedengarannya tidak membuat orang angkuh dan arogan. Jika di Malaysia, jika orang membunyikan hon kereta, dan mengisyaratkan kepada kita. Maka ia dianggap ‘kurang ajar’, dan membuat kebanyakan orang marah. Perlu dicatat, bukan semuanya yang bersifat demikian. Ada orang yang hanya mengangkat tangan ketika dihon, tanda minta maaf atau memberi senyuman sebagai tanda mesra (moga saja kita tergolong demikian). Saya ingin ketengahkan satu perkara dalam pembahasan ini. suatu perkara/amalan buruk yang menjadi budaya dalam masyarakat bukan terjadi sendirinya. Tetapi melalui proses tersendiri dalam masyarakat tersebut. Masyarakat ditakrifkan sebagai komuniti manusia yang mempunyai perasaan, pemikiran dan peraturan yang sama (3P). Ketika perasaan yang mendominasi di tengah-tengah masyarakat sudah tidak cenderung islami, manakala pemikiran yang terdidik dalam kultur pendidikan dan sosial mereka sudah bukan lagi islam, maka apa yang berlaku adalah masyarakat akan bergeser dari islam itu sendiri. Perasaan dan pemikiran dalam masyarakat mungkin boleh dipulihkan jika penerapan hukum islam ditegakkan ke atas mereka. Namun malang, peraturan yang diterapkan ke atas mereka pula bukan sistem islam, tetapi sistem selainnya. Mungkin saja Sosialis, dan mungkin saja Kapitalis (yang ketara kini). Tidak ada yang ketiga setelah keduanya, melainkan islam. Tetapi islam hanya diambil separuhnya (mungkin tidak sampai separuh). Manakala yang lainnya diabaikan. Jadi, terbentuknya budaya yang rosak (baca : tidak islam) di dalam masyarakat adalah hasil dari tidak diterapkannya peraturan islam yang berakibat kepada kerosakan pemikiran dan perasaan masyarakat itu sendiri. Konsekuensinya, masyarakat semakin lama akan terbiasa dengan kultur dan budaya yang semakin jauh dari islam. Untuk memperbaikinya pula, tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengubah 3P tersebut. Masyarakat haruslah dididik dengan tsaqafah islam dalam benak mereka. Lalu, perasaan mereka terus menerus disuntik dengan masalah pahala dan dosa, syurga dan neraka, redha dan murka Allah SWT. Dengan terwujudnya gelombang pemikiran dan perasaan tersebut, masyarakat akan mula bangkit dengan gelombang kebangkitan sejati dan hakiki. Kebiasaan-kebiasaan yang rosak itu sudah tidak perlu dikhawatirkan lagi, kerana ia akan hilang secara alami ketika masyarakat sudah menjadikan islam sebagai qiyadah fikriyah mereka. Kesimpulannya, mulai dari individu yang merupakan sebahagian dari masyarakat harus memulai proses pembaikan ini. Lalu, ajaklah masyarakat di kelilingnya dengan mewujudkan kutlah dan berjuang bersama. Ini kerana, nabi juga berjuang di dalam kelompok islam dan bukan sendirian. Intinya, inti pati dan tsaqafah islam haruslah dipelajari secara mendalam dan disampaikan kepada masyarakat untuk mengubah 3P di atas. insyaAllah, kebangkitan yang selama ini didambakan akan segera terealisasi. AllahuAkbar! Wallahu’alam... http://at-tafqir.blogspot.com/2008/12/antara-2-hon.html
|
|
|
|
|
11
|
Kategori Sosial / Diskusi Muslimat / Re: Muslimat yg tak reti pujuk...~
|
on: December 18, 2008, 11:02:04 am
|
|
Bagi muslimah, toksah pujuk lelaki yg blom halal bg anda. Dan bagi Muslimin pun begitu. Pujuklah pasangan yg sudah halal bg anda. Wahai Muda-mudi, pasangkanlah jati diri sbg seorang muslim yg sejati. Jgn terleka dan alpa dgn hal-hal yg melekakan. Pelajarilah islam dgn mendalam, dan ketahuilah tujuan anda hidup d muka bumi ini...
Sekadar muhasabah
|
|
|
|
|
13
|
Kategori Umum / Diskusi Soal Hati / Re: cam ner nak lupakan sesoarang
|
on: December 18, 2008, 10:44:17 am
|
|
salam,
terpanggil plak nk beri komen. entah kenapa. anggap saja komen dr saudaramu sendiri yg prihatin terhadap masalah muda mudi kini. Ada beberapa perkara yg sy hendak ketengahkan.
pertama, Cmner nk lupakan? Tak perlu lupakan, biarkan memori itu tetap memori sbg sifat kemanusiaan kita. (trust me)
kedua, Ask yourself. Untuk Apa anda hidup? Adakah seperti lagu kumpulan DEWA: Aku sedang ingin bercinta, karena? Lagu ini ada benarnya juga dlm rangkap;
Setiap ada kamu mengapa jantungku ini berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang Setiap ada kamu mengapa darahku mengalir lebih cepat Dari ujung kaki ke ujung kepala
Iya, begitulah naluri manusia. sifat ketertarikan sesama lawan jenis adalah perkara normal. Tapi haruskah dgn cara-cara bercouple? berkhalwat? atau berzina? (Nau'dzubillah Min Dzalik - kita berlindung kpd Allah dr hal-hal demikian). Sebab itulah, jika pemikiran dan persaan tersebut terus dilarutkan dgn mabuk kasmaran ia akan berlanjutan spt dlm rangkap lagu itu seterusnya. Dengarkan:
Setiap ada kamu Otakku berpikir Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu
Ya, berfikir dan terus berfikir. Bagaimana cara utk berdua bersama! Apakah cara tersebut? Mula-mula ber-sms, calling, berjumpa, berjalan berdua, duduk berdua, tidur berdua, Opps! Itulah jalan zina. Dari mata turun ke hati, lalu jatuh hati, sampai nak mati.
ketiga, sebab itulah kita sbg seorang mukmin (org beriman) harus tahu bahawasanya kita hidup di dunia adalah semata-mata utk mengabdi kpd Allah. Fahami islam dan inti ajarannya. Isi dan kulit. Luar dan dalam. InsyaAllah, kita bakal meraih cinta hakiki dan sejati.
Persoalannya mungkin anda mengatakan, saya hanya pandai mengomel doang (membebel je), tanpa pernah mengalaminya. Tak penting sy nk mengatakan sy mengalami atau tidak, kerana yg pnting adalah salah atau benarnya apa yg sy cuba sampaikan. Sekadar berkongsi.
Wallahu'alam...
|
|
|
|
|
14
|
Kategori Sosial / Diskusi Muslimat / Re: cam ne nak bngun di tgah malam???
|
on: December 18, 2008, 10:25:40 am
|
|
try use my methode. so far, so good:
pertama, niat yg kuat. bermula dari niat dan kesungguhan memikirkannya (bangun qiyam).
kedua, sebelum tidur, berdoa kpd Allah SWT dan memohon kepadaNYA agar terjaga jam sekian-sekian.
ketiga, gunakan alarm utk peringkat awal. set-kan masa yg kita inginkan, yg sesuai jam 5. Pada peringkat awal, biasanya kalau guna satu alarm tidak cukup. Bila bunyi je, kadang kita tak dengar. Saya dulu sampai berburuk sangka terhadap mak saya (haha, lawak kan?.). Bila saya bangun subuh je, saya tanya mak saya, mak matikan ke alarm sy td malam? Mak sy apa lagi, di menceloteh sy panjang lebar, huhu. Dia kata alarm sy bunyi memekak! Tapi sy boleh tidur relaks je kat tepi jam loceng tu, hihi. So, iktibar dr kisah ni, cuba gunakan alarm 'pendua' atau 'pentiga' (alamak, istilah ni ada ke?) atau lebih lagi. Kalau guna Handphone, gunakan bunyi yg kuat dan agak ekstrim sikit supaya senang didengar dan membingitkan. Kalau jam loceng, beli yang bunyi krrringgggggggggggggg! mcm citer kartun Tom & Jerry, dan begitulah selanjutnya.
keempat, bagi yg tinggal bersama keluarga, saudara atau kawan, atau lebih senang tidak tinggal seorang, maka cuba beritahu housemate kita bahawa, bagi sesiapa yg 'terbangun' atau mmg sudah biasa bangun malam, agar mengejutkan kita sekali. Tapi harus ingat! bila telah dikejutkan, maka terus bangun jgn layan ngantuk tu dan tidur semula, kerana melihat jam baru jam 4. Haha, confirm telajak sampai ke subuh atau lebih (base on my experience). Bangun je walau ia terlalu awal bg kita, sbb pd peringkat awal kita hendak melatih dan membiasakan diri. Kalau kt tdo terus, kemungkinan besar juga, org yg mengejutkan kita nanti akhirnya mula malas tgk perangai kita yg tak menghargai 'kejutan' dr beliau.
Wallahu'alam, selamat mencuba
|
|
|
|
|
15
|
Kategori Sosial / Diskusi Muslimat / Re: tolong bagi pendapat.......
|
on: December 15, 2008, 12:22:20 pm
|
|
salam,
sebuah luahan dan pengalaman seorang remaja yg asli di tengah2 masyarakat. Namun, percintaan diharapkan tidak akan melanggar syariat. Tidak Berjumpa dan bersua. Tidak bersembang dan berborak. Itukah kehendak Cinta Islami? Hubungan yg terjalin di antara lelaki dan wanita sesungguhnya suatu yg lumrah krn sifat dan naluri yg ada dlm diri mereka. Namun, islam memberi garis panduan yg sebenar bagaimana melestarikan naluri tersebut, dan bukan mengekangnya. ada beberapa perkara yg sy ingin ketengahkan:
pertama, memutuskan hubungan? sebenarnya, hubungan apa yg telah terjalin? Samaada hubungan saudara sedarah daging (ibu, ayah, anak, cucu, cicit dsb) atau suami isteri? jika memutuskan hubungan darah daging, maka hukumnya haram berdasarkan nas. manakala hubungan suami isteri akan putus jika ada lafaz cerai dr suami (dan bukan dr isteri). Tapi, sy yakin ia bukan hubungan tsbt (berdasarkan fakta penulis). Jadi, jika selain kedua tersebut, yg lain hanyalah hubungan saudara seislam (baca: seagama), dan hukumnya juga adalah haram. Rasulullah saw bersabda:
"Jika salah seorang di antara kalian melamar seorang wanita, maka jika ia mampu untuk melihat apa yang mendorobgnya untuk menikahi wanita itu, hendaklah ia melakukannya." Jabir kemudian berkata, "Aku melamar seorang wanita. Aku pun bersembunyi untuk melihat wanita itu hingga aku melihat darinya apa yang mendorongku untuk menikahinya. Lalu aku pun menikahinya". (HR al-Hakim dan beliau berkata, "Hadith ini sahih menurut syarat Imam Muslim - Nidzomul Ijtima'i, Syeikh Taqiyuddin AN-Nabahani)
Dapat diperhatikan dari hadith di atas tentang proses dari awal perhubungan yg disyariatkan oleh islam. Seorang lelaki, berhubung dan melihat seorang wanita (dengan hasrat) untuk menikahinya, dan bukan yang lain. Jika ia melihat apa-apa yang tertarik di dalam diri seorang wanita kerana syahwat semata, maka ia diharamkan. Ia juga berlaku pd seorang wanita yang tertarik dgn seorang lelaki. Selama itu (proses untuk menuju khitbah), maka ia belum lagi menjalinkan hubungan lagi, dan tidak dibolehkan bergaul dgn pergaulan yang tidak syar'i.
kedua, mengenai kematian. ALlah SWT berfirman: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.... (QS Al-Imran[3]: 185). Kematian adalah suati yg pasti bg semua makhluk. dan tidak ada siapa yang tahu bila kita aakan mati, dan dimana kita akan mati. semuanya telah ditetapkan setelah ruh ditiupkan pd jiwa kita. So, soal kematian bukanlah ketentuan kita. Allah swt berfirman:
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakanlah: "Ruh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". (QS. Al Israa'[17] : 85)
Wallahu'alam
|
|
|
|
|
16
|
Kategori Umum / Diskusi Apa-Apa Sahaja / 3 In 1 – Antara Realiti & Persoalan
|
on: December 11, 2008, 10:14:02 pm
|
|
Ini bukanlah tulisan mengenai jenama syampu atau pencuci muka, tetapi ia adalah tulisan yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian mengenai 3 pengamatan dan pengalaman saya dalam satu hari, tepatnya pada hari kedua Aidiladha. Ketika itu, saya menziarahi teman-teman saya di tempat kerja lama saya di Plaza Lowyat (syurga komputer bagi yang rajin ke sana). Mmm... pengalaman ini, perlu untuk saya kongsikan bersama kerana ia menyangkut hal-hal yang sudah termasuk kategori lazim di dalam masyarakat kita.
Pengalaman Pertama – Pernikahan Melayu & Cina
Ketika saya berjumpa dengan teman-teman saya, saya juga sempat berjumpa dengan beberapa kenalan rapat saya yang berbangsa cina. Secara tepatnya mereka adalah bekas manager saya dan beberapa ‘supplier’ barang komputer di sana. Banyak yang saya borakkan, mulai dari pengalaman pekerjaan baru sehinggalah menyangkut hal-hal peribadi masing-masing. Namun, di sela-sela perbualan, Vincent (seorang supplier barang komputer) bercerita tentang perkahwinannya yang baru berusia 3 bulan. Dia meluahkan kepada saya, bahawa sebelum ini dia mempunyai ‘girlfriend’, tetapi suka mengajak beliau ke disko dan tempat-tempat hiburan, layaknya bagi muda-mudi kini yang suka enjoy (macam cerita puteri lah; “yang penting kita enjoy”). Jadi, dia berfikir bahawa perempuan sebegini bukanlah perempuan yang dicarinya untuk dikahwini. Ini kerana, dia berkata; “kahwin bukan untuk satu, dua hari lho. Kita mau kahwin sampai mati wo”. (mmm... pandai jugak berfikir dia ni, walau bukan muslim ek!). Dia sambung lagi, “nanti, kalau sudah kahwin sama itu amoi aa... kahwin sekejap saja, nanti dia sudah lari. Ooo... tak mahu ooo!”. (maksud dia, kalau kahwin dengan perempuan yang suka enjoy tu lah)
Setelah itu, saya menemui dengan salah seorang teman lama saya ketika bekerja di situ. Lalu, terungkaplah satu kisah lagi berkenaan pernikahan. Teman saya bertanyakan pendapat saya tentang perkahwinan yang sedang dialami temannya. Temannya kini sedang berada di dalam ‘ombak’ pernikahan. Pernikahannya sedang terumbang-ambing kerana kerapuhan interaksi di antara kedua pasangan. Kini, sang isteri menuntut cerai daripada suaminya. Isterinya menganggap bahawa dia sudah tidak mencintai sang suami, dek kerana suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami secara sejatinya. Apa yang menyedihkan, ketika teman saya bertanya kepada sang suami tentang asas pernikahan mereka pada mulanya, sang suami hanya menjawab, dia berkahwin hanyalah kerana suka-suka, tanpa dia mengetahui untuk apa pernikahan itu sebenarnya. Kelakar bunyinya kan? Ia tidak aneh, kerana pernikahan yang dijalani oleh pasangan muda mudi kini tidak dilandaskan pada dasar yang dituntut oleh syariat islam itu sendiri. Tidak perlu jauh-jauh bertanya, sila bertanya kepada muda mudi yang di sekeliling anda, dan silakan tanya; “Apakah makna sebuah pernikahan?”. Tentu ada yang menjawab bahawa pernikahan itu hanyalah ‘tuttt’ semata”. Setelah dia jawab, ambil air satu baldi dan siramlah ke mukanya, dan katakan kepadanya; “dah bangun ke belum?”, haha. Saya yakin, dia sedang tidur dibuai mimpi.
Guys, berapa banyak pernikahan yang terjadi seperti ini di luar sana? Dan apakah bezanya antara orang Melayu dan cina? Lebih tepatnya, apakah beza orang yang mengaku muslim, tapi tidak tahu ajaran islam itu sendiri. bab nikah? Lagilah, fail!
Pengalaman Kedua – Surau Itu Kini Sudah Berubah
Lama sangat berborak dan bercerita dengan teman saya, sehingga waktu pula mengekori tanpa kami sedari. Seiring itu juga, waktu asar sudah masuk meninggalkan waktu zuhur. Saya berjalan menuju ke tingkat UG (upperground) untuk ke surau yang ‘terbesar’ di KL, haha. Kaki saya melangkah menuju ke surau tersebut, sambil terbayang keadaan surau tersebut yang usang, sempit dan tiada tempat wudhu’ yang khusus untuk para jemaah. Jemaah harus mengambil wudhu’ di bilik kecil di antara tandas lelaki dan wanita, yang hanya tersedia satu paip bawah dan paip sinki. So, hanya satu orang sahaja yang boleh mengambil wudhu’ dalam satu masa, baik laki-laki mahupun wanita. Perkara tersebut sering diperkatakan oleh orang-orang yang mengunjunginya, tetapi tiada tindakan yang diambil untuk mengatasinya. Apa yang lebih menyedihkan, tempat solat muslimah berada di bahagian hadapan tempat solat muslimin. Ia Cuma dipisahkan oleh dinding kayu yang nipis. Untuk ke kawasan tempat solat wanita pula, perlu melalui cela-cela bahagian tepi tempat solat muslimin yang lebarnya hanya sekitar 2 meter. Anda boleh bayangkan, ketika waktu solat maghrib, jemaah yang melimpah menyukarkan muslimah yang berada di luar dan dalam untuk keluar dan masuk. Bagi muslimin pula? Mereka perlu ‘queue’ di bahagian luar seperti keadaan haji di Makkah.
Namun, setelah sampai di sana, saya terus ke ‘tempat wudhu’. Namun, ‘kakak cleaner’ yang jaga di situ, memberi tahu saya bahawa surau telah dipindahkan ke aras B2 (basement 2). Dan katanya, surau yang baru itu kini lebih besar dan ‘much better’ dari yang sebelum ini. Kakak ni memang peramah (kerana dia tahu bahawa dia sedang berborak dengan seorang peramah agaknya, hehe). Saya tak tanya pun, dia dah jawab semuanya. Thanks kak, for the information. Kini, kaki saya melangkah menuju ke aras B2 tersebut. Langkah saya sangat cepat kerana teman saya sedang menunggu saya, untuk minum bersama. Wah, banyak betul member yang nak ajak minum ni, hihi. Ternyata gambaran kakak tadi benar. Ingin saya sertakan gambarnya, tapi saya tidak membawa kamera digital bersama, dan kamera HP saya tidak clear (maklumlah handphone murah, hehe), so saya tidak snap gambar surau tersebut. Alhamdulillah, ternyata setelah lama didirikannya bangunan tersebut (baca : shopping complex), baru kini ia mempunyai surau yang sejati layak bergelar surau.
Persoalan muncul lagi, “jika surau tempat beribadah menjadi rumit sebegini, lalu orang yang ingin mengerjakannya pun sukar untuk melaksanakannya. Bagaimana dengan perkara-perkara ma’ruf yang lain?”
Pengalaman ketiga – Hati-hati di Masjid
Hari sudah mendekati malam. Matahari kian terbenam. Saya meminta izin kepada teman-teman saya untuk pulang dan solat maghrib di rumah saja, walau teman saya menyuruh agar lebih lama di sana dan solat di situ saja. Motosikal saya meluncur laju melewati alur jalan raya yang biasa saya lalui. Tanpa diminta, azan berkumandang tepat ketika saya lewat di hadapan masjid di kawasan rumah saya. Hati kecil saya mengajak solat di masjid untuk mengambil keutamaan solat. Saya bertawakal dan ‘mengikat’ motor saya dan meletakkan sandal berjenama ‘carvil’ di tempat teratak yang disediakan. Hati kecil saya berbisik, insyaAllah selamat (Cuma sandal, bukan kasut).
Usai solat, saya tidak langsung berganjak. Saya ikut bertakbir dan berzikir bersama imam dan jemaah. Jujur saja, memang saya sudah lama tidak berjemaah maghrib di masjid tersebut kerana kesibukan (moga ia bukan alasan). Jadi, saya mengambil kesempatan yang telah diberikan oleh Allah SWT tersebut dengan sebaiknya. Hati saya bergetar sedikit, entah kenapa. Moga dosa-dosa saya diampunkan oleh Allah SWT (ameen). Usai solat rawatib, saya terus menuju keluar untuk pulang. “Innalillah Wainna Ilaihi Roji’un”, lafaz tersebut langsung keluar dari mulut saya secara spontan. Pasrah dan redha yang mampu saya ungkapkan, walau ada sedikit kecewa. “Sandal saya hilang”. Sepantas kilat mata saya tertuju ke arah motosikal saya, sama ada ia menerima nasib yang sama ataukah sebaliknya. Alhamdulillah, motor saya tetap di situ tidak bergerak walau seinci pun. Fuh... nafas lega saya hembuskan. Saya menuju ke motor saya dengan berkaki ayam. Ketika saya hendak pergi, saya lihat ada seorang lelaki yang seolah-olah berada seperti posisi saya. Sedang mencari-cari sesuatu, dan saya yakin abang tersebut sedang mencari sandalnya yang hilang. Saya menyapanya, dan bertanyakan apa yang sedang dicarinya. Ternyata tekaan saya tepat, dan saya berceritakan hal yang sama kepada abang tersebut. Bayangkan saja, abang itu bercerita kepada saya bahawa motosikal temannya hilang karburatornya di masjid ini juga, dan pelbagai hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku di masjid, telah terjadi di sini.
Apabila masjid dihuni Sang Pencuri dan tidak selamat bagi penghuninya. Maka, apakah masih ada tempat yang lebih aman dan selamat darinya?
Wallahu’alam
|
|
|
|
|
18
|
Kategori Ilmu / Diskusi Karya / Children Of Heaven - Filem Evergreen Buatku
|
on: December 03, 2008, 08:44:13 am
|
 Jika ditanya kepada saya, filem apakah yang pernah membuat saya ‘terkesan’ ketika menontonnya, dek kerana jalan ceritanya yang sangat menyentuh hati dan mengesankan. Saya tidak ingat waktu sebenar saya menontonnya satu ketika dulu, maybe sekitar tahun 1999 iaitu setahun setelah filem tersebut ditayangkan dan mendapat award. Walau ia cerita yang sudah agak lama, namun filem tersebut masih di dalam ingatan saya. Saya, satu ketika dulu menontonnya di rumah teman, dan terasa auranya sehingga kini. saya mendapati bahawa filem ini tidak menggunakan dana yang tinggi seperti filem-filem hollywood atau bollywood. Namun, sinopsis dan plot ceritanya sungguh mengagumkan. Jika ada tanggapan bahawa filem yang bermutu itu perlu biaya yang besar, maka filem Children Of Heaven ini telah membuktikan sebaliknya sekali gus memberi jawapan sebenar, apa makna sebuah filem yang bermutu itu. Ia bukanlah terletak pada aktor dan aktresnya yang tampan dan jelita, atau keindahan latar tempat yang disunting seperti kebiasaan filem-filem grand hollywood dan bollywood, tetapi kunci kepada kesuksesan filem itu adalah terletak kepada bagaimana filem itu berjaya ‘hidup’ di sisi psikologi kehidupan manusia. Ah, terlalu berbasi basi. Saya tidaklah layak memberi komen lanjut berkenaan sesuatu filem, kerana saya bukanlah ‘ahlinya’, Cuma saya adalah salah seorang pengamat filem antarabangsa, haha. Kren banget bahasanya kan. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi filem yang penuh dengan nilai-nilai kehidupan di tengah-tengah kesempitan hidup dan liku-liku kehidupan di Iran. Jangan sampai filem yang bagus ini tidak pernah didengar oleh kita, walhal filem-filem yang kosong alias tidak bermutu berlambak di pasaran dan digemakan oleh media massa, sehingga anak-anak kita semua mengenalnya. Walau ini adalah cerita yang dihasilkan di timur tengah sana, namun ia selayaknya kita mengetahui dan menontonnya. Guys, its very dramatic. Ia bermula apabila Ali (seorang budak - watak utama) berjumpa dengan tukang kasut untuk memperbaiki kasut adiknya. Dalam perjalanan pulang, Ali singgah di kedai runcit untuk membeli barang, dan meletakkan kasut adiknya (yang baru dibaiki) di celah-celah kotak luar kedai runcit tersebut. Tanpa disedari, kasutnya itu telah dipungut oleh tukang pungut sampah. di sinilah titik dan babak yang menghidupkan cerita ini. Disebabkan kasut adiknya yang hilang tersebut, kasutnya pula terpaksa digunakan oleh adiknya untuk ke sekolah (pada sebelah pagi), dan adiknya akan berlari sepantasnya untuk digunakan oleh Ali ke sekolah pada sesi petang. Semua ini berlarutan tanpa pengetahuan orang tua mereka, walaupun pernah sekali adiknya iaitu Fatimah akan memberitahu ayahnya tentang kehilangan kasutnya itu, namun ia hanya sekadar ucapan, kerana dia tidak sanggup melihat ayahnya susah dan meminjam wang kerana masalah mereka. Wow, babak ini telah menyentuh hati saya. Pada suatu hari, guru disiplin sekolah Ali, telah bersedia untuk menghukum Ali yang telah beberapa hari ia perasan akan kelewatannya. Dia menyuruh Ali pulang dan menyuruh orang tuanya berjumpa dengannya untuk membincangkan masalah kelewatan Ali, hampir setiap hari. Walau Ali menangis dan merayu agar dimaafkannya dan tidak mengulanginya, tetapi guru disiplin tersebut tetap menyuruh ia pulang. Namun guru kelasnya yang kebetulan terserempak di luar, cuba berbincang dengan guru disiplin tersebut agar dimaafkan, dengan alasan bahawa Ali adalah seorang budak yang baik dan cemerlang di dalam kelas. Ali pernah mendapatkan sebatang pen yang elegan dari gurunya kerana markah ujiannya yang tinggi di dalam kelas. Lalu, pen tersebut diberikan kepada adiknya, untuk memberi kegembiraan sementara kepada adiknya kerana ia merasa bersalah di atas kehilangan kasut adiknya itu. Di antara adegan yang saspens di dalam filem ini ialah ketika Fatimah berlari pulang dari sekolah (sebab nak cepat bagi kasut pada abangnya), tiba-tiba kasutnya terlucut masuk ke longkang dan dihanyutkan sehingga sangkut di dalam ‘terowong longkang’. Ia menangis sedih. Nasib baik ada seorang tua menolongnya menjolok kasut yang tersangkut itu, lalu dikaup oleh pembersih longkang. Suatu hari, Fatimah ternampak seorang yang memakai kasutnya yang hilang itu ketika dalam perhimpunan di sekolahnya. Lalu, dia mengekori perempuan itu sehingga ke rumahnya. Niat untuk meminta kasutnya itu dibatalkan oleh mereka berdua yang datang pada waktu lain, kerana melihat kondisi ayah perempuan itu yang buta. Di hari yang lain pula, ketika Fatimah berlari pulang, pen yang diberikan abangnya tercicir dan dijumpai oleh perempuan sama diekorinya pada hari sebelumnya. Pada hari berikutnya, mereka berjalan bersama ketika hendak ke sekolah. Namun, Fatimah berasa terkejut apabila perempuan kasutnya sudah tidak dipakai oleh perempuan itu, tetapi ia telah dibuang kerana ayahnya telah membelikan kasut yang baru. Sangat sedih, tetapi Fatimah tidak dapat berkata apa-apa. Musim peperiksaan telah berakhir, dan sekolah Ali mengadakan saringan bagi pemilihan untuk peserta lumba lari bagi mewakili sekolahnya (entahlah, peringkat daerah, negeri atau negara). Pada mulanya Ali tidaklah tertarik untuk mengikuti pemilihan tersebut, namun setelah melihat hadiah bagi pemenang ke-3 adalah sepasang kasut, lalu dia mengubah niat untuk menyertainya. Walau ia sudah terlewat, dan guru sukan tersebut menghalaunya, Ali merayu dan menangis agar diberi peluang untuk diuji kepantasannya. Akhirnya Ali diuji, dan hasilnya sangat menakjubkan guru sukan itu, yang melayakkannya antara 6 pelajar di sekolah tersebut. Anda nak tahu, aneh kan bagi seorang yang menyertai mana-mana pertandingan tetapi ingin tempat ke-3, tidak pertama. Haha. Ia semata-mata kerana sepasang kasut. Ali berlari sekuatnya sehingga mendahului, namun ia memperlahankan lariannya semata-mata untuk menempatkan dirinya di posisi ke-3, dan tidak pertama. Perkara yang dramatik sekali lagi berlaku. Ali terjatuh kerana ditolak oleh pelari di belakangnya. Namun, dia cuba bangkit dan mengejar peserta lainnya tanpa memandang kiri dan kanan, depan atau belakang, kerana ia teringatkan adiknya dan khuatir tidak menang posisi ke-3. Tetapi apa yang berlaku? Tidak disangka, Ali telah menjuarai posisi pertama di dalam pertandingan tersebut. Ia pulang dengan perasaan hampa, dan dilihat oleh adiknya Fatimah. Ia membuka kasutnya, dan melihat kakinya yang luka hampir di seluruh bahagian. Direndam kakinya di dalam kolam depan rumahnya yang dipenuhi oleh ikan-ikan peliharaannya. And then... TAMAT! Kelihatannya, filem ini seperti tergantung. Tetapi saya yakin, ia mempunyai motif tersendiri. Diharap filem seperti dapat dihasilkan lagi oleh pengkarya filem di seluruh dunia, sekali gus mengalahkan lambakan filem-filem ‘kosong’ yang memenuhi kaca-kaca televisyen masa kini. sekadar perkongsian. Wallahu’alam...
|
|
|
|
|
19
|
Kategori Umum / Diskusi Soal Hati / Dilema Mencari Pasangan… (Part 2)
|
on: December 02, 2008, 06:02:18 pm
|
 Guys, anda sudah menikah dan telah memilih ranting dan pokok seperti Sang Filosof? (Baca Dilema Mencari Pasangan Part 1). Setelah letih mencari sebuah makna cinta, lalu berjuang untuk memilikinya, dan akhirnya kita mendapatkan apa yang perjuangkan tersebut. Seorang isteri yang kita mahukan sebagai pendamping hidup. Namun, terdetik persoalan, benarkah, kriteria yang ada pada sang isteri tidak seperti yang kita bayangkan sebelum menikah? Maklum saja, sebelum menikah kita hanya nampak ‘luarannya’ tanpa melihat ‘dalamannya’. Gaya tidurnya yang berdengkur membuat kita tidak selesa, cita rasa masakannya yang tidak sejajar dengan kemahuan kita, membuat kita selalu hilang selera ketika makan, rancangan televisyen yang tidak sama dengan kita membuat kita jemu senantiasa, dan banyak lagi yang membuat kita berfikir, dan menerawang pandangan ke atas langit lalu berfikir sejenak. Dik, dak, dik, duk. Oh tuhan, beginikah hakikat pernikahan. (Baru kamu tahu ya... perjuangan dalam pernikahan, hehe. Rasakan lho!) Secara fitrah, menikah akan memberikan ketenangan (ithmi'nan/ thuma’ninah) bagi setiap manusia, asalkan pernikahannya dilakukan sesuai dengan aturan Allah Swt., Zat Yang mencurahkan cinta dan kasih-sayang kepada manusia. Hampir setiap Mukmin mempunyai harapan yang sama tentang keluarganya, iaitu ingin bahagia, alias sakinah mawaddah warahmah. Namun, sebahagian orang menganggap bahawa, untuk menciptakan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah yang berkekalan adalah sesuatu yang tidak mudah. Fakta-fakta buruk kehidupan berumah tangga yang terjadi di masyarakat seolah-olah makin memperkuat tanggapan negatif kehidupan berumah tangga. Bahkan, tidak jarang, sebahagian orang menjadi enggan menikah atau menunda-nunda pernikahannya. Fahami Dulu Erti Sebuah Pernikahan Dong!Sesungguhnya menikah itu bukanlah sesuatu yang menakutkan, hanya memerlukan perhitungan cermat dan persiapan matang saja, agar tidak menimbulkan penyesalan. Sebagai risalah yang syamil (menyeluruh) dan kamil (sempurna), Islam telah memberikan tuntunan tentang tujuan pernikahan yang harus difahami oleh umat islam. Tujuannya adalah agar pernikahan itu berkah dan bernilai ibadah serta benar-benar memberikan ketenangan bahagi suami-isteri. Dengan itu, akan terwujud keluarga yang bahagia dan berkekalan. Hal ini bisa diraih jika pernikahan itu berdiri atas dasar pemahaman Islam yang benar. Menikah hendaknya diniatkan untuk mengikuti sunnah Rasullullah saw., melanjutkan keturunan, dan menjaga kehormatan. Menikah juga hendaknya ditujukan sebagai sarana dakwah, meneguhkan iman, dan menjaga kehormatan. Pernikahan merupakan sarana dakwah suami terhadap isteri atau sebaliknya, juga dakwah terhadap keluarga keduanya, kerana pernikahan bererti pula mempertautkan hubungan dua keluarga. Dengan begitu, jaringan persaudaraan dan kekerabatan pun semakin luas. Ini bererti, sarana dakwah juga bertambah. Pada skala yang lebih luas, pernikahan islami yang sukses tentu akan menjadi pilar penopang dan pengukuh perjuangan dakwah Islam, sekali gus tempat bersemainya para pejuang dakwah masa depan. Inilah tujuan pernikahan yang seharusnya menjadi asas bagi setiap Muslim ketika hendak menikah. Kerana itu, siapa pun yang akan menikah hendaknya betul-betul mempersiapkan segala hal yang dibutuhkan untuk meraih tujuan pernikahan seperti yang telah digariskan Islam. Setidaknya, setiap Muslim, laki-laki dan perempuan, harus memahami konsep-konsep pernikahan islami seperti: aturan Islam tentang posisi dan peran suami dan isteri dalam keluarga, hak dan kewajipan suami-isteri, serta kewajipan orang tua dan hak-hak anak; hukum seputar kehamilan, nasab, penyusuan, pengasuhan anak, serta pendidikan anak dalam Islam. Ketentuan Islam tentang peran Muslimah sebagai isteri, ibu, dan pengurus rumah tangga sekali gus sebagai bahagian dari umat Islam secara keseluruhan, serta bagaimana jika kewajipan-kewajipan itu berbenturan pada saat yang sama; hukum seputar nafkah, waris, talak (cerai), rujuk, gugat cerai, hubungan dengan orang tua dan mertua, dan sebagainya. Semua itu membutuhkan penguasaan hukum-hukum Islam secara menyeluruh oleh pasangan yang akan menikah. Ertinya, menikah itu harus didasarkan pada ilmu. Bukan main hentam je ok? Jadilah Sahabat yang MenyenangkanPernikahan pada dasarnya merupakan akad antara laki-laki dan perempuan untuk membangun rumah tangga sebagai suami-isteri sesuai dengan ketentuan syariat Islam. Sesungguhnya kehidupan rumah tangga dalam Islam adalah kehidupan persahabatan. Suami adalah sahabat karib bahagi isterinya, begitu pula sebaliknya. Keduanya benar-benar seperti dua sahabat karib yang siap berbahagi suka dan duka bersama dalam menjalani kehidupan pernikahan mereka demi meraih tujuan yang diredhai Allah Swt. Isteri bukanlah sekadar ‘patner’ kerja bagi suami, apalagi bawahan atau pegawai yang bekerja untuk suami. Isteri adalah sahabat, belahan jiwa, dan tempat curahan hati bagi suaminya. Wah romantik dan sentimental kan? Begitulah seharusnya! Islam telah menjadikan isteri sebagai tempat yang penuh ketenteraman bagi suaminya. Allah Swt. berfirman: وَمِنْ ءَايَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَاDi antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya. (QS. ar-Rum [30]: 21). Maka dari itu, sudah selayaknya suami akan merasa tenteram dan damai jika ada isteri di sisinya, demikian pula sebaliknya. Suami akan selalu cenderung dan ingin berdekatan dengan isterinya. Di sisi isterinya, suami akan selalu mendapat semangat baru untuk terus menapaki jalan dakwah, demikian pula sebaliknya. Keduanya akan saling tertarik dan cenderung kepada pasangannya, bukan saling terasing dan berjauhan. Keduanya akan saling menasihati, bukan mencela. Saling menguatkan, bukan melemahkan. Saling membantu, bukan bersaing. Di sisi yang lain, setiap pasangan harus selalu siap bersama untuk meningkatkan kualiti ketakwaannya demi meraih kemuliaan di sisi-Nya. Mereka berdua senantiasa berharap, Allah Swt. berkenan mengumpulkan keduanya di syurga kelak. Ini bererti, tabiat asli kehidupan rumah tangga dalam Islam adalah ithmi'nan/tuma’ninah (ketenangan dan ketenteraman). Walhasil, kehidupan pernikahan yang ideal adalah terjalinnya kehidupan persahabatan antara suami dan isteri yang mampu memberikan ketenangan dan ketenteraman bahagi keduanya. Untuk menjamin ketenangan dan ketenteraman tersebut, Islam telah menetapkan serangkaian aturan tentang hak dan kewajipan suami-isteri. Jika seluruh hak dan kewajipan itu dijalankan secara benar, terwujudnya keluarga yang sakinah mawaddah warahmah adalah suatu kepastian. Bersabar atas Kekurangan & Perbedaan PasanganSememangnya suatu perbedaan adalah lumrah di mana-mana. Antara baju dan seluar, fungsinya beda. Antara rumah banglo dan rumah teres sifatnya beda. Antara roti canai dan roti gardenia rasanya juga beda, hehe, dan begitulah seterusnya. Fungsi, sifat dan rasa antara satu kejadian dengan kejadian lainnya memang tidak sama. Punya kelainan tersendiri yang telah Allah SWT tetapkan. Manakala ketetapan itu semua tunduk di atas aturan Maha Pencipta. Begitulah kita dalam menyikapi semua kejadian yang ada di alam ini khususnya yang ada di depan mata kita. Kerap terjadi, kenyataan hidup tidak seindah harapan. Begitu pula dengan kehidupan rumah tangga, tidak selamanya berlangsung tenang. Ada kalanya kehidupan suami-isteri itu dihadapkan pada berbagai masalah baik kecil mahupun besar, yang bisa mengusik ketenangan keluarga. Penyebabnya sangat beragam, bisa saja kerana kurangnya komunikasi antara suami-isteri, suami kurang makruf terhadap isteri, atau suami kurang perhatian kepada isteri dan anak-anak. Di pihak isteri, mungkin ia kurang pandai dan kurang kreatif menjalankan fungsinya sebagai isteri, ibu, dan pengurus rumah tangga, kerana adanya salah faham dengan mertua, atau suami yang 'kurang serius' atau 'kurang cekal' mencari nafkah. Penyebab lainnya adalah kerana tingkat pemahaman agama yang tidak seimbang antara keduanya. Apa yang lebih parah, jika keretakan rumah tangga adalah disebabkan sifat curang di antara kedua pasangan. Sesungguhnya Islam tidak menafikan adanya kemungkinan terusiknya ketenteraman dalam kehidupan rumah tangga. Sebab, secara alami, setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti berhadapan pada berbagai persoalan. Hanya saja, seorang Muslim yang kukuh imannya akan senantiasa yakin bahawa Islam pasti mampu memecahkan semua masalah kehidupannya. Oleh kerana itu, dia akan senantiasa siap menghadapi masalah tersebut, dengan menyempurnakan ikhtiar untuk mencari solusinya dari Islam, seiring dengan doa-doanya kepada Allah Swt. Sembari berharap, agar dimudahkan dalam segala urusannya. Keluarga yang sakinah mawaddah warahmah bukan bererti tidak pernah menghadapi masalah. Yang dimaksud adalah keluarga yang berdiri atas landasan Islam, dengan suami-isteri sama-sama menyedari bahawa mereka menikah adalah untuk ibadah dan untuk menjadi pilar yang akan mengukuhkan perjuangan Islam. Mereka siap menghadapi masalah apa pun yang menimpa rumah tangga mereka. Sebab, mereka tahu jalan keluar apa yang harus ditempuh dengan bimbingan Islam. Islam telah mengajarkan bahawa manusia bukanlah malaikat yang selalu taat kepada Allah, tidak pula ma‘shum (terpelihara dari berbuat maksiat) seperti halnya para nabi dan para rasul. Manusia adalah hamba Allah yang memiliki peluang untuk melakukan kesalahan dan menjadi tempat berkumpulnya banyak kekurangan. Pasangan kita (suami atau isteri) pun demikian, memiliki banyak kekurangan. Oleh kerana itu, kadangkala apa yang dilakukan dan ditampakkan oleh pasangan kita tidak seperti gambaran ideal yang kita harapkan. Dalam situasi yang demikian, maka sikap yang harus diambil adalah bersabar! Bukan menjerit dan merengek seperti orang sedang kesakitan ok? Sabar adalah salah satu perbuatan akhlak yang mulia, iaitu wujud ketaatan hamba terhadap perintah dan larangan Allah Swt. Sabar adalah sebahagian hukum syariat yang diperintahkan oleh Islam. (Lihat: QS al-Baqarah [2]: 153; QS az-Zumar [39]: 10). Makna kesabaran yang dimaksudkan adalah kesabaran seorang Mukmin dalam rangka ketaatan kepada Allah, dalam menjalankan seluruh perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya ketika menghadapi ujian dan cubaan, termasuklah saat kita dihadapkan pada 'kekurangan' pasangan (suami atau isteri) kita. Namun demikian, kesabaran dalam menghadapi 'kekurangan' pasangan kita harus dicermati dulu faktanya. Pertama, Jika kekurangan itu berkaitan dengan kemaksiatan yang menyebabkan adanya kelalaian terhadap kewajipan atau justeru melanggar larangan Allah Swt. Maka dalam hal ini, wujud kesabaran kita adalah dengan menasihatinya secara makruf serta mengingatkannya untuk tidak melalaikan kewajipannya dan agar segera meninggalkan larangan-Nya. Contoh pada suami: jika suami tidak berlaku makruf kepada isterinya, tidak menghargai isterinya, bukannya memuji tetapi justeru suka mencela, tidak menafkahi isteri dan anak-anaknya, enggan melaksanakan shalat fardhu, enggan menuntut ilmu, atau malas dalam berdakwah. Contoh pada isteri pula: isteri tidak taat pada suami, melalaikan pengasuhan anaknya, melalaikan tugasnya sebagai pengurus rumah tangga (rabb al-bayt), sibuk berkarier, atau mengabaikan upaya menuntut ilmu dan aktiviti amar makruf nahi mungkar. Sabar dalam hal ini tidak cukup dengan berdiam diri saja atau ‘selambe je’ dengan apa yang dilakukan oleh pasangan kita, tetapi harus ada upaya maksimal menasihatinya dan mendakwahinya. Satu hal yang tidak boleh dilupakan, kita senantiasa mendoakan pasangan kita kepada Allah Swt. Kedua: Jika kekurangan itu berkaitan dengan hal-hal yang mubah maka hendaknya dikomunikasikan secara makruf di antara suami-isteri. Contoh: suami tidak terlalu romantis bahkan cenderung aneh; miskin akan pujian terhadap isteri, padahal sang isteri mengharapkan itu; isteri kurang pandai menata rumah, walaupun sudah berusaha semaksimal mungkin, tetapi tetap saja kurang estetikanya, sementara sang suami adalah orang yang kemas dan rapi; isteri kurang bisa memasak walaupun dia sudah berupaya maksimal menghasilkan yang terbaik; suami “cara bicaranya” kurang lembut dan cenderung bernada instruksi sehingga kerap menyinggung perasaan isteri; isteri tidak bisa berdandan untuk suami, model rambutnya kurang bagus, hasil cucian dan seterikaannya kurang rapi; dan sebagainya. Dalam hal ini kita dituntut bersabar untuk berkomunikasi tentang hal tersebut, memberikan masukan (nasihat dan saran), serta mencari jalan keluar bersama pasangan kita. Jika upaya sudah maksimal tetapi belum juga ada perubahan, maka terimalah itu dengan lapang dada seraya terus berdoa kepada Allah Swt. (Lihat: QS an-Nisa' [4]: 19). Rasulullah saw. bersabda: Janganlah seorang suami membenci isterinya. Jika dia tidak menyukai satu perangainya maka dia akan menyenangi perangainya yang lain. (HR Muslim). Inilah tuntunan Islam yang harus difahami oleh setiap Mukmin yang ingin rumah tangganya diliputi dengan kebahagiaan, cinta kasih, ketenteraman, dan langgeng. Agar dilema menjadi yakin, agar kecewa bertukar gembira, agar pertanyaan menjadi jawapan! Fahamilah, bahawa pernikahan bukanlah permainan, tetapi perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan ketaatan. Saksikan, aku bangga telah menikah! Wallahu’alam...
|
|
|
|
|
20
|
Kategori Sosial / Diskusi Kerjaya / Re: Belajar Bahasa Inggeris
|
on: November 28, 2008, 03:27:42 pm
|
ada beberapa option: 1) keluar duit belanja utk pergi kelas tusyen samaada di kelas atau cikgu dtg ke rumah (intensif), atau 2) pergi ke luar negara dan bekerja di sana, atau 3) bekerja di tempat kerja yg persekitarannya menggunakan bahasa inggeris, 4) (kalau belum menikah) menikah dgn lelaki yg tahu/pandai berbahasa inggeris, dan aplikasikannya di dlm harian (tentulah kesolehannya juga diperhitungkan, sbb kalau pilih yg blh berbahasa inggeris, byk sgt kat luar tu, hehe) so far, tu je yg terlintasdi dlm kepala. sekadar mencelah.  wassalam...
|
|
|
|
|
21
|
Kategori Sosial / Diskusi Muslimat / Gadis Melayu Atau Gadis Solehah?
|
on: November 28, 2008, 12:36:46 pm
|
 Ketika menaip artikel di komputer saya pada malam ni (khamis), entah kenapa mata saya terlirik ke kaca televisyen yang kebetulan ayah saya menonton rancangan Gadis Melayu di tv9. Dalam hati kecil saya terdetik soalan, apakah motif rancangan ni sebenarnya. Ini kerana, ia langsung tidak mendidik dan mendedahkan kriteria sebenar seorang gadis yang diinginkan oleh seorang suami (termasuk saya le). Apa yang kelakarnya, peserta kebanyakannya ditanya tentang seputar tanggungjawab dan peranan seorang isteri di dalam rumah tangga. Bahkan, soalan silih berganti bertanyakan berkenaan asas sebagai seorang muslimah seperti solat, adab berbusana, berhijab dan sebagainya. Tapi yang kelakarnya, seorang juri (yang saya tidak kenal namanya – sebab tak follow up pun rancangan ni) tidak mengenakan khimar (kain kerudung). Eh, apa ni? Macam tak kena je. Lawak pun ada. Kuang...kuang Aiyuhal Muslimin Wal Muslimat, saya bukanlah ingin mengungkap aib seseorang dan keburukan rancangan yang disajikan kepada masyarakat kini (kerana memang majoritinya memang buruk pun), tetapi saya prihatin dan khawatir jika masyarakat kita terus menerus disajikan dengan tontonan yang ‘kosong’ ini tanpa adanya pemahaman yang benar bagaimana sepatutnya jati diri seorang muslim dan muslimah. Bagi seorang lelaki soleh, tentu saja akan mencari wanita solehah, tidak kira wanita itu berbangsa Melayu ataukah bangladesh, kesolehan adalah ranking nombor satu yang diletakkan oleh seorang lelaki dan begitu pula bagi seorang muslimah yang menginginkan lelaki soleh bagi pasangan mereka. Maka dari itu, saya menyeru kepada yang membaca coretan ringkas ini agar memahami bahawa untuk mendapatkan yang terbaik haruslah dengan berusaha untuk menjadi yang terbaik, walau pada hakikatnya manusia itu tidaklah sempurna (kerana hanya Allah swt dzat yang maha sempurna). Namun, sebagai hamba yang beriman, kita haruslah senantiasa menjadikan akidah islam sebagai asas kepada seluruh amalan kita. Lelaki soleh tidak mungkin ada di disko, atau sedang melepak di Mall, saat ini, tetapi mereka sedang ‘melepak’ di tempat-tempat yang baik dan beraktiviti yang baik misalnya di masjid atau sedang mentelaah di perpustakaan. Begitu juga wanita solehah tidak mungkin berada di taman-taman sambil bercanda dengan lelaki bukan muhrimnya, dan tidak mungkin wanita muslimah itu sedang berhias dengan mempertontonkan tubuh gebunya di khalayak ramai (yang lebih parah ketika dipublikasikan di massa seperti di majalah dan koran), kerana sudah barang tentu wanita solehah itu sedang menolong ibunya di dapur ketika waktu lapangnya, atau sedang mengadakan usrah dengan teman-temannya dan berbincang tentang tantangan wanita solehah di era milenium ini. Singkat, tapi padat. Biarlah tulisan saya ini singkat, tapi dapat mengisi ruang dan lohong pemikiran yang hampir-hampir diisi oleh bisikan syaitan. Kerana syaitan senantiasa mengambil setiap kesempatan yang ada. Semoga diambil iktibar dan kebenarannya. Mulai dari pemimpin yang berkuasa untuk menerapkan aturan di tengah-tengah masyarakat, dan menguatkuasakan sebuah aturan haruslah melaksanakan sebuah sistem dan aturan islam untuk diterapkan di dalam kehidupan. Setelah itu masyarakat, haruslah dibina dengan sahsiyah dan pemahaman islam agar amar ma'ruf nahi munkar menjadi satu amalan dan budaya mereka, dan setiap individu di dalam masyarakat haruslah dididik dengan tsaqafah islam agar yang haq dan bathil dilihat dengan kacamata islam dan bukan lainnya. dapat dibayangkan, mungkin setelah itu, wujud rancangan Gadis Solehah, dan bukan lagi gadis melayu, hehe. Wallahu’alam...
|
|
|
|
|
22
|
Kategori Sosial / Diskusi Keluarga / Re: Takutnya, Cuti Sekolah
|
on: November 22, 2008, 03:32:39 pm
|
salam, trm ksh kak di atas komennya. tp, sy merasa ada beberapa perkara yg hendak sy lontarkan dlm hal ni berkenaan apa yg akak katakan (komen). belum tentu dgn khilafah akan terpadam penderitaan kita terhadap masalah sosial ini.... insyaAllah, apabila hukum islam ditegakkan secara keseluruhan, sy yakin tanpa adanya keraguan bahawa pernderitaan (penderitaan di sini mencakup keseluruhan permasalahan) kita akan hilang. Itu keimanan sy, dan itu adalah kewajipan kita semua sbg umat islam di muka bumi. kerana di era khilafah dahulupun berlaku .. bahkan banyak masalah sosial yang menimpa umat Islam. Bukan membantah pandangan thinker...tetapi sejarah menceritakan kepada kita begitu. harus diklarifikasikan (make it clear), perjuangan utk menegakkan khilafah adalah dgn melihat manhaj Rasulullah (thariqah dan contoh dari Baginda nabi), dan bukan melihat khilafah sesudah itu. Dan... bukan pula menafikan eksistensi khilafah sesudah itu (Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniyah), krn Khilafah yg 3 itu tetap melaksanakan hukum syara' dan tetap melantik Khalifah dgn mekanisme yg sama iaitu dgn bai'at. walaupun mmg tidak dinafikan bahawa ianya tidak tepat dan salah, krn kekuasaan adalah di tangan rakyat dan bukan dgn proses puter mahkota. Manakala berkenaan masalah sosial yg menimpa umat islam di dlm era kekhilafaan adalah tidak tidak tepat jika kitakan "banyak". INi krn sepanjang 1200 tahun khilafah memerintah dan menerapkan hukum syara', tidak lebih dr 400 kes orang mencuri (kalau x salah ana; boleh rujuk tarikh khulafah). Masalah zina, mmg tidak ada sape yg boleh mengatakan bahawa zina itu berleluasa di dalam daulah, krn pernikahan adalah satu perkara yg mudah tatkala itu. Nak wanita? jalannya mudah, bukan bercouple tp dgn nikah yg syar'i. tidak ada kerja? daulah bertanggungjawab ,menyediakan pekerjaan. tak cukup duit krn tanggungan byk? daulah bertanggungjawab menyalurkan wang zakat.dan begitulah seterusnya. Jadi, sy harap ianya jelas, bahawa dgn sistem islam kita akan menjadi mulia dan tinggi derajatnya di hadapan Allah SWT. insyaAllah,,, sekadar pendapat dua kupang 
|
|
|
|
|
23
|
Kategori Sosial / Diskusi Keluarga / Takutnya, Cuti Sekolah
|
on: November 21, 2008, 01:08:10 pm
|
 Sekarang ini adalah waktu musim cuti sekolah. Sudah dari minggu yang lalu, saya ingin menulis tentang artikel ini. Namun, disebabkan kesibukan dan buku catatan (buku tempat saya mencatat idea dan ilham) saya hilang. Jadi, sifat pelupa dan kelemahan saya sebagai manusia telah menuai kelewatan ini. Tapi tidak masalah, kerana saya telah menuliskannya kali ini, hehe. Apa sih, sebenarnya yang ditakutkan apabila datangnya musim sekolah. Bukankah saat ini, kita lebih senang kerana anak-anak kita telah melalui waktu persekolahan panjang dan kini menikmati cutinya. Sebagai orang tua, kita mungkin lebih gembira kerana dapat meluangkan masa dengan anak-anak di rumah di samping dapat keluar bersiar-siar makan angin bersama mereka dalam rangka acara keluarga. Para ibu-bapa, tentu kita sebagai orang tua bukan hanya melihat sisi dimensi itu sahaja ketika datangnya cuti sekolah bagi anak-anak kita. Ya benar, setelah hampir setahun anak-anak kita belajar menimba ilmu, dan sekaranglah masanya berehat dan libur. Kita juga sudah tidak perlu pusing tentang permasalahan mereka tentang persekolahan yang telah mereka jalani. Tetapi guys and friends, di sisi lain ada yang perlu kita risau dan takutkan apabila datangnya musim cuti sekolah. Tatkala sekolah-sekolah sunyi sepi daripada gelagat pelajar, shopping complexe dan tempat-tempat hiburan saat ini (dan saat lain) menjadi tempat kunjungan mereka. Di saat statistik jenayah yang meningkat, gejala sosial yang tidak terbendung, kes pelacuran dan penceraian yang melambak, gejala rasuah yang mendarah daging dan segudang permasalahan lainnya, muncul pula fenomena yang kita boleh klasifikasi sebagai “sindrom menuju maksiat”. Jika pada awal pagi, anak-anak kita sudah berangkat ke sekolah, tetapi ia berubah pada saat ini, kerana pada waktu ini mereka sedang tidur kerana tadi malam tidur lewat (faham-fahamlah kenapa tidur lewat ye). Di saat tengah-hari, mereka sudah habis belajar di sekolah dan bersedia untuk pulang ke rumah, tetapi pada saat ini mereka baru bangun dari tidur dan mimpinya (masyaAllah, subuh pun terlepas). Setelah selesai sekolah, biasanya mereka sudah keletihan dan tidur setelah solat zuhur (prasangka baik saya) sehinggalah ke petang, tetapi pada saat ini mereka bersedia untuk mencari transport (LRT, Bus, teksi) untuk ke ibu kota mencari tempat-tempat hiburan dan seumpamanya. Jika pada waktu petang, mereka akan bangun dari tidurnya lalu solat Asar dan bersedia untuk taman atau padang/lapangan untuk bersukan dan akan pulang sebelum azan maghrib dilaungkan, tetapi pada saat ini mereka masih berada di luar sana, entah untuk apa dan demi apa yang sedang mereka lakukan kini. Wah, tidak sanggup saya hendak menceritakan kisah pada malam harinya. Jika dulu, setelah solat maghrib saya akan mengaji dan akan pulang ke rumah sekitar jam 9, dan setelah itu akan membuat kerja rumah yang disediakan guru atau membaca apa yang sepatutnya sambil ‘dijaga’ oleh mak yang berada di samping saya, tetapi... pada saat ini, kebanyakan pelajar sedang asyik di luar sana melepak sambil berborak kosong (jika tidak percaya silakan ke ibu kota khususnya KLCC dan Times Square), dan melayan cintan kerana sedang dilamun kasmaran, muda-mudi yang sudah tidak segan silu berjalan bergandengan. Adegan berpeluk, bercium, berasamara, ops... maaf saya tidak sanggup meneruskannya lagi. Saudaraku yang dimuliakan oleh Allah SWT, baru-baru ini surat khabar tempatan kita telah menggemparkan tanah air kita -rujuk berita kosmo- (bukan semuanya gempar pun, kecuali bagi mereka yang peka dengan masalah umat islam), apabila sebanyak 57,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu. Dengan jumlah dan statistik yang diberikan tersebut, sudah jelas menggambarkan keburukan dan kebejatan sosio masyarakat kita. Ya, mungkin tidak tepat untuk menilai semuanya begitu, kerana banyak lagi orang-orang yang baik di luar sana (insyaAllah termasuklah yang sedang membaca tulisan ini), tetapi haruslah kita sedar bahawasanya umat islam kini bukan setakat mengalami kemunduran dari di peringkat nasional, tetapi sudah tidak dapat dinafikan bahawa kemundurannya telah melangkaui ruang lingkup global. Semua ini jelas, tatkala umat islam sudah tidak lagi menjadikan islam sebagai panduan dan sistem bagi kehidupan (way of life). Maka dari itu, dengan tulisan yang serba ringkas dan sederhana ini diharapkan semua orang dimulai dari ibu-bapa, masyarakat dan negara agar bekerjasama untuk menjadikan islam sebagai satu-satunya cara untuk mengatasi sejumlah permasalahan yang melanda kita. Cukup sudah kita merana akibat tidak diterapkannya sistem islam (Daulah Khilafah) dalam kehidupan selama 84 tahun. Mulai dari saat ini, ayuhlah kita semua belajar dan memahami islam, lalu mengamalkannya serta mengajarkannya kepada orang lain. insyaAllah, islam akan segera kembali menjadi agama yang akan menjadi rahmat kepada sekalian alam. Wallahu’alam...
|
|
|
|
|
24
|
Kategori Sosial / Diskusi Pelajar / Inilah Universitiku
|
on: November 11, 2008, 11:13:25 pm
|
 Institusi pelajaran yang amat dipuja oleh sebilangan pelajar adalah sewaktu mereka dapat menginjakkan kaki di universiti. Di kebanyakan negara di seluruh dunia, kebiasaannya akan terdapat universiti sebagai tempat pembelajaran kepada mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan kata lain, universiti adalah tempat agung bagi kalangan pemikir dan ilmuwan di seluruh dunia. Apabila kita menyebut universiti, akan terbayang di benak kita tempat yang besar dan terdiri dari beberapa bangunan fakulti sekali gus tempat belajar bagi mahasiswa. Kemudahan prasarana yang serba lengkap untuk kegunaan mahasiswa seperti perpustakaan, kantin, asrama, bengkel, makmal dan lain sebagainya adalah kunci kepada status universiti itu sendiri. Semakin lengkap prasarana yang ada, maka semakin ramailah pelajar dan berkembang pesatlah ilmu yang ada. Ini lumrah dan asas kepada berdirinya universiti itu sendiri. Namun, bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem kapitalis, belajar bukanlah satu amalan yang gratis alias percuma! Harus bayar, bayar dan bayar. Wang menjadi sandaran kepada eksistensinya seseorang pelajar di sebuah institusi di mana pun. Ada yang dibiayai oleh orang tua, kerabat dan teman-teman. Jika tidak mampu, ada pula yang sanggup meminjam kepada sanak saudara atau tempat pinjaman seperti bank (yang berdaftar) atau along (yang tidak berdaftar). Memang susah dan rumit untuk belajar di mana pun kecuali bagi mereka yang keluarganya kaya raya dan cukup semuanya. Bagaimana dengan saya? Kalian? Dan teman-teman di luar sana? Mampu untuk belajar? Ya... mungkin saja mampu, tapi tetap saja berat memikulnya. Seperti saya, terpaksa belajar dan bekerja. Walau dalam dimensi dan waktu yang berbeda, namun ia terasa berat menjalaninya. Fokus pula perlu tinggi, dan konsentrasi harus senantiasa ada. Jangan sampai kita melebihkan bekerja, lalu belajar terabai. Ataupun, kita terlalu kuat belajar sehingga tidur lewat dan keesokan harinya lewat untuk ke tempat kerja. Mmm... anda mampu? Belajar & Bekerja Di Universiti?Jangan keliru dulu dengan kenyataan di atas. Harap antum baca dulu, apa yang saya ingin kongsikan. Sebenarnya, saya ingin berkongsi kepada para pembaca tempat saya belajar sekali gus ‘universiti’ tempat saya belajar. Ia unik dan saya yakin bahawa para pembaca pernah belajar di tempat ini. Belajar di sini tidak memerlukan modal untuk membiayainya. Malah, kita akan dibayar kerana status kita sebagai pelajar. Eh, aneh kan? Belajar kok dapat wang alias upah. Jangan kaget dong, ini kerana ‘universiti’ yang saya ingin perkenalkan adalah tempat di mana seseorang itu bekerja. Yaa... namanya kan bekerja, tentu saja dapat gaji dan upah. Kenapa saya katakan bahawa tempat bekerja itu adalah sebuah tempat belajar sebanding universiti? Bahkan boleh melebihi kriteria sebuah universiti. Guys, saya pernah bekerja dalam banyak bidang. Walau ia pekerjaan yang tidaklah dikategorikan sebagai proffesional seperti kerja di hotel sebagai banquet service, tukang masak di Burger King, pelayan KFC, kerani, teknikal komputer di Cyber Cafe dan yang terakhir dan paling lama (3 tahun) adalah sebagai sales executive di pusat komputer di Kuala Lumpur (kamu mungkin bisa menerkanya). Jujur saja, ketika saya mula bekerja dulu, saya tidak tahu banyak perkara mengenai komputer. Walau saya minat dan cenderung di dalam bidang komputer, tetapi saya tidak mendapat latihan dan kemahiran secara formal di institusi-institusi pengajian tinggi. Jadi, pada peringkat awal memang agak sukar bagi saya bekerja di dalam bidang yang sememangnya di luar kemampuan saya. Menghafal aksesoris dan harga, mengenal pasti fungsi dan kemampuan bagi sesebuah perkakasan (hardware) dan perisisan (software), mengetahui nilai pasaran (market value) dan pro-kontra sesuatu barangan dan banyak lagi. Terlalu banyak sehingga mampu membuat saya berfikir beberapa kali untuk meneruskan niat untuk bekerja di dalam bidang ini. Akhirnya saya tetap teguh untuk terus bekerja di situ dan cuba belajar apa yang saya tidak kuasai. Teman, cuba perhatikan! Jika kita belajar di IPT dalam bidang IT (information technology) pada semester awal, kita akan mengambil beberapa subjek penting seperti Aplikasi komputer, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Sejarah. Ketika saya bekerja di situ, saya juga belajar hal yang sama secara praktikal berkenaan aplikasi komputer berserta peralatan-peralatan yang terkini. Ketika saya hendak menjualnya, maka sudah barang tentu ada pelanggan (customer) tempatan atau luar negara yang berkomunikasi dengan bahasa ketiga iaitu bahasa inggeris. Pada mulanya, memang saya agak mengelak dan gementar untuk melayan pelanggan yang sebegini, namun lama-kelamaan sifat itu telah terkikis dengan tidak sengaja. Lalu, berhasillah saya menguasai bahasa inggeris (walau tidak sempurna) yang lazim dan biasa digunakan dalam komunikasi harian. Semakin hari, saya semakin pede (yakin) terhadap diri sendiri. Bagaimana dengan subjek matematik? Tentu kalian bisa menebaknya kan. Dalam transaksi jual-beli, tentu akan ada nilai (harga) dan tawar menawar dari peniaga dan pembeli. Secara tidak langsung, seorang penjual (kebiasaannya) akan cekap dalam pengiraan walau ia adalah angka-angka yang lazim. Tapi, kadang-kadang ia agak rumit juga apabila melibatkan kad kredit atau bayaran cek pada kuantiti yang banyak dan perkakasan yang berbeza-beza. Tapi, kerumitan tersebut akan bisa diatasi dengan menjalani hari-hari mendatang dengan penuh motivasi dan semangat ingin tahu. Jadi, Belajarlah Di mana-manaSebenarnya apa sih yang dinamakan belajar? Kamus Dewan Eja Pro di dalam laptop saya mendefinisikannya begini; berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian), menuntut ilmu pengetahuan, menjalani latihan, dan lain sebagainya. Walau apa definisi yang kita gunakan, saya yakin semua menjurus kepada mafhum yang sama iaitu proses manusia menimba ilmu. Jadi, tidak semestinya sesuatu ilmu itu kita dapatkan secara formal di kelas-kelas atau di kuliyah-kuliyah. Bahkan, jika seseorang itu hanya duduk dan berbekalkan otak dan akalnya, lalu berfikir dengan melihat alam persekitarannya, lalu mendapatkan sesuatu ilham, maka di situlah proses menimba ilmu baginya. Simple bukan? Ya simple bagi mereka yang mahu berfikir dan mengerahkan akal fikirannya di dalam hal-hal yang menjurus ke arah peningkatan taraf pengetahuannya. Akhir sekali, penulis berharap agar semua yang membaca tulisan ini bisa berfikir dan belajar di mana saja anda berada. Semua dengan harapan, kita semua ‘mengutip’ ilmu yang telah Allah SWT tebarkan di muka bumi ini. Wallahu’alam
|
|
|
|
|
25
|
Kategori Umum / Diskusi Politik / Barack Obama Menang, So What?
|
on: November 10, 2008, 12:43:44 am
|
 Seperti yang kita ketahui, pada beberapa hari yang lalu telah tercatat satu sejarah pertama bagi negara polis dunia yang mana Presiden yang dilantik hasil dari kemenangan pilihan raya adalah dari golongan kulit hitam. Seluruh dunia ‘meraikan’ kemenangan Presiden baru bagi Amerika Syarikat ini. Di Malaysia sendiri, warganegara Amerika yang ada di sini berkumpul di satu tempat dan meraikan kejayaan Sang Dewa yang dinanti-nantikan kemenangannya ini. Bahkan, baru-baru ini ketika ditanya tentang reaksi tokoh-tokoh politik tempatan berkenaan kemenangan BO ini, rata-rata para politikus ini menunjukkan reaksi yang positif dan memandang ia adalah satu fenomena demokrasi yang semakin subur dalam kancah politik dunia. Dengan kata lain, zaman dah berubah, dunia dah maju. Begitulah ungkapan di iklan televisyen. Semua berharap, dengan dipimpinnya Negara Amerika Syarikat oleh seorang yang berstatus kulit hitam ini, akan berubah wajah dunia masa kini. Sekilas Tentang Barrack ObamaJabatan: Junior Senator, Illinois Partai politik: Demokrat Masa jabatan: Januari 2005 – Sekarang Lahir: 4 Ogos 1961 Honolulu, Hawaii Istri: Michelle Obama Barack Hussein Obama, Jr. (lahir 4 Agustus 1961) adalah seorang Senator dari Illinois. Ia menjadi perhatian dunia kerana pidato utamanya pada Konvensi Nasional Partai Demokrat 2004, ketika ia masih menjadi Senator Negara Bagian Illinois. Tahun itu juga, ia menjadi orang keturunan Afrika pertama yang memenangkan pemilihan sebagai Senat AS sebagai seorang Demokrat. Barack Obama dilahirkan di Queen’s Medical Center di Honolulu, Hawaii dari ayah ekonom lulusan Harvard, Barack Hussein Obama, Sr., dari Kenya, dan ibu Ann Dunham, dari Wichita, Kansas. Waktu Obama dilahirkan, kedua orang tuanya adalah mahasiswa di East-West Center di Universitas Hawaii di Manoa. Ketika berusia dua tahun, orangtuanya bercerai. Ayahnya kembali ke Kenya, dan ia hanya bertemu dengan anaknya sekali lagi sebelum meninggal pada 1982. Ann Dunham kemudian menikah dengan Lolo Soetoro (meninggal 2 Maret 1993), juga seorang mahasiswa East-West Center (MA Geografi 1962) dari Indonesia. Pada masa kecilnya Barack menggunakan nama ‘Barry’. Keluarga ini kemudian pindah ke Jakarta, di mana adik tiri Obama, Maya Soetoro-Ng, dilahirkan (Obama juga memiliki saudara-saudara tiri dari ayahnya yang menikah lagi). Ketika Obama berusia 10 tahun ia kembali ke Hawaii dan diasuh kakek-neneknya, (Madelyn Dunham) dan kemudian ibunya, untuk pendidikan yang lebih baik. Ia masuk kelas lima di Punahou School, di mana ia lulus dengan honors pada 1979. sumber: wikipedia Sedarlah, Bukan Barack Obama Yang Kita CariApakah kita pernah berfikir secara jujur dan ikhlas lahir dari lubuk sanubari kita, lalu bertanya pada diri kita sendiri, apakah Barack Obama akan merubah dunia ini seperti mana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah? Padahal kita sendiri tahu, bahawasanya dia sendiri bukan seorang muslim. Guys, bangun dan sedarlah bahawasanya kalian sedang disuntik dengan serum yang membius fikiran anda sendiri sehingga kalian tidak boleh berfikir secara waras. Malah, kalian sebenarnya adalah mulia dibandingkan dengan BO jika kalian mengamalkan islam, lalu berjuang kerana kerananya (islam), lalu mati kerananya. Wahai kamu muslimin, dan saudaraku sekalian. Kapasiti saya sebagai individu muslim, yang melihat isu ini digembar-gemburkan oleh sejumlah golongan yang beridentitikan diri mereka sebagai muslim amatlah menyedihkan. Maka dari itu, saya menyeru bahawa sesungguhnya bukan Barack Obama yang kita cari, dan bukan perubahan itu yang kita mahukan. Silih bergantinya pemimpin dunia di mana-mana pun, baik negeri kaum muslimin atau bukan, maka semua itu tetap tidak membawa erti apa pun kepada kita. Sistem yang berasal dari wahyu adalah jauh lebih bagus dan lengkap (tidak ada kecacatannya) dibandingkan dengan sistem kapitalis yang justeru akan menyengsarakan manusia selamanya. Fakta telah terbukti di depan mata, statistik telah terpempang di mana-mana, apakah Barack Obama yang kita harapkan untuk merubah keadaan dunia? Kemuliaan sebenar bagi kaum muslimin adalah apabila islam dijadikan panduan hidup oleh kamu muslimin dalam segala aspek (kaffah). Untuk mencapai hal itu, maka tidak akan terlaksana jika tidak ditegakkan islam secara bernegara, yang mana akan diterapkannya syariat islam secara total. Wallahu'alam
|
|
|
|
|
26
|
Info Rasmi SHUKUR / Aktiviti - Aktiviti-Aktiviti Lain / Seminar Krisis Ekonomi Global - Bersama Pakar Ekonomi Global & Islam
|
on: November 10, 2008, 12:40:31 am
|
 Assalamua'laikum Tuan/Puan yang dihormati, Ikatan Intelektual Nusantara [IKIN] dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia [HTM] akan menganjurkan 'Seminar Krisis Ekonomi Global : ISLAM Penyelesaian Tunggal ' pada 15hb Nov 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429H, pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi, Selangor. Tujuan :- Memperjelaskan mengapa, bagaimana dan punca Krisis Kewangan dan Ekonomi Dunia yang berlaku hari ini, disamping memperjelaskan satu-satunya alternatif yang mampu mengatasi krisis ini iaitu ISLAM (Sistem Eknonomi Islam). Semoga dengan adanya seminar seperti ini umat Islam dapat melihat isu ini dengan lebih jelas dan mencari penyelesaian bersesuaian dengan pandangan Islam dan seterusnya meningkatkan kesedaran umat Islam untuk kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar secara kaffah/menyeluruh. Seminar : - 2 speaker telah dijemput khas dimana speaker 1 (seorang pakar ekonomi) akan menjelaskan punca dan sebab berlakunya krisis ekonomi/kewangan global (mengapa dan bagaimana). Manakala speaker 2 (pakar ekonomi Islam) akan membentangkan bagaimana ISLAM (sistem ekonomi Islam) merupakan alternatif tunggal sebagai penyelesaian yang hakiki. Semoga kehadiran tuan/puan ke seminar ini mendapat ganjaran dan keredhaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.
|
|
|
|
|
29
|
Kategori Umum / Diskusi Soal Hati / Dilema Mencari Pasangan… (Part 1)
|
on: October 25, 2008, 03:08:41 pm
|
|
Anda sukar mencari pasangan hidup? Atau telah berjumpa dengan calon untuk menjadi pasangan hidup, tetapi kita menjadi bingung dengan pilihan yang kita ada. Sejumlah pertanyaan bermain di benak fikiran kita, benar kah si dia adalah pilihan yang tepat bagi kita atau kah sebaliknya? Atau kah mungkin suatu hari nanti kita bakal bertemu dengan calon yang lebih baik orangnya, lebih baik akhlaknya, lebih cantik orangnya dan lebih kaya materinya. Para wanita tentu mendambakan lelaki yang tidak kalah tampan parasnya, mungkin mencari yang setampan Tom Cruise, atau Shah Rukh Khan, hehe... dan yang pasti adalah mereka menanti pasangan yang benar-benar memenuhi kriteria dan standard yang telah mereka tetapkan.
Sejumlah pertanyaan dan teka-teki di atas sering membuat kita susah untuk mencari calon pasangan hidup dan akhirnya menuju pernikahan. Kadang kita berada di satu titik yang sudah selesa dengan apa yang dimiliki (pasangan), namun kita berasa kurang tatkala melihat kelebihan yang dimiliki oleh pasangan lain namun tidak dimiliki oleh pasangan kita. Semua ini akan menyebabkan kita bakal memutuskan untuk berikhtiar lagi ke depan dan menolak mentah-mentah calon yang sudah ada. Sememangnya realiti yang saya sampaikan itu terjadi pada teman-teman saya dan saya yakin di luar sana pasti ada yang pernah mengalaminya.
Belajar Dari Kisah Plato
Satu hari, Plato bertanya kepada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya bisa menemukannya?” Gurunya menjawab, “ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali mundur, kemudian ambilah satu ranting saja. Jika kamu telah menemukan ranting yang menakjubkan, ia bererti kamu telah menemukan cinta”. Plato pun berjalan, dan tidak lama kemudian dia kembali dengan tangan kosong tanpa membawa apa pun.
Lalu gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?”, Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu ranting dan saat aku berjalan tidak boleh mundur”. Sambungnya lagi, “Sebenarnya, aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan di depan sana, jadi tak ku-ambil ranting tersebut. Saat aku melanjutkan perjalanan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang kutemukan tidak sebagus yang tadi, jadi tak kuambil sebatang pun pada akhirnya”. Gurunya menjawab, “Jadi, ya... itulah cinta”.
Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi kepada gurunya, “Apa itu perkahwinan?, Bagaimana saya bisa menemukannya? Gurunya menjawab, “Ada hutan yang subur di depan sana, berjalanlah kamu tanpa bisa mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon. Kemudian, tebanglah jika kamu menemukan pohon yang kamu rasakan paling tinggi, kerana ia bererti kamu telah menemukan apa itu perkahwinan”.
Plato pun berjalan, dan tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar atau subur malah tidaklah tinggi. Pohon tersebut kelihatannya sangat biasa. Lalu gurunya pun bertanya, “Mengapa kamu menebang pohon yang seperti itu?”, Plato menjawab, “sebab, berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi, ketika ada kesempatan aku lihat pohon ini, dan kurasa tidaklah teruk sangat kondisinya. Lalu, kuputuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya”. Gurunya menjawab, “Ya... itulah perkahwinan”.
Cerita tersebut saya ambil dari sebuah buku-buku bacaan saya satu ketika dulu. Namun, saya belum sempat untuk memperhatikan ‘sanad’ dan ‘derajat periwayatannya’. Namun demikian, kisah di atas amat relevan dengan kisha cinta dan perkahwinan ana manusia.
Pernikahan memang pelabuhan dua hati. Ia membutuhkan sepasang manusia untuk tiba di sana. Tapi, seperti yang dialami oleh filsuf yunani (Plato) di atas, jatuh cinta dan menikah bisa jadi tidak sama. Untuk jatuh cinta, orang sering berandai-andai akan menemukan sosok ideal yang lebih baik, paling baik dan seterusnya. Kekasih yang OK luar dan dalam, zahir dan batin lho.
Demi mendapatkan tambatan hati, kita sering melakukan pencarian dengan kriteria dan standard yang telah kita pasang. namun, setelah kita menemukan pasangan tersebut, dan dekat dengannya, maka akan ada saja alasan lain untuk mengatakan bahawa dia bukanlah yang kita cari. Kita terlalu berhati-hati dan selektif dalam hal ini. Alasannya adalah persis seperti yang dialami oleh Plato Sang Filsuf. Ia berjaga-jaga (baca : takut) dan khawatir nanti di depan sana akan ada ‘ranting’ yang jauh lebih baik. Kita terlalu khawatir seandainya ada orang lain yang lebih baik menawarkan cintanya kepada kita. Gimana kalau ternyata di fulan atau fulanah sebenarnya juga mengharapkan cinta kita? Gimana kalau ternyata dia adalah orang yang paling cocok dengan kriteria yang kita inginkan? Sejumlah pertanyaan dan teka-teki sering bermain dalam benak fikiran kita.
Plus-Minus Pasangan Kita
Mempunyai dan memiliki keinginan untuk mencari yang terbaik dalam kehidupan bukanlah satu kesalahan, malah ia satu keharusan. Apatah lagi ia menyangkut hal pernikahan. Pasangan kita bakal menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak kita. Kalau hanya memilih sekadarnya saja, penyesalan mungkin bakal menyusul di kemudian hari. Tapi sedarlah wahai teman, bahawa sesungguhnya lelaki dan wanita di muka bumi ada yang bermacam-macam-macam karektor, sifat, fizik dan keperibadiannya. Ada yang rupawan tapi ibadahnya kurang meyakinkan. Ada yang penghasilannya lumayan tapi kurang tampan/jelita. Ada yang ibadahnya mengagumkan tapi penampilannya kurang sedap dipandang. Hakikatnya, tidak ada orang yang sempurna di atas muka bumi ini. Ada kata-kata gurauan dari saudara saya, “Mencari calon isteri yang cantik, kaya dan solehah itu tidak susah, yang susah itu adalah yang ingin menikah menikah dengan kita”. Benar juga ya?
Kembali pada kisah Plato, ketika ia berasa yakin bakal menemukan ranting terbaik di ladang gandum, justeru akhirnya ia tidak mendapatkan apa-apa. Sementara untuk mundur mengambil ranting terbaik yang pertama dilihatnya adalah mustahil. Sang Guru melarang hal itu. Analoginya adalah, saat kita menolak seseorang, jelas tidak mudah untuk kembali kepadanya. Bahkan hampir-hampir mustahil. Kita mungkin berasa tebal muka untuk memujuk rayu kembali. Banyak orang yang mendapat pengalaman seperti kisah plato tersebut. Setelah bertualang mencari puteri impian, tetapi hasilnya adalah hampa semata. Hampir-hampir mustahil untuk mendapat Putera Raja atau Puteri Impian. Seperti bunyi anekdot lucu, “Jika seseorang mencari pasangan yang rupawan, pengertian dan jenaka sekali gus berpendapatan lumayan, yang ia cari sebenarnya bukan suami/isteri, tapi televisyen”. Haha.
Bersambung...
|
|
|
|
|
30
|
Info Rasmi SHUKUR / Aktiviti - Aktiviti-Aktiviti Lain / Re: STICKER SHUKUR.ORG
|
on: October 25, 2008, 10:02:10 am
|
|
salam, sy beru bank in (maybak2u.com) ke acc di bawah. sila check:
Status: Successful From Account: 164258330783 WSA New Balance: RM ? To Open 3rd Party Account: 164267103110 Amount: RM10.00 Effective Date: Today Account Holder Name: ZARINA BINTI AHMAD Reference Number: 1275688 | | |