Komuniti SHUKUR
January 08, 2009, 08:56:06 pm *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1] 2 3 ... 10
  Print  
Author Topic: LaNGit bERwaRNa BIrU  (Read 6628 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« on: August 26, 2004, 10:04:07 pm »

B)

Ku pasti
Langit berwarna biru
ketika aku dilahirkan
bersama mentari pagi yang bersinar dengan cahaya kelembutan
memberi kesegaran, kedamaian & harapan
dalam meniti kehidupan yang penuh cabaran

Langit juga berwarna biru
ketika aku dalam pengajian
mencetuskan inspirasiku untuk menuntut ilmu
dengan penuh ketekunan
dengan kesedaran dan kesabaran
supaya jerih keringat ayahku
supaya pedih dan letih ibuku
dapatku lunaskan
dan dapat ditebus dengan kejayaan yang cemerlang

Kekadang langit juga mendung kelabu
membentuk kumulus-kumulus tebal
seakan gerombolan raksaksa serangga
datang untuk membawa titis-titis hujan
maupun angin kencang
melenyapkan debu-debu yang berterbangan
menyegarkan tumbuh-tumbuhan
agar terus subur serta makmur
setiap makhluk Tuhan

Di waktu malam
ku lihat langit kelihatan hitam pekat
bak air kopi yang tak tersukat
segalanya gelap serta senyap
bagaikan tiada satu pun yang bergerak
tapi.. ada kalanya
dada langit juga terang benderang
dipenuhi bintang yang bergemerlapan
apalagi dengan hadirnya sang rembulan
bertambah serilah alam

Kini... langit masih biru
tapi ku tak tahu
adakah di masa sampainya waktu
untukku menemui Tuhanku
ku dapat melihat langit yang sebegitu
indah, mawaddah, warahmah

Kerana langit menceritakan segalanya
kebesaran Penciptanya
jerih dan payah hidup manusia
untuk dihayati
untuk kesedaran diri
bahawa kita tidak bersendiri
pasti ada yang memerhati
menguji dan merahmati
tanpa kita sedari

Yang pasti... Langit tetap biru
membawa sinar baru untukmu...


aiks@TerangNu
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #1 on: August 27, 2004, 01:16:40 am »

nice poem aiks...SmileySmiley

langit berwarna biru
kekadang mendung
kekadang cerah

bila kulihat langit
terpandang akan awan
kumulus, sitrus, kolombus
antara jenis awan yang kupelajari di sekolah
syukran buat insan yang mengajarku ilmu itu..

langit yg terbentang luas
membuat aku terfikir bahawa luasnya alam ini
dada langit yang dihiasi bintang dimalam hari
menarik hati ini untuk menghayatinya
berbaring sambil mengadap langit
lalu menghitung butiran bintang didada langit
butiran itu membayangkan bilangan
orang yang menghargai malamnya
menghiasi dengan ibadat
walaupun sedikit bilangannya
ia mampu menghiasi langit
dengan kecerahannya

langit masih lagi utuh ditempatnya
tanpa tali
bila agaknya runtuhnya langit itu
erm.. cukupkah amalan ini
menghadapi detik yang menakutkan itu..

masih memandang kelangit
menghayati keindahannya
menyelami biru langit itu.....

putri katak Nay:)
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #2 on: September 03, 2004, 09:50:52 pm »

:laugh:  Wink  Smiley
biasa aja puisi ini.. emmm. insan biasa kan!!!

tiada bahasa seindah perbuatannya
tiada perbuatan sebaik perkertinya
tiada pekerti secocok insan biasa....  rolleyes

salam puisi utk semua
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
-=Maskawaih=-
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 890


Tengah praktikal lagi...


View Profile WWW
« Reply #3 on: September 04, 2004, 04:23:35 pm »

Danke! danke!  :laugh:
Logged

yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #4 on: September 06, 2004, 02:05:18 am »

SmileySmiley adik maskawaih..erm...

Post edited by: yalina, at: 2004/09/06 02:15
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #5 on: September 18, 2004, 02:57:45 pm »

:laugh:  maskawaih,,.. lawa pakaian awak..emm..
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #6 on: October 04, 2004, 09:37:01 pm »

Wink
musim tilawah alQuran antara bangsa...
berapa ramai yg mengikutinya dgn selesa..?
nilaikan diri kita...

SELAMAT TINGGAL SYAABAN & SELAMAT DATANG RAMADHAN
 Tongue  Tongue  Tongue
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #7 on: May 09, 2005, 12:42:54 am »

dah lama insan tak ada kat sini..
puisi makin kelam...

erm
aku lihat langit
kudonggakan wajah ini menghayati biru langit itu
terlalu luas
kumencari penamatnya
kuselidiki awalnya
ternyata tak terjangkau oleh mataku

langit
disana hadirnya bintang
dihiasi dengan cahaya
menerangi alam semesta

aku menghayati keindahanya
terpegun
jatuh kagum
mmg KAU tuhan yang MAHA pencipta
kucari tiang langit
namun tak pernah kujumpa
subhanallah
maha suci ALLAH..

wasalam..aiks mana menghilangnya..
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3107


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« Reply #8 on: May 30, 2005, 03:45:13 pm »

ku lihat langit....
ku nampak putih...
mana pergi birumu?
mana pergi mentarimu?
ku lihat lagi...
dongak ke langit...
kunampak.... sawang???
lerr... dalam bilik rupanya....
Logged

yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #9 on: June 10, 2005, 01:42:05 pm »

dah bersawang rupanya tajuk ini..
kemana perginya hambaAllah itu...

salam puisi buat lifutushi
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
abdillah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 111

why your identity is so confusing??


View Profile
« Reply #10 on: June 10, 2005, 02:55:52 pm »

kak lin..nak menyampuk boleh.. tongue

langit itu berwarna biru..
tapi bila mendung menyelubunginya..
semua kelam..rintik hujan pula turun..

aku sedih..
semuram mendungnya langit biru yg bertukar itu..
tetapi aku lupa..
jika tidak mendungnya langit itu..
tidak pula timbulnya lakaran pelanggi di hujung langit itu..
menjemput semula langit yg biru..

*haha..kak lin..rasanya words ni ble jadi motivasi pada sapa yg mahu berpikir..ke aku je yg paham sorang? grin
Logged

::aku hanya hamba NYA::
swordofdeen
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 606


Become a Preacher, not a Punisher


View Profile WWW
« Reply #11 on: June 10, 2005, 03:59:32 pm »

Langit itu berwarna biru,
Ketika Suasana indah menyapa kalbu,
Namun langit kadang2 berubah hitam,
ketika hati berasa kelam,
Langit juga berubah terang,
Pabila mentari menyinari alam,

Dari langit turunnya rahmat hujan,
Namun dari langit juga tumpahnya kemurkaan Tuhan...
Dari langit turunnya air mengidupkan bumi,
Dari langit juga turunnya bah menghancurkan diri

Itulah akibatnya kepada manusia,
Jika nikmat tuhan disalahguna,
Bala tiba tak mengira siapa,
Beriman, beramal, bermaksiat, semua akan kena

Tapi bagaikan langit kembali membiru setelah perginya kegelapan awan,
Begitulah juga dengan sifat kasih dan sayang Tuhan

pohonlah maaf, insaflah diri,
tadahlah tangan, ringankan kaki,
basahkan lidah, Lembutkan hati
Selagi dirimu masih mampu,
memohon keampunan Illahi...
Logged

yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #12 on: June 23, 2005, 01:37:04 am »

biru langit itu mendamaikan
walau sesekali gerimis mengundang
lansai gerimis terbit pelanggi

adik abdillah sis tahu maksudnya itu..
salam puisi buat adik dan juga swordofdeen
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #13 on: September 18, 2005, 12:49:14 pm »

semuanya kerana TUHAN
kita insan..Hamba Kepada Yang Maha MENENTUKAN

aiks, ; )
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #14 on: November 30, 2005, 01:10:10 pm »

Assalamualaikum cool

lama insan tak kemari..emm rindu tak terkira kat sahabat/biah. p khbar semua..? grin
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
nuril
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1475


budak specky!!!


View Profile
« Reply #15 on: November 30, 2005, 01:39:20 pm »

Assalamualaikum

langit ijau....
hu...bebelan makcik dewan makan dulu bile
nuril n da geng 'ter'bukak pose [sunat] lambat
"...maghrib dah sampai ke langit ijau dah!..."

p/s...aik.mane acik tau  tongue
Logged

itik kuek kuek....itik langgar lori
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #16 on: March 21, 2006, 12:18:01 pm »

cool Assalamualaikum tongue

langit hijau,,emm.. tu tanda ari xnak hujan...
atau dah nak tukar......... grin
mungkin dah tercemar dengan pencemaran alam
yang tiada bandingan dan tapisan
emm... itulah dunia sekarang..
hanya maniam yang kenal mariam.. heheh grin
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #17 on: March 22, 2006, 08:02:48 am »

langit biru
kini tak secerah dulu
beralih kaku
menanti beku
lantas menjadi awan kelabu...
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #18 on: March 28, 2006, 02:26:01 pm »

huh

langit biru
kini tak secerah dulu
beralih kaku
menanti beku
lantas menjadi awan kelabu...


kenapa begitu...? adakah sesuatu telah berlaku?
atau aku saja terkeliru...emmm..

kat sini langit cerah..
biasanya petang kan mendung jua..
tak pasti hujan kan tiba,,
hanya terserah padaNYA
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
nuril
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1475


budak specky!!!


View Profile
« Reply #19 on: April 01, 2006, 08:49:52 pm »

insan, yalina tu tgh bersajak..
apora...kacau je..

hanya meriam yg kenal maria
hahahaha
Logged

itik kuek kuek....itik langgar lori
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #20 on: April 03, 2006, 12:51:57 pm »

smiley Assalamualaikum
xtau lak nuril... bunyi si yalina mcm masalah.. emm.. jika x, baguslah..
hai nuril mcmana meriam boleh kenal maria...
dia kawan hehheheh rolleyes
jadi diaroang kenal lah itu maniam...emm
jadi pasti kenal mutusamy,,,,heheheh  tongue

jgn marah no..
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #21 on: April 04, 2006, 12:10:33 am »

aiks
masalahbisa datang dan pergi
kerna itu langit tak selalunya cerah
kadangkala mendung berubah cerah
begitulah sebaliknya

aiks
usah getir
sahabatmu ini akan terus melangkah
dia mengenal kalah
walau dia tersungkur
biat rebahnya dalam kebanggaan

salam buat awak.. dari YALIN
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3107


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« Reply #22 on: April 04, 2006, 12:43:37 pm »

langit bewarna biru
dan awan nan putih susu

langit berwarna biru
awan yang kulihat kaku

langit bewarna biru
awan kini bergerak lesu

langit bewarna biru
awan mula kulihat kelabu

langit bewarana biru
awan itu cair dan layu

langit bewarna biru
awan menitis sesejuk salju

langit tetap biru
di manakah awan seputih susu?
Logged

alhana
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 171


Senyum Itu Indah


View Profile WWW
« Reply #23 on: April 04, 2006, 12:48:39 pm »

Langit berwarna biru
Medambar selangit luas kasih rahmat mu

Langit berwana biru
Damai nye terasa pilu

Begitulah seadanya ..hehehe :-)
Logged

Senyum Itu Indah
Budi Bahasa Budaya Kita
nuril
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1475


budak specky!!!


View Profile
« Reply #24 on: April 05, 2006, 02:44:46 pm »

insan,mn datang lak mutusamy tu? tongue
tgh mkn putumayan ka
hehe
Logged

itik kuek kuek....itik langgar lori
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #25 on: April 14, 2006, 12:01:23 pm »

grin mcm 2 ke yalin...emmm.. baguslah jika dirimu kenal TUHAN..

lifutushi... rolleyes
awan seputih susu dah berkurangan kerana angkara insan seperti kita..
menodai dunia dengan dosa tanpa rasa kesal dan kecewa

maka wujudlah langit hitam..pekat dan likat..
mujur TUHAN masih kasih akan umat
diberi peluang utk bertaubat...
jadi kita kena beringat sebelum masa terlambat...

nuril... wink
mutusamy ..dia tajk makan putumayan..tapi makan chapati dgan rendang ayam...
emm... goreng pun sodap...
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
leeya
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 196


Islam Is the waY of Life


View Profile
« Reply #26 on: June 30, 2006, 11:39:07 pm »

langit bkaler biru....apekah kaler biru itu langit???
langitkah itu yg berkaler biru?nasi kerabu pun kaler mcm langitlah!!!
huhuhuh....
Logged

sMile Always....;-) yup!like that!!
perfect!!
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #27 on: July 24, 2006, 12:46:01 pm »

 Assalamualaikum smiley

memang langit la.. sebab de oxcigen...emm.. oksigen, mungkin jadi kelabu sebab byk carbon..emm.. tapi langit tetap langit.. mungkin kehidupan kite juga mcm langit..emm..  grin
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
taubat1427
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 563


"Saya yang hanya mencari ilmu..."


View Profile
« Reply #28 on: July 28, 2006, 09:38:08 am »

Assalamualaikum

bagi saya, langit yang biasa menerjah ke dalam memori ni, warnanya hitam pekat, dihiasi dengan kerdipan perlahan bintang-bintang... langit pada waktu malam, tanpa awan yang menghalangi pandangan, selepas hujan...

cantik langit tu... subhanallah...

 Wassalam
Logged

"Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap." Al-Quran, Al-Qalam: 32
insan
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 301



View Profile
« Reply #29 on: August 03, 2006, 03:36:15 pm »

 Waalaikum Salam

betul gak kata taubat tu... emmm langit boleh bermacam rupa.. ketika menjelang kiamat langit akan bertukar kemerahan...emm.. Semua kuasa Tuhan...
Astagfirullah... ampuni kami ya Allah..
Logged

\\\"TaNpA aPa PuN HiDuP jIkA tIaDa CaBaRaN\\\"
\\\"hiDuP TidAk inDAh TanPa seNYuM DaN TaNGisAn\\\"
Pages: [1] 2 3 ... 10
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!