Komuniti SHUKUR
January 09, 2009, 07:25:59 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: KEKASIH GELAP...  (Read 221 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
putehsalju
Ahli Baru
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1


~Tanah Rendah Sekebun Bunga, pesisir Darul Iman~


View Profile
« on: October 10, 2008, 08:50:17 pm »

 Assalamualaikum

Seminggu dua ni saya terdengar2 isu kekasih gelap yg semakin kronik melanda masyarakat kita...
Serasa berada di negara barat pula bila isu seperti ini bagai lumrah yg tak perlu dihairankan apabila wanita/lelaki yg mempunyai kekasih gelap, tanpa silu bagai mendabik dada bila mengakui bahawa "kami mempunyai kekasih gelap"... Mad Crying or Very sad

terpanggil saya untuk membawakan pada sahabat sekalian, secebis pedoman yg diharapkan menjadi panduan untuk kita menjalani kehidupan didunia ini...

artikel di bawah ini sebenarnya mencakupi faktor2 dalam melayari hidup sebagai hamba Allahs.w.t. dan dalam hidup berumahtangga.bacalah sehingga patah2 yg terakhir untuk kita selami kehidupan pasca perkahwinan ini.

mohon pada sahabat & warga SHUKUR memberi pandangan dan mungkin berkongsi pengalaman yg didengar/lihat atau sewaktu dengannye untuk dijadikan iktibar...



Segala puji bagi Allah s.w.t., Selawat dan Salam ke atas Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda r.anhum.

Amanah merupakan suatu perkara yang amat besar dalam Islam. Islam menuntut penganutnya agar sentiasa menjaga amanah dan menjadi seorang yang beramanah dalam menjalani kehidupan seharian. Dengan erti kata lain, sekiranya seseorang itu meninggalkan sifat amanah, maka dia telah beramal dengan sifat khianat, suatu sifat yang paling dibenci dan dimurkai.

Amanah wujud apabila kita telah diberikan sesuatu perkara untuk dipelihara. Umpamanya dalam sebuah perkahwinan, seorang isteri wajib menjaga amanah suaminya termasuklah menjaga maruah, harta dan anak2 hasil perkahwinan bersama suami. Apabila amanah telah dikhianati, maka bermulalah saat kerosakan dan keruntuhan dalam institusi rumahtangga.

Seorang isteri solehah amat mudah untuk memasuki syurga. Namun terlalu payah untuk menjaga perkara yang bakal menjebak dirinya ke lembah neraka. Ulamak selalu memberikan perumpamaan bahawa seseorang isteri yang menjaga segala perintah Allah dan mentaati suaminya dalam perkara yang dibenarkan syarak, maka wajiblah tempatnya di dalam syurga.

Namun, halangan nafsu menjadi suatu perkara yang amat besar dalam kehidupan seorang wanita. Sebab itulah disebutkan dalam sebuah hadis, antara perkara yang perlu disegerakan oleh seorang Islam apabila tiba waktunya adalah mengahwinkan anak gadisnya. Fitnah seorang wanita adalah sangat besar. Seumpama besarnya peranannya dalam mencorakkan masyarakat.

Islam menetapkan bahawa tanggungjawab seorang isteri akan beralih daripada mentaati kedua ibu bapanya kepada suaminya apabila telah berkahwin. Bukanlah bermaksud tak perlu mentaati kedua ibu bapa, namun hierarki ketaatan tersebut telah berubah. Namun bagi seorang anak lelaki, ketaatan dan tanggungjawab utama tetap terhadap kedua ibu bapa.

Jika difikirkan dan dikaji secara mendalam, kita akan mendapati bahawa tanggungjawab seorang isteri itu sangat besar. Namun, ia tidak meliputi banyak tanggungjawab, sebaliknya tanggungjawabnya banyak melibatkan dirinya sendiri. Berbanding suami, tanggungjawabnya amat besar dalam mencari nafkah, mencorakkan keluarga dan sebagainya.

Dalam suasana kehidupan yang serba moden ini, merupakan satu cabaran yang amat besar bagi seorang suami untuk menjaga ahli keluarganya. Akibat tekanan hidup dan desakan ekonomi, maka hamper kesemua ahli keluarga telah dikerahkan untuk bekerja mencari pendapatan. Budaya kerja tradisional yang meletakkan suami dan bapa sebagai pencari rezeki tunggal sudah tidak lagi popular. Malah ada antara keluarga telah menterbalikkan fungsi setiap ahli keluarga. Ibu dan isteri bekerja mencari rezeki manakala suami dan bapa bertindak sebagai suri rumah. Istilah Mr. Mama, Sura Rumah dan sebagainya yang mewakili golongan ini sudah semakin popular.

Dengan wujudnya situasi seperti ini, maka banyak perkara dan masalah baru telah wujud. Isteri bertindak sebagai ketua keluarga, suami mengambil alih tugas rumahtangga, anak-anak terabai kasih sayang dsb.

Hakikatnya, Islam telah meletakkan suatu garis panduan yang cukup sempurna untuk diikuti. Hanya kita sahaja yang mereka2 sesuatu demi memenuhi tuntutan nafsu dan akal fikiran yang singkat.
Suatu masalah yang semakin membarah dalam masyarakat Islam telah dikesan yang antara lain menjadi faktor penyumbang terbesar keruntuhan institusi kekeluargaan iaitu kecurangan suami dan isteri. Ini berlaku akibat kurangkan penghayatan agama dan moral sehingga melupakan matlamat kehidupan yang sebenar.

Hubungan gelap pasangan suami isteri dengan rakan sekerja atau rakan sepengajian semakin berleluasa. Ada kes dikesan sehingga ke tahap melahirkan anak luar nikah, perzinaan dan sebagainya. Semua kesalahan ini sudah dianggap sebagai lumrah sehinggakan tiada lagi perasaan takut ataupun malu dengan perbuatan tersebut.

Bagaimana perkara ini boleh diatasi dan dielakkan? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan kita kembali menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Perkara pertama yang perlu diambil perhatian adalah apakah matlamat kita dalam kehidupan? Adakah ingin memiliki kekayaan sebesar gunung? Ingin memiliki kuasa tertinggi dan penghormatan masyarakat? Atau apakah sebenarnya?

Allah telah menyatakan dengan jelas tujuan manusia dihantar ke atas muka bumi ini iaitu untuk beribadah kepadaNya. Dengan kata lain, matlamat utama kita hanyalah untuk mencari keredaan Allah dengan menyediakan bekalan secukupnya buat menempuh kehidupan alam akhirat.

Oleh itu, para isteri selayaknya bertugas di rumah. Terlalu banyak tugasan selain mencari pendapatan yang perlu dilaksanakan. Kadang2 para wanita terlalu mencari hak kesamarataan antara jantina. Hinggakan ramai antara mereka yang telah keluar dari rumah atas alas an untuk bekerja. Akibatnya, kehidupan sosial masyarakat telah semakin tergugat. Ditambah lagi dengan kedangkalan dalam hal yang melibatkan penutupan aurat dan menjaga kehormatan. Mata para lelaki tidak lagi selamat menyaksikan aurat wanita saban hari. Akibatnya, wujud anasir2 baru yang merosakkan masyarakat dengan kemunculan pencabul kehormatan, perogol, peragut dsb.

Anak2 juga sudah semakin bebas keluar masuk rumah disebabkan ketiadaan ibu bapa yang memantau pergerakan mereka. Maka, saban hari kita mendengar kes2 penculikan, cabul, rogol, pergaulan bebas yang membawa kepada perzinaan, dadah dan sebagainya.

Jika terpaksa bekerja untuk membantu suami, maka syaratnya amatlah ketat yang mungkin tidak sanggup untuk diikuti oleh para isteri. Dengan kewujudan dunia tanpa sempadan (internet), maka sewajarnya para wanita dan isteri menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk mencari pendapatan sampingan. Tidak perlu menayang muka di kedai sekiranya ingin berniaga. Cukup melakukan promosi dan transaksi secara atas talian (on-line).

Jika terpaksa juga untuk melakukan tugasan di luar rumah, maka perkara pertama yang harus dipastikan adalah keselamatan maruah. Elakkan daripada sentiasa terdedah kepada pergaulan dengan berlainan jantina. Jangan berbicara perkara2 yang tidak berfaedah umpamanya gossip, hal peribadi, masalah rumahtangga dan sebagainya dengan rakan sekerja terutama yang berlainan jenis. Pakaian yang dipakai juga harus diteliti. Jika terpaksa membuka aurat, maka selayaknya wanita tersebut meninggalkan pekerjaannya. Ingatlah matlamat utama kita dalam kehidupan.

Apabila kita dalam menjaga batasan dalam kehidupan kita, maka Allah akan menurunkan rahmat dan berkat atas setiap pekerjaan. Hasilnya pendapatan kita akan menjadi berkat dan menumbuhkan daging2 kesolehan dalam diri dan ahli keluarga kita.

Kepada para suami, jika tidak dapat memastikan pergerakan isteri dan menjaga keselamatan serta maruahnya, maka adalah lebih baik jika tidak membenarkan para isteri untuk bekerja. Biar miskin harta, tapi kaya dengan akhlak dan maruah daripada kaya harta namun akhirnya terpaksa menanggung beban dan dosa di dunia dan akhirat.

Wallahua’lam

credited to: www.al-bayaan.blogspot.com
« Last Edit: October 10, 2008, 08:58:25 pm by putehsalju » Logged
rahmanw
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3763


View Profile
« Reply #1 on: October 10, 2008, 09:14:15 pm »

terima kasih kak teh.....
panduan yang cukup berguna kepada suami/isteri atau bakal suami/isteri (termasuk den  grin)
Logged
musa assamirah
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 371


Dont Act Jelously Jerk At Life


View Profile WWW
« Reply #2 on: October 10, 2008, 10:06:11 pm »

ramai kawan2 laki saya kecewa dengan bini mereka yang mengamalkan trend kekasih gelap ni... alasan deme ompuan ni mudah jer.. suami tak power... hish... ni ler kahwin kerana sex imaginatif. teransang syahwat dengan perbuatan kotor lagi jahat.

sedangkan anak dah lebih dari 2 orang. penyelesaiannya cerai nusyuz.. boleh dikatakan  10 kekawan lelaki saya 9 orang ada yg mengalami kes sedemikian.

ada masih mengharap isteri mereka kembali sedar dan kembali pada keluarga bahagia yang dah terbina belasan tahun.




Logged


sokonglah karya sains teknologi malaysia
nhmr
Guest
« Reply #3 on: November 19, 2008, 08:36:54 am »

kekasih gelap..
dah mcm trend dah skrg..utk aper ntah..
tapi rasanya salah satu peyumbang kpd mslah nie
kurang nya komunikasi antara pasangan..

wallahhualam
Logged
D nazri
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3179


View Profile
« Reply #4 on: November 24, 2008, 05:26:39 pm »


menarik,cukup menarik! terima kasih PutihSalju.



terima kasih kak teh.....
panduan yang cukup berguna kepada suami/isteri atau bakal suami/isteri (termasuk den  grin)



 grin
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.7 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!