jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« on: February 02, 2006, 12:56:46 am » |
|
 Mungkin ramai antara kita tidak tahu tentang apa yang dikatakan sebagai Tragedi Natrah. InsyaAllah saya akan kongsikan cerita tentang Tragedi Natrah kepada para pembaca semua  Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter . Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel. p/s: bersambung, kalau ada sesiapa yang lain yg tahu akan kisah ini...marilah kita kongsi bersama...Insya Allah
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
|
AlfaZumma
Guest
|
 |
« Reply #1 on: February 03, 2006, 05:38:17 pm » |
|
hmm, masa kat UIA dulu kami pernah buat pementasan semula kes natrah ini.. so, alfa terlibat dgn projek tu, kena wat research dulu...
banyak jugak lah tau pasal kes tu..
antara sebab artikel 121 (a) dimasukkan adalah kerna kes ini.....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
dhuha
Guest
|
 |
« Reply #2 on: February 05, 2006, 05:13:23 pm » |
|
tragedi natrah?pe tuh?n e way,dhuha bdak2 lg..takde la bdak sgt..leh cite ngan lebey lanjut tak psal tragedi nih? ..........salam ukhwah.......... 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
add89
Ahli Setia
Offline
Posts: 453
ilmu ditimba tidak luak setitis
|
 |
« Reply #3 on: February 14, 2006, 03:33:36 pm » |
|
:mad:tragedi natrah nih saya tahu masa form 2, senior citerkan.. lepas tuh kami bebudak pun geledah la library sbb nak carik ensiklopedia(tak silap la) yang citer psl nih..mmg berabuk bukunya.. disebabkan dah remove dari skola tuh , x dpt nak share citer sbnornye.. tapi cukuplah sekadar saya katakan yang saya cukup hampa dengan perlembagaan Malaysia esp ketika peristiwa ini.. endingnya kapal terbang ntarah ilang kan?? gi mana ya?? 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #4 on: February 19, 2006, 03:06:06 am » |
|
Menurut Peguam Zulkifili Nordin, dia bernasib baik kerana dapat mendengar sendiri cerita tentang ketika berlakunya Tragedi Natrah di Singapura daripada seorang orang tua yang tinggal di taman Dato Keramat sekarang yang hadir di mahkamah tinggi Singapura ketika kejadian berlaku pada tahun 1950.
pendek cerita,
Waktu tu ada seorang anak Belanda, nama dia Maria Hertogh, Ayah kepada Maria Hertogh telah ditahan oleh Tentera Jepun dan anaknya telah diberi dan dibesarkan oleh Makcik Aminah..beliau telah dibesarkan dalam keluarga Islam dan telah diberi nama sebagai "Natrah"
selang satu masa lepas tu, dipendekan cerita, kerajaan Belanda berpakat dengan kerajaan British bagi memurtadkan kembali Natrah yang sudah memeluk agama Islam dengan cuba menggunakan tipu daya bagi mengheret Natrah ke dalam Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 1950.
kita kena ingat...pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu...orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan..
walaupun orang melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, Orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapura
pada tanggal 12 Disember 1950, beribu orang melayu sudah sampai ke singapura
pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.
Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" , adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi....
dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut...Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid
|
|
|
|
« Last Edit: February 19, 2006, 03:08:47 am by jong »
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #5 on: April 12, 2006, 08:12:40 pm » |
|
Hari ini kita umat Islam diancam dengan perjuangan menubuhkan suruhanjaya antara agama (IFC) Oleh puak kuffar...
Semangat akidah ORANG MELAYU ketika TRAGEDI NATRAH di Singapura pada bulan December 1950 perlu dihidupkan semula. kita mesti BANGKIT!!
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #6 on: June 02, 2007, 01:43:42 am » |
|
tragedi natrah boleh berulang jika Islam cuba dicabar dan dihina oleh kaum kuffar
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
Hadi
Ahli Setia
Offline
Posts: 124
|
 |
« Reply #7 on: June 02, 2007, 10:16:25 pm » |
|
apa perkembangan terbaru natrah?
saya dengar dia telah pulang ke belanda
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
dyla
Ahli Setia
Offline
Gender: 
Posts: 375
"aku insan kerdil dimata-Mu"
|
 |
« Reply #8 on: June 03, 2007, 12:13:34 am » |
|
xpernah dgr...tp cam best je cite...cite la lagi.....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
Hadi
Ahli Setia
Offline
Posts: 124
|
 |
« Reply #9 on: June 03, 2007, 05:56:36 pm » |
|
xpernah dgr...tp cam best je cite...cite la lagi.....
kalau nak tahu byk pasal cite natrah kena pegi library cari buku....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
AlfaZumma
Guest
|
 |
« Reply #10 on: June 04, 2007, 09:33:27 am » |
|
natrah skrg dah tua.. dia nyesal tapi nothing much she can do...
ada MASTIKA buat liputan berita ttg dia..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
dyla
Ahli Setia
Offline
Gender: 
Posts: 375
"aku insan kerdil dimata-Mu"
|
 |
« Reply #11 on: June 04, 2007, 10:09:20 pm » |
|
buku die tajuk per erk?....kalu bole nak tau sgt cite die dr awl hingga akhir...ermm..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjuna041
|
 |
« Reply #12 on: June 10, 2007, 02:44:57 pm » |
|
kalau tak silap ana novel Atas Nama Cinta tu menceritakan tentang kisah natrah kan?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
NaNNa
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 2537
"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..
|
 |
« Reply #13 on: June 10, 2007, 04:25:03 pm » |
|
macam best je??
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
dyla
Ahli Setia
Offline
Gender: 
Posts: 375
"aku insan kerdil dimata-Mu"
|
 |
« Reply #14 on: June 12, 2007, 01:00:06 am » |
|
ats name cinta?..keluaran company mane tu?sape penulisnyer?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
Hadi
Ahli Setia
Offline
Posts: 124
|
 |
« Reply #15 on: June 14, 2007, 11:00:19 pm » |
|
sy pun dah x ingat siapa penulisnya...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #16 on: July 11, 2009, 08:28:22 am » |
|
Maria Hertogh Atau Natrah Meninggal Dunia Di Belanda Pada Usia 72 Tahun
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia dik ediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu.
Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orangc edera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera danpolis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.
Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah.
Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #17 on: July 11, 2009, 08:30:29 am » |
|
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #18 on: July 11, 2009, 08:31:08 am » |
|
Susur galur
1937 24 Mac- Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh Disember 1942- Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam. 15 November 1945- Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. 1945- Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda. September 1949- Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. 19 Ogos 1949- polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman. 12 April 1950- Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. 22 Mei 1950- Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura 24 April 1950- Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura 28 April- Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co. 19 Mei 1950- peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura . 28 Julai 1950- Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill 1 Ogos 1950- kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah. 2 Disember 1950- Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya. 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik. 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan. 13 Disember 1950- Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah. 15 Disember 1950- Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu. Januari 1952- Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda. 9 Januari 1951- Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu. 10 Januari 1951- Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan. 17 September 1951- Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah. Mac 1953- Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’. 25 Januari 1953- Surat Mansor Adabi kepada Natrah 20 Julai 1953- Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi. 1954- Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS. 26 Januari 1956- Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia. 20 April 1956- Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu. 15 Februari 1957- Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul. 20 Januari 1959- Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga. 3 Februari 1959- Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda. 25 November 1975- Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah. 16 Ogos 1976- Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap. 26 Disember 1976- Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah. 1976- Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda. 1983- Bertha bercerai dengan Tom Ballermans 1984- Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak. 15 September 1984- Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi. Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini. 9 Julai 2009 – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
Rujukan
Fatini Yaacob, majalah Dewan Masyarakat, DBP, April 1989 hlm 20. Maria Hertogh, pulang ke Malaysia pada 1999 berumur 63, untuk sebuah dokumentari TV Belanda De Affare
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #19 on: July 11, 2009, 08:33:35 am » |
|
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #20 on: July 11, 2009, 08:36:26 am » |
|
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #21 on: July 11, 2009, 08:38:01 am » |
|
 natrah , aminah, polis kat singapura.
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #22 on: July 11, 2009, 08:38:41 am » |
|
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #23 on: July 11, 2009, 08:40:46 am » |
|
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #24 on: July 11, 2009, 08:42:59 am » |
|
  Mansoor Adabi, the teacher who in 1950 an Islamic marriage entered into with the Dutch girl Bertha Hertogh resulting in one of the biggest legal battles in the history of Malaysia is back in the married with a 14-year-old. Adabi's bride here Zaiton bte Jahuri. Adabi meet the girl while teaching at the Anglo-Malaysian English school in Singapore -21 feb 1958
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #25 on: July 11, 2009, 08:44:25 am » |
|
 time natrah smpai di airpot  datuk bandar , vip turut serta
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #26 on: July 11, 2009, 08:45:04 am » |
|
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
jong
Ahli Senior
Offline
Posts: 1738
|
 |
« Reply #27 on: July 11, 2009, 08:48:48 am » |
|
Natrah rindu keluarga angkat  NATRAH (kanan) menziarahi ahli keluarga angkatnya, Kamariah Mad Dahan sewaktu kembali ke Kemaman pada 1997. KEMAMAN – Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Bertha Hertogh atau nama Islamnya Natrah pernah menyuarakan kerinduan kepada seluruh ahli keluarga angkatnya di Malaysia. Kerinduan itu mendorong Natrah yang meninggal dunia akibat leukemia pada Khamis lalu meminta keluarga angkatnya di sini menziarahinya di Belanda. Saudara angkatnya, Rokayah Mohd. Dahan, 63, berkata, Natrah telah menyatakan hasrat untuk bertemu semula mereka menerusi telefon dan e-mel. Rokayah yang merupakan cucu kepada ibu angkat Natrah, Che Aminah Mohamed memberitahu, Natrah juga menghubungi adiknya di Kemaman dan juga anaknya yang tinggal di Kuantan. “Sedih mengenangkan banyak kenangan manis bersama dengannya,’’ kata Rokayah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mak Chili Paya dekat sini semalam. Antara peristiwa yang sukar beliau lupakan ialah bila Natrah masih petah bercakap Bahasa Melayu loghat Indonesia sewaktu datang ke Kemaman pada 1997 lalu walaupun sesudah 46 tahun meninggalkan Malaysia. Sementara itu di Shah Alam, bekas penulis dan penyelidik majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datin Fatini Yaacob, 50, terkilan kerana Natrah meninggal dunia sebelum beliau sempat menyiapkan biografi wanita tersebut. Fatini pernah menjejaki Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu.
|
|
|
|
|
Logged
|
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
|
|
|
mohd hisam
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 2722
...smiles always...
|
 |
« Reply #28 on: July 11, 2009, 12:50:23 pm » |
|
ada lagu ahndy black ttg natrah tau
|
|
|
|
|
Logged
|
<<<Kawan2 Selamanya>>>
|
|
|
rahmanw
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 5137
|
 |
« Reply #29 on: July 12, 2009, 01:38:15 pm » |
|
ada lagu ahndy black ttg natrah tau
tapi diharamkan keluar radio.... http://www.youtube.com/watch?v=IQfM8Sc63is
|
|
|
|
« Last Edit: July 12, 2009, 01:41:36 pm by rahmanw »
|
Logged
|
|
|
|
|