Komuniti SHUKUR
November 22, 2008, 06:10:46 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: APOLLO cake / muffin / choc  (Read 908 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Sham
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 154



View Profile
« on: June 17, 2008, 12:27:03 pm »

 Assalamualaikum

Saya baru dapat email nie pagi tadi...perlukan pendapat dari sahabat2 sekalian..adakah Emulsifier 471 nie 100% dari Khinzir ?

______________________________________________________________________

Kepada semua pengguna2 Muslim,
 
Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan di TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.
 
Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untuk anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut).
 
Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?
 
Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorang satu. Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg tertera pada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.
 
Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi Emulsifier 471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur babi.. Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah.. banyak kali saya beristighfar, kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.
 
Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO HARAM DIMAKAN !
 
Saya sertakan SCAN FILE pembungkus APOLLO yg saya maksudkan... Maaflah kerana Black & White kerana saya x ada scanner kaler.
 
Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini.. Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...
 
Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus APOLLO tersebut...
Logged
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3097


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« Reply #1 on: June 17, 2008, 12:34:22 pm »

Emulsifier 471 ada KEMUNGKINAN mengandngi lemak BABI. mungkin juga lemak binatang lain (tapi tak sembelih).

sila rujuk penerangan untuk E471 dalam jadual kat page ni:
http://mbm.net.au/health/400-495.htm
Logged

Sham
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 154



View Profile
« Reply #2 on: June 17, 2008, 12:40:03 pm »

katakan lah lemak dari binatang lain...kalo tak sembelih, mcm mana bleh dapat status HALAL nie...

aduhaiiii
Logged
wartawan
Pengendali
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 529


Macam-macam ada!!!


View Profile WWW
« Reply #3 on: June 17, 2008, 06:25:23 pm »

 Assalamualaikum,

jawapan JAKIM :

Emulsifier E471 merupakan bahan kimia yang digunakan bagi memperbaiki mutu makanan. Ia dihasilkan daripada sumber lemak haiwan dan juga tumbuhan. JAKIM akan memastikan jika sumbernya daripada haiwan, status halalnya mestilah nyata samada disahkan halal oleh JAKIM atau Badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM.Namun terdapat banyak produk yang menggunakan bahan emulsifier daripada hasilan tumbuhan seperti kelapa sawit dan sebagainya dan ini tidak mendatangkan masalah kritikal dari segi hukum syara'. Semua produk yang mendapat pengesahan halal daripada JAKIM telah menjalani pemeriksaan dan pemantauan yang teliti dari segi syara' dan teknikal.

kod E digunakan secara meluas sebagai penunjuk kepada bahan tambahan kimia seperti perasa, pengawet, pewarna, bahan pengental dan sebagainya. Ia didapati daripada sumber tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Bagi pemegang sijil pengesahan halal JAKIM, kami memastikan sumbernya adalah nyata suci dan halal. Jika ia daripada haiwan, hendaklah ia daripada haiwan yang halal dimakan dan diproses/sembelih mengikut hukum syara'. JAKIM sentiasa memeriksa dan memantau dengan teliti dari bahan ramuan, proses, kendalian, pembungkusan sehinggalah premis pengeluar produk tersebut.Kesimpulannya, terdapat sumber lain bagi bahan berkod E tersebut selain daripada haiwan. Terima kasih.
« Last Edit: June 17, 2008, 06:27:37 pm by wartawan » Logged

Pandanglah segala sesuatu itu dari kacamata oang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain juga.
wartawan
Pengendali
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 529


Macam-macam ada!!!


View Profile WWW
« Reply #4 on: June 17, 2008, 06:29:35 pm »

 Assalamualaikum,

lagi...

Produk keluaran Apollo Food Industries (M) Sdn. Bhd telah mendapat pengesahan halal JAKIM. untuk bersama, E471 dan E475 adalah pengemulsi yang dperbuat dari sumber tumbuhan, E471 dan E475 adalah berfungsi sebagai pengemulsi. secara amnya, kedua-dua pengemulsi ini boleh dihasilkan daripada sumber tumbuhan dan haiwan. Begitu juga dengan produk Lonbisco, pengemulsi yang digunakan bersumberkan tumbuhan iaitu terbitan minyak kelapa sawit. Bagi produk yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, JAKIM telah memastikan E471 yang digunakan adalah dihasilkan dari sumber lelemak tumbuhan, oleh itu pengguna tidak perlu bimbang apabila terlihat E471 pada pembungkusan produk yang ada logo halal JAKIM kerana memang telah dipastikan bahan itu adalah halal.Penggunaan kod-e telah menjadi kod antarabangsa bagi penggunaan bahan tambahan dalam makanan, kerana itu JAKIM telah memainkan peranan penting untuk kesejahteraan pengguna di Malaysia menapis dan menyaring hanya bahan kod-e yang halal sahaja yang digunakan untuk produk yang telah disahkan halal oleh JAKIM di Malaysia. Sungguh pun begitu, bagi produk diluar negara, pengguna masih perlu berhati-hati kerana memang ada kemungkinan kod-e yang digunakan itu dihasilkan dari sumber yang tidak halal.
Logged

Pandanglah segala sesuatu itu dari kacamata oang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain juga.
akaputri
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1979


When Allah promises us something, it will happen.


View Profile
« Reply #5 on: June 18, 2008, 05:36:38 am »

Assalamualaikum

boleh cek kat: http://www.halaljakim.gov.my/directory/index.php?pg=1&lang=

klik kat "syarikat" di panel sebelah kiri

cari nama syarikat " APOLLO FOOD INDUSTRIES (M) SDN. BHD."

klik "papar terperinci" di sebelah kanan sebaris dengan nama syarikat

lihat senarai penuh produk2 yang mendapat status Halal Jakim berserta tarikh tamat tempohnya.

 Wassalam

Logged

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk" (al-Ankabut:6)
Sham
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 154



View Profile
« Reply #6 on: June 18, 2008, 08:40:26 am »

Terima kasih...
Logged
sakiinah
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1099


View Profile
« Reply #7 on: October 06, 2008, 05:51:16 pm »

ush cuak jgak bace 1st posting..sbb sya pun suka makan apollo cake y plastic kuning tu..
Logged
Muhammad
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 447



View Profile WWW
« Reply #8 on: October 09, 2008, 10:01:05 pm »

cuak gak membaca mulanya..
saya makan kurma sebagai snek..
heehee grin
Logged

Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!