Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 06:45:00 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Wanita yang melukakan Wanita ..  (Read 202 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
najyha
Ahli Baru
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1


what life if there's no love to HIM


View Profile
« on: October 09, 2008, 06:40:14 pm »

Assalamualaikum to all,

Saya yakin ada di site ini yang sudah pun terkena, kaum hawa jua lah yang melukakan hati kaum hawa yang lain..

Sudah di takdirkan oleh Allah s.w.t, tentang rezeki dan jodoh.., maut semuanya ketentuan NYA..

Perkara yang berlaku pada saya recently adalah suatu yang amat diluar jangkaan..ada teman di ceraikan di bulan puasa..ramdhan 2008.  Suaminya bermain cinta dengan wanita lain , dan apabila soalan di ajukan pada graduan di UK ni, katanya si gadis tahu pakwenyer tu sudah berumahtangga..yang peliknya, si gadis tadik berimejkan muslimah yang memang stock2 sejati..

Si Gadis tersebut berazam untuk merampas suami Si Wanita teman saya tadi, katanya dia tak kisah asalkan suami orang tu berharta..Si Isteri tadi cuba mempertahankan rumahtangga nya. Namun atas desakan si gadis maka si suami pun melafazkan talak melalui SMS..di ramdhan , tanpa mengingati akan zuriat yang mereka ada. Cerita yang sedihnya, si isteri memang seorang isteri yang patuh dan taat..dan cerita teman saya ni hanya Allah dan saya saja yang tahu akan kebenarannya..

Si Gadis yang begitu ala ala muslimah ini sangat lah 'wangi" hatinya..bila ditanya lagi ..Adakah dia tahu apa yang dia lakukan akan memporak perandakan rumahtangga orang ..dia tahu..

Sayang seribu kali sayang ....

Seorang insan yang berpendidikan tinggi yang bakal mempunyai PHD dan belajar jauh jauh..sanggup meruntuhkan rumahtangga orang..Si Suami pula ..dengan melupakan apa yang dilalui bersama dengan si isteri hanya kerana nafsu ...begitu skali meninggalkan ..isteri dan anak2..

The point is...to all this so call GADIS..kenapa melakukan perkara begini terhadapa kaum yang lain,..

Saya bukan menghentam..student2 ini ...tapi ingin bertanya ..apabila kita menutup aurat ..adakah kita menutup aurat di hati..apabila kita dengan bangganya mendokong Islam..kita membawa maruah islam itu..kenapa di rampas dan bersikap begini...

Saya banyak menerima cerita yang sama...student bertudung mengejar suami orang...sumernya pepandai belajar sampai kat UK...bila dah sampai sana bergambar posing2 dengan suami orang tersebut tanpa malu.. dan biasiswa yang kerajaan berikan untuk disalah guna begitu...

Iskhhh..tolong jawab sikit..apsal kes kes merampas tunang , suami dan hak hak orang ni...

hawa ohh hawa
Logged

Wallahualam....

NAJYHA
rahmanw
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3763


View Profile
« Reply #1 on: October 09, 2008, 06:52:45 pm »

kak long........
minta maaf ek......sekadar mencelah....
menutup aurat adalah perkara yang wajib dan berperangai tak elok adalah satu perkara yang lain.....jangan dicampur adukkan......
jangan salahkan menutup aurat tu tapi salahkan sikap dia.....sebab yang wajib kita tetap kena buat biarpun dia raja mahupun rakyat biasa...kaya mahupun miskin...tua atau muda....pendek kata sesiapa sahaja selagi dia beragama islam....
den pernah marahkan akak den sebab dia mempersoalkan seseorang yang tak tinggal solat tapi buruk tingkahlakunya....den 'basuh' akak den ngan klorok...den bagi jawapan macam kat atas ni....
den nak mencelah bab ni je......yang lain bagi le kat kaum hawa yang jawab..... grin

Logged
musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 371


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #2 on: October 09, 2008, 11:01:55 pm »

Quote
Iskhhh..tolong jawab sikit..apsal kes kes merampas tunang , suami dan hak hak orang ni...

ni pun rahmanw kena tegur... kita hak Allah bukan hak sesaper... jgn suka memiliki hak Allah...... semua ni pinjaman sebelum mati... ingati mati nikmati hati yang tak mati.
 
Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
pulu
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 110


Subhanaullahhi Wabihamdi...


View Profile
« Reply #3 on: October 14, 2008, 03:39:23 am »

Cheesy semua ini titipan kilat, tak terasa kita telah dewasa dan hari-hari kemarin tlah apa yang kita lakukan untuk dibawa dalam perjalanan yang panjang dan abadi.
Logged
esr017
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 189


View Profile
« Reply #4 on: October 14, 2008, 11:01:03 am »

hmm... kesian...

meh sini jd bini no. 2 saya... hehehe... Cheesy

cabut...
Logged
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #5 on: October 14, 2008, 11:02:50 am »

hmm... kesian...

meh sini jd bini no. 2 saya... hehehe... Cheesy

cabut...

kalu ko nak ambil bekas isteri die jd isteri ko tak salah...jadi janda ni macam2 masalah...org pandang serong...lgpun ko leh tolong jage anak2 die...mulia tul niat ko...bagus la tu..
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
DR.LOVE
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 48


HIDUP PENUH DUGAAN


View Profile
« Reply #6 on: October 14, 2008, 02:27:12 pm »

 Assalamualaikum salam...
cara penyampaian kisah ini penuh emosi...
fikirlah yag baik baik..tiada apa yg Allah takdirkan tidak baik untuk kita. jangan buruk sangka pada kententuan Allah. Yakinlah ada hikmahnya. dan jangan buruk sangka sesama manusia. hidup ini sebentar saja ... wahai sahabat.

si isteri...
fikirlah yg baik baik. kalaupun isteri baik dan taat... itulah kasih sayng Allah untuk meguji taatnya pada Allah pula... kadangkala ego..dia yg betul..dia yg patuh... dia yg setia dia yg taat. mungkin ada yg melukakan suami... hanya suami yg tahu. jangan rasa diri betul itu paling bahaya dalam hidup. biar kita betul, tapi kena selalu minta maaf...
pendapat peribadi.... Allah nak uji dimana nak diletak isteri... wanita paling mulia atau wanita paling hina. pilihlah yg mulia.. rugi rasanya jika telah melalui perit diceraikan lagi dimurkai Allah.
ingatlah kita boleh hidup tanpa lelaki..tapi kita tak boleh hidup tanpa tuhan...

pasal si gadis... saya setuju cakap rahmanw. jangan kutuk pada tudung, jubah dan hijab. kerana itu berbeza dari hatinya. mungkin perasaan benci buat siisteri berfikir begitu..mungkin dia bukan begitu. ingatlah bila marah kita dikuasai saitan..semua yg kita nampak tidak baik.
tidak dinafikan ramai yg nampak bagus tapi tak bagus... kalau benar gadis itu digambarkan sebagai tidak baik dan perampas... biarkan. yg penting siisteri teruslah jd yag terbaik.
tapi harus diingat perampas mungkin lebih baik dari dosa ia berzina.

si suami...
hatinya kita tak tahu .. mungkin matanya dipenuhi cinta si gadis. atau mungkin ada sesuatu yg benar benar melukakn akibat perkataan isteri,yg mungkin si isteri tidak perasan. ingatlah ada suami amat halus hatinya...
Allah akan memberi dia hidayah seandainya dia yg bersalah.
Isteri..teruskan sifat muliamu..jika benar kamu begitu.... kerana jika suami tersalah langkah ..percayalah satu hari nanti dia akan kembali pada mu dan tidak akan meninggalkan mu hingga yg Esa memanggilnya. believe it.
BUT.... jika isteri memilih untuk permusuhan ..dendam dan benci pd suami... atau sigadis... semua ini tak akan berlaku..keadaan akan lebih parah... hati akan lebih busuk dan jadilah sahabat saitan.
oleh itu pilihlah kebaikan... Allah dan berlapang dada. terima tadir dari NYa..

sekadar andaian .. muhasabah diri,..
wassalammm 
« Last Edit: October 14, 2008, 02:36:05 pm by DR.LOVE » Logged

PERJALANANHIDUP INI PENDEK, GUNAKANNYA SEBAIK MUNGKIN.
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #7 on: October 14, 2008, 04:21:08 pm »

aku sokong ape yg doktor LOVE tu kate...kite tak leh nilai org dari luaran...walaupun si gadis tu bersungguh nak kan suami org..mungkin die ade sebab tersendiri...ingat...bertepuk sebelah tangan tak berbunyi...dan mungkin si isteri ada melukakan hati si suami...lidah boleh menidakkan apa yg hati kata..tapi hati tidak
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
esr017
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 189


View Profile
« Reply #8 on: October 15, 2008, 08:46:09 pm »

aik... dyra, sokong pulak dah... alamak... susah ni...

tp ape2 pun, luahan cerita datang drpd si isteri, disampaikan oleh kaum hawa juga... walaupun tiada rasa ingin menyebelahi mana2 pihak... mungkin terdapat ketidaksempurnaan di dalam pembahagian rasa terhadap apa yang ingin diluahkan...

ingatlah, kita bukan ditempat si isteri, ataupun ditempat si suami, atau pun di tempat si gadis... masing2 punyai alasan tertentu... lagipun jodoh pertemuan urusan Allah SWT... walaupun si isteri seorang yg taat perintah Allah SWT, tidak semestinya akan dapat suami yg taat sepertinya... begitu juga sebaliknya...

kadang2, sy rasakan bahawa perkahwinan itu satu percaturan... jika keputusannya baik, maka berterusanlah baiknya... jika sebaliknya, maka berbeza lah perjalan mereka kelak...

wassalam...
Logged
dyra_redhuan
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1817


aku melangkah setapak lagi hari ini...


View Profile
« Reply #9 on: October 15, 2008, 09:30:31 pm »

aku atas pagar sebab aku tak tau situasi sebenar...tak leh nak salahkan lelaki tu lonjong2..tak leh nak salahkan gadis tu segi2..tak leh nak salahkan isteri tu bucu2..kene tengok dari segala aspek..ALLAH takkan jadikan hal ini berlaku saje2..mesti ade sebab munasabab semua ini berlaku...mungkin si isteri tu akan dapat suami yang lebih bertanggung jawab...mungkin suami tu akan lebih bahagia..mungkin gadis tu akan jadi seorang wanita yang lebih solehah...kite kene pandang pada sudut positif..walau banyak mane negetif sesuatu perkara itu..walau seperit mane penceraian itu..walau sepahit mana bermadu itu..tentu ade manis yang tersembunyi..kalu tak di dunia ni...mungkin di akhirat nanti...siapa lah kita untuk menilai hati seseorang itu...
Logged

semalam yang berlalu tak mungkin akan kembali...kekalkan segala kenangan kejap di sanubari...
esr017
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 189


View Profile
« Reply #10 on: October 16, 2008, 08:39:59 am »

yela dyra, tp yg start topic ni bukan dyra... hehehe... mungkin ade buyers kat situ...

wallahu'alam...
Logged
nhmr
Guest
« Reply #11 on: October 17, 2008, 04:47:19 pm »

erm...kadangtu bila kena tang kita pmpuan kita mmg marah..kita rasa dah wat yang terbaik utk suami anak2 dan rumah tangga...saper la y harap cinta y terbina hancur berderai...(kalo ada y nak, wat perbih boreh jer)

tapi kadangtu kita xleh letak kita 100% gud..
pada saya...betul akak mesti kenal kawan akak tu lebih dr kami2 ni...tapi mgkin ada y terlepas pandang oleh akak,,,sbbnya akak bukan dia..
dan kalau pun akak ni dia mungkin ada jugak sesetengah perkara y suami ni xpuas hati.

contohnya..ditempat saya...ada 'pakcik'(skrg jd sales tmpat saya penohkan masa) kira veteran la dah retired dr kerajaan wife pun camtu.. dua2 org kerajaan..
anak depa sorang jer pmpuan dah kawin..depa dah ada cucu pun...

tapi...
hmm...saya xpelik kalau pakcik nie 'ter'menggatal kat luo...pakcik nie baik, saya suka dia..kalau dia offer saya jd anak angkat dia pun saya sudi(walopun sbnrnya saya xsuka akt angkat2 ni)
dipendekkan citer, wife dia teruk..dah sama2 bersara patut dok la umah anak bukan ada pun, asyik nak berleter jer..mmg sifat pmpuan suka berleter(kadang ntah aper2 tp ttp nak bcakap)
tapi bukan sumer lelaki suke..saya tau dia sayang isterinya...xkan xsyang..betahun2 hdup bersama...tapi isteri dia prob.
dilihat dr luaran mmg ok..tapi kawan2 suami nak dtg beraya kat umah pun xbg..mcmna?
smlam plak saya tgok baju pakcik tu xion...(dlm hati saya perang lagi agaknya)

dia nie xcerita pun kat kami ttg isterinya tapi dia citer kat sorang kwn maka Smiley saya turut sama terambil tahu..bukan mengumpat..sekadar iktibar..

kesimpulan nya...kadang benda2 kecik nie la y boleh merosakkan satu hub.sbb hati manusia xsama...tgok la sbb hal y kecik pakcik nie sgt2 berjauh hati..tapi xla sampai kawin laie..

pada suami kawan akak tu...insyaallah dia akan sedar suatu hari nanti andai apa y dilakukan nya salah(mmg salah pun xingat anak isteri)

saya selalu mengigatkan diri saya setiap perbuatan ada balasan ... dan tengah dia dilanda masalah..jgnla ditggalkan dia sendri..kadang time mcm ni family pun susah nak cakap..
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!