Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 08:05:17 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Istimewanya Tarikh 1 Ramadhan tahun ini..  (Read 273 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
eiLaNuR
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1077

As a Reiki Master


View Profile
« on: September 01, 2008, 10:37:10 am »

Salam Kedamaian…

RAMADHAN ALMUBARAK bakal menjelma lagi. Malam ini kita akan menyambut kehadiran BULAN MULIA penuh kemakmuran dan harapan untuk tahun 1429. Ramadhan bulan untuk setiap umat Islam menjalankan TUGASAN & KEWAJIBAN TAHUNAN iaitu ibadah PUASA. Suatu ibadah yang menyimpan berbagai khasiat, manfaat dan hikmah untuk mereka yang menekuninya dan pasrah akan anugerahnya. . Bergembiralah jiwa-jiwa yang RINDUKAN bulan mulia ini, kemuncak penantian sejak kehadiran Rejab (7) & Syaaban (Cool akan berakhir tidak lama lagi.. debarannya kian kencang. Kesayuan jiwa-jiwa yang gersang kemarukkan ‘sentuhan ramadhan’ akan kembali mekar berkembang. Ramadhan juga menjanjikan ‘malam’ istimewa (Lailatul Qadr) yang dinanti-nantikan…

“SELAMAT KEMBALI RAMADHAN…”

Mungkin sekali pandang, tiada apa yang lain untuk kehadiran Ramadhan 1429 ini. NAMUN… RAMADHAN TAHUN INI AMAT ISTIMEWA!! Ramadhan tahun ini penuh RAHSIA KEHEBATANNYA!! Ramadhan tahun ini membawa HIKMAH dan PELUANG yang belum tentu BERULANG untuk mereka yang mengerti!!

01 RAMADHAN 1429 yang akan menjelang esok (bermula malam ini) AKAN JATUH BERSAMAAN engan 01 SEPTEMBER 2008. Ditulis sebagai : 01/09/2008 DAN 01/09/1429. Setelah sekian lama MASIHI & HIJRIAH silih berganti, kejar mengejar antara satu sama lain, ESOK TARIKH 01/09 ini akan BERTINDIH SAMA. PERISTIWA INI BUKAN AKAN BERLAKU SETIAP HARI.. PERISTTIWA INI JUGA HANYA BERKEMUNGKINAN DALAM KITARAN 31 atau 33 TAHUN sekali untuk berlaku!!!

FAKTA: 0109 KALENDAR MASIHI bertemu 0109 KALENDAR HIJRIAH pada HARI YANG SAMA.

Setelah menjalankan sedikit semakan dan kajian, saya mendapat maklumat-maklumat ini (kemungkinan penemuan saya silap atau tidak begitu tepat dimana ada kebarangkalian terdapat perbezaan 1 hari bagi setiap tarikh):

KALI TERAKHIR FENOMENA INI BERLAKU ADALAH 65 TAHUN DULU IAITU PADA 01SEPT 1943 DIMANA hari tersebut JATUH BERSAMAAN DENGAN hari RABU, 01 RAMADHAN 1362.

Manakala jika disemak untuk tahun-tahun yang akan datang, peristiwa 01 Ramadhan & 01 September ini HANYA akan berulang KIRA-KIRA 326 TAHUN LAGI IAITU PADA hari SABTU, 01 SEPTEMBER 2334 YANG AKAN BERSAMAAN DENGAN 01 RAMADHAN 1765.

Untuk lebih memahami & melihat keajaiban ini, kita perlu melihat beberapa sejarah & fakta tentang kalendar atau takwim hijrah. Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari (bulan) dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka’b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W. Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun nama itu tidak lagi tepat sebagaimana yang kita alami sekarang. Contohnya Ramadhan yang berasal daripada ‘a l - Ra m a d a ‘ bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun ‘J a m a d’ bermaksud beku. Muharam pula dinamakan demikian kerana ia merupakan salah satu bulan yang diharamkan berperang dan Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam. Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi’) waktu nama tersebut diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati, kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan, oleh itu ia termasuk di dalam salah satu bulan haram. Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang setelah duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata sy ala (meng angkat). Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha’ dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya. Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau bagaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut. Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il a.s. pada tahun 1855 S.M. dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M. Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia.

Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l - Wa d a ‘ iaitu tahun haji al- Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam. Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin Rabiulawal, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.

Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.


Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai. Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah  lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi.

Contohnya seperti berikut: (1980-622)/32 x33 = 1400H

Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Du- nia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan dengan Takwim Hijrah.

Secara NUMEROLOGI pula tarikh 01/09/2008 dan 01/09/1429 membawa pertembungan DUA UNSUR UTAMA dalam kehidupan iaitu AIR DAN API!!

01092008 = 1+9+2+8 = 20 @ 2 (elemen AIR)


01091429 = 1+9+1+4+2+9 = 26 @ 2+6 = 8 (elemen API)


Gabungan tarikh ini akan menghasilkan : 2+8=1. Membentuk keSATUan yang MUTLAK atau UTAMA. Bertembungan dari HUKUM KESEIMBANGAN iaitu SEJUK (air) dan PANAS (api) umpama MELENGKAPKAN ciri kehidupan yang sememangnya dianugerahkan lengkap dengan BERPASANG-PASANGAN. Umpama Siang berpasang dengan Malam, lelaki & perempuan, dosa & pahala, hitam & putih dan sebagainya.

Manakala ANGKA 9 (untuk bulan ini) merupakan ANGKA TERTINGGI di dalam kerangka ilmu numerologi. Jika 1 itu angka yang AWAL… 9 adalah angka yang AKHIR. Tentunya RAMADHAN yang diletakkan sebagai BULAN KESEMBILAN ini mengandungi banyak RAHSIA & HIKMAH yang tersembunyi malah telah ditulis berbagai KELEBIHAN untuk mereka yang mengejar kerahmatan ALLAH melalui ibadah PUASA & amalan solat tarawih, tasbih, zikir & sedekah. PELUANG untuk MEMBAKAR (kata arab ramadha) DOSA-DOSA kecil & besar haruslah tidak dipersia-siakan. APATAH LAGI TAHUN INI ADALAH RAMADHAN YANG ISTIMEWA!!

Mulakan malam ini.. tepat jam 01:09 min 01092008 @ 01091429; mulakan langkah penuh istiqamah menyambut ALMUBARAQ dengan ILTIZAM & DAYA JUANG untuk mendapat KERAHMATANNYA di dunia & akhirat. SELAMAT BERPUASA..



sumber : www.7chakra.com/reiki

Logged

musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 371


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #1 on: September 01, 2008, 03:16:45 pm »

semacam amaran arwah rasyad khalifa ttg kod 19... tarikh hari bermula nya peristiwa besar di dunia ini. beliau adalah antara yg suka ttg numerologi dan ramalan.
Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
Zack
Ahli
*
Offline Offline

Posts: 73


Jangan sesekali buat jahat buatlah baik selalu.


View Profile
« Reply #2 on: September 01, 2008, 05:33:33 pm »

Selamat Menyambut Bulan Puasa Semua.

Tiada kata seindah zikir,
Tiada ibadah seindah  puasa,
Tiada hari seindah Jumaat,
Tiada bulan seindah  Ramadhan.

Selamat Menyambut Bulan Puasa!!!
Logged

Senyum sokmolah!!!

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.”
eda_jaheed
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 36



View Profile
« Reply #3 on: September 20, 2008, 11:54:09 pm »

musa, apa maksud kod 19 tue?tarikh hari bermula nya peristiwa besar di dunia ini. ..tak pernah dengar pun.saya pun suka ttg numerologi dan ramalan. share la apa yang awak tau..
Logged
musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 371


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #4 on: September 21, 2008, 12:46:35 pm »

Kod 19 diasaskan oleh Dr Rashad Khalifa. Beliau berbangsa Arab dan mempunyai kepakaran dalam bidang biokimia. Pada tahun 1959 Rashad Khalifa berhijrah ke Amerika dan menetap di Tucson. Mati dibunuh pada 31 January 1990. Yang gagal diramal dengan baik 31190. dengan menggunakan kod 19 dan ilmu numerologi yang beliau selalu gunakan untuk mengelak bencana.

Beliau menganggap Kod 19 sebagai satu rahsia yang menunjukkan al-Quran adalah mukjizat. Sebenarnya Kod 19 adalah satu kod yang menyesatkan.

Asas kepada kenyataan Rashad Khalifa ialah firman yang terdapat dalam surah Muddatthir yang bermaksud, "Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)." (Ayat 27-30). Ayat 30 yang mengatakan "pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas" melahirkan kod 19. Melalui kod 19, bilangan surah, susunan ayat, sistem pengulangan ayat dan sebagainya dapat dibahagikan dengan nombor 19.

Maka lahirlah kenyataan seperti:   
 
Bismillahirrahmanirrahim terdiri daripada 19 huruf. (maka ditafsir sesuka hati sebagai tanda wujudnya kod 19)
Bilangan surah di dalam al-Quran ialah 19 x 6 = 114. (mewakili 6 zaman sebelum kiamat )

- zaman sahabat
- zaman tabi'n-tabi'in
- zaman kegemilangan tamadun Islam
- zaman kegemilangan kepalsuan
- zaman fitnah dajjal
- zaman akhir zaman

Perkataan ISM berulang 19 kali.

Kalimah Allah berulang sebanyak 19 x 142 = 2698 kali.
mewakili 142 perkara penting membuktikan wujudnya Allah.

Kedudukan surah pertama iaitu al-Alaq (Iqra') ialah pada 19 surah terakhir.
menjadi petanda keutamaan dalam menuntut Ilmu.

Perkataan al-Rahman di dalam al-Quran berulang 19 x 3 = 57 kali,
menunjukkan  3 perkara sifat aR Rahman yang mengasihi seluruh manusia.



dan sebagainya karut marut kreatif berdasarkan ilmu kononnya numerology.

Untuk membuktikan kebenarannya Dr Rashad Khalifa menghasilkan sebilangan buku menghuraikan kod-kod tersebut, antaranya, Miracle Of The Quran: Significance of the Mysterious Alphabets (Islamic Productions, St. Louis, Missouri, 1973), The Computer Speaks: God's Message to the World (Renaissance Productions, Tucson, Arizona, 1981), Quran: The Final Scripture (Islamic Productions, Tucson, Arizona, 1981) dan Quran: Visual Presentation Of The Miracle (1982).

Ia juga meramalkan peristiwa buruk 119(11 september 2001) mewakili sistem no 19.. permulaan fitnah dajjal yang akan menghancurkan Islam pembunuhan beramai-ramai di beberapa negara dan akan tamat pada 1 Ramadhan yang akan 1 september. di mana kebenaran akan terdedah satu persatu sebelum dajjal membuat peristiharan sebagai tuhan 2023.

*Amaran semua ini adalah karut. beliau adalah anti hadits dan telah mengaku sebagai nabi. Mereka juga meramalkan terjadinya kiamat masa bila berdasarkan kod 19 dan lain lain ilmu numerologi. Malahan lebih menakutkan mereka jugak mengubah Ayat Al qur'an pasai nak bagi jadi sesuai dengan kod 19

untuk maklumat secara umum boleh pergi http://en.wikipedia.org/wiki/Rashad_Khalifa
eda jaheed boleh search guna google.. pasti ketemu
« Last Edit: September 21, 2008, 01:22:09 pm by musa assamirah » Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
Maliah Bt Hj Adenan
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 14


View Profile
« Reply #5 on: September 21, 2008, 01:20:51 pm »

Assalamualaikum semua..
pasal Ramadan alhamdulilah.. berjalan seperti biasa.. namun bagi saya.. tiap kali datangnya bulan yg penuh nikmat dan berkat ini.. akan merasakan begitu shadu bahkan setiap kali bersolat saya pasti akan menangis kerana memikirkan tentang kesilapan2 yg sudah.. dan dlm masa yg sama saya befikir apakah Ramadan yg datang ini mampu pulang bersama pahala dan mengurangkan segala dosa yg lalu dan paling menyetuh perasan saya ketika memikirkan. Apakah saya akan bertemu lagi Ramadan yang akan datang? Jika tidak, saya tak kisah sgt asalkan segala dosa sudah diampunkan.
Logged
eda_jaheed
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 36



View Profile
« Reply #6 on: September 21, 2008, 03:54:03 pm »

thanks musa..jadinya kod 19 ni tak betul la..idea karut seorang yg terlebih pandai..patutla tak pernah dengar.bahaya gak ni, bleh menyesatkan. macam nak tiru nostradamus jer.
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!