
adik-adikku yang dikasihi, tak perlu persoalkan hb tu boleh diderma ke tidak sebb hakikatnya apabila u all dah derma darah secara tidak langsung hb tu akan ikut sekali...sbbnya hb tu kan terdapat di dalam sel darah merah dan sel darah merah adalah salah satu komponen darah selain sel darah putih dan plasma darah; hb tu la yang memberikan warna merah pada darah kita dan membawa oksigen ke seluruh badan, sbb tu kalau tak cukup hb memang org nampak pucat dan tidak baik untuk kesihatan. hb juga berperanan membawa karbon dioksida dari badan ke peparu untuk dikeluarkan semasa kita exhale:smilie:
Thalassemia pula merupakan masalah darah yang berpunca dari keturunan. thallasemia menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah dan hb yang cukup untuk keperluan badan. org yang ada thallasemia boleh mengidap anemia sama ada ringan atau teruk. sbb tu org thallasemia nie memerlukan darah dari luar untuk membantu mereka mengekalkan kesihatan dan tahap hidup yang lebih baik

g6pd juga merupakan masalah keturunan. individu yang ada g6pd menghadapi kekurangan enzim glucose-6-phosphate dehydrogenase yang membantu sel darah merah berfungsi dengan lebih baik. sel darah merah individu yang ada g6pd boleh pecah (hemolytic anemia) apabila terdedah kepada ubat, makanan ataupun jangkitan tertentu. anak saya ada g6pd, so awal-awal lagi kita memang elakkan die dari benda-benda ni. contohnya kacang kuda, certain antibiotik dan semburan-semburan untuk bunuh serangga. InsyaAllah kalau dijaga dengan baik memang tak ada masalah...
salam