
,
JaKIM pun guna 1 gak...
1Malaysia 1Halal...

Latar Belakang Kempen
Kempen 1 Malaysia 1 Halal merupakan sebuah inisiatif terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau lebih sinonim sebagai JAKIM bagi meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pengguna terhadap sijil dan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM dan/ atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bakal dilancarkan pada hari Maulidur Rasul 2010, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dijangka merasmikan kempen tersebut di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini bakal disusuli disetiap negeri di Malaysia dan dijangka akan diadakan di pusat membeli belah terpilih.
Tempat
Masjid Negara, Kuala Lumpur
Tarikh
26 hingga 28 Februari 2010
Masa
10:00 pagi hingga 10:00 malam
Objektif Kempen
Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap logo halal Malaysia;
Menyediakan platform kepada usahawan Bumiputera untuk mempromosi serta menjual produk dan/ atau perkhidmatan Halal mereka kepada para pengunjung;
Menyediakan platform kepada usahawan untuk meneroka peluang perniagaan di dalam industri halal dengan mewujudkan jaringan dan membuka peluang pasaran; dan
Memberi khidmat nasihat melalui Klinik Halal - memberi penerangan serta menyelesaikan isu-isu berkaitan industri halal.
Aktiviti
Pameran dan jualan produk/ perkhidmatan Halal oleh usahawan
Kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Pelancaran anugerah Halal
Forum Perdana Hal Ehwal Islam
Seminar halalan toyyiban
Demonstrasi dan tips masakan halalan toyyiban
Pertunjukan fesyen muslim/muslimah
Persembahan nasyid
Pertandingan memasak
Pertandingan melukis/mewarna
Sila klik disini untuk jadual aturcara
Pameran 1 Malaysia 1 Halal
Memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosi serta memasarkan produk dan/atau perkhidmatan halal ditapak pameran yang disediakan. Sila hubungi Encik Anwar Chamil (DagangHalal.com) untuk maklumat lanjut di +603-2171 1128 (pejabat) / +6012-281 2294 (h/p) /
anwar@daganghalal.com (e-mel).
Mengenali Logo Halal Malaysia
Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
(Sumber: JAKIM)
Pertanyaan lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program di atas, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
Anwar Bin Chamil (DagangHalal.com): +603-2171 1128
Encik Khairil Bin Sood (JAKIM): +603-8315 0125
Ustaz Raja Mohd Alias Bin Raja Ali (JAKIM): +603-8315 0216
atau rujuk ke
http://www.daganghalal.com/1Malaysia1Halal/1Malaysia1HalalCampaign_malay.asp