Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 07:06:39 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Persoalana Lailatul Qadr - khusus atau umum?  (Read 149 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3107


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« on: September 16, 2008, 02:18:31 pm »

Bacaan surah Lailatul Qadar berkumandang di setengah-tengah masjid apabila masuknya malam yang ke 15 Ramadhan. Ada juga dikalangan mereka cuba mentafsirkan semula surah  ini dengan mengatakan Lailatul Qadar  hanya datang sekali sahaja, iaitu semasa penurunan al-Quran. Dikalangan umat Islam juga mempunyai pandangan yang berbeza mengenai apa yang akan berlaku atau apa yang harus dilakukan pada malam al-Qadar ini. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menjelaskan mengenai persoalan samada Lailatul Qadar itu dikhaskan untuk orang-orang tertentu sahaja atau kepada kesemua umat Islam secara umumnya, iaitu mereka yang mendirikan malam pada hari berlakunya peristiwa tersebut.

Apakah Lailatul Qadar bersifat khusus atau umum?
(هل هي ليلة عامة أو خاصة ؛)


Diantara perkara yang dibahaskan ulama' disini adalah : apakah Lailatul Qadar dikhususkan kepada beberapa orang (tertentu sahaja), lalu menzahirkan kepadanya melihat alamat-alamat, atau melihatnya didalam mimpi, atau ada karamah luarbiasa yang terjadi, dan tidak berlaku kepada orang lain? Atau ia merupakan satu malam yang bersifat umum kepada kesemua orang Islam, sehingga hasil pahala dapat dikecapi bersama kepada sesiapa yang melakukan solat / qiam pada masa itu, walaupun tidak dizahirkan apa-apa alamat sekalipun?

Maka kebanyakkan ulama telah memilih pandangan kedua, bersandarkan hadith Abu Hurairah ra.:


من يقم ليلة القدر فيوافقها..
"Barangsiapa yang berqiam pada malam Lailatul Qadar maka dia telah menjumpainya..." [Hadith Riwayat Muslim].

Begitu juga dengan hadith A'isyah ra. :-

رأيت يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر ما أقول؟ فقال: قولي: اللهم إنك عفوٌّ تحب العفو فاعفُ عني
"Apa pendapat kamu Ya Rasulullah jika aku berjumpa dengan Lailatul Qadar dan apa yang hendak aku ucapkan? Jawab baginda : Katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang memberi kemaafan, Engkau mencinta kemaafan, maka maafkanlah aku" [Hadith Riwayat Ibn Maajah dan Imam al-Timudzi].

Maka mereka mentafsirkan perkataan 'menjumpai' atau al-muwaafaqah (الموافقة) dengan maksud 'mengetahuinya', dan ini lah merupakan syarat untuk mendapatkan pahala, ia itu khusus dengannya (dengan 'al-Muwaafaqah').

Ulama' lain memilih makna menjumpainya : iaitu pada diri sendiri, walaupun tidak mengetahuinya, kerana sesungguhnya bukanlah menjadi syarat akibat dari melihat sesuatu atau mendengarnya, sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam al-Thabari.

Ada beberapa kalam ulama' yang meletakkan syarat perlu mengetahui Lailatul Qadar telah menjadi sebab kebanyakan orang awam beritiqad bahawa Lailatul Qadar adalah cahaya yang kuat yang dibuka kepada beberapa orang dengan mendapat kegembiraan, dan sebahagian lain tidak mendapatnya. Maka timbullah orang berkata : Si Fulan telah mendapat Lailatul Qadar. KESEMUA INI TERMASUKLAH PERKARA YANG TIDAK DIDASARKAN DENGAN DALIL YANG JELAS DARI SYARA'.

Maka Lailatul Qadar itu bersifat UMUM kepada seluruh umat Islam yang menunggunya, mencari kebaikkan dan ganjarannya, serta apa yang disisi Allah, iaitu malam ibadat dan ketaatan, dengan melakukan Solat, Tilawah al-Quran, berdo'a, melakukan sedekah, menjalinkan silatul rahim, dan segala perbuatan yang baik.

Paling sedikit seseorang Islam itu boleh lakukan pada malam itu adalah : bersolat Isya' berjemaah, dan solat Subuh berjemaah, kerana kedua-duanya menyerupai Qiamullail. Didalam sebuah hadith sahih Nabi :saw bersabda :

من صلى العشاء في جماعة، فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة، فكأنما صلى الليل كله
"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat separuh malam, dan barangsiapa bersolat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepenuh malam" [Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim dengan lafaznya, dari hadith Uthman, Sahih al-Jaami' al-Shaghir #6341].

Maksudnya 'barangsiapa yang telah bersolat Subuh', iaitu setelah menunaikan solat Isya', dan diperjelaskan didalam sebuah hadith riwayat Abu Daud dan Imam al-Tirmudzi :-

من صلى العشاء في جماعة كان كقيام نصف ليلة، ومن صلى العشاء والفجر في جماعة كان كقيام ليلة
"Barangsiapa bersolat Isya' berjemaah, seakan-akan dia bersolat separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat Isya' dan Fajar berjemaah, seakan-akan dia telah melakukan Qiamullail" [Rujukan seperti diatas, hadith #6342].


Terjemahan dari buku :

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam. Beirut : Muaasasah al-Risalah, 2001. ms 133

-sumber:email
Logged

kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #1 on: September 16, 2008, 04:15:30 pm »

cerita mencari 'tanda keajaiban' mlm lailatul qadar ni bukan terbatas setakat org-org kampung yg kurang pendedahan terhadap ilmu agama.... bahkan kak cik pernah berdepan ngan kawan-kawan yg educated ni la yg bercerita macam-macam pengalaman jumpa ngan lailatul qadar ... masing2 yaqin itulah malamnya . selalu depa kata '' langit nampak macam kosong tak de nampak tompokan awan ...pokok tak bergoyong ...malam tak terasa panas ...tak yah buka aircorn .... lepas tu kita rasa ngantuuuukkk sangat ...kalau tak lawan memang tak boleh buat ibadat malam tadi "...ni kata-kata depa ler...

ntah .... bukan penting mencari tanda-tanda tersebut w/pun ada hadis yg meyebutnya. sebaliknya gandakan amal ibadat sepanjang ramadahan lebih-lebih lagi malam 10 akhir ramadhan...kalo Allah izinkan rezeki utk kita ...maka salah satunya adalah lailatul qadar
Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
srikandi`
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 567


Jihad Fisabilillah


View Profile WWW
« Reply #2 on: September 16, 2008, 09:27:00 pm »

tak kisah lah kita jumpa malam lailatul qodar dalam 10 malam terakhir ni atau tak. yang penting gandakan amalan2 kita pada 10 malam itu... yang penting Allah meredhai amalan kita.. insya Allah..

pernah cerita last year kat hostel matrix, masa sri tengah study sorang2 kat musollah ostel dalam kul 3 pagi camtu, tiba2 pintu musollah ada orang ketuk berkali2. tapi tak dengar pulak tapak kaki orang. uih berdebar pulak rasa. tak tau lah apakah itu. huhuhu...
Logged

"Barangsiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya serta meneguhkan kedudukannya". [S 47:07]
kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #3 on: September 16, 2008, 09:56:27 pm »

tak kisah lah kita jumpa malam lailatul qodar dalam 10 malam terakhir ni atau tak. yang penting gandakan amalan2 kita pada 10 malam itu... yang penting Allah meredhai amalan kita.. insya Allah..

pernah cerita last year kat hostel matrix, masa sri tengah study sorang2 kat musollah ostel dalam kul 3 pagi camtu, tiba2 pintu musollah ada orang ketuk berkali2. tapi tak dengar pulak tapak kaki orang. uih berdebar pulak rasa. tak tau lah apakah itu. huhuhu...

hisss sri....JANGAN PANDANG BELAKANG.....

hmmm...kak cik rasa tu pun tanda lailatul qadar gak kut....

cuba baca yang ni ... dapat dari satu forum


"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya. Aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh. Aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah...

"Berapa lama engkau tak ke masjid!!?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Dia orang tengah renovate masjid lah. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah," sambung abah lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.




Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
Mohidar
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 9


View Profile
« Reply #4 on: September 25, 2008, 10:23:27 am »

Assalamualaikum semua kengkawan,
Selamat menjalani ibadat puasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Bathin.Nak conformlah,betul ke Lalatul Qadar dah turun pada malam 21 hari tu (Sabtu malam Ahad).Saja nak tanya sebab lama tak masuk sini.Wassalam.
Logged
ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 416



View Profile WWW
« Reply #5 on: September 25, 2008, 11:02:59 am »

Tapi yang pasti, malam al-qadr (bukan malam lailatul qadar - salah dari segi nahu bahasa arab) takkan dinikmati oleh orang-orang yang melakukan maksiat.
Logged

YoYoY
Ahli
*
Offline Offline

Posts: 67

Dunia Sementara, Akhirat Kekal Abadi


View Profile WWW
« Reply #6 on: September 25, 2008, 03:55:32 pm »



klau di nikmati org tgh wat maksiat, cam wat maksiat 1000 bulan gak ke?
Logged

.: www.yoyoyspa.com :.              - Authentic Malay Traditional Beauty Care

.: www.yoyoyspa.blogspot.com :.  - Informasi Kesihatan dan Kecantikan Wanita
rahmanw
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3763


View Profile
« Reply #7 on: September 25, 2008, 11:01:01 pm »



klau di nikmati org tgh wat maksiat, cam wat maksiat 1000 bulan gak ke?
tu dah tak jadi malam terbaik 1000 bulan,tapi dah jadi malam terjahat 1000 bulan...
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!