Komuniti SHUKUR
January 08, 2009, 10:18:40 pm *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1] 2
  Print  
Author Topic: TENTANG DARAH  (Read 3312 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« on: May 19, 2005, 01:21:25 pm »

Memandangkan topik darah sangat hangat dibincangkan oleh shukurians..eila amik kesempatan untuk kongsi serba sedikit apa-apa maklumat tentang darah yang dicekup dari website, nota2 dan disusun mengikut prioriti kefahaman..
_________________________________________________________________________


DARAH


- Darah adalah cecair yang terdapat pada semua haiwan tinggi yang berfungsi membekalkan tisu dengan zat dan oksigen dan menyingkirkan bahan kumuhan. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.


Darah manusia adalah cecair tisu

FUNGSI:
 
- mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh.
- darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan
- mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan   
  kuman.
- Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah
.


Darah manusia berwarna merah , merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.

Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vena.


- Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.


Komposisi

- Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel corpuscles; yang membentuk 45% bahagian daripada darah.
-55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.

Korpuskel adalah:

Sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen.


- Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.(inilah yg u all selalu perkatakan)
- Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
- Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.


Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-

+ albumin
+ bahan pembekuan darah
+ immunoglobin (antibodi)
+ hormon
+ pelbagai jenis protein
+ pelbagai garam

Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.



Sekian dulu...esok2 kite sambung lagi ek... grin
Logged

fitrah97
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 215


..:: Man Jadda Wa Jada ::..


View Profile
« Reply #1 on: May 19, 2005, 01:51:45 pm »

Assalamualaikum


Sangat Baik eilanur.. Maklumat yang sangat bermanfaat..
Ilmu yang bukan semua orang boleh dapat..
(Walaupun semua manusia punya darah..!!  tongue)

Hmm... 'Pakar-Pakar Kesihatan' Shukur.orgTM..
Mungkin boleh menambah mana yang sesuai..
Terutama makna-makna istilah saintifik yang ada dalam Info di atas..

Hmm.. info ni.. jangankan kita..
*Vampire baca pun memberi manfaat..
Senang nak pilih darah yang sehat & segar..!! Hoho..!!



Wassalam
Logged



Beginikah secara fizikalnya.. Membuka pintu keimanan..!?
eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #2 on: May 19, 2005, 02:31:38 pm »

terima kasih fitrah. Smiley

Tentang makna2 istilah saintifik tu.. .eila pasti bg yang bukan dibidang ini akan pening sedikit.. tak tahu camana nak terangkan sebab nama2 saintifik tu diumpamakan macam nama AHLI-AHLI dalam KELUARGA DARAH.

Macam kita la..nama mak limah, nama bapak leman..nama anak jay jay,norin,shanny..kan macam2 tu..  grin

Apa pun eila senaraikan dulu beberapa penjelasan ttg istilah saintifik tu..

1. Harus kita ketahui, setiap manusia @ haiwan @ tumbuhan berasal daripada heirarki berikut :
            SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> ORGANISMA
   Jadi, DARAH adalah perkara paling  asas dalam hidup kita kerana ia adalah SEL dan sekumpulan 
   sel akan menjadi TISU.

2. Sistem imunisasi -mencegah penderitaan yang disebabkan oleh penyakit, dan
   kemungkinan cacat atau kematian. Ia adalah pertahanan badan oleh antibodi dari sebarang
   bakteria, virus atau apa-apa yang menyebabkan penyakit pada badan.

3. Hormon Endokrin - berfungsi untuk mengawal atur proses fisiologi manusia seperti 
   meningkatkan tekanan darah, membantu pertumbuhan yang normal.

4. Kapilari, arteri dan vena : salur-salur darah dalam badan , senang cerita-> URAT

5. Plasma : Hampir 90% bagian dari plasma darah adalah air.Berfungsi untuk mengangkut
    sari makanan ke sel-sel dan menghasilkan zat kekebalan tubuh terhadap penyakit atau zat
    antibodi.


Sekian dahulu..Smiley
Logged

.::.SaKuRa.::.
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 295


.::iNgIn MeNjAdi MuSLimAh SeJati::.


View Profile WWW
« Reply #3 on: May 19, 2005, 03:19:03 pm »

smiley wah...bagusnyer....dapat gak tau info mengenai darah ni.....ermmmm smiley
« Last Edit: May 19, 2005, 03:20:45 pm by .::.SaKuRa.::. » Logged

Smiley .::bErSaBaRLah MeNgHadApi DuGaAn::. Smiley

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=yaniez
fitrah97
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 215


..:: Man Jadda Wa Jada ::..


View Profile
« Reply #4 on: May 19, 2005, 03:53:29 pm »

Assalamualaikum


Huhu... Rasa macam masuk kelas Biologi laks.!?
Err... ada ujian saringan ke untuk kelas nih..!!

Heeheh.. Jangan kang nanti eilanur submit soalan untuk buat esaimen..
Masalah gak tuh..!! Hahah...

Tapi, ok je kan kalau buat macam tuh..
If not.. macam mana kita nak tahu tahap pemahaman kita..!?

Saya..!? errr... baru nak study nih.. hehehe  embarassed  embarassed



Wassalam
Logged



Beginikah secara fizikalnya.. Membuka pintu keimanan..!?
eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #5 on: May 20, 2005, 01:54:44 am »

tak de lah fitrah..eila cume nak berkongsi info je..

melampaulah kalau suruh wat assigment..heheh..
Logged

eastgirl132
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1012


~*..senyum selalu.. comey sokmo...*~


View Profile
« Reply #6 on: May 20, 2005, 02:09:34 am »

mekasihh yer dik eila...krn berkongsi2 info....kater ari tuh nak kongsi lemak ngn akak...~!! mane nyer...?~~! hehehehee...  grin
Logged

irdina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 783


~Muslimah teras insan Madani~


View Profile WWW
« Reply #7 on: May 20, 2005, 11:17:52 am »

wah...banyak info ttg darah...tringat pulak sem lepas buat eksperimen nak isolate bakteria guna agar darah.....tp memang alergik ngan darah...tiap kali kena amik darah, gelap... grin
« Last Edit: May 20, 2005, 11:19:51 am by irdina » Logged

    
      ~Believing and Dreaming, Go Hand in Hand~
fliffy
Ahli
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 60


View Profile WWW
« Reply #8 on: May 20, 2005, 03:57:02 pm »

...ari tuh ada tgk berita 8tv rase...pasal personaliti kite ikut jenis darah..... darah fliffy jenis AB... y ingat salah satu cirinye PENAKUT....heheheh hubby puas gelakkan fliffy....
kalau ade artikel pasal ni bleh la taruk sini......fliffy cari2 jugak x jumpe.... org korea plak siap terbit buku....tgk2 jodoh melalui blood type.....hehehehe ok tata
Logged

.::.SaKuRa.::.
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 295


.::iNgIn MeNjAdi MuSLimAh SeJati::.


View Profile WWW
« Reply #9 on: May 25, 2005, 12:20:50 pm »

grin smiley

betul tu.....melalui darah leh tahu personaliti kite....dalam majalah remaja pernah keluar pasal ni....sakura dah lupa majalah bila.... huh
Logged

Smiley .::bErSaBaRLah MeNgHadApi DuGaAn::. Smiley

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=yaniez
wartawan
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 564


Macam-macam ada!!!


View Profile WWW
« Reply #10 on: May 25, 2005, 12:25:32 pm »

Assalamualaikum Assalamualaikum,

Ok, kalo macam tu.. macam mana darah membeku...?
adakah disebabkan, biar aje.. lama2 nanti dia pasti membeku. atau disebabkan hormon2 tertentu.. atau ada ais atas kulit yang membekukannya ?  tongue
Logged

Pandanglah segala sesuatu itu dari kacamata oang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain juga.
fitrah97
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 215


..:: Man Jadda Wa Jada ::..


View Profile
« Reply #11 on: May 25, 2005, 01:07:38 pm »

Assalamualaikum

Nak try jawab soalan Wartawan.. Pasal darah Beku..
Jawapan ni saya jawab berdasarkan maklumat yang ada dalam topik ni gak..
Mungkin salah & betulnya melihat pada huraian saya..  tongue


Quote

Ok, kalo macam tu.. macam mana darah membeku...?
adakah disebabkan, biar aje.. lama2 nanti dia pasti membeku.
atau disebabkan hormon2 tertentu..
atau ada ais atas kulit yang membekukannya ?


Pembekuan darah disokong oleh Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%),
Yang bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
*Maybe sbb tu dia 1.0% je.. If not.. Sokmo darah beku..

Pembekuan darah juga boleh berpunca dari faktor-faktor lain..
Seperti kecederaan, kegagalan pembuluh darah berfungsi dengan baik..
Faktor suhu luar tubuh juga memberi kemungkinan..
Berlakunya gejala kebekuan darah.

Gejala kebekuan darah dapat dikurangkan dengan keaktifan aliran darah..
Contohnya dengan berriadah dan sebagainya.

Seandainya kita mengalami gejala kebekuan darah akibat kecederaan..
Jangan dibiarkan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan jangkitan kuman
Sehingga mengaktifkan Sel-sel Kanser dalam darah yang telah beku / mati..

-Sekian-..
*Err... perbetulkan jika ada kesalahan fakta di atas..  grin



Wassalam
Logged



Beginikah secara fizikalnya.. Membuka pintu keimanan..!?
yalina
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1322


View Profile WWW
« Reply #12 on: May 27, 2005, 08:10:11 am »

platlet..berfungsi sebagai blood cloting erm dengan ion calsium dan tindakan vitamin K
maka berlakunya pembekuan darah bila fibrinogen yang terhasil memyekat darah dari terus keluar..
sekian wasalam..
Logged

Hidup Biar Ikhlas dan Berjasa
Jangan Pandai mengatakan tanpa mengotakan.
Peringatan buat diri sendiri... Ahaks!!
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3107


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« Reply #13 on: May 30, 2005, 01:32:42 pm »

personaliti mengikut jenis darah adalah budaya kat jepun, tapi mende ni karut jer, toksah la percaya...

Quote
Myth About Japan Blood Types Under Attack
By MARI YAMAGUCHI, Associated Press Writer
TOKYO - To many Japanese, the key to their personality lies not in their stars but in their blood type. Type A's, they believe, are perfectionists and make good accountants; Type B's are sociable but selfish.


Now one of Japan's favorite pop beliefs is running into accusations of abuse and discrimination, with critics saying it is being used to assign jobs, match couples, even pigeonhole schoolchildren.


Irate scientists are attacking the theory in books and Web pages. Magazines are examining the debate in articles with titles like, "Don't bully Type B."


The debunkers point out that blood type is determined by the proteins in the blood — hardly a determinant of character. "It's mere superstition," says Tatsuya Sato, associate professor of psychology at Ritsumeikan University. "Linking blood type and personality is not only unscientific, it's wrong."


Ryoichi Kikuchi of the Broadcasting Ethics and Program Improvement Organization, says his watchdog group has fielded hundreds of complaints.


"Viewers are now complaining about their children being bullied at school, couples breaking up and bosses treating underlings unfairly — all because of blood type prejudice," he said.


... ON AND ON..
Logged

.::.SaKuRa.::.
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 295


.::iNgIn MeNjAdi MuSLimAh SeJati::.


View Profile WWW
« Reply #14 on: May 30, 2005, 04:10:49 pm »

smiley ermm betul tu...mende tu bukannyer leh percaya.....ia secara kebetulan....dan yg telah dikaji oleh pakar melalui beberapa org yang dipilih.....dari situ dia dapat personaliti tu....betul x? grin
Logged

Smiley .::bErSaBaRLah MeNgHadApi DuGaAn::. Smiley

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=yaniez
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3107


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« Reply #15 on: May 30, 2005, 04:17:31 pm »

itu la pasal....
Logged

eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #16 on: June 02, 2005, 10:46:23 pm »

terima kasih pada fitrah yang menjawab soalan tentang pembekuan darah tu.

eila minta maaf sebab dah lama tak update topik ni..( agak sibuk kebelakangan ni )

ape pun..terima kasih atas sokongan kalian, insyaAllah,,eila akan menyambung topik ni..
Logged

eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #17 on: June 02, 2005, 10:54:30 pm »

Kali ni kite tgk apa masalah/ penyakit yang ada kaitan dengan darah pulak.. smiley

Kesihatan

Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah :


Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. 

Thrombocytes (komponen dalamdarah) menyebabkan darah membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu dirawat dengan segera untuk menghalang exsanguination. Kerosakan pada organ dalaman boleh menyebabkan luka dalaman yang teruk atau hemorrhage.


Hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi" dalam mekanisma pembekuan darah seseorang.(maknanya, darah tak leh membeku sebab genetik) Ini menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.


Leukemia merupakan kumpulan barah tisu pembentuk darah.

Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti semasa pembedahan), dan juga sesetengah penyakit darah seperti anemia dan thalassemia, memerlukan pemindahan darah. Beberapa buah negara mempunyai bank darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan darah. Penerima darah perlu mempunyai jenis darah serasi dengan penderma.


Darah merupakan cara "vektor" penjangkitan. Salah satu contoh penyakit bawaan darah yang diketahui ramai adalah AIDS, yang mana virus HIV, dipindahkan melalui sentuhan antara darah dengan darah, air mani "sperma", atau cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh jangkitan melalui darah, objek berdarah dianggap ancaman bio "biohazard".


Tekanan darah merupakan alat diagnostik yang penting.
« Last Edit: June 02, 2005, 10:56:48 pm by eiLaNuR » Logged

swordofdeen
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 606


Become a Preacher, not a Punisher


View Profile WWW
« Reply #18 on: June 03, 2005, 12:52:54 am »

Tekanan darah..diognostik penting.ada sebarang info pasal tekanan darah rendah? Smiley
Logged

eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #19 on: June 03, 2005, 03:33:47 pm »

insyaAllah eila akan tuliskan ttg hal tu dalam tulisan akan datang.. tapi kalau ada shukurians nak jelaskan...eila persilakan..
Logged

eastgirl132
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1012


~*..senyum selalu.. comey sokmo...*~


View Profile
« Reply #20 on: June 04, 2005, 06:01:46 pm »

insyaAllah eila akan tuliskan ttg hal tu dalam tulisan akan datang.. tapi kalau ada shukurians nak jelaskan...eila persilakan..

errrr....eila amik medic ker?~!...
Logged

eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #21 on: June 05, 2005, 01:41:14 pm »

issk..bukan medik la kak east..tapi sealiran dengan tu la... cume kongsi mana2 ilmu yang adaje..
Logged

eastgirl132
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1012


~*..senyum selalu.. comey sokmo...*~


View Profile
« Reply #22 on: June 06, 2005, 12:21:04 pm »

issk..bukan medik la kak east..tapi sealiran dengan tu la... cume kongsi mana2 ilmu yang adaje..

owhh..sealiran.... aliran aper tuh??.... huuhuuhuhhuu... sebut sket name course nyerz...
Logged

eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #23 on: June 06, 2005, 12:58:51 pm »

Smiley Medical laboratory tecnology
Logged

nova
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 28


View Profile
« Reply #24 on: June 06, 2005, 04:26:00 pm »

wo sini discuss darah ye....byk gak tak tau psl darah ni...papepn tq la byk2 sape yg bg info ye....sume pn terer2 kat sini...jd takda pape idea la nk bg...bc je info yg ada...takpe truskn lg...
Logged
sUriRAm
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 26


was known as EidDA-HuDoH


View Profile
« Reply #25 on: June 09, 2005, 07:34:38 pm »

tompang lalu!
Logged

Kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi yg tak pasti, kejutan mengalun kehidupan, mimpi pemberi motivasi, harapnya rentak tinta mengubah suasana...berikanlah ku kekuatan!
Sharini
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 4


View Profile
« Reply #26 on: February 14, 2006, 04:49:23 pm »

Assalamualaikum...

waa..bst ni diskas pasal darah..hehe..

bleh nyampuk tak ?..eheks..

tekanan darah rendah ..atau hypotension, maksudnya bila tekanan darah kita less than 90/60..normal 120/80..

kalau pd atlet, it is normal to have blood pressure rendah sbb jantung diorg dah biasa keje kuat and dapat sesuaikan diri dengan kelasakan fizikalnya..

but pd org2 yg bukan atlet,insan2 biasa spt sha ni..it can cause/associated by/with  several things..

- Pregnancy / kehamilan
- Hormonal problems such as an underactive thyroid (hypothyroidism), overactive thyroid (hyperthyroidism), diabetes, and low blood sugar (hypoglycemia).
- Many over-the-counter medications.
- Overdose of high blood pressure drugs.
- Heart failure / lemah jantung
- Heart arrhythmias (abnormal heart rhythms) - denyutan jantung tidak normal
- Widening, or dilation, of the blood vessels.- perubahan pada salur darah
- Heat exhaustion or heat stroke. - kepanasan melampau
- Liver disease - penyakit hati..(bukan sakit hati ye..hehe..)

tapi yg biasa skali adalah postural hypotension..tekanan darah yg berubah mengikut postur atau kedudukan kita..

cthnya ada org bila dah lama duduk..bila nak berdiri tetiba rasa pitam nak tumbang ..or rasa pening2 lalat gitu..that is one of the sign postural hypotension la..

simptom :

biasa nya ..pening2 lalat..pitam ..sakit kpala..lemah2 badan...kabur2 mata..rasa nak muntah..

mcmane nak ubat :

depends on the cause..kalu sbb postural , jg postur..kalau nak bgn dr keadaan duduk/baring,jangan bangun mengejut..slow n steady,until ur blood circulate very well..

kalau sbb kurang zat makanan..makan la..hehehe..tapi makan yg membantu mcm hati ,daging..and also,minum la air yg banyak..u can try 100 plus though..hehe..

kalau sbb penyakit2 lain , kene ubat penyakit tu ..then ur hypo will recover..

and dont be worry too much..worry can make it worse..Wink

tu je la yg sha tau..hehe..salah silap tlg btulkan ye..bukan tau sangat pon.. wink

 Wassalam
Logged
mohd_ami
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 732


ingatkan diri ini dari terus alpa..


View Profile
« Reply #27 on: February 22, 2006, 07:34:06 pm »

Assalamualaikum

kenape darah saya jenis O...? huh cool

alamak silap masuk forum la...

can me past a way.. embarassed
« Last Edit: February 22, 2006, 07:36:13 pm by mohd_ami » Logged

.: Kembara Memburu Syahid :.
~@ Rindu kepada Rabb serta ingin sekali berdamping rapat dengannya namun belum bersedia menemuiNYA @~
ainakasya
Ahli
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 60


ainakasya


View Profile
« Reply #28 on: February 22, 2006, 09:28:47 pm »

Assalamualaikum

                              Rahsia Perwatakan Melalui Golongan Darah   
Gologan darah A 
1.Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2.Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3.Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya  secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4.Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5.Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6.Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan  sebagainya.
7.Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.


Gologan darah B 
1.Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2.Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3.Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4.Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5.Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6.Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.


Gologan darah O
 
1.Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam  suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2.Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3.Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4.Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5.Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6.Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7.Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.


Gologan darah AB 
1.Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2.Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3.Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4.Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5.Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6.Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.


nie apa yang saya dapat kongsi dengan kawan2... ia sekadar bacaan dan bukan utk dipercayai...
Logged
ainakasya
Ahli