
Insya Allah projek baru SHUKUR akan dilancarkan Jun ini..
SURAU ANDAObjektif:
- Mengulas serba lengkap surau-surau awam yang terdapat di Malaysia.
- Memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang kebersihan dan keindahan kemudahan awam ini
- Menyediakan satu
directory surau-surau awam di Malaysia yang bakal menjadi rujukan komuniti internet juga masyarakat.
Modus Operandi:
- Ulasan mengenai satu surau akan dibuat setiap bulan.
- Setiap ulasan mempunyai gambar-gambar (sebanyak mungkin) keadaan surau, lokasi, serta keadaan (termasuk sign)
- Setiap ulasan mestilah lengkap dengan lokasi, bagaimana hendak ke sana, keadaan kebersihan, pendapat pengulas, rating (10/10), kelebihan, kekurangan dan apa-apa sahaja yang berkaitan untuk diulas.
- Ulasan yang lengkap akan ditapis dan dipaparkan setiap bulan di laman SHUKUR.
- Ulasan boleh dihantar bersama gambar (attachment) ke alamat
komuniti.shukur@gmail.com- Format ulasan "Microsoft Word Document" (*.doc) atau setaraf, gambar mesti di"zipped"
Untuk merealisasikan projek ini, kerjasama semua SHUKURians diperlukan.
Hantar ulasan anda sebelum 29 Mei 2005..
Sekian...