head_kiri head_kanan  
| SHUKUR | Tazkirah | Wakaf | Diskusi | Surau Anda |
head_kiri head_kanan
Komuniti SHUKUR
Assaamualaikum Guest.






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Wakaf @ SHUKUR
Proses Wakaf
Terkini @ Wakaf SHUKUR
SHUKURians Online
Kami ada 3 tetamu dan 6 pengguna online
  • alhana
  • myhoney
  • mazaziman
  • mukadepan
  • nazri D
  • nurulDYRANA
Promosi @ SHUKUR


Dapatkan Kod
[Di Sini]

Surau 4: Midvalley Megamall Reloaded
Sudah lebih sebulan surau di Midvalley ini dipindahkan ke lokasi yang baru. Lokasi surau ini masih berada di aras LG, aras yang sama dengan surau terdahulu. Antara kelainan yang ditonjolkan dalam surau ini adalah persekitaran surau yang nyaman dengan pendingin hawa yang dikongsi dengan seluruh bangunan (Central Air-Conditioning). Kipas yang berputar ligat juga menambahkan lagi keselesaan pengunjung yang hendak menunaikan solat.

Surau ini masih lagi dipantau oleh pihak pengurusan Midvalley sendiri. Persekitaran dan kebersihannya sentiasa dijaga bagi menjamin keselesaan para pengunjung. Menurut beberapa pengunjung yang ditemui, mereka sangat berpuas hati menunaikan solat di sini berbanding di kawasan yang terdahulu dengan suhu dan persekitaran yang kurang selesa dan terpaksa melintas jalan raya.

Namun, disebalik keselesaan ini, masih ada juga beberapa kelemahan dan kekurangan yang mungkin boleh diatasi, antaranya laluan masuk yang sangat rapat dan sempit, serta luas kawasan yang agak kecil berbanding surau terdahulu.

Menurut beberapa pengunjung wanita, ada di antara mereka yang terpaksa menunggu giliran untuk mengambil wuduk dan menunggu giliran untuk menggunakan telekung. Mungkin masalah ini tidak dihadapi oleh pengunjung lelaki. Secara peribadi, kepada pengunjung wanita, adalah lebih molek jika anda membawa telekung anda sendiri.

Menurut mereka lagi, surau baru ini agak kecil berbanding surau lama, mungkin hanya mainan minda mereka sahaja kerana ketika itu pengunjung yang hendak solat sangat ramai. Jumlah pengunjung lelaki ketika itu juga agak ramai tetapi terkawal.

Rating kami: 7.5/10
Rating anda? Sila ke Diskusi

 

Terkini @ Surau Anda
ImageSurau Anda kembali dengan ulasan surau terkini di sekitar Lembah Kelang. Kali ini Skuad Surau Anda akan memberikan ulasan mengenai surau terbaru di pusat membeli-belah Midvalley Megamall.
Baca lagi...
 
Tazkirah SHUKUR
ImageDalam era globalisasi yang diserikan lagi dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), SHUKUR melangkah setapak lagi, dengan penyampaian Tazkirah melalui kaedah multimedia.
Baca lagi...
 
Diskusi SHUKUR
footer