Komuniti SHUKUR
March 12, 2010, 06:02:15 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Inilah Universitiku  (Read 473 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
thinker
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1415

Tegurlah Aku! Sesungguhnya Aku Manusia Biasa!


View Profile WWW
« on: November 11, 2008, 11:13:25 pm »



Institusi pelajaran yang amat dipuja oleh sebilangan pelajar adalah sewaktu mereka dapat menginjakkan kaki di universiti. Di kebanyakan negara di seluruh dunia, kebiasaannya akan terdapat universiti sebagai tempat pembelajaran kepada mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan kata lain, universiti adalah tempat agung bagi kalangan pemikir dan ilmuwan di seluruh dunia. Apabila kita menyebut universiti, akan terbayang di benak kita tempat yang besar dan terdiri dari beberapa bangunan fakulti sekali gus tempat belajar bagi mahasiswa. Kemudahan prasarana yang serba lengkap untuk kegunaan mahasiswa seperti perpustakaan, kantin, asrama, bengkel, makmal dan lain sebagainya adalah kunci kepada status universiti itu sendiri. Semakin lengkap prasarana yang ada, maka semakin ramailah pelajar dan berkembang pesatlah ilmu yang ada. Ini lumrah dan asas kepada berdirinya universiti itu sendiri.

Namun, bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem kapitalis, belajar bukanlah satu amalan yang gratis alias percuma! Harus bayar, bayar dan bayar. Wang menjadi sandaran kepada eksistensinya seseorang pelajar di sebuah institusi di mana pun. Ada yang dibiayai oleh orang tua, kerabat dan teman-teman. Jika tidak mampu, ada pula yang sanggup meminjam kepada sanak saudara atau tempat pinjaman seperti bank (yang berdaftar) atau along (yang tidak berdaftar). Memang susah dan rumit untuk belajar di mana pun kecuali bagi mereka yang keluarganya kaya raya dan cukup semuanya. Bagaimana dengan saya? Kalian? Dan teman-teman di luar sana? Mampu untuk belajar? Ya... mungkin saja mampu, tapi tetap saja berat memikulnya. Seperti saya, terpaksa belajar dan bekerja. Walau dalam dimensi dan waktu yang berbeda, namun ia terasa berat menjalaninya. Fokus pula perlu tinggi, dan konsentrasi harus senantiasa ada. Jangan sampai kita melebihkan bekerja, lalu belajar terabai. Ataupun, kita terlalu kuat belajar sehingga tidur lewat dan keesokan harinya lewat untuk ke tempat kerja. Mmm... anda mampu?


Belajar & Bekerja Di Universiti?

Jangan keliru dulu dengan kenyataan di atas. Harap antum baca dulu, apa yang saya ingin kongsikan. Sebenarnya, saya ingin berkongsi kepada para pembaca tempat saya belajar sekali gus ‘universiti’ tempat saya belajar. Ia unik dan saya yakin bahawa para pembaca pernah belajar di tempat ini. Belajar di sini tidak memerlukan modal untuk membiayainya. Malah, kita akan dibayar kerana status kita sebagai pelajar. Eh, aneh kan? Belajar kok dapat wang alias upah. Jangan kaget dong, ini kerana ‘universiti’ yang saya ingin perkenalkan adalah tempat di mana seseorang itu bekerja. Yaa... namanya kan bekerja, tentu saja dapat gaji dan upah.

Kenapa saya katakan bahawa tempat bekerja itu adalah sebuah tempat belajar sebanding universiti? Bahkan boleh melebihi kriteria sebuah universiti. Guys, saya pernah bekerja dalam banyak bidang. Walau ia pekerjaan yang tidaklah dikategorikan sebagai proffesional seperti kerja di hotel sebagai banquet service, tukang masak di Burger King, pelayan KFC, kerani, teknikal komputer di Cyber Cafe dan yang terakhir dan paling lama (3 tahun) adalah sebagai sales executive di pusat komputer di Kuala Lumpur (kamu mungkin bisa menerkanya). Jujur saja, ketika saya mula bekerja dulu, saya tidak tahu banyak perkara mengenai komputer. Walau saya minat dan cenderung di dalam bidang komputer, tetapi saya tidak mendapat latihan dan kemahiran secara formal di institusi-institusi pengajian tinggi. Jadi, pada peringkat awal memang agak sukar bagi saya bekerja di dalam bidang yang sememangnya di luar kemampuan saya. Menghafal aksesoris dan harga, mengenal pasti fungsi dan kemampuan bagi sesebuah perkakasan (hardware) dan perisisan (software), mengetahui nilai pasaran (market value) dan pro-kontra sesuatu barangan dan banyak lagi. Terlalu banyak sehingga mampu membuat saya berfikir beberapa kali untuk meneruskan niat untuk bekerja di dalam bidang ini. Akhirnya saya tetap teguh untuk terus bekerja di situ dan cuba belajar apa yang saya tidak kuasai.

Teman, cuba perhatikan! Jika kita belajar di IPT dalam bidang IT (information technology) pada semester awal, kita akan mengambil beberapa subjek penting seperti Aplikasi komputer, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Sejarah. Ketika saya bekerja di situ, saya juga belajar hal yang sama secara praktikal berkenaan aplikasi komputer berserta peralatan-peralatan yang terkini. Ketika saya hendak menjualnya, maka sudah barang tentu ada pelanggan (customer) tempatan atau luar negara yang berkomunikasi dengan bahasa ketiga iaitu bahasa inggeris. Pada mulanya, memang saya agak mengelak dan gementar untuk melayan pelanggan yang sebegini, namun lama-kelamaan sifat itu telah terkikis dengan tidak sengaja. Lalu, berhasillah saya menguasai bahasa inggeris (walau tidak sempurna) yang lazim dan biasa digunakan dalam komunikasi harian. Semakin hari, saya semakin pede (yakin) terhadap diri sendiri. Bagaimana dengan subjek matematik? Tentu kalian bisa menebaknya kan. Dalam transaksi jual-beli, tentu akan ada nilai (harga) dan tawar menawar dari peniaga dan pembeli. Secara tidak langsung, seorang penjual (kebiasaannya) akan cekap dalam pengiraan walau ia adalah angka-angka yang lazim. Tapi, kadang-kadang ia agak rumit juga apabila melibatkan kad kredit atau bayaran cek pada kuantiti yang banyak dan perkakasan yang berbeza-beza. Tapi, kerumitan tersebut akan bisa diatasi dengan menjalani hari-hari mendatang dengan penuh motivasi dan semangat ingin tahu.


Jadi, Belajarlah Di mana-mana


Sebenarnya apa sih yang dinamakan belajar? Kamus Dewan Eja Pro di dalam laptop saya mendefinisikannya begini; berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian), menuntut ilmu pengetahuan, menjalani latihan, dan lain sebagainya. Walau apa definisi yang kita gunakan, saya yakin semua menjurus kepada mafhum yang sama iaitu proses manusia menimba ilmu. Jadi, tidak semestinya sesuatu ilmu itu kita dapatkan secara formal di kelas-kelas atau di kuliyah-kuliyah. Bahkan, jika seseorang itu hanya duduk dan berbekalkan otak dan akalnya, lalu berfikir dengan melihat alam persekitarannya, lalu mendapatkan sesuatu ilham, maka di situlah proses menimba ilmu baginya. Simple bukan? Ya simple bagi mereka yang mahu berfikir dan mengerahkan akal fikirannya di dalam hal-hal yang menjurus ke arah peningkatan taraf pengetahuannya. Akhir sekali, penulis berharap agar semua yang membaca tulisan ini bisa berfikir dan belajar di mana saja anda berada. Semua dengan harapan, kita semua ‘mengutip’ ilmu yang telah Allah SWT tebarkan di muka bumi ini.

Wallahu’alam
« Last Edit: November 12, 2008, 12:36:12 am by thinker » Logged

http://bahrulfikri.wordpress.com/

Janganlah  engkau menilai kebenaran itu dari orangnya,
tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan mengenal orang yang mengembannya.
(Saidina Ali r.a)
asrar
Ahli Setia
*
Offline Offline

Posts: 271


sayangislam


View Profile
« Reply #1 on: April 14, 2009, 12:33:12 am »

ni mcm nak wat tesis je...

jom msuk u..
Logged

RaHsIa Di HaTi,,
     tAk SiApA yAnG mEnGeRtI;
JaDi..
  ...TaK PeRlU uNtUk DiKeTaHuI;-P
afaf
Ahli
*
Offline Offline

Posts: 85


View Profile
« Reply #2 on: January 08, 2010, 05:04:51 pm »

My working place is my learning place.

Walaupun sy graduate engineering, tp kat Univ ni lebih kepada calculation je, tu psl bile grad kerjaya utama yg budak2 coz sy keje cikgu tuisyen, pastu mmg target KPLI. Skil seorg engineer mmg kurang.

Skil engineer cam electrikal system mmg byk belajar semasa kerja. Tambah pulak bile kerja private. Sume kene buat. Klau bhgn projek lak, ikut projek, klau projek tu ada 11 system, semua kene bljr. Tapi di sini le letaknya keseronokannya. Belajar le hingga ke liang lahat.
Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.10 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!