Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 06:11:55 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: nak balik beraya rumah suami ke rumah isteri??  (Read 379 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
mazaziman
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 750


Photographer for Hire


View Profile WWW
« on: September 26, 2008, 10:27:23 am »

bila musim raya datang, mula lah cerita laki bini beperang nak blk beraya rumah sapa. baca kisah ni, dan fikirkan... mana patut anda beraya??

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...

Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?Huh??

Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat

Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun... outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti... taatlah pada suami dan mentua ........

Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emakbapak.

Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan.

(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu?HuhHuh? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnn
Logged

My Flickr

amik nihh dan inihh!!
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #1 on: September 26, 2008, 11:09:08 am »

itu tak per la..ibu die tak desak balik beraya umah die..sesetengah ibu duk meracun anak perempuan die suh pujuk suami supaya leh beraya dengan mereka...biasa la..ibu dengan anak2...kalu buleh...tiap2 taun nak anak2 ade ngan mereka di pagi raya...
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
rahmanw
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3763


View Profile
« Reply #2 on: September 26, 2008, 11:09:32 am »

nak sangat dengar cerita pasal orang yang dah kawin bertekak kerana nak balik rumah mertua...

suami-abang tak kira,tahun ni kita balik rumah mak/pak awak...apa nak jadi...jadi...
isteri-saya tetap dengan keputusan saya,tahun ni kita beraya kat rumah mak/pak abang..... smiley
Logged
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #3 on: September 26, 2008, 11:29:39 am »

hehehehehehe..mujurnye ae yg bertekak cam tu...huahahahahahaha...melainkan kalu ade udang di sebalik mee goreng mamak..
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
nhmr
Guest
« Reply #4 on: September 26, 2008, 01:32:14 pm »

sedihnya la y dapat mentua(suami) y asyik nak beraya ngan dia jer..
Logged
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #5 on: September 26, 2008, 01:58:08 pm »

tak akte mak mertua jer la...mak kite pun..mesti punye duk sibuk suruh anak masing2 beraya dgn die..
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
nhmr
Guest
« Reply #6 on: September 26, 2008, 02:14:22 pm »

mmgla..tapi kalo mak aku dia xpun suh akak2 aku balik tiap2 tahun, biar adil katernya..kalo y suami keja pun aku kater 'xpayah balik kang ape suami ko nak makan..sape nak basuh baju dll laie la...

y aku ckp tu kalo kita pmpuan nie dapat mak mentua pesyen asyik umah dia jer..sian nyer..(pada aku la, agaknya xsggup aku..biola suami aku keja time raya ..huang huang xsanggop xsanggop beraya tnpa mak aku!! xdepek den bayangkan, tapi kalo kena gak kat aku mau aku angkut mak aku sama)
Logged
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #7 on: September 26, 2008, 02:22:01 pm »

cakap skrg boleh la...hahahaha..dah ade mak mertua nanti baru ko tau...huahuahua..tapi aku tak de mak mertua..so aku tak tau pengalaman beraya dgn mak mertua...pak mertua aku sporting jer..tarak hal...1st raya kalu hubby aku ade..musti aku g raya umah pak mertua aku dulu..pastu baru balik umah mak aku..sebab aku duk dgn mak aku...hik hik hik
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
pidos aka anakSOLEH
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1514


anakSOLEH sebagai harta!


View Profile WWW
« Reply #8 on: September 26, 2008, 04:16:49 pm »

tahun ni pertama kalinya beraya ber2....mak sy siap nasihat kami beraya umah mentua.....kesian menantu kerana dok serumah ngan mak mentua......so raya tahun ni g la umah mentua.....

tapi tahun depan kena bergilir beraya di sini (belah suami).....walau dok serumah ngan mak mentua......

apa pon isteri mesti ikot cakap suami......kepada suami jgn tamak dan kejam.....pikirkan perasaan isteri jugak....

hidup umahtangga kena rukun dan tolak ansur....hehehe
Logged

dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #9 on: September 26, 2008, 05:56:55 pm »

betul tu...kalu kite duk dgn family kite..tak salah g beraye umah mertua dulu..mmmg la lain rase raye dgn keluarga sndr ngan keluarga mertua..tapi tu pun family kite gak...mak mertua pak mertua..mak pak kite gak...dah kite nak anak die..kite kene terima mak pak die skali...tul tak?
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
mazaziman
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 750


Photographer for Hire


View Profile WWW
« Reply #10 on: September 27, 2008, 04:41:02 pm »

tahun ni aku beraya belah mertua. haha, 1st time nih. Smiley)
Logged

My Flickr

amik nihh dan inihh!!
kak cik
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1537



View Profile
« Reply #11 on: September 28, 2008, 01:04:48 pm »

Raya kat mana pun sama jer....mertua ke...mak pak kita ke....kedua-duanya adalah orangtua kita ....yang jadi masalah bila melayu ni membudayakan raya tu mesti balik rumah ibubapa ...kalau tak balik mesti tangkap leleh punya, sedih tahap gaban...itu yang dok berebut sakan tuh...sedangkan ini tidak begitu menepati ajaran agama kita....betol tak ??...cuma bukan senang nak 'memulihkan' semula adat yang sudah berkarat dlm masyarakat.

Bagi kak cik ... diceruk bumi mana sekalipun..... tetap indah bila beraya di samping suami dan anak-anak ..... itulah tempat beraya yg terbaik bagi kak cik !! wink
Logged

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا
orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
esr017
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 189


View Profile
« Reply #12 on: October 10, 2008, 09:52:07 am »

xde masalah sgt... tahun ni raya pertama umah mak saya, raya kedua pulang ke rumah mertua... tahun lepas sebaliknya... yg penting setiap raya ada di ke2-2 rumah... setakat alhamdulillah... best...
Logged
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #13 on: October 12, 2008, 02:23:28 pm »

taun ni den tak poi laei umah mertua...demam sepanjang raya..dah baik demam aku masuk kerje dah..ari cuti kene g kelas lak..minggu depan kot baru nak g...tapi pagi raye tu dah kol dah...
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!