Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 07:50:25 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Kopiah "Raihan"  (Read 391 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
gingko_ryu3
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 3


View Profile
« on: September 12, 2008, 01:04:14 pm »

Assalamualaikum,
Kepada members dan pembaca semua, baru2 ni saya ada menerima fwd email tentang Kopiah "Raihan" seperti dibawah. Minta komen dan pandangan.
Terima Kasih.

 >"semalam saya menemani sepupu saya berkunjung ke rumah tuan guru beliau di Banting, Selangor.
sepupu saya ni seorang hafiz (orang yang menghafal Al-Quran) yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir.

kami pergi bertiga, bersama rakan sepupu saya, Mohd Nazir yang juga seorang hafiz.
lepas solat fardhu zohor di masjid At-Taqwa Banting, kami pun berangkat ke rumah tuan guru.
tuan guru tersebut bernama Ustaz Misnan, beliau merupakan pengetua Markas Tahfiz Selangor.

kebetulan rakan sepupu saya memakai kopiah yang ada bonjol dia atasnya (orang panggil kopiah tu kopiah raihan)..
sesampainya di rumah beliau,ustaz misnan bertanya kepada nazir...'di Mesir takde orang tegur kamu pakai kopiah tu?'
nazir menjawab...'takde ustaz..kenapa? '
'kopiah tu dah jatuh najis..tak boleh di pakai buat solat...'
kami bertiga terkejut dengan kenyataan ustaz misnan..kami bertanya kenapa boleh sampai jatuh najis pulak..?
ustaz misnan menjelaskan ilmu fiqh berkaitan perkara tersebut..

ustaz misnan menjelaskan bahawa kopiah jenis itu diperbuat daripada bulu kambing yang diimport dari Australia .
semasa mereka mendapatkan bulu kambing,mereka tak sembelih pun kambing tu..just shave je bulu kambing tu hidup2..
mengikut hukum fiqh, bulu b ina tang yang belum disembelih jika tertanggal dari badan b ina tang tersebut, dianggap sebagai bangkai..
kalau bangkai, dah tentulah hukumnya jatuh najis jika di bawa bersolat..
ustaz misnan juga memiliki kopiah jenis itu..lalu dia buat demo dengan membakar kopiahnya dengan lighter..mmg bau rambut terbakar..sahlah itu memang bulu kambing..

maka dengan itu, bukan setakat bulu kambing,kalau ada bulu kucing atau burung yang melekat pada pakaian, hendak lah dibersihkan bebelum bersolat.
tidak perlu dibasuh pakaian itu..cukup sekadar menyingkirkan bulu b ina tang itu dari melekat pada pakaian,itu saja..tak susah.

mungkin ramai yang tahu tentang ini..sekadar berkongsi.<"
Logged
kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #1 on: September 12, 2008, 01:28:23 pm »

ni cuba baca yang kak cik dapat dari satu laman forum :


Here, im attaching some of the related excerpt i got from JAKIM. Alhamdulilah, some of my queries, has been answered.

As for me, I'll just accept what JAKIM has said and Tawakkal. That's all i can say.

Question: Is cat hair considered as najis?

Answer: According to the Syafi’i school of thought, cat hair is considered as najis. Hence, there must not be any cat hair on one’s body or solat area as this may render the solat invalid. One must therefore remove the hair by any means possible.
 (Excerpt from Majlis Ugama Islam Singapura)


Soalan : Kucing adalah tergolong dalam binatang yang haram dimakan, adakah bulu kucing yang berterbangan atau terlekat pada pakaian atau sejadah , sembahyang saya sah atau tidak. Apakah hukumnya sekiranya kita telah mengambil air sembahyang dan memegang kucing dalam keadaan tangan yang basah..

Jawapan : Sah sembahyang yang dikerjakan walaupun tangan kita basah atau kering ketika memegang kucing. Ini kerana kucing bukanlah haiwan yang dikategorikan dalam najis mughallazah

Soalan : Saya ingin bertanya, adakah bulu kucing dan bulu binatang yang lain boleh membatalkan solat? jika boleh, adakah ini bermaksud membatalkan wuduk sekali? saya agak keliru kerana ada percanggahan pendapat daripada rakan-rakan saya.sekian,terima kasih...

Jawapan : Bulu kucing dan seumpamanya adalah tidak membatalkan solat..

2. Bulu kucing bukannya najis(fiqh sunnah). Begitu juga binatang yg tidak berdarah seperti semut.(Fiqh
« Last Edit: September 12, 2008, 01:39:57 pm by kak cik » Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #2 on: September 12, 2008, 01:34:26 pm »

ni lagi...

sukacita dipohonkan fatwa atau irsyad hukum mengenai bulu binatang halal yang diambil seumpama dicukur dengan mesin khas semasa binatang tersebut masih hidup untuk dijadikan pakaian seperti baju panas (fur coat) atau barang gunaan seperti permaidani.

Bulu binatang-binatang yang halal, seperti kambing biri-biri, ayam, arnab dan lain-lain yang diambil daripada badannya semasa ia masih hidup, sama ada dengan cara mencukur, menggunting, mencabut atau tercabut dengan sendirinya adalah
suci dan boleh dibawa atau dipakai semasa mengerjakan sembahyang, thawaf dan sebagainya.

Yang dimaksudkan memakai di sini termasuklah jika bulu berkenaan ditenun dan dijadikan pakaian baju panas ataupun dijadikan permaidani.

Berkata Imam Nawawi Rahimahullah dalam AI-Minhâj:

وَالْجُزْاءُ الْمُنَْصِلَ مِنَ الْحَىِّ كَمَيْتَتِِهِ إِلَّا شَعْرَ الْمَأْكُوْلِ فَطَاهِرٌ
Ertinya: "Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup, hukumnya adalah sama seperti bangkainya, kecuali bulu binatang yang harus dimakan, maka hukumnya bersih."

Ketika rnengulas pendapat Imam Nawawi ini, Imam Al-Syarbini menyebutkan bahawa bersih atau sucinya bulu berkenaan adalah dengan ijmâ’ ulama, sama ada bulu itu dicabut, ataupun tercabut dengan sendirinya. Firman Allah:

وَمِنْ أَصْوَافِهَا وَأَوْبَارِهَا وَأَشْعَارِهَا أَثَثًا وَمَتَعًا إِلَى حِيْنٍ
(سورة النحل:80)

Tafsirnya: “Dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) daripada berjenis-jenis bulu binatang ternakan itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.”
(Surah AI-NahI: 80)
“Ayat ini rnengandaikan bahawa bulu-bulu itu diambil selepas penyembelihan binatang itu atau diambil semasa ianya masih hidup sebagaimana yang dapat difahami.”

Adapun yang terpisah (seperti bulu) daripada binatang yang tidak boleh dimakan seperti keldai adalah najis. (AI-Mughnî 1/115)

Imam Al-Syarbini juga menerangkan bahawa bulu yang masih melekat pada anggota binatang, yang mana anggota itu sudah terpisah daripada binatangnya, bulu itu najis jika anggota yang terpisah itu najis. Manakala bulu yang dicabut daripada binatang hidup yang halal dimakan walaupun turut sama tercabut sedikit kulit pangkal bulu itu, adalah bersih (suci). (AI-Mughnî 1/115)

Berkata Syeikh Yusuf Al-Ardabili dalam AI-Anwâr:

“Di antara yang suci itu ialah bulu yang terpisah daripada manusia, daripada binatang yang halal dimakan, termasuk bulunya walaupun kasar dan keras….” (Al-Anwâr 1/117).

Oleh yang demikian bulu binatang yang halal dimakan yang diambil semasa binatang itu masih hidup, bulunya boleh dijadikan pakaian dan lain-lain kegunaan.



Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu seri maharaja Dato seri utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
Tarikh Diisu : 1997
Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #3 on: September 12, 2008, 01:42:59 pm »

ni lagi.....

 BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

 

Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis). Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :

“Dan  (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang  ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl ayat 80).

Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis.

Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai, sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya :

Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim)

Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

 

SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG

Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.

 
Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #4 on: September 12, 2008, 01:51:52 pm »

Dari apa yg dibaca ni, kalau bulu tu dari binatang yang halal dimakan maka hukumnya boleh dan bukan najis. Tapi kalo bulu dari binatang yang haram dimakan, maka bulunya adalah najis. Ni fatwa dari brunei...cuma kak cik konfius bila jakim kata bulu kucing bukan najis sebab kucing sendiri bukan najis mughalazah. lagipun ada pendapat kata bulu kucing tak najis sebab Rasulullah dan sahabat pun sayangkan kucing dan membela kucing .... hhmmm banyak pendapat ni....apa-apa pun kopiah bulu kambing tu InsyaAllah suci dipakai .......wallahualam
Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3107


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« Reply #5 on: September 12, 2008, 02:51:01 pm »

terima kasih kak cik di atas penjelasan.
Logged

kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #6 on: September 12, 2008, 03:19:22 pm »

terima kasih kak cik di atas penjelasan.

alahai mak oii...mahalnya...kasih diterima...sama-sama ...ngeh3x... grin
Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
D nazri
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3179


View Profile
« Reply #7 on: September 12, 2008, 05:45:12 pm »



good info..
Logged
Muhammad
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 563



View Profile WWW
« Reply #8 on: September 12, 2008, 11:06:36 pm »

terang, nyata dan jelas...
mcm tajwid izhar lak maksudnya..
hehehe
Logged

Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!