Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 07:20:52 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Tragedi Zakat – Bukti Kerosakan Sistem Kapitalis  (Read 179 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
thinker
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1381

Tegurlah Aku! Sesungguhnya Aku Manusia Biasa!


View Profile WWW
« on: September 18, 2008, 09:04:40 pm »




Pada 15 September lalu, terjadi satu peristiwa yang menyedihkan sekali gus tragis apabila 21 orang mati gara-gara ingin mendapatkan zakat dari keluarga hartawan H.Syaichon. Penulis tidak ingin membahaskan kronologi peristiwa yang menyedihkan tersebut, kerana ia telah disiarkan dan maklumat telah diperoleh di pelbagai koran dan website di kebanyakan di Indonesia dan Malaysia (rujuk : detik.com). Namun, penulis berasa terpanggil untuk menulis dan membahaskan sedikit berkenaan kejadian tersebut dalam perspektif ideologi, iaitu dalam perspektif yang apa dan mengapa kejadian yang seumpama itu boleh berlaku, bagaimana penyelesaiannya dalam islam. Apakah kejadian seperti itu kita hanya melihat sebagai penonton, dan hanya boleh berduka tanpa memikirkan apa di sebalik peristiwa-peristiwa yang semakin hari, malah kejadian seperti itu menimpa kaum muslimin di seluruh dunia. Penulis yakin, ia adalah kerana olah dari tangan-tangan manusia itu sendiri, kerana tuhan Sang Pencipta Alam tidak pernah menzalimi hamba-hambanya, inikan pula melibatkan transaksi pembayaran zakat yang mencakup skop ibadah.

Seperti yang kita ketahui, bahawa sesungguhnya Negara Indonesia adalah salah satu negeri kaum muslimin (bilad islam), di mana pemerintah dan keamanannya berada di tangan kaum muslimin. Cuma saja, Indonesia seperti negara-negara kaum muslimin lainnya tidak menerapkan islam secara kaffah secara bernegara dan tidak boleh diklasifikasikan sebagai darul islam (pemerintah, keamanan dan hukum adalah islam). Ketika ditanya kepada keluarga H.Syaichon, mengapa mereka tidak menyerahkan sahaja kepada pemerintah untuk dibahagi-bahagikan kepada golongan dhu’afa tersebut, mereka menjawab bahawa mereka tidak mempercayai kepada pemerintah dan amanah yang mereka pegang akibat dari fakta dan kenyataan bahawa Negara Indonesia yang terkenal dengan angka rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang ada. Dari kenyataan yang ada, ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sistem kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akar penopang akidahnya sudah semakin jelas kerosakannya dan tidak mampu menjadi penyelesaian kepada permasalahan umat, khususnya kaum muslimin.

Paradigma yang lain, kita dapat melihat bahawa angka kemiskinan di Indonesia adalah semakin hari semakin meningkat dan menyengsarakan walau ada pihak yang telah membuat bancian bahawa bilangan orang-orang miskin telah menurun sebanyak 1-2 persen pada penilaian lepas, namun penulis tetap yakin bahawa angka-angka tersebut tidak boleh mengaburkan mata umat bahawa kehidupan kini adalah sangat menyengsarakan. Umum mengetahui, bahawa kekayaan bumi Indonesia adalah sangat lumayan besarnya. Hasil bumi, bahan mentah serta kekayaan alam amat tinggi dan besar di Indonesia, namun disebabkan distribusi yang digunakan adalah menggunakan kaedah kapitalis, maka kekayaan tersebut tidak sampai ke tangan umat, tetapi hanya sampai kepada golongan tertentu sahaja yang dinisbatkan sebagai golongan kelas atas.

Jadi, penulis menyeru kepada kaum muslimin seluruhnya untuk segera melihat tragedi ini sebagai momentum untuk segera memperjuangkan penerapan syariah di dalam kehidupan. Cukuplah dengan apa yang telah menimpa kaum muslimin sehingga saat ini. Problematika yang menimpa ini adalah bukti bahawa jika kita tidak akan menjadi umat yang terbaik jika kita tidak menjadikan islam sebagai penyelesaian kepada manusia (mu’allajah lil masyakil lil insan). Oleh itu, penulis berharap agar kaum muslimin seluruhnya agar segera bangkit dengan asas kesedaran islam. Wahai teman-teman, para mahasiswa, para karyawan dan semuanya... ayuh, bangun dan bangkitlah untuk segera menyahut seruan islam. Allahu Akbar!

Wallahu'alam
Logged

http://at-tafqir.blogspot.com/

Janganlah  engkau menilai kebenaran itu dari orangnya,
tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan mengenal orang yang mengembannya.
(Saidina Ali r.a)
kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #1 on: September 18, 2008, 09:17:10 pm »

Astaghfirullah ....dasyatnya.....
Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 371


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #2 on: September 19, 2008, 12:23:49 pm »

pemimpin yang baik akan lahir dari pengikut yang baik. memiliki kepimpinan yang baik bermula dari pengikut yang baik.

Saiyidina Ali pernah ditanya, kenapa beliau yang digelar gerbang ilmu. Gagal menyatupadukan Ummah sebgaimana Umar Al Khattab, Abu Bakr Assidiq? Lalu beliau(Ali r.a) menjawab pada zaman mereka pengikutnya seperti aku. Tetapi di zaman aku pengikut aku seperti kamu.

Kisah ini adalah membayangkan dengan jelas. apabila pemimpin bangang rasuah terlantik ia beerti seluruh rakyatnya adalah dari jenis yang sama majoritinya.

Jika Allah menganugerahkan kita pemimpin yang sehebat mana pun, jika rakyatnya bangang. Dengan pasti pemimpin ini tidak akan dihargai dan dipandang lemah. Sedangkan yang bangang dan lemah itu adalah seluruh masyarakat yang akan melahirkan pemimpin yang lemah.

Tabiat menyalahkan pemimpin bukanlah penyelesaian. tetapi menyedarkan masyarakat tentang nilai moral-moral dan apa jua faedah darinya.



 
Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
YoYoY
Ahli
*
Offline Offline

Posts: 67

Dunia Sementara, Akhirat Kekal Abadi


View Profile WWW
« Reply #3 on: September 25, 2008, 04:08:04 pm »



so.. camne nk sume nye baik dr pemimpin smpi le kepada rakyat...
nk wat camne?
Logged

.: www.yoyoyspa.com :.              - Authentic Malay Traditional Beauty Care

.: www.yoyoyspa.blogspot.com :.  - Informasi Kesihatan dan Kecantikan Wanita
Muhammad
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 563



View Profile WWW
« Reply #4 on: September 25, 2008, 06:37:07 pm »

Jika Allah menganugerahkan kita pemimpin yang sehebat mana pun, jika rakyatnya bangang. Dengan pasti pemimpin ini tidak akan dihargai dan dipandang lemah. Sedangkan yang bangang dan lemah itu adalah seluruh masyarakat yang akan melahirkan pemimpin yang lemah.

Tabiat menyalahkan pemimpin bukanlah penyelesaian. tetapi menyedarkan masyarakat tentang nilai moral-moral dan apa jua faedah darinya.
Moga Allah tinggikan martabat pemimpin yang berwibawa dan ikhlas kerana Allah Taala..
Moga Allah beri petunjuk kepada pemimpin yang lemah dan korup...

masyarakat?menjadi tanggungjawab pemimpin untuk membimbing masyarakatnya...
moga Allah beri petunjuk pada kita...
amin...
Logged

musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 371


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #5 on: October 10, 2008, 10:21:01 pm »

muhammad.. Allah tidak pernah menyebut mengubah pemimpin untuk mengubah nasib sesuatu kaum.... tetapi kaum itu sendiri perlu berubah untuk mengubah nasib sesuatu kaum. laraskan fahaman kita selari dengan Al Qur'an insya allah.


so.. camne nk sume nye baik dr pemimpin smpi le kepada rakyat...
nk wat camne?

setiap dari kamu adalah pemimpin dan kelak akan dipertanggungjawab.. siapapun uli 'amri anda x lah menjamin diri anda selamat dari api neraka. lihatlah masyitah di bawah pimpinan fir'aun menjadi penghuni syurga kekal abadi.

dampingi ulama.. dan jaga diri...
« Last Edit: October 10, 2008, 10:24:58 pm by musa assamirah » Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
pulu
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 110


Subhanaullahhi Wabihamdi...


View Profile
« Reply #6 on: October 21, 2008, 10:17:04 pm »

Niat yang baik harus dengan sistem yang baik pula.
Susah dan lebih sedih bila orang-orang yang di amanahi harta namun tidak bersedekah dan mengeluarkan zakat. Karena dalam hadis disebutkan bahwa sifat bakhil/kedekut/pelit dapat menjadikan banyak pertumpahan darah/pembunuhan di berbagai muka bumi dan bermacam problem sosial yang AWAS!
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!