Komuniti SHUKUR
March 11, 2010, 08:53:04 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: QUNUT NAZILAH  (Read 1536 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
thinker
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1415

Tegurlah Aku! Sesungguhnya Aku Manusia Biasa!


View Profile WWW
« on: August 22, 2006, 11:47:16 pm »

QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah ertinya Qunut kerana tertimpa musibah. Bila suatu negeri atau kampung tertimpa musibah seperti adanya penyakit menular, sakit yang kritikal atau dalam keadaan perang yang menyebabkan timbulnya kerusuhan-kerusuhan dan sebagainya, penduduk negeri tersebut disunahkan membaca Qunut Nazilah. Qunut Nazilah itu bukan untuk mengutuk, tetapi semata-mata untuk memhon perlindungan Allah dari sebarang bahaya.

   Pada bulan Safar tahun keempat hijriyah, beberapa orang qurra’(yang hafal al-quran) dari golongan sahabat Nabi terbunuh kerana disiksa oleh kaum muysrikin di Telaga Maunah (satu tempat yang terletak di antara Mekah dan Usfan). Mereka yang terbunuh berjumlah 70 orang. Maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah (membaca qunut) setiap solat 5 waktu selama satu bulan berturut-turut.

   Disunahkan bg makmum untuk membaca amin jika imamnya membaca doa qunut. Dalam sebuah hadith disebuntukan:

Ertinya:

“Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata, ‘Rasulullah SAW telah berqunut berturut-turut selama sebulan pada waktu solat zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh iaitu pada akhir tiap-tiap solat. Bila beliau berkata, “Sami Allahu liman hamidah” pada rakaat yang akhir, berdoa untuk suku-suku dan qabilah Bani Sulaim, iaitu Ri’I, Dzikwan dan Usaiyah, dan diaminkan oleh makmum di belakangnya (H.R Abu Dawud)

   Hadis ini menunjukkan bahawa qunut Nazilah itu telah sahih diperbuat oleh Rasulullah SAW, dan bagi si makmum disunahkan mengaminkan di belakang. Adapun tentang menyapukan tangan ke muka tidak ada keterangan dari Nabi SAW.

Dalam sebuah hadith mennyebuntukan:

“Dari Ibnu Umar r.a bahawasanya ia telah mendengar Rasulullah SAW bila beliau mengangkat kepalanya dari ruku’ terakhir solat subuh, beliau berdoa. “Ya Allah, laknat (kutuk) si fulan, dan si fulan yang tidak disebuntukan namanya), sesudah beliau beliau membaca, “Sami Allahu liman Hamidah rabbana lakal hamdu.” Lalu Allah menurunkan ayatnya, “Itu bukan sekali-kali urusan kamu hai Muhammad, apabilaa Allah akan mengampuni mereka atau mengazab mereka sebab mereka orang yang aniaya.” (H.R Bukhari)

   Dalam hadith ini jelaslah bahawa seorang yang membaca qqunut Nazilah itu tidak boleh mengucapkan doa yang berisi kutukan, sebab kutukan atau ampunan itu hanyalah urusan Tuhan semata dan bukan urusan manusia. Manusia hanya dibolehkan memohon perlindungan-Nya dari bahaya sahaja

FIQIH IBADAH : MADZHAB AS-SYAFIE
Logged

http://bahrulfikri.wordpress.com/

Janganlah  engkau menilai kebenaran itu dari orangnya,
tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan mengenal orang yang mengembannya.
(Saidina Ali r.a)
Ibnu_Ali
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1097


Biar Hidup Kita Susah! Jgn Hidup Menyusahkn Orang!


View Profile WWW
« Reply #1 on: August 22, 2006, 11:55:18 pm »

 Assalamualaikum

Tapi sahabatku..kat malaysia ni ada golongan yang tak mau qunut... apatah lagi qunut nazilah...

kalau kita pergi Perlis "darus sunnah" boleh jumpa la...

Habis semua bid'ah...
Logged

thinker
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1415

Tegurlah Aku! Sesungguhnya Aku Manusia Biasa!


View Profile WWW
« Reply #2 on: August 22, 2006, 11:57:30 pm »

oh yeke, tp takpe krn taklif syara' bukanlah fardhu, tetapi sunah/mandub. tidak dosa bg yg tidak melakukannya. tp rugi benar krn amalan yg disukai Rasul tidak diamalkannya...
Logged

http://bahrulfikri.wordpress.com/

Janganlah  engkau menilai kebenaran itu dari orangnya,
tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan mengenal orang yang mengembannya.
(Saidina Ali r.a)
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.10 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!