Komuniti SHUKUR
March 19, 2010, 03:20:41 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Dr. Asri Zainal Abidin : Apa masalah dia nie sebenarnya..???  (Read 2607 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
abnaulharb
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 264


View Profile WWW
« on: January 07, 2007, 05:51:47 pm »

 Assalamualaikum

saya sempat membaca temubual dr. asri pada akhbar hari nie.. sakit hati memang tak dapat dielakkan.. akhirnya saya campak je akhbar tu..(memang tak patut pulak akhbar tu yang jadi mangsa..). namun begitu saya sempat membaca ulasan seorang saudara kita dari Harakahdaily ttg tulisan Dr.Asri. klu sahabat2 ada pandangan leh kita berkongsi..

petikkan dari harakahdaily.. (tajuk saya tak sampai hati nak letak..)

Pak Tam Mat
Sun | Jan 07, 07 | 05:24:26 AM 
"Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila menuduh negara Islam yang pembangkang mahu tubuhkan adalah negara special branch, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN!"

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangai lagi. Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjung Sisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannya kepada pembangkang pula.

Jelas, mufti termuda ini mahu bermain politik, tapi bukan di gelanggang yang sebenar.

Pagi tadi saya terbaca wawancara panjang Mingguan Malaysia dengan Asri. Saya cuma mahu fokuskan kepada jawapan Asri terhadap soalan wakil Mingguan kepadanya: "Sebab itu Dr. menggesa tumpuan diberi kepada mencegah kemungkaran secara terbuka?"

Dan ini jawapan Asri: " Ya, kita perlu menumpukan kepada menghapuskan maksiat yang terbuka termasuk merompak, mencuri dan berjudi. Jangan tanya pembangkang. Saya tidak tahu bagaimana negara Islam yang mereka hendak bentuk.

Kalau sistem khalwat itu diterima pakai seperti saya tengok di laman web pembangkang, ertinya kalau memerintah, mereka terpaksa membuat negara ini negara special branch. Mereka terpaksa merisik untuk mengetahui jenayah dan maksiat orang lain."

Apa kena mengena pembangkang pula dalam hal ini selain motif Asri untuk menampilkan dirinya sebagai jaguh atau wira kepada Umno-Barisan Nasional, khususnya untuk jadi tukang kipas kepada orang yang melantiknya, Shahidan Kassim? Bukankah yang berkuasa, yang menggubal undang-undang, yang menguasai segala jentera kerajaan, khususnya pihak yang menguatkuasakan undang-undangkan adalah Umno-BN?

Benar, saya setuju usaha mencegah maksiat perlu diluaskan skopnya, bukan saja tangkap orang khalwat, berzina dan seumpamanya. Kita hadapi isu-isu mungkar yang lebih serius, seperti masalah yang menjejaskan keselamatan umum, misalnya jenayah ragut, curi rompak dan bunuh yang semakin berleluasa.

Dan bagi saya, jenayah lebih serius adalah masalah rasuah dan salahguna kuasa yang makin berkembang-biak termasuk menjalar ke peringkat akar-umbi seperti tertonjol dalam kes pengangkutan pelatih PLKN baru-baru ini. Projek pembangunan berbilion ringgit daripada wang rakyat difaraidkan sesama kroni Umno-BN bagaikan skim cepat kaya!

Tapi, saya yakin Asri faham usaha banteras dan menguatkuasakan undang-undang rasuah adalah SPR, yang terletak langsung di bawah Perdana Menteri, dan tiada kaitan dengan pihak berkuasa agama. Pelik, tak pernah pula Asri cuba menyelongkar hal-hal ini. Yang beliau cukup gemar adalah mengkritik rakan-rakan muftinya yang lain dan pihak pembangkang sedangkan inti segala masalah adalah kepada pemerintah Umno-BN.

Soalan besar ialah, undang-undang jenayah syariah di bawah pemerintahan Umno-BN ini hanya mengklasifikasikan jenayah tertentu saja untuk ditangani pihak berkuasa agama. Mahkamah Syariah dipersudutkan kepada "kesalahan agama" tertentu dengan mengehadkan hukuman maksimum yang cukup rendah berbanding hukuman mahkamah sivil.

Tapi itu bukan hal yang saya nak debatkan dengan Asri. Saya cuma mahu tanya, segala yang dikritiknya itu, terutama berkaitan dengan kes khalwat adalah undang-undang dan peraturan yang sudahpun diluluskan oleh pemerintah yang dikuasai Umno selama ini.

Memang ada respons daripada beberapa laman yang cenderung kepada pembangkang, termasuk detikdaily, tapi pihak yang bertanggungjawab adalah pemerintah sendiri. Kita pun sedar dari dulu lagi, pihak yang belum dapat disahkan terbabit dengan jenayah, tidak wajar diaibkan, namun untuk membiarkan pelaku jenayah berseronok suka berkhalwat dan berzina dalam bilik tertutup tanpa gangguan, "lagilah tak kena".

Kalau Asri kata mahu hapuskan maksiat termasuk judi, rompak dan curi, apakah hal itu terangkum sepenuhnya di bawah pihak berkuasa agama yang begitu terhad kuasanya itu? Misalnya kes judi, siapa pula yang meluluskan lesen judi kalau bukan pemerintah Umno-BN, di bawah Kementerian Kewangan. (Rompak dan curi pun tidak di bawah kuasa mahkamah syariah).

Mengapa Asri tidak tegur akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu, yang semuanya dikuasai Umno, yang menyiarkan keputusan judi hampir setiap hari, sehingga iklan untuk mendapatkan keputusan judi secara cepat melalui SMS pun disiarkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, kadang-kadang hampir setengah muka surat di ruangan Sukan.

Akhbar bahasa Inggeris milik Umno, NST, turut siarkan iklan arak penuh satu muka warna-warni dan menjadi penyumbang utama kewangan syarikat akhbar berkenaan.

Sedangkan mengikut undang-undang jenayah Syariah yang dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dan dulunya Terengganu memberikan definisi yang lebih jelas dan skopnya terbuka luas. Tetapi Umno mengugut mahu mengenakan tekanan dan sekatan jika Kelantan melaksanakannya.

Lebih serius apabila Asri menuduh negara Islam yang hendak pembangkang (tentunya PAS) tubuhkan adalah seperti negara special branch. Tuduhan ini cukup menyakitkan hati saya, malah semasa saya menulis ini, tangan saya terketar-ketar marah, namun saya cuba bersabar dan berhujah secara rasional.

Asri sememangnya mahu dan bersedia menjadi tali barut Umno apabila berkata demikian, walhal negara special branch atau yang digelar Tun Mahathir Mohamad sebagai negara polis adalah realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pimpinan Umno-BN!

Semua tahu begitu banyak peruntukan duit rakyat untuk membiayai kegiatan SB bagi menghalang perkembangan pembangkang dan apa jua suara yang dilihat tidak selari dengan pemerintah.

Pihak menteri dan menteri-menteri besar Umno selalunya melayan dengan begitu istimewa sekali kumpulan SB ini bagi mempastikan mereka bekerja bukan untuk keselamatan negara tetapi keselamatan Umno-BN.

SB masuk dan menyusup ke dalam organ-organ pembangkang dan NGO yang kritikal dengan kerajaan. Mereka kerap menawarkan habuan lumayan kepada aktivis untuk mendapatkan rahsia, sekali lagi bukan demi keselamatan rakyat dan negara ini tetapi untuk melumpuhkan kekuatan pembangkang dan usaha gerakan rakyat.

Malah, pihak berkuasa agama pun, misalnya Jawi dan Jais, turut sibuk menyusup mencari masjid atau surau mana yang membenarkan penceramah bebas - yang tidak bersedia menjadi pak angguk kepada Umno - memberikan kuliah dan syarahan. Bukan satu perkara baru apabila masjid dan surau-surau berkenaan dikunci dan jawatankuasanya dibubarkan!

Saya kira Asri bukannya terlalu bodoh untuk tidak mengetahui bagaimana pemerintah melalui SB melakukan tekanan dan penindasan, tetapi Asri sengaja memekakkan telinganya dan buat bodoh demi menyenangkan pihak atasan. Baca sajalah siri tulisan Saari Sungup, bekas tahanan ISA yang cukup gigih dan kental merekodkan pengalamannya berdepan karenah SB.

Saya mahu berhenti setakat ini dulu kerana orang seperti Asri ini jika dilayan berjela-jela pun ini, memang itu yang digemarinya, bagi menjadikannya sebagai perisai kepada pemimpin Umno bila berdepan dengan pembangkang. Tapi saya akan mengulasnya lagi kemudian.

Dipetik dari Detikdaily.net - wann
 
Logged

Islam Teras Perjuangan
swordofdeen
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 606


Become a Preacher, not a Punisher


View Profile WWW
« Reply #1 on: January 07, 2007, 06:05:57 pm »

darul sunnah...oh darul sunnah...
Logged

ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #2 on: January 07, 2007, 07:11:31 pm »

Buka minda dan pemikiran, dan berlapang dada serta mengkaji...(mintak2 boleh faham)
Logged

ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #3 on: January 07, 2007, 07:12:29 pm »

darul sunnah...oh darul sunnah...

Sekurang2nya... Tapi yg lain takkan darul ghair sunnah kot?

Hmmm... huh
Logged

Ibnu_Ali
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1098


Biar Hidup Kita Susah! Jgn Hidup Menyusahkn Orang!


View Profile WWW
« Reply #4 on: January 07, 2007, 08:53:05 pm »

MAZA yang selalu belit-belit akhirnya terbelit dengan kenyataannya sendiri.

kenyataan MAZA: http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Perlis boleh menjadi darul sunnah. Tapi jangan sunnah jadi-jadian sudah ler.

Dari kenyataan dari temuramah dengan Mingguan Malaysia ternyata MAZA masih belum matang dalam selok belok pemerintahan sebuah negara sekular ala-ala negara Islam Malaysia.

Tak pasal-pasal disalahkan pembangkang dalam keadaan dia tersepit dalam hal mencegah khalwat. Negara Islam Special Branch katanya. hehe. Agaknya dia belum baca Dokumen Negara Islam yang diterbitkan oleh PAS agaknya.

Dia ingat kerja-kerja pegawai agama suka "mengintai" agaknya. Tetapi tak mengapa, segalanya dah diperjelaskan oleh Mufti Perak. Maka saya tak maulah nak ulas banyak2.

Dia orang muda, biarlah dia bercakap. Umno Perlis sudah berjaya memerangkapnya. Berlawanan dengan apa yang diutarakan sebelum menjadi mufti lagi. Bahawa dia tak mahu perlantikan dia sebagai mufti hanya kepentingan politik sesebuah pihak sahaja. Tapi sekarang tidak lagi. Pembangkang sudah di"sekeh" kepalanya oleh MAZA.

MAZA tak sedar agaknya, dikalangan penyokong pembangkang ada yang menyokong beliau. MAZA sepatutnya tidak menunjukkan bias UMNOnya. Sabarlah dulu. Anak-anak muridnya di kalangan pembangkang mungkin terasa dengan kenyataan MAZA dalam Mingguan Malaysia ni. Maka akhirnya sapa yang rugi. Ummat Islam juga yang rugi. Contohilah Syeikh Abu Bakar Al Bakir yang membawa manhaj yang sama seperti dia. Tetapi tidak... ke lain plak pak syeikh kita ni.

Dia ingin memudahkan perkara yang sudah menanah dalam sistem pentadbiran agama di negara kita. Cara mudah, kembalikan pemerintahan Islam. Islam yang memerintah bukan Islam diperintah. Bukan Islam diperkudakan. Tidak semudah yang keluar dari mulut ini. Imam Ahmad Ibnu Hanbal pernah diseksa kerana perjuangaan agama yang dibawa. Lari dan tudak sanggup menjadi mufti kepada pemerintah zalim.

MAZA juga mahu menempiaskan fahaman syiah kepada pembangkang. Namun dia gagal dalam percubaan pertamanya. Akhir sekali sudah menjadi mufti, dan inilah peluang yang terbaik. Entahlah MAZA. Jagalah diri bebaik ye.

Jalan-jalan: http://alexandaricairo.blogspot.com/2006/12/johor-darul-bidah-al-hasanah-mesti.html

« Last Edit: January 07, 2007, 09:11:00 pm by Ibnu_Ali » Logged

add89
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 453

ilmu ditimba tidak luak setitis


View Profile WWW
« Reply #5 on: January 07, 2007, 10:52:34 pm »

apapun dakwaan yang tercetus tentang apa jua isu, saya harapkan umat islam tak menjadikan ia satu asbab untuk berpecah antara satu sama lain. semua orang buat silap, dan saya percaya kepada persaudaraan kita semua menuntut teguran jika ada yang membut kesilapan. wallahua'lam.

p/s kalau ada masa free2 dtg tgk post saya dlm http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,18158.msg45359#msg45359

petikan blog seorg kenalan.
Logged

swordofdeen
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 606


Become a Preacher, not a Punisher


View Profile WWW
« Reply #6 on: January 08, 2007, 04:49:12 am »

syukur negeri kamek darul iman...tapi biarlah..

mengenai syiah..saya sedih sket dengan ada sorang mufti tu..saya tak kisahlah dia label parti ke pertubuhan ke...suka hati dia....tetapi apabila dulu ada melibatkan salah silah keluarga saya...secara umum lagi kenyataan dibuat.

apabila anda dituduh pro-syiah, hanya kerana keturunanmu, then, how your responses would be??
« Last Edit: January 08, 2007, 04:55:29 am by swordofdeen » Logged

AlfaZumma
Guest
« Reply #7 on: January 08, 2007, 10:36:57 am »

saya percaya kita mestilah berpdangan baik dan tidak berburuk sangka kepada MAZA..
Logged
ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #8 on: January 08, 2007, 05:42:48 pm »

Ya betul. Tak kira sapa pun, kena lihat dari sudut positif dulu, atau dalam bahasa lain, kena husnu dzan. Kalo dari awal lagi dah negatif, maka sampai ke bila2 pun akan negatif (utk perkara yg boleh didiskusikan. tapi kalo dah jelas negatif, maka tak perlu lagi)
Logged

Ibnu_Ali
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1098


Biar Hidup Kita Susah! Jgn Hidup Menyusahkn Orang!


View Profile WWW
« Reply #9 on: January 09, 2007, 02:20:41 am »

 Assalamualaikum

Lama dah sebenarnya berbaik sangka. Lama dah memerhatikan dia. Sejak di Malaysia sampai ke sini, saya tetap akan memerhatikan langkah beliau seterusnya.

Banyak siri-siri perdebatan yang beliau lalui memperlihatkan kecelaruan beliau.

Pernah berdebat dengan DR Fadzil Hanafi. Tetapi tetap dengan pendirian beliau yang tak mahu mengalah. Seperti di dalam dadanya sahaja yang mempunyai pandangan-pandangan yang soheh.

Saya baru sahaja baca Buku Kefahaman Bid'ah Tulisan Dr Umar Abdullah Kamil dan baik sekiranya buat perbandingan dengan kitab MAZA "salah faham terhadap Bid'ah Hasanah" sedikit biodata beliau:

Lahir di Makkah pada 1371 H.

B.A Ekonomi dan Sains Politik, Uni Malik Sau'd, Riyadh.
M.A Ekonomi Islam, Uni Karachi, Pakistan.
M.A Ekonomi Islam, Uni Wales, UK.
PhD Pengajian Islam, Karachi, Pakistan.
PhD Usul Fiqh, Uni Al Azhar.


Apa yang beliau katakan dalam mukaddimahnya, "Ketahuilah bahawa permasalahan ini amatlah mendalam, ia hanya dapat ditempuhi dan dibincangkan oleh ahli ilmuan sahaja dan hanya golongan yang selamat daripada membincangkan perkara ini ialah orang yang telah sempurna pengajian, memiliki ilmu-ilmu syariat serta memahaminya dengan tempoh pengajian yang panjang. Di samping itu, mereka sentiasa berdamping dengan ilmu-ilmu istinbat yang mendalam seoalah-olah ia telah menjadi darah daging mereka."

Katanya lagi, "Pada masa yang sama, kamu melihat kebanyakan orang yang bercakap tentang masalah ini terdiri daripada orang-orang yang tidak berpengetahuan dan tidak mempunyai ilmu-ilmu istinbat. Maka orang yang mencampuri masalah sebegini adalah orang yang tiada kelayakan, maka dia melemparkan tuduhan bid'ah yang menyebabkan timbulnya tuduhan-tuduhan fasik. Berlaku di sana-sini tohmahan-tohmahan yang berpunca daripada kekurangan ilmu, juga cepat menghentam orang ramai dan memasuki ke dalam perkara yang sempit dan sulit di mana para ulama yang hebat menyelesaikan perkara rumit tersebut dengan penuh berhati-hati dan berjaga"

Tambahnya lagi, "dia tidak boleh mencegah perkara-perkara yang berlaku pertelingkahan di kalangan ulama di dalam masalah ijtihad, cara demikian adalah suatu tindakan yang hanya menyokong pendapat dia atau pribadinya dan itu adalah merupakan penentangan terhadap pendapat-pendapat yang bertentangan dengan pendapat dia"

Ibnu al arabi di dalam kitab Qawasim Wa Awasim berkata, "Seseorang alim tu telah mencapai kematangan hanya apabila meninggalkan ketaasuban bermazhab"

Imam Sufiyan As Sauri berkata, "Apabila kamu melihat seorang lelaki melakukan sesuatu perkara yang terdapat khilaf sedangkan kamu memegang pendapat yang berlaian, maka janganlah mencegahinya"

Imam Ahmad berkata yang diriwayatkan oleh Marwazi, "tidak seharusnya seorang faqih menekan orang ramai mengikut mazhabnya dan dia tidak boleh berlaku syadid terhadap mereka"

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim, "tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan Nas, Ijmak dan Qias yang sahih dan kuat"

Pesanan saya kepada Mufti Dr Mohd Asri:

Ibnu Majah meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Umatku tidak akan bersepakat di atas kesesatan, apabila kamu melihat pertelingkahan maka hendaklah kamu berpegang dengan golongan ramai" -sunan ibnu majah jilid 5 m/s 440

Abu Nuaim, al hakim dan Ibnu Mundah di dalam sanadnya terdapat ad Diya' Al Muqdisi di dalam kitab  Al Mukhdarah hadis daripada Ibnu Umar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya umat ini tidak akan bersepakat di dalam kesesatan buat selama-lamanya. Sesungguhnya pertolongan Allah bersama dengan jemaah, maka ikutlah golongan yang banyak. Sesungguhnya barangsiapa mengasingkan diri daripada jemaah, maka dia mengasingkan dirinya untuk ke neraka"

Rasanya saya berhenti setakat ini dulu.

Zahraa,
Nasr City, Cairo.

 Wassalam
Logged

AlfaZumma
Guest
« Reply #10 on: January 09, 2007, 08:32:17 am »

Ya betul. Tak kira sapa pun, kena lihat dari sudut positif dulu, atau dalam bahasa lain, kena husnu dzan. Kalo dari awal lagi dah negatif, maka sampai ke bila2 pun akan negatif (utk perkara yg boleh didiskusikan. tapi kalo dah jelas negatif, maka tak perlu lagi)

saya percaya MAZA masih ada pendapat2 tersendiri dalam hal2 tertentu, kita mesti hormat beliau.
Logged
ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #11 on: January 09, 2007, 10:25:20 am »

Kita sekarang ni bercakap tentang seseorang yg kita tak berapa kenal melainkan apa yang kita dengar saja. Saya secara peribadi kenal dr MAZA melalui seorang individu yg memang rapat dengan beliau. kita yakin, apa sj komen dan kritikan orang terhadap beliau, beliau boleh terima. Dan memang itu pun yang selalu disebutnya setiap kali nak  buat statement
Logged

AlfaZumma
Guest
« Reply #12 on: January 09, 2007, 11:41:31 am »

Kita sekarang ni bercakap tentang seseorang yg kita tak berapa kenal melainkan apa yang kita dengar saja. Saya secara peribadi kenal dr MAZA melalui seorang individu yg memang rapat dengan beliau. kita yakin, apa sj komen dan kritikan orang terhadap beliau, beliau boleh terima. Dan memang itu pun yang selalu disebutnya setiap kali nak  buat statement

setuju.saya bahkan pernah menemui beliau.
beliau suka duduk di tengah2 antara kerajaan & pembangkang.
spt dato harussani, mufti perak yang menyatakan bahawa beliau bukan UMNO mahupun PAS.
Logged
jong
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1741


View Profile
« Reply #13 on: January 10, 2007, 06:06:59 am »

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangai lagi. Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjung Sisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannya kepada pembangkang pula.

bila puak sesat SIS sanjung dia, kita fahamlah "siapa dia" tu yg sebenaqnya..
Logged

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
AlfaZumma
Guest
« Reply #14 on: January 10, 2007, 07:36:03 am »

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin buat perangai lagi. Mentang-mentang dia jadi tumpuan dan disanjung Sisters In Islam, Asri kali ini menghalakan sasarannya kepada pembangkang pula.

bila puak sesat SIS sanjung dia, kita fahamlah "siapa dia" tu yg sebenaqnya..


jangan terlalu awal menspesifikasikan orang..
dia ada ilmu dan dia bawak dalil utk hujjah2nya..
Logged
muslimin
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 610


View Profile
« Reply #15 on: January 10, 2007, 08:45:49 am »

 Assalamualaikum


yer lah ....kita orang melayu ni cepat sangat melatah.
Be more realistic and open-minded.Investigate in every aspect of the agenda.

Maaf,kalau terasa.

 Wassalam
Logged
jong
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 1741


View Profile
« Reply #16 on: January 10, 2007, 09:01:57 am »

Kata mufti lagi kalau sistem khalwat ni diterimapakai macam yg dia tengok kat laman web pembangkang, kalau mereka memerintah, mereka akan buat negara kita ni jadi negara `special branch'

1) atas keilmuan apa yg menyebabkan mufti ini boleh membuat fitnah seperti ini?

2) saudara setuju dgn kenyataannya yg ini?
Logged

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. Al Baqarah ayat 154
ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #17 on: January 10, 2007, 10:24:07 am »

Kita semua bertanggungjawab terhadap apa jua yg kita ucapkan. Jangan sampai sehingga kata-kata kita akan menyebabkan kita terhalang untuk melihat kebenaran. Fikir-fikirkan...
Logged

Ibnu_Ali
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1098


Biar Hidup Kita Susah! Jgn Hidup Menyusahkn Orang!


View Profile WWW
« Reply #18 on: January 10, 2007, 07:48:42 pm »

Kita semua bertanggungjawab terhadap apa jua yg kita ucapkan. Jangan sampai sehingga kata-kata kita akan menyebabkan kita terhalang untuk melihat kebenaran. Fikir-fikirkan...

haaa...ingatkan tak tau tadi. Perangai yang enta cakap ni seropa ngan perangai MAZA..

Jom kita baca apa yang ditulis oleh Prof Dr Sidek Baba: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Agama/20070109225328/Article/
« Last Edit: January 10, 2007, 08:22:30 pm by Ibnu_Ali » Logged

ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #19 on: January 17, 2007, 11:04:34 pm »

Kita semua bertanggungjawab terhadap apa jua yg kita ucapkan. Jangan sampai sehingga kata-kata kita akan menyebabkan kita terhalang untuk melihat kebenaran. Fikir-fikirkan...

haaa...ingatkan tak tau tadi. Perangai yang enta cakap ni seropa ngan perangai MAZA..

Jom kita baca apa yang ditulis oleh Prof Dr Sidek Baba: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Agama/20070109225328/Article/

Syukran....
Logged

Ibnu_Ali
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1098


Biar Hidup Kita Susah! Jgn Hidup Menyusahkn Orang!


View Profile WWW
« Reply #20 on: March 30, 2007, 07:32:32 pm »

Baru-baru ini keluar lagi fitnah beliau terhadap saiyid-saiyid di Yaman. Bahkan menghina Al Barzanji.

Tak taulah lepas ni berapa ramai lagi bakal dihinanya. Sikit-sikit pekong dia Allah buka.
Logged

swordofdeen
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 606


Become a Preacher, not a Punisher


View Profile WWW
« Reply #21 on: March 30, 2007, 10:47:33 pm »

Yup..bab tu memang cukup terasa...siap cakap orang yaman dan keturunan al-habsyi pemalas...

You guys can watch it here:

http://forum.asyraaf.com/viewthread.php?tid=441&extra=page%3D1

Ramai orang suruh orang bersangka baik kat 'dia'

Tapi... 'dia' sendiri...

'dia' sendiri tak bersangka baik terhadap ulama2 pondok

'dia' sendiri tak bersangka baik terhadap us Zamihan

'dia' sendiri tak bersangka baik terhadap JAKIM

'dia' sendiri tak bersangka baik terhadap habaib yaman

hipokrit
« Last Edit: March 30, 2007, 11:38:42 pm by swordofdeen » Logged

ukhuwwah_fillah
Ahli Baru
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 28


remember ALLAH always!!!


View Profile
« Reply #22 on: March 31, 2007, 10:43:10 am »

masalah tak cukup ilmu
Logged
nuril
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1472


budak specky!!!


View Profile
« Reply #23 on: March 31, 2007, 12:31:00 pm »

ni la tanda kiamat dah dekat..
bila org 'jahil' agama...diangkat sbg pemimpin dan rujukan
org ulama2 lain d ketepikan
Logged

itik kuek kuek....itik langgar lori
mazaziman
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 853


Photographer for Hire


View Profile WWW
« Reply #24 on: April 03, 2007, 05:11:24 pm »

nak tau apa masalah dia? dia terlalu EGO. dia merasakan dirinya terlalu bagus hingga bersangka buruk terhadap orang lain.
Logged

NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2537


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #25 on: May 19, 2007, 10:51:32 pm »

nak tau apa masalah dia? dia terlalu EGO. dia merasakan dirinya terlalu bagus hingga bersangka buruk terhadap orang lain.

ko macam tu tak??
tapi kaum lelaki banyak yang macam tu..
pada pandangan nana lah kan..
muslimah lain ,nana tak tau lak..
Logged



Hadi
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 124


View Profile
« Reply #26 on: May 22, 2007, 11:17:03 pm »

kalau nak gila glamour, lebih baik jadi artis
Logged
mazaziman
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 853


Photographer for Hire


View Profile WWW
« Reply #27 on: May 28, 2007, 09:52:48 am »

kalau nak gila glamour, lebih baik jadi artis

ada 2 cara untuk glamour.

1. jadi artis
2. jadi ahli politik

jelas disini dia tidak ada bakat utk jadi artis. terpaksalah dia pilih jalan yg lg satu. jadi ahli politik sambil di porak perandakan oleh ahli politik yang lain.
Logged

Ibnu_Ali
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1098


Biar Hidup Kita Susah! Jgn Hidup Menyusahkn Orang!


View Profile WWW
« Reply #28 on: May 28, 2007, 09:59:09 am »

Sebenarnya, Ust Asri masa kat Jordan dulu, dah dikesan perangainya. Dia ni student pro PAS jugaklah katanya. Tg Haron Taib kalau ke sana biliknya jadi tempat tumpangan. Ada perkara yang ditegur oleh pihak pimpinan dulu ke dia. Tapi tak endah. Bila tak endah ni la jadinya.

Tulisanya selalu masuk majalah Tamadun dulu, aku tak kenal sapa dia, mula meminati dia, kerana juga menyentuh isu2..ummat.

Belangnya nampak bila ada PhD. Pastu ditawar jadi mufti... wallahua'alm
Logged

Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.10 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!