org dengar nasyid sebab nak layan lagu tu best...bukan sebab menghayati maksud tersurat dan tersirat yang sebenarnya...seandainya irama itu boleh melalaikan..bukan memberi kesedaran...apakah itu masih di kategorikan nasyid...
yup...aku setuju ngan ko.....
kita amik jelah pengalaman aku.....aku mula2 minat pada nasyid tahun 95,bila dengar lagu SECERAH PAWANA-THE ZIKR.tu pun sepupu aku punya....aku tertarik dengan senikata dan muzik lagu ni walhal masa tu aku tak minat sangat lagu2 nasyid...
SEINDAH SEDAMAI PANTAI MELAMBAI GEMALAI,
BEGITULAH HATI MERINDU KASIH YANG PADU,
BAGAIKAN PEPASIR BASAH DISIMBAH LAUTAN,
BEGITULAH PERJUANGAN INI,
BIAR BASAH DENGAN IMAN DAN UKHWAH,
KITA INGIN SEGALANYA INDAH,
SEBERSIH PASIR PANTAI MEMUTIH,
SEINDAH DAN SECERAH PAWANA,BERSERI UKWAH DIPUPUK KASIH,
KITA INGIN SEGALA TERLERAI,
DENGKI DAN DENDAM KESUMAT MUSNAH,
BIAR KEIKHLASAN BERBICARA,
DIDADA HATI LUAS SAUJANA,
SEINDAH SEDAMAI PANTAI MELAMBAI GEMALAI,
BEGITULAH HATI MERINDU KASIH YANG PADU,
BAGAIKAN PEPASIR BASAH DISIMBAH LAUTAN,
BEGITULAH PERJUANGAN INI,BIAR BASAH DENGAN IMAN DAH UKHWAH.
jadi,bila aku dengar lagu ni..aku tertanya tanya..apa makna ukhwah yang penulis lirik ni tekankan?dengan pertanyaan macam nilah,aku makin tertarik dengan nasyid...
dan masa sekolah kat terengganu,aku lebih didedahkan dengan kumpulan2 nasyid yang lain macam NADAMURNI,AN-NUR,NADIL WASATIAH,AS-SHOFF,MIRWANA,ALL 4 UMMAH,,BANGSAR BOYZ,LAMBAIAN KASIH(sekolah aku) dan lain2 yang aku dah tak ingat.hinggakan sampai satu masa,aku dah tak berapa nak minat dengar lagu2 bukan nasyid......
disitulah aku tau,setiap lagu nasyid pada masa tu mempunyai aura yang tersendiri sampai boleh menarik hati orang yang mendengarnya....
jadi bila aku kenang2 balik lagu2 lama ni,aku yakin lagu2 nasyid yang ada sekarang kebanyakannya hanyalah penyedap halwa telinga tapi susah nak masuk kedalam hati....dan tak dapat dibandingkan dengan lagu2 nasyid lama.....
jadi kalau le nasyid yang ada sekarang ni tak dihayati senikatanya dan tak diambil panduan mahupun pedoman.....aku rasa tak ada bezanya dengan lagu2 biasa.....budak2 muda cuma suka dengar....cuma suka dengar....cuma suka dengar....itu sahaja.....