kak cik
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 1537
|
 |
« on: August 12, 2008, 01:39:36 pm » |
|
AlhamduliLLah dapat lagi Solat Jumaat hari ini.
Saya turun dari Bas CauseWay Link di Bandar Baru Uda lalu singgah ke Masjid berdekatan bagi menunaikan solat yang wajib. Ternampak jugalah beberapa orang lelaki Islam yang masih berada di warung-warung. Ketika itu bilal sudah memanggil-manggil agar bersegera ke masjid (azan sedang berkumandang). Sepatutnya tuan empunya warung (orang Islam juga) tersebut sudah 'faham bahasa' untuk menutup kedainya agar lelaki Islam yang masih makan dan minum dan baru datang untuk membeli makanan melupakan hasrat mereka (kerana waktu Solat Jumaat bukanlah panjang pun).
ALlah sudah menegaskan di dalam Al Quran di dalam Surah Jummu'ah:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠)
Wahai Orang beriman! apabila kamu diseru untuk mendirikan solat (mendengar azan pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati ALlah (solat Jumaat) dan tinggalkanlah jual beli. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah al Jumu'ah : 9 - 10)
ALLahu ALLah... semoga ALLah memberikan petunjuk kepada mereka ini. Semoga duit tidak menabiri mata, dan dunia tidak menyelubungi diri mereka..
Kaki saya terus melangkah menuju ke masjid dan seterusnya menyudahkan kewajipan sebagaimana layaknya seorang Muslim.
Wahai kaum lelaki! Anda dilarang meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran
Diceritakan oleh Abdul Ja'di Adl Dlamary bahawasanya RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
Barangsiapa meninggalkan 3 kali solat Jumaat kerana memudah-mudahkannya, ALLah mencapkan (nifaq - sifat munafiq) di hatinya. (Riwayat Ahmad, menurut al Hakim - Sahih menurut syarat Muslim)
AbduLLah bin Mas'ud radiyaLLahu anhu menerangkan bahawa Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda (yang bererti:
Sesungguhnya aku berkeinginan benar akan menyuruh seseorang bersolat dengan para jamaah, kemudian aku pergi membakar rumah-ruma mereka yang tidak mahu menghadiri jamaah Jumaat beserta dengan mereka sendiri. (Hadith riwayat Ahmad dan Muslim)
Keistimewaan Hari Jumaat
Hari Jumaat adalah hari yang mulia, masa belajar dulu ustazah selalu ingatkan. Bahawa inilah penghulu segala hari, dalam seminggu inilah sahaja yang ada Solat Jumaat dan tiada pada hari-hari lain. Diwajibkan pula untuk orang lelaki Islam yang sudah cukup syarat untuk mengerjakannya iaitu : Islam, baligh, merdeka dan bermustautin (tinggal tetap), disamping mendengar khutbah yang dapat membina hati serta bersilaturrahim dengan ahli masjid yang lain.
Dari Abu Hurairah radiyaLLahu anhu bahawa RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda (yang bererti ) "Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adlaah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu ini pula dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat." (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa'i serta Tirmidzi yang mengesahkannya)
ALLahu ALLah... ke mana menghilangnya ramai kaum lelaki Islam pada hari ini untuk bersolat Jumaat..
|
|
|
|
|
Logged
|
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #1 on: August 12, 2008, 06:17:05 pm » |
|
 baik mak cik! maaf kak cik. emm.. kak cik ke yang pergi solat jumaat tu? ni satu tajuk yang saya nantikan. ni pengalaman sendiri yang saya lalui. hari jumaat,(tak ingat bila,dalam dua tahun lepas agaknya), hari tu kerja shift pagi dan esoknya off day. so habis kerja boleh terus gerak ke kampung. oleh kerang tak berapa sibuk so dapat lah 'cabut' awal sikit. sebelum tu singgah jap di masjid berdekatan sebab nak solat jumaat.setelah selesai ambil wudhu' aku cuba cari tempat yang agak selesa. oleh kerana masjid tu tak berapa besar,aku cuma dapat tempat diluar masjid yang dialas dengan tukar plastik oleh pihak masjid untuk menampung bilangan jemaah yang agak ramai. setelah selesai khutbah,qammat pun berlagu dengan lantang. sambil aku mengamati qammat,mata aku terpandang satu keluarga (si emak,anak perempuan angaran umur pertengahan 20 dan dua budak lelaki yang bersekolah rendah) yang berjalan di bersebelahan masjid. dalam hati ku berkata "tu melayu tu". tiba-tiba salah seorang budak tu menutup telinganya dengan kedua belah tangannya (aku pasti kerana laungan qammat yang agak kuat tu) "Ya Allah,ampuni lah segala dosa-dosaku,kenapakah aku mesti melihat semua ni" kenapa sikecil itu menutup telinganya? adakah dia tak pernah dengar qammat sebelum ini? mungkinkah kurang didikan agamanya di rumah? "aku hanya berserah kepada Mu Ya Allah" sesudah itu ibadah ku berjalan seperti biasa sehingga selesai.dan aku berdoa agar sikecil tu akan mengarti apa maknanya Qammat. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
rahmanw
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3763
|
 |
« Reply #2 on: August 12, 2008, 07:06:20 pm » |
|
dia tutup telinga sebab speaker kuat sangat kot?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #3 on: August 12, 2008, 08:14:45 pm » |
|
dia tutup telinga sebab speaker kuat sangat kot?
aku duduk lagi dekat dengan benda tu rahman.. ramai lagi yah dok dekat situ. ok je..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
rahmanw
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3763
|
 |
« Reply #4 on: August 12, 2008, 08:24:18 pm » |
|
ko jangan le samakan diri ko ngan budak.... budak tu gegendang telinga lembut lagi... ko punya dah keras kematu.... 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #5 on: August 12, 2008, 08:29:48 pm » |
|
ko jangan le samakan diri ko ngan budak.... budak tu gegendang telinga lembut lagi... ko punya dah keras kematu....  a'ah! ye lah tu.. (letih aku melayan ko rahman..)
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
kak cik
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 1537
|
 |
« Reply #6 on: August 12, 2008, 09:06:27 pm » |
|
kesian nazri ...keletihan
kak cik punya pengalaman camni..... dalam satu perjalanan pulang beraya di kg, kami singgah utk solat jumaat. Kak cik tunggu lam keta jer ler .... masa tu kat bawah bumbung tempat parking keta, ada ramai anak muda yang siap berbaju melayu dan somgkok sedang rancak bersembang. makin lama korum depa makin ramai ....orang azan ke, orang baca khutbah ke depa tetap dok sembang kat atas motor masing-masing ... sampai la waktu nak sembahyang ...alamak, orang dah sembahyang pun depa tak berganjak dari motor depa...rancak gak sembang ... mau di tembak rasanya kesemua sekali ...kak cik keluar tanya kat depa pasaipa tak masuk sembahyang...." tak muat" ...jawab salah seorang dari depa lah ... bila habis berdoa dan jamaah berduyun-duyun keluaq...depa pun start moto dan turut belah camtu jer.... dasyatnya... tak solat jumaat pun ....
manusia yang buta mata hatinya ..... siapa lah agaknya yang mereka cuba 'tipu' .... bodohnya mereka ini...
|
|
|
|
|
Logged
|
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
|
|
Kaseh
Ahli Setia
Offline
Gender: 
Posts: 491
Aku insan biasa,,
|
 |
« Reply #7 on: August 12, 2008, 09:41:58 pm » |
|
kt tmn kte ni mreka menghilang x pgi msjid.kmudian mreka merayau2 hisap rokok.
ada faham?
|
|
|
|
« Last Edit: August 12, 2008, 09:53:08 pm by Nurkhadijah »
|
Logged
|
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidaklah di antara dua orang yang bersahabat kecuali siapa yang lebih menghargai sahabatnya maka dialah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t" .......................................... whateva.. 
|
|
|
rahmanw
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3763
|
 |
« Reply #8 on: August 12, 2008, 09:45:04 pm » |
|
aku tak paham la ko cakap ni dijah.... punya le pelat macam budak kecik je.... boleh tolong jangan ringkaskan satu2 ayat tak?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
kak cik
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 1537
|
 |
« Reply #9 on: August 12, 2008, 09:50:00 pm » |
|
astaghfirullah .... Jah, kalo tak nak kena tegur ngan lifu atau zumindar, kena gunakan BM dalam tajwid dan laras bahasa yang betol .... Jah cakap apa ni jah ??
|
|
|
|
|
Logged
|
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
|
|
Kaseh
Ahli Setia
Offline
Gender: 
Posts: 491
Aku insan biasa,,
|
 |
« Reply #10 on: August 12, 2008, 09:50:14 pm » |
|
ok3.cm dak kecik ke?ngeh3.
|
|
|
|
|
Logged
|
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidaklah di antara dua orang yang bersahabat kecuali siapa yang lebih menghargai sahabatnya maka dialah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t" .......................................... whateva.. 
|
|
|
Kaseh
Ahli Setia
Offline
Gender: 
Posts: 491
Aku insan biasa,,
|
 |
« Reply #11 on: August 12, 2008, 09:50:29 pm » |
|
ok kak cik.
|
|
|
|
|
Logged
|
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidaklah di antara dua orang yang bersahabat kecuali siapa yang lebih menghargai sahabatnya maka dialah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t" .......................................... whateva.. 
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #12 on: August 13, 2008, 12:13:00 am » |
|
aku tak paham la ko cakap ni dijah.... punya le pelat macam budak kecik je.... boleh tolong jangan ringkaskan satu2 ayat tak?
sama lah dengan aku rahman.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
YoYoY
Ahli
Offline
Posts: 67
Dunia Sementara, Akhirat Kekal Abadi
|
 |
« Reply #13 on: August 13, 2008, 12:34:43 pm » |
|
mmg ada gak masjid yg jemaah die camtu, dtg wat syarat, pastu tk smyg alasan masjid penuh. klau kat klcc, penuh smpi ke taman, water cooler jd tempat wudhu. klau kat masjid uia, smpi ke tangga, tp kat tingkat atas kosong, pastu ms khutbah ramai bersembang. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
kak cik
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 1537
|
 |
« Reply #14 on: August 13, 2008, 02:13:50 pm » |
|
wahai pejuang-pejuang Islam. ayuh ! kita penuhkan rumah-rumah Allah ....
Rumah Allah makin lengang .... di isi oleh orang-orang tua yang dah senja ... orang muda semuanya hilang ... sedihh
|
|
|
|
|
Logged
|
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
|
|
rahmanw
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3763
|
 |
« Reply #15 on: August 13, 2008, 03:58:50 pm » |
|
tak dinafikan.... masa tahun akhir 90 an.....selalu datang melaka....dan selalu solat jumaat kat masjid al-azim....memang penuh orang....kadang2 tu sampai kat luar masjid ada jemaah.... tapi sekarang ni....jangan kata luar masjid....kat dalam pun saf masih banyak yang kosong...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
Kaseh
Ahli Setia
Offline
Gender: 
Posts: 491
Aku insan biasa,,
|
 |
« Reply #16 on: August 13, 2008, 10:56:32 pm » |
|
Apasallah mereka x nak pergi masjid\surau untuk solat jumaat? masjid\surau tu kan rumah Allah.
|
|
|
|
|
Logged
|
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tidaklah di antara dua orang yang bersahabat kecuali siapa yang lebih menghargai sahabatnya maka dialah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t" .......................................... whateva.. 
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #17 on: August 13, 2008, 11:15:23 pm » |
|
kesian nazri ...keletihan
kak cik punya pengalaman camni..... dalam satu perjalanan pulang beraya di kg, kami singgah utk solat jumaat. Kak cik tunggu lam keta jer ler .... masa tu kat bawah bumbung tempat parking keta, ada ramai anak muda yang siap berbaju melayu dan somgkok sedang rancak bersembang. makin lama korum depa makin ramai ....orang azan ke, orang baca khutbah ke depa tetap dok sembang kat atas motor masing-masing ... sampai la waktu nak sembahyang ...alamak, orang dah sembahyang pun depa tak berganjak dari motor depa...rancak gak sembang ... mau di tembak rasanya kesemua sekali ...kak cik keluar tanya kat depa pasaipa tak masuk sembahyang...." tak muat" ...jawab salah seorang dari depa lah ... bila habis berdoa dan jamaah berduyun-duyun keluaq...depa pun start moto dan turut belah camtu jer.... dasyatnya... tak solat jumaat pun ....
manusia yang buta mata hatinya ..... siapa lah agaknya yang mereka cuba 'tipu' .... bodohnya mereka ini...
maaf,tumpang lalu.. apa kak cik tak luku je kepala bebudak tu sorang-sorang?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
kak cik
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 1537
|
 |
« Reply #18 on: August 13, 2008, 11:24:07 pm » |
|
luku ?? ...hiss tak lalu den nak sentuh depa ... aurat weh nazri ! lagipun depa tu ramai ... nak luku yang mana satu ?? tak pasai kematu sendi jari den ....
|
|
|
|
|
Logged
|
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #19 on: August 13, 2008, 11:37:07 pm » |
|
luku ?? ...hiss tak lalu den nak sentuh depa ... aurat weh nazri ! lagipun depa tu ramai ... nak luku yang mana satu ?? tak pasai kematu sendi jari den ....
apa,time tu kak cik tak bawak senduk pusaka kak cik sekali ke? rugi-rugi.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
kak cik
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 1537
|
 |
« Reply #20 on: August 14, 2008, 06:06:28 pm » |
|
luku ?? ...hiss tak lalu den nak sentuh depa ... aurat weh nazri ! lagipun depa tu ramai ... nak luku yang mana satu ?? tak pasai kematu sendi jari den ....
apa,time tu kak cik tak bawak senduk pusaka kak cik sekali ke? rugi-rugi. nazri, orang tua cukup pantang ketuk ngan senduk ni .. tak berlaki kata depa...kalo den ketuk bebudak tu...hmmm tak berbini la jawabnya....kan zalim tu..
|
|
|
|
|
Logged
|
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا orang-orang yg apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #21 on: August 14, 2008, 06:27:27 pm » |
|
luku ?? ...hiss tak lalu den nak sentuh depa ... aurat weh nazri ! lagipun depa tu ramai ... nak luku yang mana satu ?? tak pasai kematu sendi jari den ....
apa,time tu kak cik tak bawak senduk pusaka kak cik sekali ke? rugi-rugi. nazri, orang tua cukup pantang ketuk ngan senduk ni .. tak berlaki kata depa...kalo den ketuk bebudak tu...hmmm tak berbini la jawabnya....kan zalim tu.. baik la kak cik.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
rahmanw
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3763
|
 |
« Reply #22 on: August 14, 2008, 06:41:07 pm » |
|
macammana nak sembahyang kak cik.... kalau suruh mengucap pun tak tau.....apatah lagi bacaan dalam sembahyang.... bukan main serkap jarang je ni....tapi aku dah ramai jumpa bebudak yang tak tau mengucap....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
srikandi`
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 567
Jihad Fisabilillah
|
 |
« Reply #23 on: September 16, 2008, 07:14:21 pm » |
|
waaa sedeynya baca topik nie. ntah apa agaknya mereka rasa bila tak solat?? terus terang cakap, kalau tetidur pastu terjaga masa nak dekat2 habis waktu rasa cam nak nangis je. rasa macam bedosa sangat. hmm.. wahai kaum muslimin dan muslimat.. sembahyanglah kamu.. bila agaknya nak sembahyang?? nak tunggu orang sembahyangkan kalian??
|
|
|
|
|
Logged
|
"Barangsiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya serta meneguhkan kedudukannya". [S 47:07]
|
|
|
D nazri
Ahli Senior
Offline
Gender: 
Posts: 3179
|
 |
« Reply #24 on: September 17, 2008, 10:16:14 pm » |
|
waaa sedeynya baca topik nie. ntah apa agaknya mereka rasa bila tak solat?? terus terang cakap, kalau tetidur pastu terjaga masa nak dekat2 habis waktu rasa cam nak nangis je. rasa macam bedosa sangat. hmm.. wahai kaum muslimin dan muslimat.. sembahyanglah kamu.. bila agaknya nak sembahyang?? nak tunggu orang sembahyangkan kalian??
jangan sedih-sedih sri,kan bulan poser ni, tak elok nangis-nangis.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
wartawan
Pengendali Diskusi
Offline
Gender: 
Posts: 564
Macam-macam ada!!!
|
 |
« Reply #25 on: September 18, 2008, 02:49:15 pm » |
|
Diceritakan oleh Abdul Ja'di Adl Dlamary bahawasanya RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
Barangsiapa meninggalkan 3 kali solat Jumaat kerana memudah-mudahkannya, ALLah mencapkan (nifaq - sifat munafiq) di hatinya. (Riwayat Ahmad, menurut al Hakim - Sahih menurut syarat Muslim)
hmm... 3 kali ke ? bukan ke asalkan tinggalkan solat je memang dah berdosa... tak kira sekali ke, dua ki ke, tiga kali ke ... apatah lagi kalo tak solat langsung... hadis inilah yang sering disalah gunakan oleh sesetengah orang.... bila ajak... 'baru dua kali tinggal, minggu depan aku solat le' kata beliau
|
|
|
|
|
Logged
|
Pandanglah segala sesuatu itu dari kacamata oang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain juga.
|
|
|
|