Komuniti SHUKUR
January 08, 2009, 08:25:16 pm *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
  Home Help Search Login Register  
  Show Posts
Pages: [1] 2 3
1  Kategori Umum / Diskusi Politik / Astronaut , cosmonaut or Spaceflight participant? on: October 02, 2007, 06:16:29 am
http://www.nasa.gov/mission_pages/station/expeditions/expedition16/index.html

http://www.angkasawan.com.my

http://en.wikipedia.org/wiki/Space_tourism

http://en.wikipedia.org/wiki/Astronaut
2  Kategori Sosial / Diskusi Keluarga / Re: Cadangan nama-nama indah untuk anak-anak on: April 12, 2007, 11:03:55 pm
my son's name
muhammad umar al faruq bin sidik al amini Smiley
1 Rabi'ul Awwal 1428
3  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Re: Game Islamic... Buat gameplay.. on: May 12, 2006, 08:02:04 am
Aku mengimpikan game MMORPG ala2 final fantasy XI, mengenai pakatan Umat Islam mengalahkan Rejim Zionis dan Proksi2 nya..

lokasi, boleh ditentukan .. memula US, UK & Europe Final Battle kat Palestin.. idea boleh amik kat novel faizal tehrani 1515 h combat tongue

Game ni boleh main online, kire every player memainkan satu watak.
tapi satu feature game ni yang wajib ada sepertimana kata nuril ialah, ade prayer time, tiap kali waktu solat masuk, game tu azan le, so sesape yg main tu berenti solat, lepas tu kene klik " saya mengaku telah solat zuhr " etc etc..
4  Kategori Sosial / Diskusi Pelajar / Re: ..::jOm List tmpt stUdy::.. on: May 01, 2006, 09:32:17 pm
1985-1987 Tadika Kemas , Sg Manila ( 3 taun skolah tadika Cheesy)
1988-1993 - Pagi : Sekolah Kebangsaan Sungai Samak; Petang: Sekolah Agama Al-Munir
1988 - masa parents pegi haji, skolah kat SK khir johari sabak bernam, sebulan. sebab duk dengan kakak
1994-1996 : Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
1997-1998 : SMAP Kajang
1999-2000 : Matrikulasi Perakaunan, UPM (last batch)
2000-2004 : UPM
2005 - Sekarang : Keje
Bulan depan : Kawin  (insyaAllah) embarassed
5  Kategori Umum / Diskusi Semasa / Cadangan wakil rakyat urus GLC on: April 06, 2006, 06:17:44 am
Berita Harian

AHLI Parlimen semalam menggesa kerajaan melantik wakil rakyat ke dalam pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan rakyat dapat menikmati hasil perniagaan badan korporat negara.

Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) berkata, GLC seperti Petronas, Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kurang pertimbangan sosial kerana ditadbir pengurusan korporat.

"Apabila GLC tak untung, minta duit daripada kerajaan, rakyat tak dapat apa. Kita mesti ada kesanggupan politik, kalau kita betul-betul nak bantu rakyat. Dalam GLC tak ada wakil rakyat, mereka orang korporat saja, sebab itu tak ada rasa erti susah rakyat,” katanya membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat, semalam.

Beberapa wakil Barisan Nasional (BN) lain mengambil kesempatan mencelah perbahasan meminta penjelasan atau membuat kenyataan yang menyokong Mohd Alwi sehinggakan perbahasan pada mulanya serius bertukar ceria dengan usik mengusik tetapi penuh dengan sindiran.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) umpamanya berkata "hati perut Petronas tak seperti Ketereh" manakala Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pula berkata "GLC ini untung yang dikejar pun tak dapat, apa lagi tanggungjawab sosial."

Sokongan ini membuatkan Mohd Alwi menyatakan: "cuba bubuh (bawa) saya dalam Telekom, Petronas, kita tengok apa akan berlaku."

Kenyataan itu disambut gelak ketawa Ahli Parlimen lain yang menyatakan beliau sebenarnya sedang menawarkan diri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya dilantik menyertai pengurusan GLC.

Mohd Alwi lantas berkata, kenyataannya mewakili semua rakan Ahli Parlimen, bukannya dirinya seorang.

Bagaikan mahu turut serta dalam kempen penawaran diri itu, Datuk Suhaili Abdul Rahman (BN-Labuan) bangun dan bertanya apakah wajar Ahli Parlimen dengan kelayakan profesional dilantik menyertai GLC.

Seperti dijangka, Mohd Alwi dengan pantas dan tegas menyatakan:

"Itu cadangan baik kerana di sini tak ada satu pun yang tak layak, semua hebat-hebat. Kita dipilih bertanding dulu kerana kredibiliti, kalau kredibiliti ini tidak digunakan maka ia tinggal kredibiliti yang tidak berguna."

Menyentuh kelemahan sistem penyampaian kerajaan, Mohd Alwi turut mencadangkan supaya Ketua Setiausaha semua kementerian dilantik daripada kalangan pegawai kanan berpengalaman.

Katanya, budaya melantik mereka yang tak mempunyai kelayakan untuk menyandang jawatan itulah menyebabkan sistem penyampaian kerajaan lemah selama ini.

"Mengapa yang belajar sastera urus soal kesihatan?" katanya.

Mohd Alwi juga meminta kerajaan berhati-hati membelanjakan penjimatan daripada pengurangan subsidi bahan api bagi memastikan rakyat, khususnya di luar bandar, mendapat manfaat daripada peningkatan sistem pengangkutan awam.

___________________________________________

Komen: tak cukup dengan penyelewengan peruntukan Kewangan Rakyat untuk kepentingan sendiri, ahli2 parlimen ni nak bolot pulak keuntungan dalam GLC, kononnya nak memasukkan "tanggungjawab sosial" dalam GLC... ..angry
6  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Re: Web log/website anda on: April 04, 2006, 11:59:31 pm
Assalamualaikum

http://ashikim.sidik.org :: our wedding pages wink
7  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Re: MLM : Apa Pandangan Anda? on: March 07, 2006, 08:45:46 pm
aku ade satu experience yg tak best pasal MLM ni

ade la satu majlis appreciation dinner untuk AJK sempena satu program kat U dulu, dlm prog tu jemput sorang ustad tu bagi tazkirah. ustad tu pon cerita la pasal ekonomi, bekerja kerana Allah etc..etc.. tetiba tak lame pastu dia bukak cite pasal shaklee.. terus maleh nak dengar, tu la yg aku menyampahnye, jemput nak bagi tazkirah, dia g promote bisnes MLM plak.

camtu la juga bile ade kengkawan yg dah join MLM ni, jadi lain. dulu sembang sebagai member, bila diorang dah join MLM, diorang anggap kita ni sebagai bisnes opportunity, bosan bosan..  just my thought...
8  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Re: cam mana ek? on: December 27, 2005, 09:59:10 pm
Assalamualaikum
untuk capture dalam windows media player click ctrl+I  dan save....
9  Kategori Umum / Diskusi Semasa / Re: Kahwin ramai-ramai on: December 14, 2005, 05:48:49 pm
Elok la negeri2 lain pun ikut, jgn sampai jadi kes camni.. shocked

Hantaran RM8,000 duit palsu

TUMPAT: Seorang pengantin lelaki ditahan polis pada malam pertama perkahwinannya, kelmarin kerana menggunakan wang palsu cetakan komputer berjumlah RM8,000 sebagai hantaran.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di rumah pengantin perempuan di Kampung Kubang Batang dekat sini, jam 10 malam selepas keluarga isterinya membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini.

Penipuan itu disedari bapa saudara pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh Imam Masjid Kubang Batang, Mat Hussin Yusoff, 48.

Keluarga wanita berkenaan, bakal guru berusia 23 tahun, terkejut mendapati semua wang kertas RM100 itu hanya mempunyai cetakan bahagian depan, manakala belakangnya kertas putih.

Mat Hussin yang ditemui di rumahnya di Wakaf Bharu berkata, ketika hendak menikahkan pasangan berkenaan, beliau mencurigai wang hantaran yang dimasukkan dalam sebuah album itu kerana warnanya agak pudar.

"Sebelum akad nikah berlangsung, saya memeriksa wang hantaran itu. Meskipun mencurigai kerana warnanya pudar, saya meneruskan akad nikah," katanya.

Sebaik selesai akad nikah, wang hantaran itu diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan dan Mat Hussin memenuhi jemputan mengadakan solat hajat di rumah seorang penduduk kampung.

"Ketika berada di rumah itu, saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara pengantin perempuan, yang meminta ke rumahnya. Saya dimaklumkan wang hantaran itu palsu dan disedari ketika ahli keluarga pengantin perempuan mengiranya," katanya.

Beliau menghubungi Majlis Agama Islam Kelantan untuk mendapatkan pengesahan kedudukan perkahwinan pasangan berkenaan.

"Pernikahan itu sah mengikut hukum, keluarga pengantin perempuan diarah membuat laporan polis," katanya.
10  Kategori Ilmu / Diskusi Karya / Re: apa maksud ' 7-8-6' ?? on: November 22, 2005, 06:49:12 pm
read both link:
http://www.submission.org/miracle/786.html
http://members.tripod.com/maseeh1/advices7/id152.htm

pendapat saya:

basmalah, baca la betul2 dengan ejaan arabnye.

786 tak menggambarkan apa˛. wallahua'lam
11  Kategori Sosial / Diskusi Muslimat / Re: kenduri kawen,perlu mewah ke? on: November 22, 2005, 06:13:09 pm
dalam islam mane ade istilah hantaran(yang diberikan kepada keluarga isteri), yang ade maskahwin (mahar), diberikan kepada bakal isteri, bukannye keluarga

firman Allah, terjemahannya:
" Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan..". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Hadis nabi, terjemahannya:
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ."
(Riwayat Bukhari )

yang jadi kat masyarakat kita ni, hantaran yang dipentingkan , beribu2 , maskahwin dua tiga puluh ringgit j, rate ikut negeri. dah terbalik..macam family pompuan tu pulak yang nak kawin

so kepada kawan2 sekelian, nanti bile kite jadi mak bapak jangan la teruskan budaya menyusahkan ni.. kembali kepada Islam.. yang penting maskahwin, bukan hantaran
12  Kategori Umum / Diskusi Soal Hati / Re: Dikejar cinta....... on: November 16, 2005, 07:45:29 pm
da cukup umur blom nih,kalo jumpe yg seswai kawin je
13  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Re: Menambahkan subtitle dalam movie on: October 28, 2005, 07:01:54 am
Guna teknik tu, memerlukan subtitle diembedkan dalam video, lepas tu re-encode balik, proses yg agak panjang & leceh sket.

salah satu alternatif ialah gunakan vobsub, dengan menggunakan vobsub, kita hanya perlu prepare satu text file (subtitle file *.srt / *.sub) yang sama nama dengan file video, contohnye kalau video file tu nama shukur.avi, subtitle file shukur.srt dan letakkan kat folder yang sama

oleh itu senang kita nak ubah timing,ubah language etc. cuma ubah file subtitle tu je guna notepad, tak payah usik video file.

cuma kelemahannya, kita kene install vobsub tu dulu kalau nak play video yg ade subtitle, bila kita play guna media player,power DVD etc, akan keluar ikon kecik kat bawah tu.
14  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Re: Web log/website anda on: October 27, 2005, 06:07:42 pm
Sidik.org
15  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Re: |~| .::Digital Camera::. |~| on: October 27, 2005, 06:03:47 pm
kalau nak tangkap gambar dekat. cari option yg ade gambar bunge tu, rendahkan  exposure to -1, ubah iso kepada 100 @ 200. biasenye ade kat menu.


sony cybershot.. aku ade pengalaman buruk dengan cybershot punye series, gambar berbintik, kabur, gambar low light gelap, bateri cepat habis, rosak etc..etc. mahal je lebih.
not recommended. better nikon, panasonic atau olympus
16  Kategori Khas / Maklumbalas / Re: wat ar ruangan baru... on: October 24, 2005, 07:34:18 am
Assalamualaikum
erm...cam mane kalo kumpulkan weblog shukurian ltk dlm satu ruang khas...supaya senang skit kite nk tgk bile2 masa...sbb kalo kat diskusi taaruf, kena carik dulu..pastuh kena tgk pulak kat setiap post...elok rasanya satukan sumer url weblog shukurian..kat kategori khas (cam kat komuniti2 lain, maaf bkn nak buat perbandingan tp yg elok baik kite ikut)

hehehe..sekadar bg cadangan...jgn marah   grin grin
cadangan yang baik
start kumpul weblog url kat  sini Cheesy
17  Kategori Ilmu / Diskusi Teknologi / Web log/website anda on: October 24, 2005, 07:31:09 am
Assalamualaikum

merujuk kepada cadangan irdina
erm...cam mane kalo kumpulkan weblog shukurian ltk dlm satu ruang khas...supaya senang skit kite nk tgk bile2 masa...sbb kalo kat diskusi taaruf, kena carik dulu..pastuh kena tgk pulak kat setiap post...elok rasanya satukan sumer url weblog shukurian..kat kategori khas (cam kat komuniti2 lain, maaf bkn nak buat perbandingan tp yg elok baik kite ikut)
hehehe..sekadar bg cadangan...jgn marah   grin grin

sekarang ramai ahli shukur.org yang dah ada weblog/website, jadi apa kata kita kumpulkan kat sini weblog masing˛ .
(weblog sendiri sahaja tau, jangan letak orang lain punya @ laman2 yang tak berkaitan)
18  Kategori Sosial / Diskusi Keluarga / Re: calon pilihan on: September 16, 2005, 10:23:46 pm
WANITA BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK.......

wanita utk prmpn ?
19  Kategori Umum / Diskusi Apa-Apa Sahaja / Re: |~| .::Cerita Korea + Jpoon::. |~| on: September 15, 2005, 09:39:55 pm
movie terbaru - final fantasy vii : advent children, best cerita nih, sape yg penah main game final fantasy vii, movie ni sambungan dia

* sekadar tengok je, jgn percaya plak konsep2 dlm series tu
20  Kategori Ilmu / Diskusi Karya / Re: DETEKTIF INDIGO - FAISAL TEHRANI on: September 15, 2005, 09:36:09 pm
last˛ order online je kat ujana ilmu, service quite prompt & good. aku order hari sabtu, hari rabu da sampai Smiley
21  Kategori Sosial / Diskusi Pelajar / Re: Lagu tempat korang ngaji.. on: September 10, 2005, 05:19:20 pm
lagu skolah izzuddin shah cool

Marilah Bergerak Maju,
Menuntut Segala Ilmu,
Menuju Kemuliaan,
Mencapai Kebahagiaan,
Rohani Dan Jasmani,
Tabahkan Dalam Hati,
Junjung Titah Ilahi,
Dengan Suci Dan Murni,
Berazam Dan Berbakti,
Yang Abadi,

Kukuhkanlah Semangat,
Menyumbangkanlah Khidmat,
Kepada Masyarakat,
Dunia Dan Akhirat. (Ulang 2x)
22  Kategori Ilmu / Diskusi Karya / Re: DETEKTIF INDIGO - FAISAL TEHRANI on: September 10, 2005, 07:00:55 am
kat kedai mane agaknye novel2 faisal tehrani ni dijual, aku try tanye kat kedai2 buku takde smua la, pls advise
23  Kategori Umum / Diskusi Soal Hati / Re: ade yg blh kasi saran? on: September 10, 2005, 06:54:48 am
belajar2 la ngomong jowo tongue
24  Kategori Umum / Diskusi Taaruf / Re: Sesapa yg berkaca mata - meh join sini... on: September 10, 2005, 06:34:46 am
sesape yang berkemampuan dan berani mengambil risiko tu boleh g LASIK, laser treatment untuk mengubat masalah rabun. kos dalam RM 1500/mata "sahaja". sekadar info, kat HUKM ade rasenye

"LASIK stands for Laser-Assisted  In Situ  Keratomileusis  and is a procedure that permanently changes the shape of the cornea, the clear covering of the front of the eye, using an excimer laser. A knife, called a microkeratome, is used to cut a flap in the cornea. A hinge is left at one end of this flap. The flap is folded back revealing the stroma, the middlesection of the cornea. Pulses from a computer-controlled laser vaporize a portion of the stroma and the flap is replaced. "

aku dengor je pon dah gerun,heheh
25  Kategori Umum / Diskusi Taaruf / Re: Sesapa yg berkaca mata - meh join sini... on: September 06, 2005, 06:27:42 pm
saya sejak form 3, mase tu slalu baca buku cerita petang2 kat dorm
short sighted, tahap kerabunan 250++
26  Kategori Umum / Diskusi Soal Hati / Re: antara kakak dan bakal suami on: July 26, 2005, 06:43:33 pm
ana : bukan dia yang nak kawin apsal sebok? ape yang nak dijeleskan
ani : kawin je la, jangan tangguh2, lagipun dah lame berkawan
27  Kategori Umum / Diskusi Taaruf / Re: ...::: Kelahiran 1981 :::... on: July 06, 2005, 06:25:05 pm
Assalamualaikum
sekarang majoriti bebudak batch 81 mesti dah habis belajar (except bebudak medic @ yang sambung blaja), jadi camne kerja masing2, ramai yg keje gov@private@own business?
28  Kategori Umum / Diskusi Hari Istimewa / Re: ~ Beday TAhun Hijrah~ on: July 03, 2005, 10:13:06 am
Rujuk surah al-kahfi (18:25)

terjemahannya :-
"Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi)."

antara maksud yang tersirat di dalam ayat tersebut:

mengikut tahun syamsi (tahun masehi contohnye) ashabul kahfi tidur selama tiga ratus tahun (300)

mengikut tahun qamari (contohnya tahun hijrah) ashabul kahfi tidur selama tiga ratus sembilan tahun (309)

ni yg sy pernah dgr dari ceramah seorang ustaz

wallahua'lam
29  Kategori Umum / Diskusi Hari Istimewa / Re: ~ Beday TAhun Hijrah~ on: July 02, 2005, 03:13:17 am
20 Zulhijjah 1401 Smiley

bile kite nak kire umur, kita guna la tahun hijrah. contohnye skrg ikut tahun masehi umur belum 24. tapi bile kira ikut tahun hijrah, da lepas 24 tahun dah.

secara kasarnye setiap 30 tahun masehi = 31 tahun hijrah
30  Aktivis / Skuad Siasat Prihatin - Derma Darah / Re: Pengalaman pertama on: June 28, 2005, 07:55:54 pm
rasenye orang derma darah makin gemuk tu ade betulnye gak, bukan sebab derma darah , tapi sebab bertambah selera makan lepas derma darah   tongue
Pages: [1] 2 3
English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!