Komuniti SHUKUR
March 13, 2010, 04:12:53 am *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Siapakah kita ?  (Read 71 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
wartawan
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1162


Macam-macam ada!!!


View Profile WWW
« on: February 04, 2010, 10:26:10 am »

 Assalamualaikum  embarassed embarassed

Siapakah orang yang sombong?
>
>Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak
>mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul
>Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan
>langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
>
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
>
>Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk
>melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa
>tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
>
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
>
>Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan
>ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan
>kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
>
Siapakah orang yang kuat?
>
>Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika
>ia didalam kemarahan.
>
Siapakah orang yang lemah?
>
>Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
>matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan
>kemungkaran itu.
>
Siapakah orang yang bakhil?
>
> Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk
>membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
>
Siapakah orang yang buta?
>
>Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti
>akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
>daripadanya.
>
Siapakah orang yang tuli?
>
>Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang
>baik namun tidak diendahkannya.
>
Siapakah orang yang sibuk?
>
>Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
>solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
>Sulaiman a.s.
>
Siapakah orang yang manis senyumannya?
>
> Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
>musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
>sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu
>ini", sambil mengukir senyuman.
>
Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
>
> Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang
>bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
>dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
>
Siapakah orang yang kaya?
>
>Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
>tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
>
Siapakah orang yang miskin?
>
>Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
>sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
>
Siapakah orang yang pandai?
>
>Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari
>kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
>
Siapakah orang yang bodoh?
>
>Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga
>untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
>
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
>
>Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
>mempertingkat ilmu agamanya.
>
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
>
>Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak
>memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
>
Siapakah orang yang gila itu?
>
>Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya
>dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
>sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak
>siuman akalnya.
>
Siapakah orang yang rugi?
>
>Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
>masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
>
Siapakah orang yang selalu ditipu?
>
>Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa
>kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
>
Siapakah orang yang paling cantik?
>
>Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
>
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
>
>Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
>membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
>saujana mata memandang.
>
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
>
>Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
>membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
>
Siapakah orang yang mempunyai akal?
>
>Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
>kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
>siksa neraka.
>
Siapakah org yg bijak?
>
>Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau mengabaikan posting ini
>begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain supaya
>tak jadi Busuknya Orang.  grin grin
Logged

Pandanglah segala sesuatu itu dari kacamata oang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain juga.
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.10 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Joomla Bridge by JoomlaHacks.com
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!