slalu kita sakit kepala time nak beli digital camera. nak kena tgk brand la, megapixel la... ntah apa2 lagi. bajet pon nak kene tgk jugak. pening kepala. so, kat sini aku ada sikit tips cemana nak pilih digital camera berdasarkan kemampuan & keperluan masing2.
1.megapixelkebiasaannya kita sentiasa bertanya "berapa megapixel kamera ni?" tapi pernah ke kita tanya kat diri kita sendiri, megapixel tu apa? apa beza megapixel besar n kecik? perlu ke aku megapixel besar2? aku takkan jawab samada korang perlu ke tak megapixel besar. tp aku akan terangkan secara ringkas apa itu megapixel dan penggunaannya serta kesan dia kat kamera n gambar yg korang amik.
ok, apa tu megapixel?
1 megapixel = 1juta pixel. gambar elektronik dihasilkan atau dipamerkan melalui berjuta-juta titik yg tersusun rapi. titik2 tu dipanggil pixel. lebih banyak pixel, bermakna, lebih besar resolusi sesuatu imej (image resolution). resolusi ni biasanya berkait rapat dengan saiz cetakan dan perincian sesuatu imej bila dilihat 100% di skrin komputer. jadi, lebih besar megapixel, lebih detail sesuatu imej yg boleh dicetak atas kertas. namun ianya bergantung kepada saiz printout yg kita mahukan. lebih besar print out, lebih besar megapixel diperlukan.
- saiz gambar 4r memerlukan sekurang-kurangnya 2 megapixel. tetapi lebih besar megapixel, lebih baik print out yg dihasilkan. untuk menghasilkan kualiti print out yang lebih baik, 4 megapixel keatas adalah dicadangkan.
- print out bersaiz A4 memerlukan sekurang-kurangnya 10 megapixel untuk menghasilkan print out yang baik.
2. Zoom, optical zoom vs digital zoomoptical zoom tu apa? digital zoom tu apa? tak reti btol aku. slalu kita kompius bila tgk benda mcm tu tertulis kat sesetengah model kamera.
optical zoom: optical zoom membesarkan imej sesuatu objek dengan menggerakkan kedudukan lensa didalam kamera. macam teropong.
digital zoom: digital zoom hanya membesarkan pixel sesuatu imej secara elektronik tanpa menggerakkan lensa didalam kamera. kesan penggunaan ini juga sama dengan membesarkan gambar yang telah diambil (cropping). biasanya menyebabkan 'quality loss' sesuatu gambar
optical zoom vs digital zoom, mana lebih baik?
sudah pasti optical zoom. kerana ianya mengambil imej secara terus dari lensa tanpa di ubah secara elektronik. gambar yang di ambil dengan menggunakan digital zoom kebiasannya pecah dan kurang berkualiti.
3. flashboleh dikatakan semua digital camera mempunyai fungsi ini dan semua orang tahu apa kegunaannya. tapi ramai tak tahu yang flash mempunyai had. had sejauh mana cahaya yang dihasilkan oleh kamera boleh pergi. menjaga jarak kamera dengan subjek adalah penting apabila mengambil gambar menggunakan flash. terlalu dekat dengan subjek, subjek akan menjadi terlalu terang. terlalu jauh, subjek akan menjadi gelap.
4. autofocussimple. fungsi dimana kamera akan focus subjek yang hendak di ambil. ada sesetengah model mempunyai enjin autofocus yang canggih dimana kamera boleh mengesan wajah manusia dan focus disitu. kebiasaannya autofocus akan bermula apabila butang snap ditekan separuh. bila selesai proses autofocus ini, gambar kebiasaannya akan kelihatan jelas, terang dan menarik. setiap kamera mempunyai masa yang berbeza untuk menghabiskan proses ini. ada yang memerlukan masa yg lama (2-3 saat), ada yg memerlukan masa tak sampai sesaat pon. jadi, ketika mengambil gambar, pastikan autofocus benar2 bersedia, baru snap untuk amik gambar.
5. saiz vs keperluankamera datang dengan macam2 saiz. ada kecik, ada sederhana, ada yang gedabak besar. kalau kita perlukan kamera yg mudah dibawa kemana-mana, carilah yg kompak (compact). kecil, ringan dan mudah dibawa kemana-mana. bercuti, ambil gambar keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. walaupon ada had terhadap fungsi dan penggunaannya, namun untuk kegunaan yg aku terangkan tadi, sudah mencukupi. untuk kegunaan yang lebih, anda tak kisah walaupon kamera tersebut besar, boleh memilih menggunakan prosumer kamera. lebih besar, biasanya lebih mahal daripada compact tapi mempunyai fungsi yg banyak. tapi, lensanya tidak boleh di tukar2. kalau rasa memerlukan lebih drpd tu, dapatkan SLR kamera. biasanya, besar, dari jauh orang dah nampak. lense boleh ditukar2 mengikut kesukaan. lebih mahal dan lebih berkuasa.
6. handphone vs compact camera.handphone yg ada camera tetap sebuah handphone. walaupon boleh guna untuk amik gambar, fungsi dan kualiti, masih tak setanding dengan camera. kalau rasa handphone pon dah cukup untuk amik gamba n korang puas hati ngan kualiti dia, beli je lah henpon.
7. videokebanyakan kamera datang dengan fungsi ini. tp keupayaan video dlm digital camera boleh dikatakan masih tidak memuaskan. kalau rasa nak gambar video yang cantik dan lebih berkualiti, beli je lah video camera.
8. lain-lain- jenama, mmg ada byk jenama yang menghasilkan kamera. pilih yg terbaik untuk korang. namun, perlu diingat, pilih kamera dari jenama yang terkenal dengan kualiti kamera yang baik. contoh; nikon, canon, olympus, kodak, fuji, sony, pentax, agfa, casio, konica, ricoh, samsung, kyocera,
jangan beli digital camera drpd jenama yg kita xpernah dengar dan mmg kita tahu xbagus. contoh yg aku tahu jenama yg menghasilkan digital camera kurang bermutu ni, BenQ. (sori ar BenQ) murah tetapi tidak bermutu dr segala aspek.
- shutter lag. biasanya masa yang diperlukan oleh kamera untuk bersedia mengambil gambar yang berikutnya. biasanya low-budget camera ada shutter lag yg sangat lama. ada yg lebih dr 3 saat. tp kadangkala, kita beli kamera yg mahal pon ada lag. kenapa ek? ini disebabkan memory card yg kita guna mempunyai write speed yg perlahan.
(aku akan huraikan tentang pemilihan memory card ni nanti.)so, kalau rasa2 nak beli digital camera, buat research skit tentang model yg sesuai @ bekenan. boleh rujuk kat sini untuk senarai digital camera
www.dpreview.com sorry, it's in english.
p/s: aku takkan cadangkan kamera mana yang sesuai untuk korang. korang pilih la sendiri berdasarkan penilaian korang sendiri. apa yg aku tulis kat sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. kalu ada tersilap mintak maap.