Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 02:39:50 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Surau Anda Review 1: Surau Awam Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral)  (Read 1322 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
UstazMalaya
Guest
« on: June 06, 2005, 09:59:32 am »

Skuad Surau Anda(SSA)  telah ke lokasi KL Sentral untuk meninjau keadaan di surau awam di tempat tersebut. Secara keseluruhan, keadaan surau yang terletak di aras bawah itu boleh dikategori sebagai memuaskan. Tinjauan mendapati kedua-dua surau lelaki dan wanita dalam keadaan yang masih terkawal dari segi kebersihan, kemudahan serta keselesaan untuk para pengguna. Cuma terdapat rungutan dari orang ramai mengenai kebersihan telekung di surau wanita perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan.

Dari segi masalah kesesakan jemaah ketika waktu maghrib, pihak KL Sentral mengambil langkah bijak untuk menyediakan surau tambahan. Tetapi ia terletak agak jauh dan tersorok. SSA juga mendapati rak kasut di kedua-dua surau tidak digunakan sepenuhnya oleh pengguna. Mereka lebih gemar meletakkan kasut di bawah bangku sehingga memasuki kawasan wudhu. Secara keseluruhan syabas kepada pihak terbabit.

Surau Lelaki   
Lokasi : Terletak di aras bawah berhampiran dengan farmasi Guardian.
Waktu Operasi : 5.30am - 7.30am 
    1.00pm - 11.00pm
Kapasiti : 30 org.
Kebersihan : Memuaskan
Keselesaan : Selesa kecuali pada waktu solat Maghrib dimana surau akan menjadi sedikit sesak. Tetapi keadaan terkawal kerana surau tambahan disediakan.
Kemudahan : Terdapat kain pelikat, sejadah dan Quran yang disediakan untuk kegunaan umum. Ianya dalam keadaan yang memuaskan dan tersusun rapi. Tempat wudhu mencukupi dan berfungsi dengan baik. Cermin, tempat menunggu dan rak kasut turut disediakan.
Penyelenggaran : Semasa Sentral Sdn. Bhd.
   
Surau Wanita   
Lokasi : Terletak di aras bawah berhampiran dengan farmasi Guardian.
Waktu Operasi : 5.30am - 7.30am 
    1.00pm - 11.00pm
Kapasiti : 30 org.
Kebersihan : Memuaskan
Keselesaan : Selesa kecuali pada waktu solat Maghrib dimana surau akan menjadi sedikit sesak. Tetapi keadaan terkawal kerana surau tambahan disediakan.
Kemudahan : Terdapat kain pelikat, sejadah dan Quran yang disediakan untuk kegunaan umum. Ianya dalam keadaan yang memuaskan dan tersusun rapi. Tempat wudhu mencukupi dan berfungsi dengan baik. Cermin, tempat menunggu dan rak kasut turut disediakan.
Penyelenggaran : Semasa Sentral Sdn. Bhd.

http://www.shukur.org/v4/Surau_Anda/Surau_1_KL_Sentral_3.html >> Artikel Asal
http://www.shukur.org/v4/Galeri/Muka_4.html >> Gambar
« Last Edit: June 20, 2005, 09:53:36 pm by shizuka » Logged
eastgirl132
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1012


~*..senyum selalu.. comey sokmo...*~


View Profile
« Reply #1 on: June 06, 2005, 12:18:23 pm »

huhuhu... terasa malu ler plakz nengok keadaan kat muslimat nyer tmpt solat... coz telekung bersepah-sepah.. err... paan, keje2 bersihkan surau tuh dibuat oleh cleaner2 kat situ yek?...
Logged

UstazMalaya
Guest
« Reply #2 on: June 06, 2005, 03:11:18 pm »

agaknyela..
mmg de cleaner kat situ
Logged
ustazahpkn
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 420


Mak Su Yan


View Profile
« Reply #3 on: June 07, 2005, 09:54:02 am »

Assalamualaikum

herm...minggu lepas, sahabat yan dr pakistan dtg selama seminggu.... tujuan lawatannya nak lawat yan&family, so sepanjang yan ada kelas... tak dpt nak bawa dia g jalan2 ke mana2.... yan cuma ajar dia ke KL sentral, Mid Valley, KLCC and somewhere else....

hampir setiap hari dia ke KL sentral... ada satu hari tu, yan kuar dgn dia& beberapa kwn,... & masa kat KL sentral tu, kami g solat jap... Ya Allah...... malu gak rr tengok kwsn solat utk muslimat... embarassed kwsan untuk muslimin.... shbt yan kata, "alhamdulillah, not bad...."

herm................ huh
Logged

If It Is To Be It,It Is In Me
sUriRAm
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 26


was known as EidDA-HuDoH


View Profile
« Reply #4 on: June 09, 2005, 07:29:36 pm »

a'ah... telekung kat situ cam campak campak je. penin pale tengok!
Logged

Kadang-kadang kita berhadapan dengan situasi yg tak pasti, kejutan mengalun kehidupan, mimpi pemberi motivasi, harapnya rentak tinta mengubah suasana...berikanlah ku kekuatan!
fitrah97
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 215


..:: Man Jadda Wa Jada ::..


View Profile
« Reply #5 on: June 21, 2005, 05:13:00 pm »

Assalamualaikum

Hmm... tgk dr gambar.. baru tahu... Ya ALLAH..
Kita ingatkan... Surau lelaki yang ala-kadar tu ler bersepah..
Rupa-rupanya.. ALLAH nak beritahu sesuatu..

Nampaknya.. group-group Muslimah kita,
Kenalah ringan tulang sikit lain kali..
Rerajin ler dtg Surau KL Sentral n kemas mana yang patut..

Syabas Ustaz Malaya yang secara nyata sy lihat
Berusaha utk membawakan info bermakna ini kepada semua..
Syabas...


Wassalam
Logged



Beginikah secara fizikalnya.. Membuka pintu keimanan..!?
eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« Reply #6 on: July 23, 2005, 01:11:55 pm »

no komen. tak nah pegi surau tuh..kekekeke..masuk toilet je penah
Logged

arepix
Ahli
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 52


Peace No War


View Profile
« Reply #7 on: June 06, 2006, 02:27:25 am »

Assalamualaikum

bg aku surau kat Kl central ok dan selesa b'banding surau tmpt lain. ni aku compare ngan Puduraya dan lowyat plaza. (tmpt lain x penah pi)
lokasi pun ok dan x yah nak jln jauh2 nak carik surau. Surau fav. aku kalo aku balik kg.
Logged

siti
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 6


View Profile
« Reply #8 on: August 24, 2007, 01:56:26 pm »

Nak inform..actually KL Sentral ada extra surau tapi open utk maghrib & isyak je.

Lokasi  : ikut lorong sebelah guardian, nanti lalu toilet, lalu bilik mandi, then nanti jumpa surau tu kat sebelah kanan.

Orang yang selalu lepak KL sentral time maghrib maybe familiar dgn surau ni. The rest, try la ziarah. Suraunye lebih luas & selesa.
Logged
Hujimy
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 306


Assalamualaikum


View Profile WWW
« Reply #9 on: February 15, 2008, 07:54:48 am »

ana selalu solat kt surau extra tue je...ingat tesco kafir tue je ade EXTRA.....rupe2nye surau pun ade EXTRA tongue
Logged

Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!