Komuniti SHUKUR
March 22, 2010, 10:51:03 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: bagaimana prihatinnya shukurian?  (Read 777 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 352


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« on: April 12, 2004, 09:29:37 am »

Dari Harian Metro hari nih (contoh kes)..Wajar ke suspek dipukul didera semasa dalam tahanan untuk memaksa suspek mengaku? Walhal, yang ditangkap tidak semestinya bersalah atau membuat jenayah tersebut sehinggalah proses mahkamah mengambil tempat. Inilah masalah dalaman polis yang dari masa ke semasa dilaporkan, tapi masih berlaku. Aku geram dengar cite yang macam ni...shukurian macamana?

Edisi Nasional:
Bicara Kes Rogol, Bunuh Canny Ong: Air mata Ahmad Najib

Oleh Srihanasham Noordin

SHAH ALAM: Pencuci kapal terbang, Ahmad Najib Aris, menangis di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, apabila menceritakan dia menerima pelbagai ancaman, termasuk diugut, dicucuh rokok di puting payu dara dan diacah pistol ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPD) selepas ditangkap di rumahnya pada pagi 20 Jun 2003.

Najib yang menghadapi tuduhan merogol dan membunuh Canny Ong Lay Kian juga kelihatan mengesat air matanya dengan tangan ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd Haniff Khatri Abdullah.

Tertuduh memberi keterangan pada bicara dalam perbicaraan mengenai dakwaan dia menerima pelbagai ugutan, paksaan dan tekanan ketika dalam tahanan reman.

Hakim Datuk Muhammad Ideres Muhammad Rapee sebelum itu memutuskan rakaman percakapan Najib di hadapan Majistret Muhammad Rushdan Mohamed boleh diterima pakai sebagai keterangan yang sah dalam perbicaraan kes itu.

Rakaman percakapan itu berkaitan kes rogol dan bunuh juruanalisis teknologi maklumat itu.

Tertuduh yang memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, berkata, ketika ditahan reman, Lans Koperal Detektif B Jayasankaran (Jaya) (saksi bicara dalam bicara ke-7) cuba mencucuh rokok terhadap dadanya.

“Saya terasa kepanasan rokok itu sebab terlalu hampir dengan puting tetek saya. Dia juga menghala rokok yang dipegangnya ke arah mata saya. Tidak kena mata saya tetapi dekat dan asap rokok masuk dalam mata saya,” katanya.

Najib memberitahu mahkamah dia ditangkap pada 20 Jun 2003 selepas jam 5 pagi dan ketika itu dia sudah bangun dari tidur tetapi masih berbaring dan membuaikan anak berusia sembilan bulan.

Dia kemudian dibawa ke IPPD PJ menaiki kenderaan Pajero bersama lima anggota polis dan ketika itu dia mendengar Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPPD PJ, Superintendan Ahmad Razil Yaacob menghubungi seseorang menerusi telefon bimbit.



HANIFF: Adakah kamu sedar bila polis masuk dalam rumah kamu?

NAJIB: Tidak.

HANIFF: Bagaimana mula-mula kamu dapat tahu polis masuk?

NAJIB: Secara tiba-tiba muncul seorang lelaki Melayu (tertuduh kemudian mengecamkan lelaki itu sebagai Cif Inspektor Mohd Razlan)

HANIFF: Apa berlaku?

NAJIB: Lelaki itu (Mohd Razlan) menyerbu masuk dalam bilik utama. Ketika itu isteri saya berada dalam bilik dan dia bertanya siapa nama saya. Saya beritahu, Ahmad Najib Aris.

Dia mengarahkan saya berbaring di atas lantai. Saya ikut arahannya, dia terus menggari tangan saya. Pada ketika itu, ada empat orang dalam rumah saya termasuk Mohd RazLan.

Mereka ialah Cif Inspektor Noor Azlan, Sarjan Mejar Mohd Salleh Romli dan Jaya. Ahmad Razil saya nampak berada di pintu bilik utama.

HANIFF: Ada sesiapa beritahu kenapa kamu ditangkap?

NAJIB: Langsung tiada.

HANIFF: Apa perasaan kamu pada masa itu?

NAJIB: Saya jadi takut dan keliru. Saya ada tanya kenapa saya ditangkap kepada Mohd Razlan, jawapannya, `Jangan banyak cakap, ikut saja kami ke balai polis’.

HANIFF: Apa berlaku bila kamu sampai di IPPD PJ?

NAJIB: Saya dibawa ke tingkat satu ke dalam sebuah bilik di Unit Risikan Jenayah (URJ). Semua lima anggota polis itu ikut naik ke atas. Saya diarahkan menanggalkan baju. Saya diarahkan duduk atas lantai dan bersandar di satu almari besi.

Kira-kira empat atau lima anggota yang mengiringi saya tadi mengancam, mengugut dan ingin memukul saya. Mengancam dengan berkata jika saya tidak mengaku dan tidak bekerjasama dengan polis, isteri saya yang pada masa itu mengandung, anak kecil saya serta ayah ibu saya akan turut dipenjarakan.

(Pada ketika ini perbicaraan terpaksa dihentikan berikutan tertuduh tidak dapat mengawal perasaannya dan menangis).

HANIFF: Macam mana dengan mengugut?

NAJIB: Jika saya tidak mengaku, tangan saya akan diikat dan digantung, seluruh tubuh badan saya akan dipukul atau disebat dengan getah paip,

HANIFF: Ada diberitahu mengaku untuk apa?

NAJIB: Tidak.

HANIFF: Apa berlaku selepas itu?

NAJIB: Saya bertanya kepada mereka, apa kesalahan saya hingga ditangkap dan dibawa ke balai. Mohd Razlan kata saya tidak usah berpura-pura, hanya saya saja tahu apa kesalahan saya.

Ahmad Razil ada menyuruh seorang lelaki Melayu bertubuh kecil yang memegang kamera kecil untuk membawa saya masuk ke bilik yang berada di dewan URJ. Dalam bilik itu, saya, jurukamera dan Ahmad Razil.

Ahmad Razil suruh saya mengaku dan bekerjasama kemudian saya tanya, saya minta untuk menerangkan apa kesalahan saya. Dia kata tidak perlu saya buat tidak tahu. Selain itu, saya ditendang Ahmad Razil di celah kangkang.

HANIFF: Berapa kali dia tendang?

NAJIB: Sekali mengenai kemaluan saya. Saya jatuh melutut untuk menahan sakit. (Ketika ini, tertuduh membuat demonstrasi bagaimana dia melutut). Dia tendang sisi muka saya sebelah kanan, tiga kali. Masa itu, saya masih berlutut.

Saya terus rebah dan kepala terhantuk di sisi almari besi. Tidak berdarah dan saya sedar, tidak pengsan. Dalam pada saya rebah, Ahmad Razil memijak muka saya sambil melenyekkan muka saya dengan kakinya.

Sambil kepala saya dipijak dan dilenyek, dia ada kata jika saya tidak mahu mengaku dan tidak bekerjasama, saya akan dilayan seperti anjing.

HANIFF: Apa perasaan kamu pada masa itu?

NAJIB: Saya semakin takut dan menggigil.

HANIFF: Selepas itu, apa berlaku?

NAJIB: Ahmad Razil keluar dari bilik itu. Selepas itu, Jaya masuk ke dalam bilik itu. Dia mengarahkan saya duduk bersila di hadapannya manakala dia duduk di atas kerusi.

Sebelum dia bertanya kepada saya, dia menyalakan sebatang rokok dengan pemetik api. Dia kata sama macam apa yang Ahmad Razil kata suruh saya mengaku dan bekerjasama dengan polis.

Saya kata saya tidak tahu kesalahan saya. Dia ketawakan saya bersama jurukamera tadi. Dia kemudian cuba mencucuh rokok yang dipegang ke puting tetek saya. Saya terasa kepanasan rokok itu sebab terlalu hampir dengan puting tetek saya.

Dia kata, jangan menyesal, kalau tidak mengaku dan tidak bekerjasama, mata saya akan dibutakan.

(PERBICARAAN BERSAMBUNG HARI INI)
IP : 219.93.222.42
 
pogolix


aku mula2 tak ambik kisah sangat pasal cerita canny ong nie.. tapi baru2 nie aku baca pasal kes nie.. lepas tue terus rasa seronok lak nak follow.. bak kata dinola lah, kita nie tidak diberikan informasi yang betul.. mungkin sebab taknak huru hara kot.. tapi ntah lah, banyak sangat akta kat malaysia nie..

kalau tgk kat tv cite omputih.. mesti masa kena gari tue diaorg cakap sebab apa kita di tangkap.. dan dibacakan pulak hak2 kita.. tapi bila tgk cite melayu, diaorg cakap cite balai.. kekekeke

teringat masa lepak ngan kawan.. tiba2 kereta polis datang kat kitaorg.. yg bestnya polis tue pakai baju biasa jea, mintak IC kat kitaorg.. yg member aku bole tanya kat polis tue balik.. Encik nie sape?? nak mintak IC kitaorg.. rupanya member aku cakap sesetengah pangkat polis jea bole pegang IC kita nie.. ishh ntah la aku pun tak tau sangat..

Apalah sangat ahmad najib aris berbanding mangsa sebelum ini seperti ex TPM Anwar Ibrahim.
Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
shizuka
Penyelia Laman
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 809


View Profile
« Reply #1 on: April 12, 2004, 09:48:18 am »

Assalamualaikum wbt ...

Seperti yang telah ditulis di Intro Skuad Siasat Prihatin, fokus bantuan kita adalah untuk golongan yang benar-benar susah. Harapan saya, topik-topik sebegini boleh dibuka di Diskusi Semasa.

Harap Maklum.
Logged
musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 352


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #2 on: April 13, 2004, 12:19:54 pm »

jika seorang yang lapar perut... dia boleh berusaha cari makan atau meminta tanpa melalui internet... tapi mereka yg diinaya melalui undang2 seperti salahguna kuasa... mereka disiksa pada siapa masyarakat prihatin yg akan mendengar?
Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
Artz
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 864



View Profile WWW
« Reply #3 on: April 13, 2004, 01:17:04 pm »

SEJAK AKU FOLLOW-UP STORY KES NIE..
TERASA CAM ADER HIDDEN-AGENDA/FACT DLM KES NIE..
SOMETHING WRONG HAPPENED.. TERASA ADER BENDA LAIN SEBENORNYER YG DISEMBUNYIKAN..
SEKADAR UTK MENGALIH PERHATIAN UMUM..
MAYBE ADER POLITICAL INTEREST KAT SITU..
ATAUPUN NAK COVER SOMEBODY ELSE..
DGN CARA MENG\'KAMBING HITAM\' INDIVIDU LAIN..
MACAM SEDARA NAJIB TUU..

KESIAN BETUL TENGOK DIA.. MEMANG INNOCENT MUKA DIA TUU..
NAMPAK COOL JEK.. EVEN DAH KENA LANYAK TERUK DLM LOKAP..
 Sad
Logged

::- -::
sya
Ahli
*
Offline Offline

Posts: 66


View Profile
« Reply #4 on: April 16, 2004, 05:58:09 am »

ieza stuju ngan kenyataan awak....
mmg betul pun...muka dia mmg innocent...
(tapi itu bukan leh percaya sgt...mungkin taktik..)
tapi yang menguatkan naluri ieza mengatakan dia tak bersalah ialah tatkala melihat isteri dan emak dia merestui dia dan bersikap teramat tenang...nampak sangar terlalu yakin suami/anak dia tak bersalah..
tue yang ieza rasa dia mungkin menjadi mangsa...
pada siapa dan atas sbb apa ieza tak tahu...
ntahlah..susah nak cakap....
tapi tak heran..malaysia nie kan negara bolehland....
semua bolehlah....malaysia boleh!!!
aperpun hanya ALlah swt yang tahu samada tertuduh memang bersalah atau dianiaya!!!
wallahu\'aklam....
Logged

AMAR MA'RUF WA NAHI MUNKAR!!!
ezham
Ahli
*
Offline Offline

Posts: 86


View Profile
« Reply #5 on: April 30, 2004, 12:36:36 pm »

shizuka tulis:
Quote
Assalamualaikum wbt ...

Seperti yang telah ditulis di Intro Skuad Siasat Prihatin, fokus bantuan kita adalah untuk golongan yang benar-benar susah. Harapan saya, topik-topik sebegini boleh dibuka di Diskusi Semasa.

Harap Maklum.


Puan Shizuka, takleh moved ke topic ni ke ISU SEMASA
Logged
zlash
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 120


http://farm2.static.flickr.com/1326/567312528_0ae3


View Profile
« Reply #6 on: May 01, 2004, 12:34:32 am »

sebenarnye..aku ade skit sebanyak info ttg kes nie..tetapi atas sebab sulit aku tak dapat nak dedah...tetapi..memang betul dgn apa yg dibicarakan oleh shukrians... Wink
Logged
musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 352


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #7 on: August 23, 2008, 12:55:11 pm »

undang-undang balai "cerita balai" tu yg jadi masalah...
Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
dyrana
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 3307

aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #8 on: August 23, 2008, 08:35:56 pm »

dy pernah kene tahan dgn polis..sebab potong kene polis..kebetulan mase tgh potong masuk area double line..polis tu leh kate...nak satle sini ke nak satle balai...
tapi tak leh kate seme polis cam tuh...ade jew polis yang betul2 nak berkhidmat untuk negara..yang ingin menegakkan keadilan negara...
Logged

aku rase bosan dengan kepura-puraan...kenapa mesti berselindung di sebalik topeng agama...aku benci dgn sikap diktaktormu!!!
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.10 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!