Surau tampak kecil pada nama jikalau dibandingkan dengan masjid tapi fungsinya tiada beda kerana suraulah juga dijadikan sebagai pusat pembanganunan ilmu,insan dan masyarakat. Kita sebagai masyarakat setempat seharusnya menghargai dan mengimarahkan surau. Mungkin ada di antara anda yang tidak mengetahui surau berdekatan anda.
Mulakan eksplorasi untuk mengenali lokasi surau-surau yang berdekatan di sekitar anda. Salurankan informasi dari bentuk teks & imej di laman web ini. Semoga dengan segala maklumat yang anda berikan mengenai rumah Allah itu dijadikan wadah kepada semua sebagai pusat pembangunan insan dan takwa di samping memberi penilaian pada setiap surau yang anda ziarahi. Jikalau kotor, perlulah dibersihkan tapi kali ini kita membuat pendekatan yang berbeza.
Sesungguhnya kita tahu bahawa Kebersihan itu suatu keindahan dan Allah cintakan keindahan. Kepada mereka yang menjurus kepada kebersihan sebenarnya suatu pengabadian kepada tuhan yang cintakan keindahan.
|
|
|
|
|