Komuniti SHUKUR
February 09, 2010, 05:26:49 pm *
Welcome, Guest. Please login or register.
Login with username, password and session length
 
   Home   Help Search Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: KEBERKATAN SURAH YASSIN..JOM KONSI BERSAMA!  (Read 2889 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« on: April 07, 2006, 05:30:58 pm »

KEBERKATAN SURAH YASIN
RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang
sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah
Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya
ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.

 
<<<<>>>>><<<<<>>>>><<<<<<>>>>>>><<<<<<<>>>>>>>><<<<<<<

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang

O Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

O Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

O Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat
ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

O Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

O Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

O Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut.

O Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya
kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

O Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan
Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

O Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita
orang Islam dll.

O Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk
tanam. Tanaman akan subur.

O Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang
belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa,
hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

O Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati
yang kering akan hidup semula.

O Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah
s.w.t. yang satu.


O Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

O Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

O Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu
menaiki kenderaan.

O Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk
dijauhkan fitnah dalam hidup.

O Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

O Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

O Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

O Tiupan ke-dua - Hancur

O Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang
Mahsyar.

O Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

O Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,
baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

O Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.
Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

O Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk
doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang
dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan
79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di
hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat
ini.

O Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

O Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca
pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis
ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)
berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat
« Last Edit: April 07, 2006, 05:35:04 pm by NANA » Logged



mawar merah
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 731


View Profile
« Reply #1 on: April 07, 2006, 06:21:29 pm »

saya bg fadhilat ayatul kursi plak... boleh kan?grin

Amalan Ayatul Kursi




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.


Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

* Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

*Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya
dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

* Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

* Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda penduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajallaakan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang perperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

*Wallahu Alam*
Logged
NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #2 on: April 07, 2006, 06:34:56 pm »

Assalamualaikum..
Terima kasih..dapat kita kongsi bersama..
Logged



mawar merah
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 731


View Profile
« Reply #3 on: April 07, 2006, 06:37:22 pm »

setiap kebaikan kita akan kongsi bersama... smiley
Logged
NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #4 on: April 07, 2006, 06:40:58 pm »

Assalamualaikum..
terima kasih..tapi..apa yang baik itu datangnya dari Allah..dari yang kurang itu atas kelemahan kita sendiri..
Logged



mawar merah
Ahli Senior
*
Offline Offline

Posts: 731


View Profile
« Reply #5 on: April 07, 2006, 06:42:47 pm »

yup,betul tu....
Logged
ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #6 on: April 08, 2006, 11:33:45 am »

just nak tanya...boleh sy tau kat mana dapat maklumat tentang fadilah ni semua... i mean, kalu ada hadis, boleh bagi hadis tu tak? kalu dari buku, boleh bagi tajuk buku tu..? mana tau ada terjumpa yang lebih menarik lagi ke..
Logged

NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #7 on: April 08, 2006, 11:51:26 am »

Assalamualaikum

sure ada..kat kedai-kedai kitab..trylah cari.."FADILAT SURAH YASSIN"..nana pun ada dengar tentang kelebihan suarah yassin ni masa nana menonton Al-Hidayah kat TV3..tapi masa tu nana dapat salin sikit je..pastu sorang teman tu hantar lagi banyak tentang fadillat ni kat email nana..so..nana nak kongsikannya pada rakan-rakan semua..
Logged



ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #8 on: April 08, 2006, 01:12:20 pm »

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,
nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran
sebanyak 10 kali

komen: hadis maudhu'

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya

komen: dipetik dari hadis  اقرءوا على موتاكم  :  يس   - hadis dhoif

peringatan: berhati-hati dalam menyebut hadis. Bimbang akan berlaku penipuan ke atas Bagida Rasulullah sallallahualaihisalam

wallahua'lam
Logged

akaputri
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2191


When Allah promises us something, it will happen.


View Profile
« Reply #9 on: April 08, 2006, 11:48:54 pm »

basically, agreed with ontahapo. saya juga pernah mendengar pendapat mengenai fadilat2 sebegini yang ada di antaranya boleh diragui kesahihannya. tapi, maaf, saya tak berupaya membentangkan hujahan ilmu mengenainya. harap ada shukurian yang lebih arif dapat membantu, agar dapat sama-sama kita menimba ilmu dan beramal dengannya.
Logged

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk" (al-Ankabut:6)
Ibnu_Ali
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1093


Biar Hidup Kita Susah! Jgn Hidup Menyusahkn Orang!


View Profile WWW
« Reply #10 on: April 09, 2006, 03:35:33 am »

Assalamualaikum

Bacalah Al Quran Samaada Yasin atau sebagainya, baca dan memahaminya lebih awla (utama) daripada mengharapkan fadhilatnya, begitu juga syurga, Mengharapkan Rahmat Allah lebih berharga dari mengharapkan SyurgaNya.  smiley

Berkenaan dengan Hadis-hadis yang dinyatakan seharusnya kita takhrijkannya terlebih dahulu, bagaimanakah taraf hadis tersebut.

Bagi ontahapo, jika sertakan sekali kitab2 rujukan tersebut lebih baik disertakan sekali. Untuk rujukan semua.

Kecuali dari Bin Baz, Al Bani mahupun Uthaimin. smiley
Logged

ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #11 on: April 10, 2006, 10:29:03 am »

Quote
Kecuali dari Bin Baz, Al Bani mahupun Uthaimin. smiley

Huh?
Logged

NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #12 on: April 10, 2006, 02:56:53 pm »

Assalamualaikum..
yelah..apa yang nana dapat..nana nak kongsikan bersama..tapi..andai ada yang meragukan..mungkin dari fahaman nana salah..silalah betulah..nana bukan pandai sangat..fadillat yassin ni..sahabat nana yang bagi..dia seorang ustaz tahfiz..apa yang baik sampai-sampaikanlah dengan tujuan yang baik..
Logged



NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #13 on: April 10, 2006, 03:00:19 pm »

Assalamualaikum..
fadillat yassin ni juga nana pernah dengar daripada pandangan ustazah Fatimah Azaharah masa siaran Al-Hidayah..alah kat TV3 tu..
Logged



nuril
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1474


budak specky!!!


View Profile
« Reply #14 on: April 10, 2006, 10:57:24 pm »

nuril ade bace 1kitab/buku yg ckp pasal hadis2 /doa palsu yg jd amalan@pegangan org kita
cth nyer bace surah yassin tiap2 mlm jumaat..
rasulullah sruh bace surah kahfi..
xsalah bace,niat bace alquran..tp jgn slh anggap ianya hadis rasulullah

cth doa,doa sebelum mkn..doa tu xde sbenarnye..mcm palsu la
doa lepas mkn ade

buku tu ditulis oleh ustaz ibrahim
dia kuarkan sndrik
jd xtau la blh jumpe kt kedai ke x
Logged

itik kuek kuek....itik langgar lori
nahwan
Ahli Baru
*
Offline Offline

Posts: 21


View Profile
« Reply #15 on: April 23, 2006, 08:18:29 pm »

maaf, sila bg darjat setiap hadith yg dikemukakan..Smiley
Logged

::WaKaFa BiLlAhI sYaHidA::http://nahwanz.blogdrive.com/
nuril
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 1474


budak specky!!!


View Profile
« Reply #16 on: April 23, 2006, 08:27:00 pm »

maaf, sila bg darjat setiap hadith yg dikemukakan..Smiley

nahwan maksudkan saye ke?
ok, kalau berkesempatan, saya akan rujuk buku tu dan beri lebih detail berdasarkan apa yg ustaz tu terangkan..
tapi kene tunggu lah sket
thanks..
Logged

itik kuek kuek....itik langgar lori
.:L:.
Pengendali Diskusi
*
Offline Offline

Posts: 3169


Aku masih aku yang dulu......


View Profile WWW
« Reply #17 on: April 23, 2006, 08:49:18 pm »

maaf, sila bg darjat setiap hadith yg dikemukakan..Smiley

tak, yang penting sumber hadith dulu...
memand banyak hadith palsu berkaitan fadhilat membaca surah2 dr Al-Qur'an, jadi kita kena tau sumber dia.

yang aku tau confirm cuma fadhilat ayatul Kursi jika dibaca sebelum tidur dapat menghindarkan gangguan syaitan, sebab di nyatakan shahih oleh imam Bukhari rujuk Shahih Bukhari).
Logged

ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #18 on: April 24, 2006, 07:50:14 am »

alhamdulillah....
Logged

NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #19 on: June 18, 2007, 10:04:29 pm »

yassin banyak fadhilatnya..
Logged



AlfaZumma
Guest
« Reply #20 on: June 19, 2007, 08:28:10 am »

Logged
ontahapo
Ahli Setia
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 418



View Profile WWW
« Reply #21 on: June 19, 2007, 10:39:44 am »

kalo korang nak pegang pada fadhilat2 ni utk diri sendiri, ok je, takde masalah, even kalo amik dari sumber yang bermasalah.

tapi yang masalahnya, bila sumber pun tak tau amik dari mana (bermasalah lah tu), then post n sebar2kan pada orang lain... tu yang kita rasa tak sepatutnya...
Logged

Awang
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 541


"PAS Selamanye...."


View Profile
« Reply #22 on: June 19, 2007, 12:00:17 pm »

 Assalamualaikum

cam ner plak dgn org2 yg baca yassin d tanah perkuburan.. cthnya time hari raya.. bleh ker?
Logged

"Wahai Tuhan kami, ampuni dosa-dosa kami dan kekurangan dalam amal kami, dan teguhkanlah langkah kami dan bantulah kami menentang mereka yang menidakkan kebenaran" (3:147)
AlfaZumma
Guest
« Reply #23 on: June 19, 2007, 01:04:06 pm »

dpt pahala la...utk disedeqahkan pada si matiii..
Logged
NaNNa
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 2536


"lembut tak bererti lemah..diam tak bererti bisu..


View Profile
« Reply #24 on: June 19, 2007, 11:42:21 pm »

dpt pahala la...utk disedeqahkan pada si matiii..

emm..fadhilat gak tu..
Logged



Awang
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 541


"PAS Selamanye...."


View Profile
« Reply #25 on: June 20, 2007, 08:28:08 am »

tapi ana muskhil le bro alfa... ana ada dgr2 org ckp (ORANG YANG CAKAP),, baca yasin kat tanah perkuburan tu bidaah.. btul ka?
Logged

"Wahai Tuhan kami, ampuni dosa-dosa kami dan kekurangan dalam amal kami, dan teguhkanlah langkah kami dan bantulah kami menentang mereka yang menidakkan kebenaran" (3:147)
AlfaZumma
Guest
« Reply #26 on: June 20, 2007, 08:34:29 am »

yg tak eloknya adalah sesetgh org dari kawasan kampung suka baca yassin atas kubur selama 7 hari 7 mlm...

dia bukan membaca ditepi kuburan, malah duduk atas kubur si mati sambil membaca yassin...tanpa henti selama masa itu..lepas abis sorang, org lain pulak ganti saban hari..

selalunya, benda camnie kita minta org buat dengan upah...kgkdg mengjangkau rm7000.....membazir jer...

masih byk kawasan kampung kat kedah nie masih amalkan perkara sedemikian, kononnya untuk keberkakatan si mati...apekejadahnya sampai duduk atas kubur..


awang, yup, baca yassin kat tanah perkuburan bidah sbb nabi tak pernah buat pun dulu..

sebenarnya, apa yang penting, doa kita untuk si mati tak kira di mana jua kita berada...

ada eloknya kita buat kenduri tahlil dan baca yassin untuk si mati di rumah atau masjid sambil menjamu org2 kampung sekalian..dari duduk baca yassin di tanah perkuburan....ada kipas, selesa lagi...dari kat tanah perkuburan penuh dgn nyamuk...tak selesa...dan ada HANTUUU..! kua3
Logged
Awang
Ahli Senior
*
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 541


"PAS Selamanye...."


View Profile
« Reply #27 on: June 20, 2007, 08:37:02 am »

makasih bro alfa...
jwpn yg logik... cool
Logged

"Wahai Tuhan kami, ampuni dosa-dosa kami dan kekurangan dalam amal kami, dan teguhkanlah langkah kami dan bantulah kami menentang mereka yang menidakkan kebenaran" (3:147)
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

English Steel 1.6 © Saxon North Technologies
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.10 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!